Pembangkang ambil alih kuasa, tuntut Presiden letak jawatan
BISHKEK: Parti pembangkang Kyrgyzstan berkata ia sudah mengambil alih kuasa dan membubarkan Parlimen selepas tunjuk perasaan memaksa Presiden Kurmanbek Bakiyev melarikan diri dari ibu negara di Asia Tengah itu.
Pemimpin kerajaan sementara, Roza Otunbayeva, menuntut peletakan jawatan Presiden Bakiyev yang didakwa sedang cuba mengumpulkan penyokongnya di selatan Kyrgyzstan.
Otunbayeva adalah tokoh yang membantu Bakiyev memperoleh kuasa presiden lima tahun lalu.
“Penduduk Kyrgyzstan mahu membina sebuah negara demokrasi. Apa yang kita lakukan semalam adalah jawapan kepada tekanan dan kekejaman rejim Bakiyev kepada rakyat selama ini.
“Anda boleh menggelar ini sebagai revolusi. Anda juga boleh katakan ini satu revolusi rakyat. Kedua-duanya adalah cara kami untuk menyatakan apa yang kami mahu demi keadilan dan demokrasi,” kata Otunbayeva yang pernah menyandang jawatan Menteri Luar dalam kabinet Bakiyev.
Bantahan yang bermula tiga hari lalu di beberapa bandar wilayah, tercetus berpunca daripada perasaan tidak puas hati berikutan amalan rasuah, nepotisme dan kenaikan harga barang di negara yang satu pertiga daripada 5.3 juta penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan. - Reuters
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan