Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Selasa, 16 Mac 2010

Kuliah Felda Ulu Belitong dan semut api

Jalan Melati Felda Ulu Belitong : Malam tadi sempat bersama-sama ahli PAS Ulu Belitong mendengar Kuliah Ust Sahril. Alhamdulillah kehadiran 30 orang ahli termasuk 2 orang ahli PKR yang sama-sama dahagakan ilmu dan tarbiyah Islam.

Sementara menunggu ustaz datang majlis ta'aruf atau berkenal-kenal diadakan dan Alhamdulillah buat pertama kali ana berjumpa dengan sepupu ana dalam majlis PAS di tanah rancangan ini.

Beliau sebelum ini memang agak aktif dengan PAS sehingga dilantik sebagai ketua cawangan PAS Ulu Belitong semasa dalam kawasan Tenggara (sebelum pecah sempadan pilihanraya 2004) tetapi sejak akhir-akhir ni macam kurang bersemangat. Syukur dapat bertemu dan nampaknya sepupu ana ni akan bangkit meneruskan perjuangan Kiai Haji Tahir (atuk ana) bersama-sama dengan ahli jemaah yang lain.

Kesyukuran

Tuan rumah mengambil kesempatan dengan kehadiran ustaz membuat majlis kesyukuran kerana anak beliau berjaya mendapat 6A dalam SPM 2009 yang keputusannya baru keluar minggu lepas. Tahniah, terbukti anak orang PAS memang kencang dalam pelajaran.

Pukul 11.30 majlis ditangguhkan dan agaknya hujan renyai yang turun di ulu belitong menyebabkan semut api naik ke selipar ana dan selipar YDP Hj Saion...dan apabila semut api tu menggigit, adoi! boleh tahan juga sakitnya...

Tapi apalah sangat digigit semut api berbanding dengan perjuangan Rasulullah dan Sahabat-sahabat ra. Saidina Abu Bakar sanggup dipatuk ular demi menjaga Nabi SAW. Semut api gigit tidak menjadi pasal kepada ana untuk meneruskan perjuangan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch