Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Rabu, 3 Mac 2010

Tak dapat gaji RM 50 ribu punya fasal


'Tak dapat jadi CEO' sindir si 'buluh tua'

Abdul Rahim Sabri

Bekas
setiasuaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim menyindir orang nombor dua parti itu Syed Husin Ali sebagai "buluh tua" dan "kebudak-budakan" kerana mendakwanya mahukan kedudukan dalam syarikat kerajaan negeri.

Salehuddin (kanan) berkata, tindakan Syed Husin - yang dilaporkan menuduhnya keluar parti kerana marah tidak dilantik sebagai ketua pengarah eksekutif Kumpulan Perangsang - melucukan dan tidak patut ditimbulkan.

Tambahnya, pemimpin tinggi parti seperti Syed Husin sepatutnya berusaha mengukuhkan parti daripada "meneruskan dendam peribadinya"

"Saya berharap demi rakyat yang dahagakan perubahan di negara ini, Syed Husin yang tinggi kalibernya, sekurang-kurangnya menaikkan standardnya dari standard kebudak-budakan.

"Tetapi saya faham, buluh tua tidak boleh dilentur lagi," sindir Salehuddin dalam satu kenyataan balas hari ini.

Syed Husin dalam satu kenyataan hari ini mendakwa Salehudin melepaskan jawatan setiausaha agung PKR kerana permohonannya untuk menjadi CEO Perangsang, dengan gaji lebih daripada RM50,000 sebulan ditolak.

Menjawab perkara itu, Salehuddin berasa kecewa dengan tindakan yang mengaitkannya dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Selangor itu.

Bagaimanapun, beliau enggan menghuraikan lanjut perkara tersebut kerana "akan memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim" selaku ketua umum PKR yang tidak tahu-menahu tentang kenyataan Syed Husin (kiri).

Mengulas dakwaan Syed Husin bahawa beliau menerima gaji sebanyak RM9,000 sebulan, Salehuddin berkata jumlah tersebut "sangat kecil" jika dibandingkan dengan masa yang dicurahkan dan gaji terakhirnya sebelum bersara daripada dunia perniagaan.

Salehuddin menambah, sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai setiausaha pengelola dan ketua kakitangan di pejabat Anwar selama 4 tahun secara sepenuh masa tanpa apa-apa bayaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch