Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Khamis, 12 Ogos 2010

Yayasan Amal bersama NGO Muslim kutip dana Palestin

BERSAMAMU GAZA

IOI Mall Kulaijaya : 8 Ogos 2010 Ahad : Program ini telah berlangsung seperti yang dirancang dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Hampir RM5000.00 telah berjaya dikumpul daripada orang ramai yang datang berkunjung ke IOI Mall semasa program berjalan. Jumlah keseluruhan sumbangan yang berjaya di kutip ialah sekitar RM60,000.00 dalam tempuh sebulan program ini berjalan.

Sumbangan telah disampaikan terus kepada wakil rakyat Palestin Sheikh Naji As Sarhi yang hadir pada petang itu manakala sumbangan orang ramai telah disampaikan oleh Al-Fadhil Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Program telah diisi dengan persembahan kanak-kanak Tadika Darul Ilmu dan PASTI Kawasan Gelang Patah disamping deklamasi sajak dan ceramah yang bertemakan penderitaan rakyat Palestin khususnya di Gaza. Persembahan multi media mengenai kesengsaraan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim zionis Yahudi telah berjaya memukau dan menyentuh hati para hadirin yang hadir.

Kesimpulannya gabungan NGO Islam yang bersatu bagi menjayakan program ini telah berjaya mendedahkan kepada masyarakat tentang penderitaan yang sedang ditanggung oleh rakyat Palestin. Sesungguhnya rakyat Malaysia turut merasai apa yang sedang mereka alami di bumi Palestin.


Ruangan agak sempit kerana ada pameran prabot di belakang tak menjadi pasal untuk kita kecewa malah terus berjuang membela Gaza


Orang ramai sudah merkumpul seawal 2.00 petang memenuhi ruang legar IOI Mall Kulaijaya.


Persembahan Untukmu jiwa-jiwa kami wahai Al-Aqsa Tercinta dari Tadika Ilmu menaikkan semangat juang untuk membebaskan Palestin, perhatikan ada senapang mainan kalasnikof menggambarkan pejuang Hamas yang berani untuk syahid.
Persembahan pentomin dari PASTI kawasan Gelang Patah sungguh memberi kesan yang mendalam




Deklamasi sajak penderitaan Gaza oleh Amri Jagat yang berambut panjang dengan kopiah jenama barakah yang merupakan anak didik sasterawan negara Dato A Samad Said


Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr MAZA, walaupun ada masalah suara tetapi masih dapat menyampaikan pidato yang mantap sehingga menyentap hati hadirin.

Mr Naji As Sahri wakil rakyat Palestin yang diundang khas sedang menyampaikan ucapan

Pemuda walaupun kelihatan agak rock tetapi tak lupa untuk menyumbang kepada Gaza

Orang ramai termasuk kanak-kanak naik ke pentas untuk menghulurkan sendiri sumbangan masuk ke dalam tabung yang disediakan


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor menyampaikan cek RM20,000 kepada wakil rakyat Palestin

Presiden Anak Peneroka juga menyumbang RM1000

NGO yang terlibat dalam program ini ialah, Yayasan Amal Malaysia, Aqsa Syarif, ABIM, HALUAN, JIM, TERAS, PMIUTM, ANAK dan IKRAM

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat, Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. JZK

1 ulasan:

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch