Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Khamis, 26 Ogos 2010

Misi Yayasan Amal, Sumbang Bantuan Untuk Mangsa Banjir di Pakistan

BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR DI PAKISTAN

Sedang di Wawancara oleh TV News One di Lahore, Pakistan

Bersama Al-Khidmat Foundation Pakistan (NGO Islam Terkenal)


Banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Pakistan telah membuatkan ummat maanusia di seluruh dunia berasa simpati dan ingin menyumbang sesuatu untuk mengurangkan bebanan mereka. Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah memperuntukan dana berjumlah RM 50 ribu bagi tujuan tersebut. Dr Hj Abd Rani bin Osman telah mengetuai delegasi Yayasan Amal Malaysia yang berlepas ke Lahore bagi menjalankan amanah tersebut. Turut bersama beliau ialah Dr Syed Ahmad, Saudara Mohamad Supkhi dan Saudara Hamka.

Dr Rani telah menyumbangkan sejumlah USD 15 ribu kepada Encik Niamatullah Khan, Presiden Al-Khidmat Foundation Pakistan bagi bantuan makanan, minuman, perubatan serta pembelian khemah penginapan, pam penyedut air dan alat penapisan air.

Rombongan Yayasan Amal telah di bawa melawat ke tempat-tempat trajedi terutama di Daerah Multan, Muzaferghar dan Dera Ghazi Khan di Punjab. Yayasan Amal telah menyumbang kepada majlis-majlis iftar dan sahur kepada mangsa-mangsa banjir di 8 kem-kem penempatan di sana.

Dr Rani dan Dr Syed Ahmad juga telah di temuramah oleh Mr Sayyad Mir dari News One, salah satu dari Rangkaian TV yang paling popular di bumi Pakistan.

Al-Khidmat Foundation Pakistan melalui Setiausaha Agungnya Mr Ahsan Ali Syed mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Yayasan Amal Malaysia terutama kepada YAB Tan Sri Khalid dan Encik Hussin bin Ismail selaku Presiden Yayasan Amal Malaysia serta seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang dana serta doa kepada penduduk Pakistan.

Sebelum ini pun Yayasan Amal telah membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Balakot, Pakistan dan mangsa-mangsa perang di Shamsatoo Camp di Peshawar, Pakistan.
Koleksi photo di bawah.




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch