Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Rabu, 4 Ogos 2010

Pak Brahim bantah dilabel sebagai tak faham Inggeris

Ibrahim Ali: Malott 'budak jahat curi telur ayam'

Bukan sahaja mempertahankan kenyataannya yang menyifatkan John Malott sebagai bodoh dan tolol, Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali terus menyerang bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia itu.

Menurut Ibrahim, Malott telah memutarbelitkan kenyataannya dengan mendakwa beliau tidak memahami bahasa Inggeris.

"Respons John Mallot pagi ini terhadap jawapan saya kepadanya tak intelek langsung. Macam budak jahat kena tangkap curi telur ayam.

"Sekarang orang Amerika dan seluruh dunia sedang ketawakan dia," kata Ibrahim (atas) yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Mallot berkata beliau tidak menyalahkan Ibrahim yang menuduh beliau "tolol" dan "bodoh" kerana menyifatkan PERKASA sebagai kumpulan militan.

Katanya, ia berpunca apabila Ibrahim tidak boleh membezakan antara kata sifat dengan kata nama dalam bahasa Inggeris.

Mempertahankan label yang diberikannya, Mallot berkata beliau menggunakan perkataan 'militan' sebagai kata sifat - yang membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat baja dalam perjuangan' dan Ibrahim patut menerimanya sebagai pujian.

Jelasnya apabila 'militan' digunakan sebagai kata sifat, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.

Dalam satu kenyataannya melalui SMS hari ini, Ibrahim juga menolak campurtangannya dalam urusan NGO dan politik negara ini.

"Malaysia sudah merdeka sejak (tahun) 1957. Anak-anak Malaysia sudah tahu mengemudikan negara ini," katanya.

"Masalah di Amerika (sendiri) begitu banyak. (Sila) Komen dan selesai masalah di negara sendiri.

"Campur urusan negara orang adalah biadap dan kurang ajar, Mallot."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch