Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Rabu, 11 Ogos 2010

Salam Ramadan Al Mubarak dari Pas Sembrong


Salam Ramadan. Malam tadi sempat bersolat Isyak dan bertarawih di Masjid Nurul Iman Taman Sri Lambak, Kluang.

Alangkah indahnya kerana bilangan jemaah yang hadir memang ramai, kenderaan nak parkir pun penuh dan ada kenderaan yang terpaksa parkir di luar yang dan agak jauh. Suasananya sebijik macam solat jumaat.

Dewan masjid penuh dan terpaksa solat di bahagian yang tidak berkarpet (kawasan tile dekat water cooler). Jemaah muslimah pun penuh di bahagian atas. Bila dah tak ada ruang maka ramai jugalah budak yang tak solat termasuk seorang pakcik.

Saya datang agak lewat, imam masa itu dah rekaat ke 3 terus masbuk...Pelik bila dah habis solat pakciktu duduk terus bersama jamaah dan bersalam pula dengan jamaah lain yang masa itu sedang wirid selepas solat. Bila masa dia solat isyak?

Saya baik sangka mungkin dia nak solat isyak nanti-nanti, ataupun mungkin dia tak reti atau tak ada ilmu macamana nak masuk berjemaah bila dah terlepas rekaat atau masbuk...kesian.

Selepas solat baadiah Isya Pengerusi Masjid pula beri taklimat yang rasanya tak perlu iaitu nak bayar zakat fitrah dengan siapa...dengan imam lah...tak pula diterangkan berapa kadar zakat fitrah di negeri Johor, lepas tu suruh ibubapa awasi anak-anak yang bising di masjid takut jemaah tak khusyuk.

Kalau budak bising tu biasalah, jangan pula dimarah dan dihalang menyebabkan ibubapa mana yang ada anak terasa hati dan akhirnya melarang anak masing-masing datang ke masjid. Itu sebab masjid hanya didatangi oleh orang pencen dan orang tua yang kununya nak solat kyusuk...sekarang budak tak minat ke masjid takut nanti kena marah dengan noja.

Di Gaza Palestin mereka solat dengan dentuman BOM dan ratapan anak menagis ketakutan. suasana hingar bingar begini menambahkan lagi rasa khusyuk dalam solat...bukan beri amaran supaya anak senyap seperti di tempat kita.

Subuh ramadan di masjid nurul iman ni alhamdulillah 6 saf jamaah. Semoga ramadan kali ini lebih baik dari yang tahun lalu, semoga suasana ramadan ini berterusan bukan setakan bulan ini sahaja...

Apakah dengan limpahan kehadiran masyarakat Islam ke masjid ini petanda kesedaran dan kebangkitan Islam telah menyusup masuk ke dalam sanubari masyarakat.

Moga Panji Islam dapat berkibar di Sembrong...Islam untuk semua.

PAS Sembrong mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua pecinta dan pejuang Islam. Semoga mendapat hadiah taqwa dari Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch