Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Isnin, 9 Ogos 2010

Tanah emas Kg Baru kekal milik bumiputera : MB Khalid

Pelan alternatif jamin tanah milik Bumiputera
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Pelan alternatif pembangunan Kampung Baru oleh Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa pemilikan tanah di kawasan tersebut kekal kepada Bumiputera.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri mencadangkan penubuhan satu tabung amanah iaitu Kampung Baru Land Trust (KBLT) yang membolehkan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru memilik saham berdasarkan tanah yang dimiliki.

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan pelan alternatif tersebut di hadapan kira-kira 300 penduduk yang hadir di Kelab Sultan Sulaiman petang ini.

Melalui KBLT katanya, setiap pemilik akan mendapat dua jenis saham.

Saham A iaitu tanah tidak boleh bertukar milik kepada bukan bumiputera samaada dijual sesama pemilik, KBLT atau syarikat Bumiputera.

Manakala daham B iaitu sewa dinilai mengikut potensi pendapatan dari ruang penyewaan hasil pembangunan yang dirancang.

Pembangunan pula katanya, harus dilakukan secara total dalam memastikan pulangan maksimum dan perlu ada kesepakatan antara semua pemik tanah.

"Saya cadangkan satu tabung amanah tapi sewa tanah dan geran dijadikan unit saham yang boleh dipecah-pecahkan.

"Kalau ada 10,000 kaki persegi contohnya, boleh jadi 10,000 unit saham.

"Jika penduduk Kampung Baru bersetuju dengan cadangan ini, baru kita boleh jayakan, apa yang penting perlu ada kesepakatan dari semua pemilik tanah supaya pembangunan dapat dilakukan secara total dalam memastikan pulangan maksimum," katanya.

Menurut Khalid, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menerajui projek pembanguan berkenaan dengan memanggil firma tempatan dan antarabangsa untuk mengemukakan pelan pembanguann yang sesuai.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Khalid berkata, pembangunan itu akan mengekalkan konsep kampung Melayu Islam, seperti yang diminta penduduknya.

"Saya rasa tujuan perjumpaan ini akhirnya memberi peluang kepada kita untuk bergerak mencari penyelesaian Kampung Baru dengan cara yang penuh tertib dan mengambil kira keinginan untuk menentukan bahawa kebudayaan dan keasliannya masih lagi ada.

"Dan konsep bandar berteraskan Islam adalah antara yang sudah mula difikirkan sebagai satu usaha yang dapat menarik semua pemilk tanha untuk bersama-sama membangunkan tanah," katanya.

Khalid juga berharap sesi penerangan tersebut dapat membantu pemilik anah mendapatkan penawaran terbaik dalam program pembangunan Kampung Baru memandangkan ianya satu projek yang besar dan melibatkan banyak pihak.

"Hari ini kita dapat berjumpa dengan masyarakat di Kampung Baru untuk memberi penerangan bagaimana proses pembangunan kampung baru ini dapat dibuat supaya ia dapat menghasilkan keputusan yang terbaik dari segi pemilikan harta, pulangan, dan cara menyelesaikan masalah-masalah yang dijangka berlaku apabila pelaksanaan projek pembangunan ini dijalankan.

"Ini satu pembangunan yang dianggap besar di bandaraya Kuala Lumpur dan melibatkan begitu ramai keluarga secara langsung dan tidak langsung akan menerima akibat daripada pembanguann tersebut.

"Jadi kita telah mencadangkan supaya masyarakat di Kampung Baru dan pemilik tanah mempunyai pemikiran yang terbuka untuk melihat cadangan-cadanagn yang diberikan dan juga membuat beberapa keputusan tentang cadangan-cadangan tersebut," katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali memberitahu, satu memorandum akan diserahkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin jika penduduk bersetuju dengan cadangan penubuhan tabung amanah berkenaan.

"Saya sebagai wakil rakyat akan terus mendapatkan maklum balas daripada penduduk kampung baru terutamanya mengenai penubuhan tabung amanah yang saya cadangkan tadi.

"Kalau mereka bersetuju maka satu memorandum akan dihantar kepada Mmenteri Wilayah untuk memastikan supaya dalam pembentangan akta ada juga tentang penubuhan badan amanah," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengurus Besar PKNS, Roslan Baharuddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch