Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Khamis, 16 Julai 2009

Rencana Kontroversi : Mesti Baca : Fobia Kepada DAP yang Tidak Berasas Di Kalangan Kita




Oleh : Tulang Besi

Ketakutan kepada DAP adalah senjata utama yang didoktrinkan dan ditanam oleh UMNO yang cenderung dengan ketuanan melayu di dalam menyebarkan pengaruh mereka. Kalangan kita ramai yang terpengaruh dengan agenda ini kononnya DAP ini akan menjatuhkan Islam dan menghancurkan Islam.

Tokoh Nombor 1 yang membawa propaganda ini adalah Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau adalah seorang mufti yang tidak fasih berbahasa Arab. Saya pernah dengar Mufti Albania dan Bosnia pun fasih berbahasa Arab, tapi Mufti Perak cakap Arab pun tak boleh.

Harussani jugalah yang telah menjadi alat BN untuk mencop Asy Syahid Ibrahim Libya sebagai ”penderhaka” sekaligus menghalalkan pembunuhan secara bachul ke atas Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya. Sekiranya dosa membunuh nyawa seorang Islam itu adalah dosa yang TERAMAT BESAR, Harussani adalah penyokong kepada amalan dosa besar.

Kesah Harussani menyokong pembunuh orang yang tidak berdosa dikisahkan oleh Ustaz Ahmad Awang di blog beliau:

” Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.”

(http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/cerita-harussani-di-sebalik-peristiwa.html).

Malangnya ada yang percaya terhadap Harussani ini. Akibatnya, Harussani telah berjaya menyebarkan racun mereka kepada sebahagian kita.

Mujurnya, beberapa pimpinan PAS mengenali siapa dia Harussani Zakaria dan betapa Harussani ini sebenarnya seorang penyokong kepada pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya terdahulu. Tok Guru Nik Aziz sangat benar apabila beliau menolak pujuk rayu Harussani Zakaria ini.

DAP Memerlukan Undi Melayu-Islam

Hakikatnya, ramai ahli PAS lupa bahawa DAP sendiri memerlukan undi Melayu dan Islam untuk mereka terus hidup dan duduk dalam kerajaan. Di kawasan saya, PJ Utara, hubungan dengan YB DAP ini amat erat. Sehingga majlis memberikan sumbangan sempena Hari Raya juga dilakukan oleh YB DAP ini.

Hakikatnya juga, tanpa sokongan Melayu, tidak mungkin DAP mampu menang 18 kerusi di Selangor dan kerusi2 di Perak. Tanpa sokongan Melayu/Islam, DAP tidak akan mampu memerintah Pulau Pinang dan memenangi kerusi-kerusi Parlimen mereka.

Ini bererti bahawa DAP akan terpaksa mengurangkan kekuatan pegangan sekular mereka untuk mengambil hati pengundi Islam. Mereka tidak mungkin dapat terus menerus di dalam pegangan sekular mereka yang sebelum ini begitu kuat.

Ini kerana pengundi Melayu, sekiranya lari dari DAP, akan menyebabkan DAP hilang kuasa di Penang dan hilang 2/3 kerusi2 yang telah mereka menangi.
Itu hakikat yang ramai pimpian PAS tidak faham.

Peluang Berdakwah pada Bukan Islam

Dengan sokongan DAP juga, maka PAS akan berjaya menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada bukan Islam.

Harussani ni berfahaman Kebangsaan Nasionalis Melayu. Bagi beliau, Cina dan India di Malaysia adalah musuh.

PAS parti Islam bukan parti nasionalis dan sekular. Bagi PAS, Cina, India, Kadazan, Murut, Dusun adalah mad’u dalam dakwah.

Yang herannya, ada kalangan kita, sebuk bagi alasan, kononnya kita kena dakwah pada UMNO sebab tu kita kena berbaik-baik dengan UMNO.

Padahal kita dah dakwah pada UMNO ni 50 tahun lebih iaitu 52 tahun Merdeka dan 12 kali pilihanraya. Dan, dakwah kita kemungkinan akan kalah dengan wang dari toukeh judi dan arak yang UMNO biasa dapat.

Dalam masa kononnya berdakwah dalam gelap dengan Umno dahulu pun, PM Najib Tun Razak telah meluluskan 10 lesen judi yang baru. Jadi, apa ertinya dakwah PAS pada UMNO?

Bukankah dakwah yang lebih baik adalah kepada orang-orang bukan Islam di Malaysia? Sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar dakwah kita.

Waktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah dahulu, majoriti penduduk Madinah masih belum Islam. Tapi, Baginda sanggup berhijrah kerana penduduk Madinah yang bukan Islam ini mahu mendengar dakwah Baginda.

Saya dapat tahu, sekarang ini pun, dalam UMNO berpecah teruk, kalau diadakan pilihanraya, tak mustahil UMNO akan memenangi semula kerana ada kalangan kita memihak kepada mereka.

Rakyat dah meluat dengan kepimpinan yang sebegini, rombakan kepimpinan dan pembersihan dalaman mesti dibuat tetapi malangnya dilantik pula dari kalangan meraka yang orang sudah tidak mahu.

Tulang Besi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch