Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Selasa, 7 Julai 2009

Royalti minyak: PM diminta berterus terang...Malaysiakini



Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat sama ada wujud perjanjian royalti minyak antara Petronas dengan Kelantan.

"Kita nak tahu daripada kerajaan pusat, ada atau tidak perjanjian (royalti minyak) dengan Kelantan?

"Yang itu dulu. Kalau ada, kita kena terus terang dengan rakyat, terutama sekali masa pilihanraya ini.

"Baru kita boleh kira (berapa nilainya). Tetapi kalau kita nak bantu rakyat, saya rasa boleh RM200 juta, RM300 juta tu boleh. Nak kata tidak ada ni, (menggambarkan) mudah sangat jadi perdana menteri," katanya.

Zaid mengulas mengenai isu royalti minyak Kelantan dalam ceramah membantu Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Ini juga merupakan kali pertama Zaid berceramah sebagai pemimpin pembangkang, selepas menyertai PKR baru-baru ini. Beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Kerajaan Kelantan dilaporkan menuntut RM1 bilion daripada kerajaan pusat sebagai bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004 yang didakwa bernilai RM2.5 bilion setahun.

Setelah diluluskan dalam mesyuarat exco negeri Kelantan pada 17 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menulis surat rasmi kepada perdana menteri berhubung perkara itu.

Berkhidmat untuk rakyat

Zaid berceramah malam tadi di kubu kuat Umno - Kampung Lela Setia, Laloh. Kira-kira 50 orang hadir mendengar ceramah Zaid. Sebelum itu, PAS menggunakan pendekatan unik menarik penonton, dengan memainkan lagu "dikir barat PAS" sebelum ceramah itu bermula.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan calon parti Islam itu, Mohd Fauzi Abdullah, turut hadir.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, sebagai perdana menteri, Najib perlu memberi penjelasan terhadap perkara yang menjadi buah mulut rakyat, termasuk isu kontroversi pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch