Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Rabu, 23 Jun 2010

Hempet Umno, biar betul Dr Maza!


Fokusnya bukan kepada Shahidan atau Dr. Asri, tetapi kepada Azwan Ali. Rujuk kepada skaf yang dipakainya. Memang menghormati majlis. Sejadah tu beb ! Bila berdamping dengan orang 'alim' kena tunjukkan gaya unggul yang tidak janggal dilihat publik. Nasib baik tak kepitnyer Quran atau kitab barang 2-3 puluh buah..mau ada yg pitam terkejut !!

Itu projek baru ke Ustaz? Atau plan 'gempak' untuk jumaat ini ? Apa-apa pun terus bersangka baik.

Asri belum putus sertai Umno

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. “Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini,” tulis beliau dalam blognya/.Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.

Menulis dalam blognya, Dr Mohd Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan.

“Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

“Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas,” tambahnya.

Dalam laporan tersebut, Ab Rauf yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”

Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, Dr Mohd Asri enggan mengulas lanjut berhubung laporan yang beliau akan menyertai Umno.

Sebaliknya beliau, meminta merujuk kepada tulisan di dalam blognya itu.Malaysiakini

Dr. Asri: Masuk UMNO atau Pas?

SEJAK beberapa hari lalu heboh kononnya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan masuk UMNO pada Jumaat ini bersama 100 orang ulama termasuk yang berkelulusan PhD. Memetik kata-kata Setiausaha Kerja UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, kemasukan Dr. Asri dan kumpulannya ini akan menyemarakkan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

Beliau dilaporkan sebagai orang yang turut terlibat untuk membawa masuk Dr. Asri. Tetapi Dr. Asri sendiri dalam kenyataan ringkas dalam laman webnya menafikan telah membuat keputusan untuk masuk mana-mana parti politik.

Sebelum timbulnya berita ini, akhir-akhir ini, Dr. Asri nampaknya lebih mesra dengan Pas. Ketika panas isu beliau ditahan, beliau membuat kunjungan strategik melawat Mursyidul Am Pas di Kelantan. Gambarnya menghadiri Muktamar Pemuda Pas baru-baru ini tersiar di akhbar perdana. Beberapa kali beliau dijemput mengisi forum anjuran kerajaan Kelantan.

Jadi berita terbaru masuk UMNO ini mungkin mengejutkan dan menggusarkan peminat beliau di dalam Pas atau pakatan pembangkang.

Mengenali beliau, saya tidaklah terlalu terkejut dengan semua gerak-geri Dr. Asri dengan orang politik seperti di atas. Cuma saya simpati kepada mereka yang terlalu lurus dalam membaca gerak-geri politik Dr. Asri. Izinkan saya buat komen ringkas bagi membantu menjelaskan letak duduk perkara ini.

1. Tentang benar atau tidak berita ini, saya rasa kalaupun tidak benar tetapi mesti ada asasnya. Kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang.

Yang bercakap ini bukan sebarang orang. Dalam majlis yang sama ada pemimpin yang banyak menyokong Dr. Asri.

2. Bagi mereka yang cenderung kepada pakatan pembangkang, suka atau marah kepada Dr.Asri dengan berita ini, saya katakan: Takkanlah tak tahu lagi hubungan rapat antara Dr. Asri dengan beberapa tokoh UMNO selama ini yang merupakan ‘promoter’ dan pendokong Dr. Asri yang sangat komited dan agresif. Daripada dulu saya agak hairan dengan bacaan politik pemimpin dan pendokong pakatan pembangkang yang terlalu ‘berminat’ dengan Dr. Asri.

3. Tentang dakwaan bahawa kemasukan Dr. Asri akan membawa keuntungan, seperti yang saya tegaskan dan jelaskan dalam beberapa tulisan saya sebelum ini ialah: Dr. Asri, aliran dan kumpulannya adalah suara minoriti dan janggal (syaz) di kalangan para ulama dan ilmuwan Islam di negara kita dan dalam peta aliran Islam global amnya.

Cuma tak semua ulama dan ilmuwan arus perdana itu mahu bersuara secara terbuka. Jadi hakikatnya, mana-mana parti yang memberi ruang kepada Dr. Asri dan mereka yang seumpamanya sebenarnya telah tidak peka dan sensitif kepada pandangan dan perasaan sebegitu ramai ulama dan ilmuwan Islam yang lain.

Para ulama dan ilmuwan ini bersikap demikian terhadap Dr. Asri berasaskan ilmu dan iman yang ada pada mereka. Mereka ini pula semuanya ada ruang pengaruh mereka masing-masing dan tidak hanya berdiam diri melihat sesuatu yang pada ilmu dan iman mereka diyakini salah.

Oleh itu, dalam realiti politik Malaysia, mana-mana parti politik yang memberikan ruang dan tempat kepada Dr. Asri dan mereka yang seumpamanya, sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada risiko kehilangan sokongan, bahkan tentangan daripada suatu kelompok yang begitu penting - baik dari segi prinsip agama mahupun perkiraan politik.

Maka, eloklah parti-parti politik yang berminat sangat untuk memberi ruang kepada Dr. Asri lebih banyak mengkaji, meneliti dan mengambil pandangan-pandangan yang patut diambil.

Dalam konteks Pas, saya teringat tulisan Subki Latiff, tokoh veteran Pas yang luas pengalamannya, telah menulis dalam kolumnya di dalam Harakah tentang Dr. Asri ketika hangat isu penangkapannya dulu.

Secara halus dan berlapik, Subki menyatakan pandangannya bahawa Pas tidak sesuai bagi seseorang yang mempunyai agenda seperti Dr. Asri.

4. Tentang dakwaan bahawa ada 100 orang ulama berkelulusan tinggi yang akan bersama-sama Dr. Asri menyertai UMNO, saya agak sangsi dengan maklumat ini. Tak semua maklumat yang berkaitan Dr. Asri semestinya benar seperti dalam kes ‘minum air ludah ustaz’ yang beliau timbulkan baru-baru ini.

Kalau dihitung-hitung rasanya tak cukup 100 orang ulama yang benar-benar ulama bersama dengan Dr. Asri. Memang ada mereka yang berkelulusan agama bersama Dr. Asri, tetapi mereka belum tentu akan mengikuti langkah Dr. Asri jika betul pun beliau akan masuk UMNO atau Pas.

Saya ketahui dengan pasti bahawa hatta mereka yang berkongsi beberapa fahaman agama dengan Dr. Asri tidaklah sentiasa bulat menyokongnya.

Moga-moga komen ringkas saya dapat dimanfaatkan dalam membentuk persepsi yang lebih betul. Wallahu alam.


Gombak, Selangor"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch