Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Sabtu, 10 Julai 2010

Projek UmnoBN dan Kerabat Diraja dirundung masalah

Petisyen bubar firma kerabat Sultan S'gor - 14 Okt

Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Okt depan untuk mendengar petisyen membubarkan Sunshine Fleet Sdn Bhd, kontraktor utama Hospital Shah Alam yang baru dan merupakan syarikat yang dimiliki oleh saudara perempuan Sultan Selangor.

Petisyen itu difailkan pada 27 April lalu oleh Pengarah Urusan Sunshine Fleet Sdn Bhd Putera Azamuddin Shah Abdul Aziz terhadap syarikat tersebut, ibunya Tengku Putri Arafiah ibni Sultan Abd Aziz Shah dan bapa saudara ibunya Tengku Abdul Samad Shah Sultan Salahuddin Abd Aziz.

Tarikh untuk mendengar petisyen itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof, telah ditetapkan hari ini.

Sunshine Fleet dimiliki 70 peratus oleh Tengku Putri Arafiah, iaitu saudara perempuan Sultan Selangor, Tengku Abdul Samad Shah (20 peratus) dan Putera Azamuddin Shah (10 peratus) dan mereka bertiga adalah pengarah urusan syarikat tersebut.

Dalam petisyennya, Putera Azamuddin Shah mendakwa syarikat itu diuruskan dengan tidak sepatutnya dan beliau dihalang daripada menguruskan pentadbiran syarikat serta hal ehwal kewangan.

Putera Azamuddin Shah mendakwa bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai dua resolusi yang diluluskan pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan pada 1 Feb 2007 untuk meminda perkara-perkara persatuan syarikat itu.

Petisyen itu difailkan mengikut Seksyen 181 Akta Syarikat 1965 yang memberi hak satu pemegang saham minoriti untuk menggunakan seksyen itu, jika terdapat kebimbangan penindasan ke atas pihak minoriti itu, oleh pemegang saham majoriti.

Ia turut merujuk kepada keadaan di mana wujud kebimbangan bahawa peri laku dan hal ehwal syarikat itu dikendalikan secara prasangka, yang bukan demi kepentingan syarikat.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch