Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Selasa, 7 Disember 2010

Pakatan pertahankan Raja-raja dan orang Melayu

Saifuddin  Nasution"Ketuanan Melayu": Tindakan bacul Umno dan Perkasa

PETALING JAYA: Umno dan Perkasa, yang mengheret institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan “Ketuanan Melayu” sebagai “Ketuanan Sultan” adalah satu tindakan yang bacul.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian sebagai merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu ketuanan rakyat, terutamanya daripada kalangan pemimpin Umno.

Beliau berkata, "oleh sebab mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti yang ditimbulkan PKR, lalu mereka cuba menggunakan institusi Raja-Raja Melayu.

"Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira kaum, agama dan pegangan politik," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Namun, katanya, tindakan Umno dan Perkasa itu bukanlah perkara baru. Rekod mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat sudah diketahui umum.

Menurut beliau, krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh Umno.

Umno aibkan Raja-Raja Melayu

"Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik mereka, terang Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Tegas beliau, ada beza yang besar di antara cakap-cakap seorang dua rakyat jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.

"Saya beri amaran supaya Umno dan Perkasa jangan lagi cuba memfitnah PKR dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan institusi raja berpelembagaan," ujar beliau.

Menurut beliau, ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) “Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153”; dan Fasal 1 Perkara a(ii) “Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan”.

Makanya, kata beliau, PKR ingin membawa kembali polemik “Ketuanan Melayu” ini kepada perkara dasar yang diulas oleh Presiden Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail tempuh hari.

Melahir anak Melayu beriman

"Perkara dasar yang disentuh ialah wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan arus globalisasi mutakhir," terang beliau.

"Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang bermaruah?

"Apakah “Ketuanan Melayu” yang berpaksikan kepada sistem kroni dan mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga Melayu yang berdaya maju?

"Apakah budaya rasuah yang berleluasa dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan dijual suatu hari nanti?

"Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk menjadi pemimpin antarabangsa?," soal beliau.

Umno abai kebajikan rakyat terbanyak iaitu Melayu

Katanya, persoalan yang dibawa oleh PKR adalah persoalan jatidiri dan kaedah terbaik membina jatidiri tersebut. Kaedah “Ketuanan Melayu” yang dibawa oleh Umno dan Perkasa bukan sahaja terbukti gagal membina jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak (terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang Melayu) terabai.

Saifuddin berkata, sehingga kini, selepas tiga dekad “Ketuanan Melayu”, 75% dari bilangan keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang Melayu.

"Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40% paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Ujar beliau, selepas tiga dekad “Ketuanan Melayu”, rakyat terbanyak juga yang dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana bebas) tidak disentuh.

Umno dan Perkasa tidak melahirkan sedikit keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.

"Ketuanan Melayu" benteng Umno kian rapuh

Justeru, PKR yakin bahawa polemik “Ketuanan Melayu” ini adalah benteng terakhir Umno dan Perkasa yang kian rapuh dan ditolak rakyat.

Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan berdaya saing, PKR akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat melalui bangsa yang bermaruah – kerana kami yakin gagasan ini tidak dapat dijawab oleh Umno dan Perkasa.

Berucap pada Kongres Nasional ketujuh PKR itu, Wan Azizah berkata konsep Ketuanan Melayu hendaklah ditolak kerana ia telah diselewengkan oleh segelintir elitis Melayu bagi mengekalkan kuasa politik mereka.

Saifuddin menjelaskan persoalan yang dilontarkan oleh presiden itu adalah mudah; iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi yang deras meninggalkan kita.

"Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib orang Melayu.

"Konsep “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh Biro Tata Negara (BTN) dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa.

"Apabila orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertindas," kata Saifuddin.

Ketika diminta mengulas mengenai Ketuanan Melayu baru-baru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz berkata, ketuanan Melayu merujuk kepada "Ketuanan Sultan" dan bukan bermaksud kuasa Melayu yang mengatasi bangsa-bangsa lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch