Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Sabtu, 5 Jun 2010

Gejala sosial, puteri Umno jadi penyedap

KEMANA HALA TUJU PUTERI UMNO - berjuang atau mencari peluang

"Budaya politik seks dalam UMNO harus ditangani segera sebelum ianya jadi lebih parah". Setiausaha Puteri UMNO, Bibi Sharliza bt Mohd Khalid.

Satu kenyataan yang amat mengejutkan dan menakutkan. Alangkah malangnya anak-anak gadis Melayu yang masih mentah lagi dalam politik tetapi telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Tidak hairanlah baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita Tim. Ketua UMNO Cawangan ditangkap sedang beromen dengan Ketua Puteri UMNO Cawangan. Dan mungkin banyak lagi perkara yang sama berlaku tetapi 'diselamatkan'.

Persoalannya, kenapa baru sekarang perkara ini didedahkan? Apakah selama ini pemimpin-pemimpin Puteri tidak menyedarinya atau mungkin sudah tak mampu diselamatkan lagi. Malangnya, pemimpin-pemimpin Puteri ini hanya mengeluarkan kenyataan berupa amaran sahaja. Apakah tindakannya? Adakah hanya sekadar 'berkata tetapi tiada berkuasa?'. Jangan sampai hanyut tiada ketepian.

Pemimpin-Pemimpin UMNO sewajarnya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku kini dimana anak luar nikah ,membuang bayi, sumbang mahram dan banyak lagi begitu berluluasa di negara kita. Ini semua berlaku kerana kecuaian kita melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Jangan nanti setelah Allah menjatuhkan hukuman baru kita hendak insaf. Mungkin ketika itu sudah terlambat.

Kepada ahli-ahli Puteri insaflah.........carilah wadah yang selamat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. RENUNG-RENUNGKAN LAH BERFIKIRLAH SECARA ISLAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch