Jenazah pelajar RMC yang didera dikebumikan |
Jenazah pelajar itu tiba di rumah keluarga bapanya di Kampung Baru jam 8.15 malam semalam dari Pulau Pinang dan dikebumikan pada pukul 9.15 malam.
Urusan sembahyang jenazah dilakukan di rumah keluarga berkenaan.
Ibu mangsa Fauziah Abd Wahab, 45, beberapa kali pengsan sebaik mayat anak sulung dari tiga beradik itu tiba dengan van jenazah di rumah mereka.
Sementara itu, bapa saudara pelajar berkenaan, Fadzil Ismail, 41, ketika ditemui media berkata keluarga mereka menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.
Beliau yang bercakap bagi pihak keluarga berkenaan berkata mereka tidak dimaklumkan kejadian sebenar yang berlaku terhadap Mohammad Naim.
"Kami tidak mahu membuat sebarang andaian, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk bertindak dan menyiasat apa yang berlaku," katanya.- Bernama
memang sial askar ni, makan gaji buta je engkorang, tapi tak buat kerja
BalasPadam