|
Pihak berkuasa Pelabuhan dan Maritim (MPA) Singapura, seperti dikutip dari laman Straits Times, mengatakan sedang bekerja sama dengan Malaysia dan Indonesia untuk mengatasi tumpahan minyak akibat perlanggaran kapal tanki minyak MT Bunga Kelana3 dengan angkutan muatan curah MVWaily pada Selasa pagi pada jarak 13 kilometer dari Timur Changi.
Kapal tanki MT Bunga Kelana3 ketika itu sedang membawa 62 ribu ton minyak mentah. Wilayah yang terkena tumpahan sekarang ini berada di utara, menunjukkan bahwa arus laut dan angin mendorong minyak menuju perairan barat laut Singapura.
Lokasi pada jarak 700 meter memanjang dari Pantai Changi juga terkena tumpahan minyak dan sekarang wilayah tersebut ditutup untuk aktiviti berenang. Menurut media Malaysia, tumpahan minyak juga telah mencapai Teluk Ramunia di tenggara Johor, Malaysia. (sj)
Ahli Parlimen Pengerang Johor, anak dara Cik Azalina mesti turun selami nasib nelayan pantai, jangan berdiam diri sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan