Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Jumaat, 9 Julai 2010

Adakah ianya ikut undang-undang?


Mangsa tembakan di Johor tuntut keadilan

"Dia baru berusia 18 tahun, kalau dia hidup dan berkhidmat kepada kerajaan, sudah pasti dapat memberi kebaikan kepada negara. Tapi polis bertindak sewenang-wenangnya.

Saya nak tanya polis laksanakan undang-undang ke tidak?"
Demikian rintihan Azri Arin (kiri berbaju batik), abang kepada mangsa yang didakwa ditembak mati oleh polis, Mohd Afham, 18, pada 20 Oktober tahun lalu.

Ketika kejadian Mohd Afham menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Marsawai yang juga berusia 18 tahun dan dikejar oleh tiga polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang.

Remaja itu mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di jantung.

Pihak polis mendakwa dalam sidang media keesokan harinya, berkata tiga peronda bermotosikalnya cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya.


Hari ini, 26 parti politik dan pertubuhan masyarakat negeri Johor menggesa kerajaan supaya bertanggungjawab terhadap kehilangan beberapa nyawa rakyat negara ini.

Seruan itu dibuat dalam satu petisyen yang diserahkan oleh koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kepada ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di lobi parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain kes Mohd Afham, kes tembakan rambang yang melibatkan kematian dua pemuda India juga di Johor dikemukakan.

Dalam kejadian pada 20 Oktober 2008, tiga pemuda berketuruanan India berusia lingkungan 30 tahun, Agustin Mahamenathan, M Jagathesan dan Siva didakwa diserang oleh polis di Taman Johor. Agustin dan Jagathesan terbunuh di tempat kejadian manakala Siva melarikan diri.


Lim yang menerima petisyen itu, mempersoal keengganan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta maaf secara rasmi kepada keluarga mangsa, termasuk kes yang terbaru melibatkan remaja berusia 14 tahun, Aminulrashid Omar di Shah Alam.

"Saya nak tanya, kenapa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak meminta maaf secara rasmi terhadap keluarga mangsa akibat tembakan polis sewenang-wenangnya ini," katanya.

Beliau juga menyokong penuh tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik membuat tuntutan terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Kes tembakan seperti ini berlarutan dan harus dihentikan dan kita menyokong tuntutan yang dibuat NGO dan parti politik," katanya lagi.

Sementara itu, ibu Allahyarham Mohd Afham, Sapiah Md Elah yang turut hadir hari ini tidak dapat menahan kesedihan atas kematian anaknya dan mendesak siasatan bagi membersihkan nama anaknya yang tercemar kerana dituduh terlibat dengan jenayah.

"Saya nak minta keadilan bagi anak saya, saya nak nama anak saya dibersihkan, saya minta kes ini diadili berdasarkan undang-undang yang betul," katanya sambil mengesat air mata.

Manakala, abang Mohd Afham, Mohd Afli Arin, juga menuntut perkara yang sama, iaitu keadilan bagi pihak adiknya. "Saya yang menjaga dia selama dia hidup, semasa dia keluar pun dia minta izin saya.

Kita percaya kepada undang-undang tapi undang-undang tidak bersikap adil. Turut bersama pada sidang media ini adalah ahli parlimen Klang, Charles Santiago dan koordinator Suaram Pusat, S Arutchelvan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch