Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Sabtu, 4 Disember 2010

Bahana Ketuanan Melayu 7


Jangan Terjebak dgn Assobiyah melayu - dari sudut pandangan Ibnu Khaldun (1)

Assalamualaikum

Siapakah dia ibnu Khaldun? Beliau adalah ahli Sosiologi yang tersohor dan mendahului zamannya. Beliau juga menggariskan pelbagai teori ekonomi sebelum negara-negara barat meletakkan dasar ekonomi mereka tiga abad selepas Ibnu Khaldun. Beliau juga telah meletakkan beberapa teori pensejarahan yang turut mempengaruhi jalan berfikir guru besar sejarah Arnold Toynbee.

Aku tidak akan mengupas sumbangan-sumbangan pemikiran Ibnu Khaldun dalam makalah yang kecil ini. Aku hanya akan menyentuh satu aspek sahaja dari pemikiran Ibnu Khaldun iaitu berkaitan dengan bangsa dan tamaddun.

Kekuatan bangsa adalah teras kepada suatu tamaddun. Jatuh bangun sesuatu tamaddun di topang atau ditumbangkan oleh bangsa yang mempelopori tamaddun tersebut. Di dalam kitabnya 'Kitab-ul-iktibar', Ibnu Khaldun mengatakan apabila sebuah masyarakat sampai kepada kemuncak kejayaannya, maka dia akan melalui fasa kejatuhan dan keruntuhannya.

Pemerhatian inilah yang dirumuskan dalam teori kitaran tamaddun 'the cycle of civilzation' yang turut dikupas oleh Arnold Toynbee 'A study of history'. Justeru dekatnya kaitan di antara bangsa dan jatuh bangunnya tamaddun itu maka Arnold Toynbee mengatakan 'Civilization die from suicide, not from murder'. (Tamaddun mati kerana membunuh dirinya, dan bukan kerana dibunuh).

Ibnu Khaldun ada mengupas tentang bangsa Quraish yang menjadi teras kepada tamaddun Islam. Kekuatan yang ada pada bangsa Quraish adalah faktor penting kepada pembinaan tamaddun Islam.

Begitu juga kekuatan yang ada pada bangsa Turki yang menjadi teras kepada Khilafah Uthmaniah yang berlangsung dari tahun 1517 hingga 1924. Sebagai seorang ahli sosiolog yang jempul, beliau melihat dinamika yang wujud dalam sesebuah masyarakat dan merumuskan apakah faktor-faktor kejayaan dan kekuatan sesuatu bangsa.

Bangsa Quraish punya semua ramuan untuk membangun sebuah tamaddun Islam yang unggul. Begitu juga bangsa Turki (seljuk) dalam membangun khilafah utsmaniyah. Faktor 'quwwah' yang ada pada bangsa ini menjadikan ia bangsa yang dipandang tinggi oleh manusia. Ia menjadi faktor penyatu.

Ibnu Khaldun mengatakan adalah menjadi tabiat manusia sepanjang sejarah untuk tunduk dan meniru bangsa yang menguasai mereka samada secara kekerasan fisik mahupun kerana keterampilan bangsa itu baik dari segi kekuatan ketenteraannya, ekonominya atau budaya ilmunya.

Inilah jugalah faktor kejayaan Rom, Byzantium, Sasanid (Farsi), Yunani, Macedonia, Empayar Seberang laut Portugis, Sepanyol, Peranchis, German, Belanda, Empire British, sehingga kini Soviet Russia dan Amerika Syarikat.

Sekarang mari kita ulas pandangan Ibnu Khaldun tentang hubungan bangsa dan tamaddun. Pemerhatian Ibnu Khaldun adalah tepat. Jika teori hubungan di antara bangsa dan tamddun ini dilihat dari perspektif Kitab-ul-iktibar maka tidak wujud percanggahan samasekali.

Bangsa Quraish berjaya membina tamaddun Islam yang gemilang bukan kerana mereka bangsa Quraish semata-mata tetapi kerana quality yang ada pada bangsa Quraish. Quality itu diwarisi oleh orang Quraish dari Islam.

Dalam ertikata yang lain, orang Quraish menjadi bangsa yang hebat kerana Islamnya. Buktinya sebelum Islam, orang Quraish ialah bangsa yang hidup di tengah-tengah bumi gersang yang tidak dipedulikan kehadirannya di saat dua gergasi besar dunia iaitu Rum dan Farsi sedang bertarung untuk dominasi hegemoni politik.

Apakah orang Quraish berjaya mengekalkan kehebatan ini? Tidak! Apabila orang-orang Quraish yang berqiblat kepada Islam beralih kepada kecenderungan dan kesetiaan kabilah maka bibit-bibit kehancuran mulai menggigit kekuatan bangsa Quraish.

Kepimpinan mula diwarisi oleh Bani Ummayah. Wajah Assobiyah yang huduh mula melemahkan kesatuan umat Islam sama seperti yang mereka deritai sejak zaman jahiliyah. Perpecahan dan peperangan yang tercetus di antara Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah tidak ubahnya apa yang menimpa kabilah Arab jahiliyah dan juga perseturuan di antara Aus dan Khazraj sebelum mereka disatukan oleh Rasulullah SAW atas dasar Islam.

Apabila kepimpinan politik beralih kepada Bani Abbasiyah kubur-kubur keluarga Ummaiyah dibongkar dan tulang-temulangnya dipukul dgn melempias dendam yang membara kerana perseturuan kabilah dan Assobiyah.Lengkaplah satu kitaran tamaddun yang digariskan oleh Ibnu Khaldun.

Tamaddun Islam bangkit dan gemilang di tangan orang Quraish kerana Islam tetapi tamaddun itu merudum dan hancur ditangan orang Quraish kerana Assobiyah. Tepatlah apa yang dikatakan oleh Arnold Toynbee 'Tamaddun mati kerana membunuh dirinya dan bukan kerana dibunuh'

Bersambung insyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch