Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Jumaat, 3 Disember 2010

Ketuanan Melayu heret Sultan

Polemik Ketuanan Melayu: Raja-raja terikat pilihan rakyat, kata PAS - MInsider

SHAH ALAM, 3 Dis ─ Pemimpin-pemimpin PAS menuduh Datuk Seri Nazri Aziz “mengaibkan” institusi Raja-raja Melayu apabila mengheret sistem diraja dalam debat “Ketuanan Melayu” dan “Ketuanan Rakyat”.

Malah pemimpin-pemimpin PAS juga berkata, seseorang Sultan mempunyai obligasi untuk memenuhi kehendak rakyat yang dibuat menerusi pilihan raya dan meletakkan kepentingan mereka mengatasi kepentingan sendiri.

“Sebagaimana rakyat terikat dengan baginda (Sultan), begitu juga sebaliknya,” kata ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider.

“Raja berperlembagaan beraja... sangat jelas bahawa kepentingan rakyat baginda mengatasi dan mendahului kepentingan baginda,” kata beliau.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut mengecam Nazri dan menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu cuba melaga-lagakan Raja-raja Melayu dengan keputusan pilihan raya dibuat rakyat Malaysia.

“Bagi saya, kenyataan Nazri itu seakan mahu menghasut Raja-raja supaya tidak menghormati keputusan rakyat negara kita,” katanya.

“Ini akan mengurangkan kedaulatan dan pengetahuan Raja-raja kita yang berada dalam (era) demokrasi mengenai Ketuanan Rakyat. Nazri mengaibkan Raja-raja,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Dzulkefly juga mendakwa Nazri “berniat jahat” kerana mentafsir “Ketuanan Melayu” sebagai kedaulatan Raja-raja Melayu.

“Bila anda bercakap mengenai Ketuanan Melayu, jangan kaitkan ia dengan Ketuanan Sultan. Ia sesuatu yang buruk dan berniat jahat,” katanya.

“Jangan mengheret Sultan ke dalam debat getir Ketuanan Melayu lawan Ketuanan Rakyat,” kata beliau.

Sebelum ini, Nazri memberitahu pemimpin-pemimpin PKR bahawa “Ketuanan Rakyat” tidak memberikan kuasa mutlak kepada mereka untuk memutuskan pemimpin-pemimpin kerajaan sambil mengingatkan Raja-raja Melayu masih dianggap sebagai tertinggi dalam sistem raja berperlembagaan di Malaysia.

Dzulkefly bagaimanapun menekankan bahawa keputusan dibuat Sultan harus mencerminkan sentimen rakyat memandangkan Sultan bukan raja yang berkuasa mutlak.Kata beliau, jika rakyat mahukan sesuatu atau sebaliknya, raja berperlembagaan demi kepentingan negara dan kedudukan baginda sebagai raja, perlu mengambil kira perkara keperluan tersebut.

“Ini bermakna baginda bukan (raja) mutlak,” kata beliau.

Beliau juga menambah, Sultan terikat kepada peruntukan perlu memperakui bahawa apa jua pindaan yang disyorkan ke atas Perlembagaan oleh Parlimen menerusi kuasa majoriti dua pertiga.

“Hakikatnya rakyat juga boleh meminda Perlembagaan, dengan syarat mempunyai majoriti dua pertiga sama ada yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) ataupun pakatan Rakyat, dan raja perlu merestui dan memperakuinya,” kata Dzulkefly lagi.

Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, konsep Ketuanan Melayu harus “ditinggalkan” kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.

Selain Dr Wan Azizah, beberapa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menolak konsep itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendiriannya menolak konsep “Ketuanan Melayu” sambil menjelaskan, ungkapan yang menjadi polemik itu merujuk kepada amalan “tuan dan hamba” dalam masyarakat.

Semalam Mahfuz berkata, dalam kes di Perak, menjadi tanggungjawab Sultan untuk mendukung parti politik yang memperoleh majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sultan boleh memilih parti yang dipilih majoriti. Sultan tidak boleh memilih yang lain. Ini menunjukkan Sultan itu perlu mematuhi pilihan diperbuat rakyat,” kata Mahfuz.

Mahfuz dan Dzulkefly berpendapat bahawa Raja-raja Melayu sentiasa mempertahankan keputusan yang dibuat oleh pengundi.

“Rakyat yang membuat keputusan dalam pilihan raya. Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menafikan pilihan dibuat oleh rakyat ketika pilihan raya,” kata Mahfuz.

“Malah, saya melihat Raja-raja Melayu sendiri menghormati keputusan yang dibuat oleh pengundi,” tambahnya.

Beliau juga mendakwa Umno menghasut Raja-raja Melayu agar “bertelagah” dengan rakyat berhubung hak-hak demokratik untuk memilih kerajaan.

“Mereka menghasut raja-raja untuk bertelagah dengan rakyat, yang diberi hak dalam sebuah negara demokrasi untuk menentukan kerajaan mereka,” kata Mahfuz.

Dzulkefly menegaskan bahawa “Ketuanan Rakyat” akan sentiasa dilindungi oleh “Ketuanan Sultan”.

“Ketuanan Rakyat juga akan sentiasa mendukung Ketuanan Sultan,” katanya.

Beliau menambah, Sultan diberi mandat untuk melindungi bukan sahaja kedudukan khas orang-orang Melayu, tetapi juga hak sah kaum-kaum lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.

“Anda perlu baca Artikel 153 dengan satu nafas,” kata Dzulkefly.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustaffa Ali bersetuju dengan pendapat pemimpin PAS itu bahawa kuasa Sultan adalah terbatas kerana baginda hanya boleh melantik seorang perdana menteri yang mendapat sokongan majoriti Parlimen.

“Sultan boleh melantik sesiapa baginda mahu menjadi perdana menteri. Tetapi Sultan tidak boleh melantik seseorang yang tidak mempunyai majoriti,” kata Mustaffa.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan konsep “Ketuanan Rakyat”, sebaliknya mengemukakan “Ketuanan Islam”.

“Saya bersetuju dengan Ketuanan Islam. Ia tidak berdasarkan kaum,” kata beliau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch