Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Khamis, 13 Mei 2010

Bantu ketepi Denmark 3-2, jumpa China di separuh akhir esok

DENGAN namanya bergema dalam Stadium Putra Bukit Jalil, Hafiz Hashim tampil membalas sokongan penonton untuk menjulang skuad Piala Thomas layak ke separuh akhir bertemu juara bertahan China, esok selepas membantu merakamkan kemenangan 3-2 dalam saingan di suku akhir, malam tadi.

Ketika Malaysia sekali lagi berdepan kedudukan genting apabila terikat 2-2 dengan Denmark, Hafiz memastikan tidak berulang kekecewaan pasukan seperti yang berlaku ketika tewas kepada Jepun, kelmarin dengan menewaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 untuk mata kemenangan negara.

“Saya sungguh puas hati dapat menyumbang mata kemenangan kepada Malaysia dan menjulang skuad negara ke separuh akhir bertemu China,” kata Hafiz selepas pertarungan 31 minit itu. “Kemenangan ini menebus kehampaan dan kekecewaan kalah kepada Jepun, kelmarin.

“Walaupun bermain dalam perlawanan penentuan tetapi saya suka berada dalam situasi genting itu kerana dapat mengeluarkan permainan terbaik saya.”

Selepas kekalahan mengecewakan kepada Jepun dalam saingan peringkat kumpulan kelmarin, anak buah Rashid Sidek dan Rexy Mainaky tampil lebih bersemangat dan seperti diduga kem Malaysia merehatkan pemain beregu Fairuzizuan Tazari dan menggandingkan Zakry Abdul Latif bersama Hoon Thien How.

Perseorangan utama negara, Lee Chong Wei sekali lagi tidak mengecewakan apabila menjinakkan musuh tradisinya, Peter Gade 21-17, 21-17 dalam tempoh 48 minit bagi mata pertama Malaysia.

“Walaupun agak tertekan tetapi saya dapat mengawal perasaan menguasai permainan,” kata Chong Wei. “Dalam set pertama saya mendahului agak selesa tetapi selepas itu kehilangan tumpuan bagi membolehkan Peter merapatkan jurang. Tetapi selepas itu saya kembali memulihkan permainan saya.”

Kemenangan Chong Wei diteruskan gandingan utama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menundukkan Carsten Mogensen-Mathias Boe 21-17, 21-19 untuk kedudukan 2-0 tapi Wong Choong Hann - sekalipun menunjukkan komitmen tinggi - gagal apabila tunduk kepada Jan O Jorgensen 20-22, 21-16, 18-21.

Perjudian Rexy ke atas Zakry-Thien How hampir lagi membuahkan mata kemenangan tetapi mereka terpaksa akur kepada juara Seluruh England 2010, Lars Paaske-Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21 sebelum Hafiz tampil menjadi penyelamat untuk membawa Malaysia selangkah lagi kepada impian memburu Piala Thomas pada 16 Mei ini.

KEPUTUSAN SUKU AKHIR

Piala Uber

Indonesia 3 Malaysia 0
Jepun 3 Denmark 1
Korea Selatan 3 Russia 1
China 3 India 0

Piala Thomas

China 3 Korea Selatan 0
Indonesia 3 India 0
Jepun 3 Jerman 1

MALAYSIA 3 DENMARK 2
Lee Chong Wei mn Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17;
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mn Carsten Mogensen-Mathias Boe 21-17, 21-19;
Wong Choong Hann kk Jan O Jorgensen 20-22, 21-16, 18-21;
Mohd Zakry Abdul Latif-Hoon Thien How kk Lars Paaske-Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21;
Muhd Hafiz Hashim mn Joachim Persson 21-12, 21-10.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch