Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Isnin, 3 Ogos 2009

Demontrasi Anti ISA, Siapa Yang Nak Disalahkan, Rakyat atau Kerajaan? Siapa Yang Rugi, Rakyat atau Kerajaan?



Bagi penguasa elit yang menggunakan jentera kerajaan seperti polis tentulah menyalahkan penunjuk perasaan yang terdiri dari rakyat jelata. Senang cerita tak perlu cari kambing hitam lain, pemimpin keluar tv dan akhbar menyalahkan pendemontrasi jalanan yang didalangi oleh pemimpin Pakatan rakyat mesti dipersalahkan.

Bagi para peniaga yang berdagang disekitar tempat demo anti Isa ada dua kemungkinan. Mereka akan menyalahkan kerajaan khususnya polis atau mereka menyalahkan para demonstran. Saya yang juga peniaga sebelum ini, malahan keluarga saya terlibat dalam bisnes asas tahu dan lihat apa sebenarnya yang berlaku. Restoran penuh, kedai dan bazar sesak dengan orang membeli belah di mana yang membeli terdiri dari para demonstran termasuk saya. Saya singgah dikedai mamak di lorong ke Masjid India menjual baryani satu pinggan RM 9, bayangkan, saya pesan 4 pinggan makan bersama keluarga campur air hampir memcecah RM 50, wow mahalnya tetapi orang tetap membayarnya kerana makanan itu keperluan. Sempat juga membeli baju raya anak di bazar berhampiran, murah dan berkualiti. Peniaga air tepi jalan lagi untung besar. Maknanya peniaga memang mendapat rahmat dari kebanjiran demonstran ini.

Peniaga yang kata rugi kerana dapat arahan polis suruh tutup takut huru-hara berlaku dan nanti mudahlah polis nak sembur air kimia dari lori merah FRU. Huru-hara bukan angkara demonstran kerana mereka tak bawa senjata merbahaya pon, ada yang datang pakai kasut snikers atau kasut kanvas sekolah malahan ada yang bercapal sahaja, tetapi yang berkelengkapan lengkap bersenjata adalah polis dengan pistol, cota, helmet, perisai, kanister gas beracun atau bom asap pemedih mata, air kimia water cannon dan jangan lupa boot keras cap kulitkraf yang boleh menendang dan mencederakan sesiapa sahaja.

Memang manjadi prinsip demonstran apabila berlaku sesuatu isu besar atau isu kecil, pertama sekali mesti salahkan kerajaan.. Kerajaan patut mendengar rintihan dan penderitaan rakyat yang ditahan dan disiksa dengan akta haram ISA peninggalan penjajah ini. Memang betul pemimpin negara kapitalis macam negara kita mengamalkan prinsip salahkan rakyat, rakyat kena ikut, rakyat kena takut dan rakyat kena tunduk.

Islam mengajar kalau penguasa dan pemerintah zalim mesti ditentang dan disalahkan. Mereka zalim dan kejam, menyalahgunakan harta rakyat dan menipu dalam pilihanraya takkan orang muda nak sokong mereka dan salahkan diri sendiri? ya kami salah menyebabkan peniaga rugi... jangan ingat kami akan melafazkan dialog itu, bacul namanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch