Keberanian Anak Muda Pusat Bandaraya Kuala Lumpur 1 Ogos 2009 : Waktu inilah dilihat keberanian anak muda ditonjolkan. Dengan tangan kosong mereka ambil kanister berasap gas pemedih mata yang panas, mereka lemparkan kembali kepada polis. Mereka cukup berani. Tabik kepada pejuang ini. Ada yang siap dengan topeng muka beroksigen dan ada yang siap bersarung tangan membuktikan mereka ini cukup bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tahniah dan syabas.
Saya membawa isteri dan dua anak dalam perhimpunan itu. kebetulan hari ini 1 Ogos adalah hari lahir anak saya Muhammad Fateh Hamdan yang ke 9, pada mulanya kami tidak menyangka polis akan melepaskan gas pemedih mata seawal itu, tetapi di depan Masjid Jamek dan masa tu saya dan keluarga berda di lorong menghala ke Masjid India terkena juga asap gas yang mula-mulanya tak rasa apa-apa tapi lama kelamaan biji mata rasa macam kopek bawang dan pijau kena lada, tapi ok lagi, sehinggalah tak lama kemudian rasa hidung meleleh hingus, anak saya yang paling kesian tak boleh tahan lagi.Air mineral yang dibawa diguna untuk membasuh muka, mujur ada yang bagi garam untuk elak dari muntah dan loya serta meredakan pedih di mata. Itulah sedikit pengalaman saya dan keluarga.
Hadiah Hari Lahir Anak Anak saya tanya kenapa dihari lahir dia saya bawa dia bertempur dengan polis, saya jawab supaya Fateh besar nanti jadi
pejuang. Anak saya faham atau tidak saya tak tahu. Maka terpaksa saya pujuk dengan membeli mainan
Transformer di stesen Petronas Senawang masa balik ke Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan