Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Isnin, 10 Ogos 2009

Imam Za'aba Exco Pemuda PAS Johor, Ketua Pemuda PAS Pulai Patah Tulang Rusuk Dibelasah Polis



Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai (Foto)yang juga Exco Dewan Pemuda PAS negeri Johor saudara Zaaba Ibrahim baru-baru ini telahpun dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit ditelinga dan tulang rusuk.
Beliau yang baru pulang dari Kuala Lumpur setelah menghadiri himpunan Gerakan Mansuhkan ISA adalah diantara salah seorang dari 589 orang tahanan yang telah ditahan dan telahpun dibebaskan pada hari yang sama kira-kira jam 8.00 malam di FRU PGA Cheras.

Beliau dikatakan terjatuh semasa menyelamatkan diri dari tembakan gas pemedih mata oleh FRU dan tambah malang beliau dikejar oleh FRU lalu dipukul dan ditampar FRU yang mengakibatkan beliau tersungkur lalu ditangkap dan terus dibawa ke FRU Cheras.
Laporan awal doktor di Hospital Sultanah Aminah mengesahkan beliau telahpun patah dua tulang rusuk dan cedera dibahagian gegendang telinga.

Yang Dipertua PAS Kawasan Johor Bahru saudara Rosli Kemin yang ditahan polis pada hari tersebut turut mengesahkan saudara Zaaba adalah antara yang ditahan polis dan Zaaba ada menceritakan kepada beliau betapa beliau teruk dibelasah oleh FRU dan menganggap FRU terlalu melampau dan kurang ajar dalam menyuraikan himpunan tersebut.
Kami dari Johor Bahru juga telah menyaksikan sendiri seorang pemuda cina yang telah ditembak dengan gas pemedih mata secara dekat oleh FRU yang mengakibatkan lebam yang teruk dikanan bahu beliau dan turut bersama beliau hadir di balai polis Bukit Jalil untuk membuat aduan dan laporan.

Saudara Zaaba Ibrahim sekarang ditahan di wad 4 barat no 16 Hospital Sultanah Aminah , Johor Bahru dan sesiapa yang berkesempatan bolehlah menziarahi beliau untuk menghulurkan bantuan dan mendengar sendiri pengalaman beliau dan kezaliman FRU yang terlampau.

1 ulasan:

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch