فَمَن يُرِدِ اللّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا
حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاء كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak dan sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Al-An’am 6:125
Foto seorang Yahudi yang memeluk Islam dengan memegang foto gambar beliau dengan sut ala Rabbi sebelum masuk IslamSumber: eramuslim.com Seorang Yahudi yang memeluk Islam. Allahuakbar!Setiap tahun, beratus warga Yahudi yang tinggal di Israel mengunjungi pejabat Kementerian Undang-undang untuk mengisi borang permohonan menukar agama dan memilih Islam sebagai agama baru.
Sementara itu, para aktivis Yahudi yang menentang fenomena ini mengatakan, tidak semua Yahudi yang masuk Islam melaporkannya ke Kementerian Undang-undang.
Media kedua terlaris di Israel setelah akhbar harian Yedioth Ahronoth, iaitu Tabloid Maarif yang berpusat di Tel Aviv melaporkan, bahawa beberapa data serta angka-angka menunjukkan beratus warga Yahudi telah memeluk Islam.
Tabloid yang kini juga terbit dalam versi bahasa Arab ini mengulas, bahawa fenomena ini sudah berlangsung sejak lima tahun terakhir.
Tabloid ini turut memberitahu, berpuluh-puluh warga Yahudi telah meninggalkan agamanya dan memeluk agama Kristian. Data dua tahun terakhir menunjukkan, dari 360 Yahudi yang melapor ke Kementerian Undang-undang untuk mengubah agamanya, 249 di antaranya menyatakan memeluk Islam dan bakinya ingin berpindah ke agama Kristian.
Hal ini menunjukkan bahawa setiap tahun sekitar 100 orang Yahudi menukar agama, baik ia agama Islam maupun Kristian. Angka ini meningkat sejak tahun 2008 sehingga ada 142 Yahudi yang menyatakan masuk Islam pada tahun ini.
Tabloid Maarif menjelaskan, sejak tahun 2009 hingga sekarang, terdapat 32 Yahudi yang mengajukan permintaan mengubah agama. Angka-angka ini menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Yahudi.
Di pihak lain, seorang anggota persatuan “Keluarga Yahudi Selamanya” menyatakan, “Jumlah Yahudi yang menukar agamanya dan memeluk Islam tidak sama seperti mana diberitakan oleh media, kerana ada beratus Yahudi lain yang memeluk Islam tapi tidak melaporkannya ke pihak berwajib.”
Sementara itu, salah seorang anggota Knesset bernama Adri Orbench menyatakan, “Setiap warga Yahudi yang pindah agama akan sangat merugikan bangsa Yahudi.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan