Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Khamis, 1 Oktober 2009

Bolehkah Kita Memberi Wala’ Kepada Pimpinan Yang Tidak Maksum?



Buku Umar Al Khattab Khalifah ke dua Kerajaan Islam yang banyak memberi pengajaran dalam hal pentadbiran dalam pemerintahannya

Sumber Tulangbesi

Apa ertinya Maksum? Maksum bererti terpelihara dari dosa dan kesilapan.

Soalnya sekarang, dalam akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, siapakah yang maksum? Yang maksum dalam Ahlus Sunnah hanyalah Nabi SAW yang dilindungi Allah SWT dari dosa dan kesilapan.

Selain dari Nabi SAW, hatta para Sahabat Nabi SAW yang disayangi Nabi itu, pun tidak maksum.

Oleh kerana itulah Al Abbas berjaya mendapat kembali tanah beliau yang diambil oleh Saidina Umar untuk membesarkan kawasan Kaabah.

Saidina Umar berijtihad bahawa tanah milik Abbas itu terletak di pinggiran kaabah dan kerajaan ada hak untuk mengambil tanah tersebut dengan pampasan kerana kerajaan mahu meluaskan tempat ibadat bagi tujuan dan kepentingan umum.

Abbas telah membawa kes ini ke mahkamah, dan mahkamah telah mengembalikan tanah tersebut kepada Al Abbas.

Lantas, Al Abbas telah menyedekahkan tanah tersebut kepada kerajaan untuk dibuat pembangunan bagi tujuan umum.

Adakah para sahabat pada masa itu tidak wala’ pada Saidina Umar? Adakah Al Abbas tidak wala’ pada Saidina Umar?

Apabila Saidina Umar memberi ucapan sempena perlantikan beliau sebagai Khalifah, beliau meminta semua orang menegur beliau sekiranya beliau membuat salah.

Bangun seorang yang tidak dikenali lantas berkata sekiranya Umar berbuat salah, maka beliau akan ditegur dengan pedang.

Saidina Umar lantas bersyukur kepada Allah kerana ada di kalangan umat Muhammad yang akan sanggup menegur beliau dengan pedang.

Soalnya di sini, adakah para sahabat tidak wala’ pada Saidina Umar sehingga sanggup menegur beliau dengan pedang?

Cukup dua contoh yang saya bawa di atas. Saya cuma ingin melahirkan kehairanan saya kenapa dalam jamaah, apabila seseorang itu menjadi ketua, maka otomatik beliau ini mendapat taraf maksum. Sekiranya ditegur, nescaya si penegur akan digelar sebagai tidak wala’ dan tidak taat kepada seseorang ketua itu.

Adakah ini ajaran Islam, yakni memberi sepenuh ketaatan tanpa soal kepada mereka yang tidak maksum dan tidak dilindungi Allah SWT dari dosa dan kesilapan?

Di dalam mesyuarat baru-baru ini, isu SELCAT sudah tidak dibincang lagi. Yang dipersoalkan dengan begitu mendalam adalah persoalan wala’?

Dan serangan yang diajukan oleh segelintir ahli perhubungan adalah serangan kepada Khalid Samad atas tuduhan tidak wala’?

Soalnya, Saidina Umar sendiri bersyukur ada orang yang akan menegur beliau dengan pedang, apa masaalahnya tindakan Khalid Samad? Apakah Khalid tidak wala’ kerana menjawab di media bagi mempertahankan imej PAS di kalangan pengundi2 PAS yang berada di atas pagar? Adakah itu tidak dikira wala’?

Tidakkah tindakan Hasan Ali yang berlawanan dengan keputusan muktamar? Adakah itu bukan satu tindakan yang berlawanan dengan wala’ juga?

Alasan wala’ dalam PAS ini digunakan sewenang-wenangnya

Ianya satu kaedah untuk memastikan ahli dan penyokong member ketaatan membabi buta kepada pimpinan. Apabila alasan wala’ digunakan, maka takutlah kesemua orang untuk menegur dan membetulkan kesilapan dan kesalahan.

Hasilnya, kesilapan dan kesalahan terus menerus menjadi amalan. Hasil akhirnya adalah parti yang sakit dan hancur kerana orang di luar PAS tidak kesah pasal wala’ dan mereka yang mengundi kita.

Alasan wala’ ini digunakan sewenang-wenangnya di Terengganu sehingga akhirnya jatuh kerajaan PAS Terengganu berdebuk menyembah bumi. Ini kerana segala kesalahan dan kesilapan serta kelemahan tidak diizinkan untuk ditegur kerana sesiapa yang menegur akan dikira tidak wala’ (taat).

Saya rasa budaya wala’ atau taat kepada orang yang tidak maksum sudah menjadi budaya dalam PAS. Saya rasa ini adalah kerana PAS adalah parti Melayu dan orang Melayu amat suka kepada ketaatan yang buta dan total.

Kerana kalau kita ikut Islam, Saidina Umar sendiri bersyukur ada orang yang mahu menegur beliau dengan pedang.

Benarkah PAS ini parti Islam ataupun PAS ini parti Melayu? Lepas ni kita kena buang YB Khalil Idham Lim dan YB Dr Halimah dan YB Annuar Tan. Sebab diorang tu semua bangsa Cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch