Flotila Kebebasan: Israel Tahan 480 Aktivis, Bebaskan 48 Yang Lain
Nasib Sukarelawan Malaysia Belum Pasti
JERUSALEM: Rejim Israel menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam serangan ke atas Flotila Kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza pagi semalam.
AFP yang memetik laporan radio awam Israel berkata, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain.
Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel.
Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.
Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 11 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun disumbat ke penjara Israel. -AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan