Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Jumaat, 3 September 2010

Baja bergred rendah tipu peneroka


PAS dedah dakwaan tipu baja Felda selepas raya

PAS akan mendedah selepas hari raya ini dakwaan penyelewengan berhubung pengredan dan penjualan baja yang dibekalkan oleh Felda, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub hari ini.

Katanya, pendedahan itu akan dibuat oleh jawatankuasa khas bertindak pembelaan isu-isu peneroka (TINDAK) yang ditubuhkan pada 29 Ogos lalu.

"Kita akan membuat satu penyelidikan rapi bagi membongkar penyelewengan seperti isu wang tanam semula, (isu) penggredan baja dan Akta Penempatan Berkelompok.

"PAS berpendapat isu-isu (berkaitan) peneroka (ini) perlu diangkat menjadi satu agenda nasional," katanya dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini. Salahudin yang juga pengerusi TINDAK menjelaskan jawatankuasa khas ini turut berperanan memaksimakan pembelaan terhadap isu yang berkaitan peneroka di Dewan Rakyat.

Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Salahuddin berkata: "Kita juga akan memberi khidmat nasihat dan guaman kepada (peneroka mengenai) isu-isu yang dianggap berprofil tinggi.

Ditanya mengenai peranan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) yang turut memperjuangkan nasib peneroka Felda, Salahudin berkata kewujudan jawatankuasa khas tidak menafikan tugas dan peranan yang dimainkan oleh ANAK.

Katanya, ini kerana pengerusi ANAK, Mazlan Aliman juga menjadi timbalan pengerusi TINDAK dan dianggotai ahli jawatankuasa PAS Pusat - Datuk Kamaruddin Jaafar dan Mohamad Sabu, . Tiga lagi anggotanya ialah ADUN Paroi, Taufek Abdul Ghani; Zulkefly Mohamad Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) dan peguam Asmuni Ani yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch