Sebuah kajian ketenteraan yang dilakukan terhadap pasukan tentera Israel yang dihantar bertugas di Palestin, yang diterbitkan di akhbar-akhbar Israel pada 07/07/2010, melaporkan terjadinya peningkatan secara mendadak kejadian membunuh diri secara misteri di kalangan tentara Israel selama enam bulan pertama tahun 2010; sejak penawanan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Pihak berkuasa tentera Israel melahirkan keprihatinan dan kebimbangan yang mendalam di atas meningkatnya jumlah tentera yang membunuh diri semasa menjalankan tugas ketenteraan mereka, meskipun mereka telah membuat perancangan dan tindakan untuk mengurangkan fenomena ini dari terus meningkat.
Kejadian ini terus berlaku dan tidak dapat dikawal melibatkan anggota tentera yang baru bertugas dan juga anggota yang senior.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh sebuah akhbar harian Israel “Yediot Aharonot”, menjelaskan bahawa dalam separuh pertama tahun 2010, sebanyak 19 tentara Zionis membunuh bunuh diri, dibandingkan dengan kejadian membunuh diri sebanyak 21 kes sepanjang tahun 2009.
Ini menunjukkan peningkatan 100% dalam kes bunuh diri di kalangan tentera Israel. Dinyatakan juga bahawa pada tahun tahun 2005 ada 35 orang tentera Israel membunuh diri.
Akhbar Israel itu seterusnya mengatakan, meskipun pihak tentera telah banyak menghantar psikiatri dan pakar jiwa untuk mengkaji sebab dan punca mengapa tentera membunuh diri, namun mereka gagal mendiagnosis masalah yang dialami oleh para tentera Israel tersebut.
Psikiatri tentera Israel menolak anggapan bahawa tentera Israel membunuh diri akibat tekanan jiwa kerana mereka hanya berhadapan rakyat Palestin yang tidak bersenjata, kalau pun ada ancaman dari pejuang Hamas, kelengkapan ketenteraan mereka jauh lebih canggih dari apa yang dimiliki pejuang Hamas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan