Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Khamis, 30 September 2010

Jumpa di Kluang


Santai di Kluang, jangan pakai tali leher bro...nanti skema sangat...

Judi berzaman


F1 Lotus hancus!!!


Duit kita yang hangus?

Formula satu Malaysia?
Satu pelaburan yang memang dah pun lebur. Angan menggunung tetapi terjelepuk di tangga tercurut!


Nasib baik Hekki tak jadi satay...

Satu persoalan, apakah manfaat yang diperolehi oleh rakyat setelah negara mempunyai sebuah pasukan formula satu? Apakah anda pembaca setuju sekiranya saya katakan, ini adalah satu lagi projek pembaziran terancang kerajaan Barisan Nasional ?

Pembaziran itu dapat dielakkan sekiranya wang yang dapat dikumpulkan dari beberapa konglomerat terkemuka negara, dinamakan sebagai tabung khas biasiswa 1Malaysia.

Ianya jauh lebih bermanfaat selain daripada memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan Malaysia apabila mahasiswa-mahasiswa yang diberi biasiswa ini akan kemudiannya berbakti kepada kerajaan yang prihatin.

Tetapi malangnya kerajaan yang ada hari ini adalah sebuah kerajaan yang zalim apabila menafikan hak pelajar untuk menerima biasiswa, malah kerajaan menjadikan pinjaman ini satu perniagaan apabila meletakkan kadar faedah sebanyak 4 peratus !

Berbalik kepada cerita formula satu, ada maklumat yang mengatakan jumlah yang dilaburkan oleh syarikat konglomerat ialah 500j tetapi harus diingat bahawa perbelanjaan tahunan untuk satu pasukan formula 1 adalah mencecah 1 bilion.

Ada rakan yang mengatakan kepada saya bahawa kerajaan tidak keluar walau satu sen pun untuk pasukan formula satu negara. Semua perbelanjaan yang mencecah 1 bilion semusim itu ditaja oleh badan swasta.

Memang benar, kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun untuk pasukan formula satu. Tetapi janganlah kita menganga dengan auta yang cuba menyembunyikan fakta sebenar.

Walau berapa pun jumlah tajaan syarikat swasta untuk tujuan sukan negara, ia pasti akan menolak jumlah cukai tahunan yang dikenakan (income tax) terhadap mana-mana syarikat pun.

contohnya, sekiranya syarikat A memberi tajaan RM 1 juta, maka apabila membayar cukai, RM 1juta akan dikecualikan.

Dalam masa yang sama, jumlah cukai yang sepatutnya diterima oleh kerajaan Malaysia telah susut 1 juta di atas tajaan syarikat A terhadap sukan negara (termasuklah sukan formula satu). Jadi, adakah anda bersetuju jika saya katakan kerajaan telah terlibat secara langsung dalam perbelanjaan formula satu ?

Penduduk tak suka perkasa

Perkasa Hadir Majlis Najib, Penduduk Tertanya-Tanya


SHAH ALAM 29 SEPT: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dan Parlimen Pandan bimbang dengan laporan media mengenai penglibatan Perkasa dalam satu program yang dijadual bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2 Oktober ini.

Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad menerima aduan penduduk mengenai hal berkenaan dalam program anjuran Pertubuhan Silat Seni Goyang Malaysia (PSSGM) di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

"Penganjur ada hubungi saya dan menafikan Perkasa terlibat tetapi laporan Sinar Harian pula menyatakan penganjur menjemput pemimpin Perkasa ke majlis itu,” katanya kepada TV Selangor selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mengikut laporan akhbar berkenaan, Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya mengakui pihaknya mempelawa wakil Perkasa sebagai tetamu program berkenaan tetapi menafikan jalinan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Memandang serius perkara itu, Iskandar berkata, beliau khuatir penyertaan Perkasa dalam program berkenaan jika benar, boleh memberi kesan buruk kepada keharmonian penduduk setempat.

Beliau berkata, hubungan antara kaum di DUN Chempaka dan Parlimen Pandan begitu harmoni pada masa ini dan penduduk tidak mahu situasi berkenaan terjejas disebabkan penganjuran program berkenaan.

"Kita berharap perkara seumpama ini tidak berlaku dan masyarakat mula tertanya-tanya adakah majlis ini benar-benar akan berlaku sebab program itu dijalankan di kawasan padang terbuka," katanya.

Iskandar berharap Najib dan penganjur mengambil kira keharmonian masyarakat setempat lantaran program berkenaan mendaat publisiti buruk lantaran menimbulkan kebimbangan masyarakat.

“Saya yakin Najib tentu sekali tidak mahu nama dan kredibiliti beliau tercemar akibat majlis ini,” katanya.

Al-fatihah buat Tuan Guru



Salam takziah...

Kita semua milik Allah. Dan pasti akan kembali kepada Nya jua. Malam ini menjadi saksi atas kematian seorang lagi ulama yang sangat ikhlas dan zuhud iaitu Tuan guru Hj Abd Latif atau lebih dikenali dengan gelaran Pak teh Keruh.

Anak Nabi Adam derhaka?


Kita Qabil atau Habil?

Assalamualaikum
Update pendek daripada saya. Saya belajar sesuatu daripada kisah Qabil dan Habil dalam Surah Al-Maidah ayat 27-31.

Ketika Nabi Adam A.S meminta mereka berdua melakukan korban bagi menentukan siapakah yang layak untuk berkahwin dengan kembar Qabil, Allah telah menerima korban daripada Habil kerana Habil telah memberikan kambing yang paling gemuk, sihat dan terbaik dari ladang.

Manakala Allah tidak menerima korban Qabil, kerana dia tamak dan bakhil, dia berikan hasil tanaman yang paling buruk dan baginya tanaman yang paling baik.

Pengajarannya: Sekiranya kita bakal menghadapi atau melakukan sesuatu yang besar; peperiksaan, dakwah, perkahwinan, amal apa-apa sekalipun, berikanlah yang terbaik untuk Allah; sedekah, puasa, qiyamullail, taubat, solat jemaah, amar maaruf nahi munkar dan amal-amal lain yang mendekatkan kita kepada Allah, buatlah yang terbaik kholison lillah :)

Nak perang pergilah Gaza!

PERKASA 'isytihar' perang terhadap Namewee- mkini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini 'mengisytiharkan' perang terhadap penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee selepas album sulungnya dilancarkan semalam.

Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.

"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.

Sempena kelahiran album itu, Namewee selepas ini menjelajah seluruh negara sebagai rangka promosinya.

Terbaru esok di Kolej New Era, di Kajang yang dimiliki NGO pendidikan Cina yang berpengaruh Dong Zong.

Malam semalam, perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur, kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.

Kumpulan itu juga mendesak Namewee meminta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia kerana "merosakkan muhibah kaum".

Berlindung belakang polis

Manakala Namewee pula berkata isu permohonan maaf bukan isu sebenar kerana beliau datang ke program itu "bagi membantu menyelesaikan isu perkauman".

Menjawab soalan, beliau juga berkata tidak takut pada PERKASA kerana percaya polis akan melindunginya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Arman Azha menyifatkan Namewee sebagai "pengecut" dan tidak berani bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.

"Kalau berani kenapa dia tidak keluar semalam. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya.

"Kalau dia (Namewee) cuba berlagak hendak menjadi wira Tionghoa, kenapa dia tidak berani berdepan dengan panglima perang Melayu semalam. Bukan kita hendak buat apa. Kita hendak berdiskusi saja."

Mendakwa pemuda Cina daripada Johor itu hanya berani bersembunyi di balik laman Youtube, Arman Azha berharap Namewee tidak terus berselindung di belakang polis dan media elektronik.

Ditanya tentang kenyataan Namewee yang enggan memohon maaf, Arman Azha menjawab pihaknya bukan meminta Namewee berbuat demikian kepada NGO Melayu terbesar itu, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Ia mengganggu keharmonian dan muhibah (antara) kaum. Siapa yang buat video itu? Dia buat salah, kenapa hendak berlindung di balik polis?" soal Arman Azha.

Jangan lari dari hutang da


Timbalan menteri diarah bayar hutang RM1.6 juta

Datuk M Saravanan ( kanan), yang sekarang ini timbalan menteri Wilayah Persekutuan telah diarahkan oleh mahkamah membayar RM1.6 juta kepada VPN Marketing Sdn Bhd untuk melangsaikan hutangnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga mengarahkan Project Penyelenggara Lebuhraya Bhd (Propel) membayar wang tambahan RM690,000 kepada syarikat itu kerana mencabuli kontrak membekalkan penghadang besi di antaranya lebuh raya Utara Selatan.

Keputusan itu dibuat di kamarnya oleh hakim Anantham Kasinater.

Dua saksi dari VPN Marketing dan dua lagi daripada Propel memberi keterangan semasa perbicaraan.

Saravanan disaman atas kapasiti peribadinya, sebelum dia dilantik sebagai timbalan menteri, selepas syarikatnya RMW Manufacturing Bhd - di mana beliau bertindak sebagai pengurus dan pengarah menggulung tikar.

VPN Marketing, sebuah syarikat berpangkalan di Bandar Puncak Alam, dalam kenyataan tuntutannya berkata mereka sejak 2004 telah membekalkan bahan keluli kepada RMW Manufacturing.

Bagaimanapun RMW Marketing masih belum menjelaskan bayaran RM2.337 juta selepas menerima barangan bertkenaan.

VPN Marketing mendakwa Saravanan melalui peguamnya bersetuju melalui sepucuk surat bertarikh 28 Nov 28, 2007, mengeluarkan surat jaminan peribadi untuk membayar RM1.647 juta manakala Propel pula dikehendaki membayar RM690,000.

VPN Marketing telah berulang kali meminta kedua-dua defenden berkenaan menjelaskan bayaran tetapi mereka didakwa gagal berbuat demikian.Menurut peguam C Shanmugaiah yang mewakili VPN Marketing, hakim itu memutuskan plaintif (VPN Marketing) berjaya membuktikan kes saman tersebut terhadap kedua-dua defendan.

Beliau berkata hakim itu juga memerintahkan Saravanan membayar RM20,000 sebagai kos guaman dan juga faedah lapan peratus dari November 2007, manakala Propel diperintah membayar kos RM35,000 dan juga faedah kepada VPN Marketing.

Syarikat itu juga telah menghantar notis tuntutan pada 7 Sept 7, 2009 tetapi kedua-dua mereka gagal berbuat demikian.

BTN rasis lagi


Si sepet, si kaki botol - kabinet kesal

Jemaah Menteri hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat seorang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa telah menghamburkan kata-kata perkauman ke atas masyarakat Cina dan India di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya.

Dr Subramaniam berkata jemaah menteri secara umumnya kesal mendengar kata-kata yang didakwa dihamburkan oleh timbalan pengarah BTN, Hamim Husin pada sebuah majlis membabitkan Puteri Umno pada Isnin lalu.

Hamim didakwa menghina melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata dan 'si kaki botol'.

Hamim semasa sesi tertutup itu dilaporkan oleh portal berita the Malaysian Insider sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi ancaman,” katanya.

Hamim juga didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC.

Felda kecundang


Peneroka menang lagi kes saman Felda
Harakahdaily

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Kota Siputeh dulu, baru Galas



Galas: Jangan lupa Dun Kota Siputeh
Harakahdaily

TEMERLOH, 29 Sept: Di kala tumpuan kini terarah ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas di Kelantan, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Foto) mahu perhatian wajar juga diberikan kepada kes Dun Kota Siputeh, Kedah.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi tekanan kepada Mahkamah Rayuan agar segera membuat keputusan berhubung status kerusi Dun tersebut.

Menurutnya, adalah tidak kerusi Dun itu ditinggalkan kosong begitu lama iaitu hampir lapan bulan tanpa sebarang keputusan.

"Orang-orang di Kota Siputeh telah ditinggalkan tanpa wakil rakyat mereka," katanya.

Pertikaian berkenaan status kerusi Dun itu timbul apabila wakil rakyatnya, Abu Hassan Sarip tidak hadir ke persidangan Dun dua kali berturut-turut.

Tindakan itu didakwa telah melanggar Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan mendorong Yang Dipertua Dun, Dr Abdul Isa Ismail menghalang Abu Hassan menghadiri Sidang Dun pembentangan bajet November lalu.

Kuli sokong PAS?



Galas: Razaleigh bijak berpolitik
Khairul Azlam Mohmad

KUALA TERENGGANU, 29 Sept: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai orang yang bijak berpolitik menjelang pilihan raya kecil Dun Galas.

“Saya rasa Tengku Razaleigh orang yang bijak berpolitik. Biasanya, dia pandang pada suasana dan realiti,” ujarnya pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau pada umumnya melihat ramai tokoh veteran Umno kini sudah bersama-sama dengan PAS khususnya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini, katanya kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada Umno.

Begitupun, beliau tidak menafikan pengaruh Razaleigh sebab Dun Galas termasuk dalam kawasan parlimen Gua Musang yang merupakan kubu Umno.

“Tetapi Tengku Razaleigh sendiri pun insya Allah, akan memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas akan datang ini,” ujarnya.

Ulama keliru?



Munajat: Ulama muda Umno dangkal ilmu
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 29 Sept: Pengerusi Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan, Md Zulaimi Kazin menyelar tindakan ulama muda Umno (foto)yang mempertikaikan langkah yang diambil oleh 40 ulama bermunajat di Mekah dalam isu tuntutan royalti.

Beliau berkata tindakan yang diambil oleh 40 ulama itu tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan tersebut.

Ini, katanya tidak seperti mana larangan nyata dari nas atas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno tetapi ulama muda mendiamkan diri.

“Golongan ulama Umno ini amat dangkal ilmunya kerana tidak memahami hasrat sebenar misi ini yang dikhususkan kepada tindakan zalim pihak kerajaan pusat yang enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, Nabi Muhammad s.a.w. ada menyuruh bermusafir dan menyatakan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, justeru pihaknya akan menghantar 40 orang ulama Kelantan untuk bermunajat di sana.

“Langkah ini diambil agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh mereka sendiri untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan,” kata beliau.

bukan dana negeri

Menurut beliau lagi, perbelanjaan yang digunakan adalah secara telus dengan menggunakan sumbangan derma daripada orang ramai dan tidak melibatkan dana kerajaan negeri.

“Saya berharap ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki dan menegur Umno, bukan seperti kandungan artikel tulisan mereka, yang memperlihatkan mereka seperti balaci Umno dalam usaha melawan tindakan yang tidak sealiran dengan mereka,” katanya lagi.

Tawaran rasuah RM5juta



Kertas siasatan BPR sahkan Adun Kulim ditawar RM5 juta
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

"Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

"YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

"A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.

Jembalang ditakutkan Melayu



HANTU GEROMBOLAN





UMNO JANGAN TAKUTKAN ORANG KAMPUNG, KATA DR ASRI – mkini

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang," katanya pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan,"

GEROMBOLAN INI MACAM BOMOH

BUAT CERITA ADA HANTU… KEMUDIAN JUAL AIR JAMPI

INI LAH KERJA GEROMBOLAN

PERTAMA … BODOHKAN MELAYU

KEDUA .. BILA MELAYU BODOH SENANG JADI TAKUT

BILA MELAYU TAKUT MINTA MELAYU TOLONG PADA GEROMBOLAN

INI MONDUS OPERANDI GEROMBOAN SELAMA 53 TAHUN

MELAYU AKAN DI TAKUTKAN DENGAN MELAYU HILANG KUASA

PERGI LA… MAK CIK JUAL NASI LEMAK HILANG KUASA APA?

MELAYU AKAN DI TAKUT TAKUTKAN DENGAN PERDANA MENTERI BUKAN MELAYU SANGAT

TENGKU ANAK SIAM…. HUSSEIN ONN TURKEY… MADEY INDIA….. BILA PULAK MEREKA MELAYU

MELAYU AKAN DI TAKUT TAKUT KAN HILANG HAK KEISTEMEWAAN

BIAR PI LAAA HILANG…. YANG INTEMEWA JADI MELAYU HANYA KENA TIPU….

Selasa, 28 September 2010

Isu Cabut Nyawa Sendiri

Benarkah jenazah org yg bunuh diri tak perlu disembahyangkan???


Gejala tak lagi perbuatan individu cetek agama tapi terpelajar, profesional

BUNUH diri oleh orang Islam sering dikaitkan dengan kerapuhan agama dan tidak dinafikan andaian itu ada benarnya tetapi ia bukan faktor utama kerana ada fenomena bunuh diri masih meninggalkan persoalan sukar dijawab hingga kini.

Terutama apabila tindakan itu dilakukan mereka yang berpengetahuan agama, membuatkan pihak di sekeliling perlu membuat penilaian sewajarnya. Malah Arab Saudi juga berdepan dengan masalah bunuh diri yang berleluasa, negara terletaknya tanah suci Makkah dan Madinah.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Badli Shah Alauddin, berkata bunuh diri kini menjadi masalah global termasuklah umat Islam. Kejadian itu juga menimbulkan polemik berterusan apabila dikaitkan dengan faktor agama kerana perbuatan itu sudah dimaklumi hukumnya sekali gus membangkitkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.

“Kerenggangan atau kurang ilmu pengetahuan agama dikatakan sebab seseorang mengambil tindakan membunuh diri. Tetapi jika diteliti daripada perkembangan berlaku di seluruh negara, banyak lagi faktor mendorong seseorang itu berbuat demikian.

“Sukar mengandaikan apabila di kalangan yang hebat ilmu agamanya turut terbabit dengan kejadian bunuh diri seperti berlaku di Arab Saudi di lokasi yang tidak terfikir kita,” jelasnya.

Katanya, awal 2009, Arab Saudi digemparkan kes profesor bidang Sejarah dan Kebudayaan di Universiti Ummul Qura, Makkah, Prof Nasser al-Harithy, 50, yang dijumpai mati tergantung pada kipas siling di pejabatnya dengan serban.
Agak menghairankan apabila dia mengambil tindakan sebegitu memandangkan lokasi universiti berhampiran dengan Padang Arafah, terletak 30 kilometer dari Masjidilharam. Siasatan menunjukkan punca dia mengambil tindakan itu disebabkan menanggung hutang mencecah 8 juta riyal.

Menurut laporan Laura Bashraheel (Arab News bertarikh 1 Disember 2009) berkenaan kes bunuh diri, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan statistik agak mengejutkan iaitu ada 295 kes bunuh diri pada 2008 terdiri daripada 259 lelaki dan 36 perempuan. Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 2006 iaitu 266 kes bunuh diri dicatatkan.

Menurut laporan itu lagi, golongan wanita kebiasaannya membunuh diri dengan cara meminum ubat dengan dos berlebihan, minum racun dan peluntur. Bagi lelaki pula, kebiasaannya memilih cara menggantung atau menembak diri sendiri.

Selain itu, pendedahan Pakar Rujuk (Kanan) di Hospital Psikiatrik Jeddah, Dr Saad al-Khateeb menunjukkan golongan terpelajar antara paling ramai membunuh diri termasuk profesional seperti doktor dan peguam selain pegawai polis dan pemilik hotel.

Nisbah satu kes bunuh diri yang berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia jelas menunjukkan seriusnya permasalahan ini. Di Jepun saja, setakat enam bulan pertama tahun ini 15,906 orang membunuh diri dan di Korea Selatan, negara yang statistik bunuh dirinya menjadi antara tertinggi di dunia, menyaksikan 15 hingga 44 rakyatnya mati bunuh diri bagi 100,000 penduduknya.

Artis Korea Selatan antara yang tertinggi gemar membunuh diri dengan terbaru aktor Park Yong-Ha yang menggantungkan dirinya menggunakan kabel pengecas telefon bimbit.

Negara kita juga tidak terkecuali. Statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun lalu, seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri. Bagi tempoh sama di Singapura, nisbahnya adalah 15 hingga 20 orang bagi setiap 100,000 mati bunuh diri.

Badli Shah berkata, perbuatan membunuh diri bukan termasuk perkara mensyirikkan Allah tetapi tergolong dalam perbuatan maksiat berstatus dosa besar dan pelaku dosa besar dikenali sebagai golongan fasik.

Beliau berkata, ulama berbeza pendapat mengenai hukum solat jenazah golongan fasik ini sama ada jenazah itu terdiri daripada golongan yang tidak solat, tidak berzakat, penzina, peminum arak dan termasuk juga bunuh diri.

Sebahagian ulama seperti Umar Abdul Aziz dan juga al-Auza’i berpandangan, jenazah orang fasik tidak boleh disolatkan. Imam Abu Hanifah dan sahabatnya bersetuju dengan pendapat ini namun dalam kes tertentu seperti solat ke atas jenazah golongan pemberontak (al-Baaghi) dan memerangi Islam (al-Muharib).

Bagaimanapun, secara sepakat, ulama termasuk Imam Malik, Syafi’i, Abu Hanifah serta jumhur ulama berpendapat jenazah orang fasik tetap wajib disolatkan.

Antara dalilnya, sabda Nabi SAW diriwayatkan ad-Daruqutni dan at-Tabrani yang bermaksud: “Solatlah kamu di belakang sesiapa saja yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dan solatlah oleh kamu sesiapa saja yang mengucapkan Laa ilaaha illallah.”

Imam Syaukani dalam hal ini mengulas: “Solat jenazah ke atas orang fasik telah ditunjukkan oleh hadis itu”, sementara Imam Nawawi menyatakan, telah hampir mencapai ijmak bahawa orang yang mati kerana bunuh diri tetap perlu disolatkan dan dikuburkan di tanah perkuburan orang Islam.

“Maka dalam konteks sekarang maka elok kita melihat kepada pendapat jumhur ulama kerana dalilnya lebih kuat (rajih). Justeru, jenazah orang fasik tetap wajib hukumnya disolatkan. Hujahnya, mereka adalah Muslim, bukan kafir,” katanya.

Namun katanya, bagi pemimpin atau tokoh masyarakat seperti khalifah dan ulama, sebaiknya tidak mensolatkan jenazah orang fasik sebagai satu bentuk hukuman serta pelajaran atas jenazah yang bersangkutan sekali gus kecaman supaya yang hidup tidak meniru perbuatan tercela itu.

Badli Shah berkata, berdasarkan penjelasan pendapat serta huraian itu jelaslah jenazah orang bunuh diri tetap wajib disolatkan kaum Muslimin dan tidak ada larangan kecuali wujud dalil khusus melarangnya.

Rasulullah tak solatkan

Di samping itu, ada pandangan ulama, Rasulullah SAW tidak mensolatkan orang bunuh diri kerana itu hukum khusus kepada baginda tetapi tidak orang lain seperti kes orang mati meninggalkan hutang yang Rasulullah SAW tidak mensolatkannya tetapi memerintahkan penyempurnaan solat jenazah kepada sahabat lain.

Mengata orang dia yang lebih


Genting, kota perjudian di Pahang Malaysia

TEPUK AIR DI DULANG.... KAN DAH KENA BATANG HIDUNG

Kerajaan Umno BN Guna Hasil Judi Urus Negara
SHAH ALAM 27 SEPT: Ketika sibuk menuding jari kepada kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa memberi bantuan kepada rakyat menggunakan hasil judi, kerajaan Pusat juga melakukan perkara sama, kata Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook, hari ini.

Beliau menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengakui hasil judi dikategori sebagai hasil cukai kerajaan dan dimasukkan ke akuan hasil yang mengumpulkan hasil cukai lain, untuk mengurus perbelanjaan negara.

Ketua Pemuda DAPSY Negeri Sembilan itu berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek Husein juga mengakui kutipan cukai judi bagi 2009 digunakan untuk membayar elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.
“Kutipan berjumlah RM2.3 billion digunakan untuk menampung pelbagai perbelanjaan dan turut digunakan untuk membayar gaji dan elaun pimpinan Umno Barisan Nasional,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Siew Fook mengetahui fakta berkenaan berdasarkan jawapan kedua-dua pemimpin Umno itu hasil soalannya dalam Parlimen.

Sehubungan itu, beliau membidas kenyataan Reezal Merican yang menyatakan kerajaan Pulau Pinang menggunakan hasil judi untuk memberi bantuan kepada umat Islam, sedangkan bantuan dari hasil judi hanya disalur kepada rakyat bukan Islam manakala bantuan untuk rakyat beragama Islam disalur dari sumber halal.

"Jadi, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian.

Sama ada ia satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin Umno, terpulanglah kepada kebijaksanaan Reezal untuk membuat kesimpulan," katanya.

NGO membela ibu tunggal kena halau




Siti Aishah Shaik Ismail

Ini merupakan kezaliman dan penganiyaan jelas pemimpin UMNO/BN kepada rakyat.

Untuk pengetahuan anda setelah dimaklumkan oleh Pak Syed sebentar tadi INSANI ialah satu badan NGO yg mana ia membantu wanita, khasnya ibu tunggal dan mereka2 yang mengalami masalah di Batu Pahat.

Akan tetapi selepas melihat kebangkitan dan juga semangat suasana politik di Johor khasnya di BP maka mereka seperti cacing kepanasan dan akhirnya membenarkan diri berlaku zalim kepada rakyat.

Tahniah PDBP anda bukan shj berkhidmat untuk Negara tapi juga UMNO/BN n pemimpin yang takut dengan bayang2 sendiri..

Billionair Branson: Kes liwat Anwar menakutkan pelabur luar

Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

ia tak baik

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.

Human Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.

berani

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan.

Beliau juga berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu.

"Pada umumnya, saya rasa banyak yang boleh kami di barat ini belajar dari Malaysia dan kami sememangnya mahu belajar dari anda," kata Branson yang dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion.

Pengasas Virgin Group itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara.

Usahawan berjaya itu meraikan ulangtahunnya yang ke-60 baru-baru ini, turut memaklumkan pentingnya melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan usahawan memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan dan kemahiran keusahawanan yang cukup untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Dengan kekayaan yang berlebihan, ia seiring dengan tanggungjawab. Saya rasa pemimpin perniagaan mempunyai keupayaan dan pengalaman yang ahli politik tiada,” katanya.

Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn.

Forum dua hari yang bertemakan "Dawn of the New Decade" bermula hari ini.

Ia akan menyaksikan perbincangan dari 19 pakar terkemuka antarabangsa, berkongsi pendapat mengenai pilihan pelaburan di Asia dan cara untuk mengukuhkan portfolio pelaburan.

Kalaupun ia duit haram di P Pinang tapi halal untuk orang fakir?

"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi."

Demikianlah jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan mufti Perlis dalam respons beliau terhadap isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberikan wang saguhati kepada warga emas, yang 'khabarnya' bersumberkan judi lumba kuda.

sama seperti gaji kakitangan awam

Katanya, bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya. Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara.

Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan.

Nah! Jika benar kita mahu memastikan wang gaji kita bersih dan suci 100 peratus barang kali kita tidak boleh menerima gaji daripada pihak kerajaan pusat. Melainkan, mereka mengasingkan dana halal dan haram dan hanya memperuntukkan halal untuk Islam dan haram untuk bukan Islam.

Dalam Islam, perbendaharaan negara disebut Baitul Mal. Persoalannya, adakah sama Perbendaharaan Negara yang ada pada hari ini di peringkat negeri dan pusat dengan Baitul Mal? Saya tidak berani nak jawab…

Jika diikutkan, fungsi Baitul Mal ini adalah sangat meluas. Salah satu daripadanya, Baitul Mal juga adalah tempat dititipkan segala jenis harta yang tidak halal mahu pun syubhah. Jika di Baitul Mal, maka wang itu tidak menjadi haram untuk digunakan kembali kepada rakyat. Ini kerana, ada pandangan ulamak menyatakan demikian.

Saya pernah terjumpa pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi terhadap corak penggunaan wang haram. Secara asasnya, wang haram itu tidak boleh sama sekali dimanfaatkan oleh pemilik wang untuk faedah peribadi.

Tetapi, ia boleh diberikan kepada pihak lain demi maslahah umum atau kebajikan awam. Ia termasuklah memberikan wang haram itu kepada orang fakir dan miskin dan juga untuk tujuan dakwah Islam.

Saya sempat mencari di dalam internet, alhamdulillah saya bertemu dengan sebuah artikel yang dipetik daripada Bahagian Mal, Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Berikut saya paparkan sedikit kutipannya:

Pendapat Sheikh Yusuf Qaradawi

“Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik kepada maslahah a'mmah seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan antaranya membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir, jihad di jalan Allah SWT, perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang bersifat kebajikan.

Harta tidak patuh syariah juga tidak boleh digunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri atau keluarga. Menurut al-Qaradawi, ia juga haram secara yakin untuk ditinggalkan dalam akaun bank konvensional (dalam kes faedah riba).

Harta tidak patuh syariah ini jika daripada jenis yang boleh dimanfaatkan seperti wang, ia tidak seharusnya dimusnahkan seperti dengan membakar atau mencampakkannya ke dalam laut.

Fuqaha semasa seperti al-Qaradawi menjelaskan bahawa perbuatan ini menyalahi kaedah syarak yang melarang tindakan idha'ah al-mal iaitu mensia-siakan harta tanpa dimanfaatkan oleh sesiapa.

Mungkin ada yang mempertikaikan, bagaimana harta yang haram dan tidak baik ini boleh disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin atau perkara-perkara kebajikan sedangkan kita sendiri tidak tergamak untuk menggunakannya?

Menjawab persoalan ini, al-Qaradawi menjelaskan bahawa pada hakikatnya harta tersebut sememangnya haram dan tidak baik dalam konteks orang yang mendapatkannya secara tidak halal.

Sebaliknya, dalam konteks fakir miskin dan juga perkara-perkara kebajikan, ia adalah baik dan harus untuk digunakan. Institusi Baitulmal dalam konteks maslahat umum ini, boleh berfungsi sebagai pemegang amanah kepada harta tidak patuh syariah untuk dibelanjakan demi kepentingan masyarakat secara umum.

Ini bertepatan dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21 Januari 1971 yang telah menetapkan bahawa: “Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum”

- Petikan daripada artikel 'Pengurusan Harta Tidak Patuh Syariah' oleh Unit Amanah & Wasiat, Bahagian Mal, MAIS.

Wallahua'lam.

Doktrin BTN melahirkan Pengetua Anti Kaum Lain


Logo Biro Tatanegara yang bekerja untuk Umno

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berpendapat insiden pengetua sekolah yang bersikap rasis adalah kesan daripada doktrin politik 'Ketuanan Melayu' ciptaan Umno.

Doktrin politik itu seringkali menjadi teras kepada kursus anjuran Biro Tatanegara (BTN) yang diwajibkan kepada kakitangan kerajaan dan golongan pelajar.

Justeru, belum pun reda isu pengetua rasis yang menghina pelajar Cina dan India di Johor baru-bari ini, kini timbul pula dua lagi kes serupa, juga di Johor dan satu lagi di Melaka.

Ianya didakwa membabitkan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di Muar yang telah memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam daripada tingkatan satu hingga lima, menadah tangan serta membaca doa bersama-sama pelajar Islam semasa perhimpunan bulanan sekolah itu April lalu.

Satu lagi kes yang berlaku Julai lalu di mana seorang guru agama di Sekolah Menengah Perempuan Methodist di Tengkera, Melaka yang mengatakan pelajar Cina memakai seluar pendek kerana mahu menjual tubuh mereka.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan guru tersebut ekoran memarahi sekumpulan remaja Melayu yang berpakaian tidak menutup aurat ketika memperagakan fesyen dalam satu aktiviti di sekolah itu.

Guru terbabit kemudiannya telah memarahi pelajar di sebuah kelas yang terdiri daripada berbilang kaum dengan menyalahkan pelajar Cina di atas perbuatan pelajar Melayu tidak menutup aurat tersebut.

Kedua-dua insiden itu didedahkan Teck Hwa serta Ahli Dewan Undangan Bachang, Lim Jak Wong.

Teck Hwa seperti lapor Suara Keadilan, telah membuat aduan kepada Jabatan Pendidikan Johor dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong sementara pengetua tersebut hanya diberi amaran sahaja.

Manakala, guru agama tersebut pula telah ditukar ke sekolah lain.

Golongan akademik berjiwa Umno menakut-nakutkan rakyat



Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 27 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas sikap ahli akademik yang sanggup menjadi alat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menakut-nakutkan rakyat dengan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Baginya, jika golongan berkenaan terus bersikap demikian lebih baik mereka menyertai Umno yang sempit dan berjuang menegakan benang basah.

“Biar rakyat menghukum usaha jahat yang ditaburkan, waktu itu baru mereka sedar haluan yang mereka pilih salah dan menyimpang jauh dari usaha menyatupadukan rakyat Malaysia.

"Kita tahu ada pakar akademik yang diperkudakan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu tentang isu hak keistimewaan orang Melayu yang akan terhakis sekiranya Pakatan Rakyat memerintah," tegasnya ketika ditemui di Wacana: Adakah Polis Pembela Rakyat di Dewan Haji Ahmad Badawi, di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengingatkan ahli akademik sedemikian agar jangan terpengaruh dengan dakyah jahat yang sedang ditiupkan oleh Umno dan BN berhubung isu berkenaan.

Katanya, kepimpinan Umno sedang berusaha meyakinkan rakyat dengan berbagai cara dan kaedah termasuk memperkudakan tokoh akademik yang kurang faham terhadap manifesto Pakatan Rakyat yang mengutamakan ketelusan, kebertanggungjawaban dan anti rasuah.

Menurutnya, semua urusan membabitkan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat seperti Islam sebagai agama rasmi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tetap terpelihara.

Al-Fatihah buat Adun Galas, Kelantan


3,000 solat jenazah Chek Hashim
Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 28 Sept: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima,47, ke rahmatullah bagaikan hilangnya sebutir mutiara pejuang PAS di Gua Musang.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan parti telah kembali menemui Allah pada petang semalam di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi ini.

Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, timbalan-timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Juga hadir Speaker Dun Kelantan, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta warga dalam Dun Galas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyampaikan bantuan segera daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan bagi meringankan beban keluarga yang telah diterima oleh isteri pertama allahyarham, Che Bongsu Jusoh di perkarangan masjid sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru pada jam 4.30 petang semalam akibat penyakit barah paru-paru telah menjalani rawatan di hospital tersebut seminggu lalu.

Sebelum itu, Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital di Guanzhong China dan meneruskan rawatan susulan di Orient Hospital Guanzhong pada bulan Ramadhan tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dan Aida Zakaria serta 12 orang anak, yang turut berada di sisi beliau sebelum menghembus nafas terakhir.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

PENEROKA TANAH RANCANGAN DIHASUT?



HASUTAN YANG MENANG DI MAHKAMAH





AHMAD MASLAN DAKWA PENEROKA DIHASUT SAMAN FELDA
- melayau

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan mendakwa, ada pihak yang kini menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman di mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit.

Beliau mendakwa, isu peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memenangi kes terhadap Felda baru-baru ini telah dijadikan kes rujukan oleh pihak tertentu untuk menghasut peneroka-peneroka Felda lain untuk mengambil tindakan yang sama.

"Saya nak maklumkan berhubung kes saman (peneroka ) Felda Kemahang 3 itu bukan satu kes rujukan kerana kali ini, Felda akan lebih bersedia dalam menghadapi kes-kes saman,” katanya.

nota:
yang tipu harga sawit itu apa hal?
siapa yang suruh tipu timbang?
siapa yang suruh tipu gred?
siapa yang suruh tipu harga?

tak ada kerja lain
tipu melayu saje
hentikan kerja menipu
internet dah masuk felda kah kah kah

nota:
ujung minggu lalu di felda mana malaoan ini tido
dulu malaon ini ada buat janji yang tiap minggu
akan tido di rumah orang felda - sapa yang tahu
tolong laporkan – jangan bagi peluang malaoan ini
ini menipu kah kah kah

Isnin, 27 September 2010

Melayu tonggak arak..tapi tak makan babi...



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman sekalian. Sebelum nukilan ini diteruskan ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin sekiranya anda ada rasa terguris atau marah dengan penulisan saya sebelum ini.

Sesungguhnya yang baik itu semuanya adalah dari Allah Taala dan yang buruk itu semuanya dari Anwar Ibrahim (kata UmnoBN)

Oh ya sebelum saya lupa juga Selamat Menyambut Hari Malaysia pada 16 September dengan tema tahun ini “Harapan Menuju ke Putrajaya, Harapan Tinggal Harapan.”

Kali ini penulis akan cuba membincarakan isu yang cukup sensitif yang melibatkan orang-orang Melayu. Mengikut perlembagaan takrifan orang Melayu itu mestilah beragama Islam, jadi tak usahlah anda nak beria-ria terasa semangat Asabiyyah sebab tajuk perbincangan kita berkisarkan Melayu.

Pasti ada yang mempersoalkan apa kejadahnya si Zaidel ini tiba-tiba membincangkan mengenai perkara-perkara yang cukup sensitif di kalangan orang Melayu.

Yakni dua perkara yang haram untuk diminum mahupun dimakan di sisi Islam. Tidak, bukanlah niat saya untuk mempersoalkan Majlis Fatwa Kebangsaan atau mana-mana ahli politik yang bergelar Tuan Guru, akan tetapi sekadar pemerhatian saya mengenai sensitiviti yang jauh berbeza di kalangan orang Melayu mengenai dua perkara yang haram ini.

Sebagai contoh mari kita lihat situasi di bawah ini.

Encik Romzi Talib Ibrahim (rekaan semata-mata) pergi makan di Restoran Makanan Laut Wong Kah Siang 888 (rekaan semata-mata) dan mula memesan makanan kepada pelayan berbangsa Myanmar yang jauh lebih fasih berbahasa kebangsaan dari kebanyakan rakyat Malaysia.

“Ni, ketam ni ketam laut ke ketam dua alam ni?”

“Ni ketam laut encik bukan ketam batu yang sungai tu.”

“Betul ke ni?”

“Ye encik semua makanan sini makanan laut yang halal” jawab Pelayan itu.

“Awak takde letak apa-apa minyak babi ke apa ke?”

“Minyak babi tak letak dengan ‘seafood’ encik, lagipun minyak babi mahal, rugi.”

“OK bagus, kalau macam tu bagi saya ketam cili, kailan, nasi tiga dengan ikan ni satu”

“Minum apa encik?”

“Ah kasi Carlsberg satu jug.”

Walaupun terkedu dengan pesanan Encik Romzi yang cukup mengelirukan, Mazhab manakah agaknya yang diambil kira ketika memesan makanan (Barangkali Mazhab Ayah Pin), namun kenyataan ianya begitulah.

Yakni, orang Melayu ni anehnya yang begitu sensitif tentang soal babi tidak mempunyai sebarang masaalah tentang soal arak, maka di sinilah perbincangan kita bermula tentang mengapa dan pemikiran orang Melayu boleh jadi begitu.

Antara babi dan arak

Di dalam minda orang Melayu secara umumnya bila disebut babi, tidak seperti orang-orang China. Mindanya tidak akan membayangkan masakan-masakan enak babi panggang dengan kulit coklat merekah lagi berminyak.

Akan tetapi terbayang di mindanya seekor binatang yang hodoh, gemuk serta memakan sampah, sisa kumbahan najis dan bau busuk yang mencemar sungai serta alam sekitar.

Pada masa yang sama apabila disebut arak, tidak pula terbayang wajah kanak-kanak yang mati akibat dari pemandu mabuk, atau air kencing iblis apatah lagi anggur basi yang dipijak kaki perempuan anak dara tua dari Eropah.

Apa yang terbayang ialah Encik James Bond dengan berpakaian cantik memesan Martini yang dikocak, bukan dikacau.

Terima kasih kepada media massa barat yang menayangkan serta membawa budaya yang mengaitkan sesuatu yang haram itu kepada perkara-perkara yang menarik maka penerimaan terhadap arak itu adalah lebih baik dari babi dan saya syak ini berlaku bukan sahaja di Malaysia. Lagipun pernahkan anda melihat seorang pengintip antarabangsa memesan “bak kut teh” sambil ditemani gadis jelita? Sesungguhnya tidak!

Alang-alang dah haram....

Saya sendiri juga pernah mempersoalkan perkara ini, yang mana alang-alang dah buat benda haram, contohnya seperti meminum minuman keras, kenapa pula hendak menjaga tentang soal halal-haram yang lain.

Sebab saya pernah terjumpa dengan dua golongan yang boleh dikatakan sedikit aneh yang mana, golongan pertama, lelaki Melayu yang main perempuan tetapi tidak minum arak, golongan kedua adalah Melayu minum tapi langung tak berani main perempuan sebelum berkahwin, zina dijauhi, apa kejadahnya?

Memang pelik kalau difikirkan akan tetapi pernah saya menerima jawapan bernas yang saya pasti merupakan corak pemikiran secara umum orang Melayu.

“Dah satu dosa tu cukuplah yang nak tambah-tambah lagi buat apa, ye lah aku dah buat salah, itu kelemahan aku tapi yang menggatal nak tambah dosa berbakul-bakul apa kejadahnya?”

Haram tetap haram

Sebab itu apabila saya terdengar golongan Melayu minoriti yang berbincang soal keMelayuan dan hukum Islam sambil memegang segelas wine merah hasil dari kekayaan kontrak DEB (kini menjadi pengkritik DEB) yang menyatakan sebenarnya batas undang-undang serta golongan haluan kanan yang menyebabkan Melayu secara umumnya tertekan untuk tidak menjadi lebih “liberal” itu adalah suatu kenyataan yang tidak berapa tepat.

Sebagai contoh kita lihat dalam kes sebat Kartika, yang mana walaupun dari segi suasana politik sekarang, masih tidak mendapat tentangan keras dari orang Melayu secara umumnya dan sesetengah pihak agak terkejut apabila tidak mendapat sambutan golongan perempuan Melayu muda.

Yang nampak adalah golongan bukan Islam yang lebih kehadapan, malah lebih membuatkan isu ini kelam adalah apabila Kartika sendiri tidak melakukan apa yang sesetengah pihak harapkan apabila dia lebih pasrah dari marah, insaf dari bantah.

Kerana walaupun anda menjerit soal hak asasi manusia, soal hak wanita dan sebagainya, sebagai orang Islam perbuatan itu sendiri telah dianggap salah, iaitu meminum arak, apatah lagi di halayak ramai. Mentalitinya mudah, yang haram tetap haram walaupun kadang-kadang kita tidak berasa selesa denganya.

Kesimpulan

Barangkali itulah kesimpulan yang dapat kita lihat dari segi pemikiran orang Melayu secara umumnya (saya kata umumnya, bukan semua).

Paling kurang pun, kesimpulan yang saya buat berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tanpa apa-apa kajian mahupun statistik.Kalau tidak bersetuju nyatakanlah tanpa segan silu.

Bagi saya menarik melihat “paradoks” atau percanggahan pemikiran yang ada di kalangan orang Melayu dan ini bukan sahaja terbatas terhadap tajuk di atas sahaja.

Sebagaimana ada perempuan yang tidak bertudung tidak membantah hukum hudud dan lelaki lembut (mahu jadi perempuan) boleh hadir menunaikan sembahyang Jumaat.

Bukan saya menghalalkan apa-apa tindakan di atas, cuma sekadar merenung sesuatu yang di perhatikan sejak sekian lama, pelik tapi benar.

Barangkali kesimpulan yang terbaik boleh saya terbitkan adalah suatu ayat yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu: “Orang Melayu ni boleh ajak minum, boleh ajak makan babi tapi jangan harap langsung nak suruh dia keluar Islam.”

Zaidel B or Sinatra_Z is an electronics engineer and he blogs at Catatan Seekor Lipas. http://www.lipassepi.blogspot.com/

Masakan orang seberang tak jengkel kelau diperlakukan begini

Pasangan suami isteri dera dan rogol Pembantu Rumah Indonesia didakwa


Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan bersama memperdagang seorang pembantu rumah rakyat Indonesia dengan tujuan mengeksploitasi wanita itu.

A. Vealu, 41, seorang kontraktor potong rumput dan isterinya S. Poongavanam, 36, bersama beberapa yang lain dituduh memperdagangkan Win Faidaa, 26, di sebuah flat di Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong di sini di antara 10 pagi 25 Januari dan 10.30 pagi 13 Sept tahun ini.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang boleh membawa hukuman penjara antara tiga hingga 20 tahun dan denda.

Hakim Roslan Hamid membenarkan Vealu diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin manakala isterinya pula diikat jamin sebanyak RM30,000 juga dengan dua penjamin. Roslan turut mengarahkan kedua-dua mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Di mahkamah yang sama, Poongavanam turut didakwa atas kesalahan mendatangkan kecederaan kepada Win Faidaa dengan satu alat iaitu seterika panas dan boleh menyebabkan kecederaan parah atau kematian di tempat sama pada 4 Sept pukul 1 petang.

Poongavanam juga mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Bagi pertuduhan itu, Roslan membenarkan dia dijamin dengan wang jaminan sebanyak RM40,000 oleh dua penjamin.

Hakim kemudiannya memutuskan kedua-dua kes disebut semula pada 15 Oktober depan. Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob pada sidang media berkata, ejen pembantu rumah yang menyerahkan mangsa pada pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 19 Akta Antipermerdagangan Orang 2007.

Katanya, buat masa ini ejen wanita berusia 39 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman selama tiga hari sejak ditahan Selasa lalu berakhir semalam.
"Jaminan itu diberikan bagi membolehkan polis mengumpul dan mengesahkan beberapa fakta berhubung kes berkaitan," katanya.

Tahniah : Premis baru PAS Pasir Gudang

Kebanggan PAS Pasir Gudang...syabas

Pasir Gudang, Johor : Di atas kerja keras AJK Pas Pasir Gudang, kini kita boleh menarik nafas lega apabila berjaya membeli sebuah bangunan tiga tingkat sebagai Pejabat Pas Pasir Gudang dan Pusat Aduan untuk Dun Permas Jaya.

Kos tambah baik dan harga bangunan ini telah menelan belanja hampir RM300,000 hasil sumbangan AJK dan juga orang ramai.

Bangunan ini dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada January 2010, ia akan di rasmikan oleh Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tahniah!! untuk Pas Pasir Gudang...


Bila anak kecil dalam UMNO reka surat kepada Lim Guan Eng



Isu sumbangan judi kepada kerajaan Pulau Pinang, banyak juga keraguan, ejaan salah pun merata-rata...biar betul pisau.net


hmm...camne setiausaha die buat kerja? Muahaha..


1) POLISI'MEMBASIMI' KEMISKINAN TEGAR?? (MEMBASIMI??ape yg basi??)

2) No rujukan tulis tgn (mungkin kot, pernah gak tgk surat kerajaan tulis tgn)

3) 'Rm' 500,000.00 'telahpun' (Xtau lak RM jadi Rm and telahpun btol ke perkataan ni ade? aku BM xbagus sgt, tp cam pelik je)

4) di 'ats'? (pakai ayat sms ni..haha)

5) Sekian, 'terima' Kasih (t huruf kecik)

6) "CEKAP, AKAUNTABILITI & TELUS" (tgk spelling errors kat atas..hmm, xcekap la..kalau surat ni btol..xde langsung org check ke spelling error die, surat dari ketua menteri ni..huahuahua..)

fikir-fikirkan...Surat Rasmi Krjaan Penang Mcm Krgn bebudak UMNO Je kan......kah3

KRAI UTARA/FB

Bila Pakatan merintah, Umno BN hilang kuasa, bukan Melayu


18 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Ali Hashim

PERMATANG PAUH, 26 Sept: Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerajui pentadbiran negara, maka kuasa Melayu tidak akan hilang, sebaliknya kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) yang akan terhapus dari persada politik negara ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man berkata demikian sebagai mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa kuasa dan suara Melayu akan hilang sekiranya pembangkang menguasai kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Adun Permatang Pasir dan PAS Kawasan Permatang Pauh di Permatang Pasir, semalam.

Menurutnya, adalah tidak munasabah dakwaan yang dikeluarkan oleh Mahathir sebagai seorang yang telah lama memegang tampuk pemerintahan negara terhadap PR.

contoh Kelantan

"Beliau harus mengkaji sejarah yang dekat dengan kita. Dalam negara sendiri contoh yang ada di depan mata boleh digunakan sebagai fakta. Di negeri Kelantan contohnya yang hilang kuasa adalah Umno dan BN apabila PAS memerintah negeri tersebut lebih dari 20 tahun.

"Begitu juga dengan negeri Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kuasa Melayu dan suara Melayu tidak hilang. Hanya yang hilang ialah kuasa dan suara Umno serta BN yang selama ini tidak pernah mengakui kekalahan mereka," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Adun Permatang Pasir berkata, dakwaan yang dibuat oleh Mahathir sepatutnya tidak lagi diberi perhatian kerana tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenar.

Tambahnya lagi, kuasa Umno dan BN itu yang dianggap sebagai kuasa dan suara Melayu adalah satu pandangan yang meleset dan mengelirukan rakyat.

"Pada anggapan mereka kuasa Umno itu adalah Melayu dan kuasa Melayu itu adalah Umno, sedangkan PAS adalah lebih kemelayuannya jika mahu dibandingkan dengan Umno.

"Dakwaan beliau yang menyifatkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai alat kepada DAP juga adalah prejudis yang buruk terhadap kepimpinan PR. Beliau harus sedar sejauh mana laungan dan jeritan untuk memenangkan Umno dan BN tidak akan merubah pendirian rakyat bahawa kuasa yang ada pada BN di Perak adalah kuasa yang tidak halal setelah rakyat menolak mereka dengan kertas undi dalam pilihan raya 2008 yang lalu," tegasnya lagi.

Harakahdaily/-

Kosmo biadap kepada Sultan Muhammad ke 5




Laporan akhbar Kosmo milik kumpulan Utusan yang selama ini menjadi 'lidah rasmi' Umno jelas mempunyai agenda tersembunyi dan berniat jahat.

Dalam laporan berita pada hari ini, akhbar Kosmo seperti telah menghina institusi diraja Kelantan dan rakyat Kelantan seolah-olah Kelantan kini mempunyai dua orang sultan.

Dalam laporan itu menyebut....Sultan Ismail berkenan menerima mengadap bekas Perdana Menteri Thailand...Sudah dimaklumkan sebelum ini bahawa dengan pemasyuran Tuanku Muhammad Faris Petra maka gelaran sultan tidak boleh digunakan sebelum ini kepada bekas sultan sebelumnya.

Adakah ini satu kesilapan atau memang disengajakan? Walhal semua sedia maklum bahawa Tuanku Muhammad Faris Petra telah dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan ke V.

Pelantikan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri.Lainlah kalau pemasyuran itu dibuat di bawah pokok di padang sekolah seperti yang didalangi Umno tidak lama dulu atau pemasyuran itu dibuat oleh mesyuarat JKKK Umno!

Pemasyuran ini sah menurut pelembagaan dan disambut baik oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira fahaman politik. Jelas akhbar Kosmo milik Utusan telah menghina insitusi beraja yang saya yakin didalangi mereka yang berkepentingan di sebalik penyiaran berita ini.

Najis taik naik ke sinki... pengotor betul


18 Syawal 1431 H
Dari Blog Singalautmetro

SINGGAH di tandas Hutan Lipur di Bukit Putus Jelebu dan di Bukit Tangga, Kuala Pilah. Sama sahaja. Singgah di tandas Hutan Rekreasi Tanjung Agas dan di Pasir Panjang, Port Dickson, pun serupa. Belanja tandas yang dicat cantik dari luar begitu tinggi, tapi sayang ia hanya dimanfaatkan sebagai setor menyimpan najis manusia!

Pengotor betul. Betul-betul pengotor. Tiada langsung tandas yang layak digelar tandas di kesemua tandas yang dilawati. Ia seolah-olah tandas untuk kegunaan orang yang tiada mata dan kehilangan kompas.

Di tandas Hutan Rekreasi berhampiran sebuah kolej universiti swasta di Pasir Panjang, misalnya najis manusia boleh dilihat bersepah-sepah dari pintu masuk hinggalah ke sinki!

Permohonan Masuk Ke Asrama Penuh Tingkatan 1 - sesi 2011


Ibu menghantar anak gadisnya mendaftar di sebuah sekolah menengah. Foto hiasan


Agenda Umno akibatkan Melayu, Islam mundur



Harakahdaily

MARANG, 26 Sept: Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini menjadi lemah akibat dasar Umno yang sekular dan tidak mahu mengambil cara hidup Islam sebenar.

Menurut Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, dua hujah dan fakta mudah yang jelas menyokong dakwaan tersebut adalah berhubung isu melulusakan lesen judi, dan menyekat bantuan dan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

kasino zaman Najib

Berucap pada satu majlis ceramah di sini malam semalam beliau berkata, terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula didakwa meluluskan cadangan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar dan dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Baru ni kita dah lawan dah judi bola yang diluluskan pada zaman Tun Dr Mahathir, sekarang Najib lulus pulak lesen kasino di Sabah.

"Adakah yang lulus ini Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua? Yang lulus ini adalah Umno, maka Umno lah yang merosakkan Islam dan menodai kesucian Islam," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.

Hujah kedua, jelasnya adalah berhubung penarikan semula bantuan kepada SAR yang juga dibuat pada zaman Dr. Mahathir yang didakwa terpengaruh dengan pidato Presiden Amerika pada waktu itu, George Bush.

Bush dalam pidatonya pada satu ketika dulu mengkritik sekolah agama di Pakistan yang didakwa sebagai tempat melahirkan pengganas yang kemudiannya turut dipercayai Mahathir.

Mahathir kemudiannya bertindak mengarahkan kerajaan menarik balik peruntukan kepada SAR.

"Yang tarik bukan Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua, tetapi yang tarik peruntukan dan bantuan SAR tempat anak kita kenal Allah, kenal Rasul, kenal al-Quaran kenal adab, adalah pemimpin Umno," katanya.

Dalam pada itu beberapa pihak telah mendesak Najib menjelaskan kebenaran dakwaan bahawa kerajaan akan membina kasino di Sabah tersebut.

Mereka berpendapat, rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini yang dilihat gemar mempopularkan judi.

kempen anti zina lawan konsert Jomheboh



Harakahdaily

LEMBAH PANTAI, 27 Sept: PAS Lembah Pantai melalui Lajnah Penerangannya semalam melancarkan kempen anti zina sebagai menyahut kempen sama yang dilancar Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini.

Program itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya anak muda agar tidak terjebak dengan pergaulan bebas sehingga membawa ke kancah penzinaan.

Kesan berantainya pula adalah gejala buang anak yang sedang melanda negara pada masa ini.

Pelancaran kempen tersebut semalam telah disempurnakan Timbalan Pesuruhjaya II Wilayah Persekutuan, Dr Azhar Yaakob sempena Majlis Jamuan Hari Raya PAS Lembah Pantai di sini semalam.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu termasuk Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Adlin Soleh dan pengarah kempen Mohd Dzul Khairi Mohd Noor.

Dr Azhar ketika ucapan perasmiannya turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes buang anak yang semakin menjadi-jadi yang berpunca dari penzinaan.

Manakala Dzul Khairi ketika ditemui pula berkata, adalah tidak wajar jika hanya menuding jari dan menyalahkan remaja yang terlibat sebelum anggota masyarakat sendiri membuat sesuatu usaha mencegahnya.

"Jangan menyalahkan anak muda yang terjebak dalam gejala sosial sebaliknya kita mesti mencemuh diri kita yg tidak bekerja untukk menyelamatkan mereka", katanya.

Al-Fatihah buat Yunus Ali, berjuang dari 70an hingga kini





KEMBALINYA YUNUS ALI : BEKAS TAHANAN ISA OPEERASI LALANG 1988

Semalam 25 hb September 2010 kira-kira jam 4.20 petang seorang sahabat karibku telah meninggal dunia. Dia telah meninggalkan alam fana ini buat selama-lamanya. Namanya ialah Yunus bin Lebai Ali, dan lebih dikenali dengan panggilan Yunus Ali. Mungkin tak ramai orang kenal Yunus Ali kerana low profile yang dibawa oleh tubuh peribadinya. Ramai orang tentu kenal Hishamudin Rais. Yunus Ali adalah rakan karib dan generasi seangkatan Hishamudin Rais dalam kebangkitan pelajar pada era awal tahun 70-an dulu. Nama-nama lain dalam generasi tersebut ialah Ahmad Zahid Hamidi, Ibrahim Ali, Anuar Musa setakat menyebut beberapa nama pemimpin pelajar ketika itu.

DI TAHAN DALAM ISU TASEK UTARA

Tetapi Yunus Ali bukan sekadar bekas pemimpin pelajar. Dia lebih dari itu. Sebagai seorang sahabat karibnya aku berasa bertanggungjawab memperkisahkan secarik lembaran kehidupannya untuk tatapan umum khususnya generasi muda kini. Yunus anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak adalah satu dari sekian ramai anak-anak muda generasi kami yang telah mencuba untuk membawa perubahan ke arah yang lebih sejahtera dan baik bagi rakyat dan tanahair kita ini. Seperti yang lain-lain, Yunus juga telah mengorbankan dirinya untuk membawa perubahan itu sehingga dua kali beliau dipenjara. Semasa menjadi pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya, Yunus dipenjara di Penjara Ayer Molek Johor Bahru bersama-sama Hishamuddin Rais dan Syed Hamid Ali kerana terlibat menyokong perjuangan setinggan-setinggan miskin di Tasek Utara, Johor Bahru pada bulan September 1974. Pada tahun 1988, tidak lama selepas pulang dari London, Yunus sekali lagi ditahan. Kali ini dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)di bawah Operasi Lalang. Dia ditahan di Pusat Tahanan Politik di Kamunting, Taiping, Perak. Aku tidak pasti berapa lama Yunus ditahan di sana.

DEMONSTARSI PELAJAR-PELAJAR DI KUALA LUMPUR

Pada 3 Disember 1974 berlaku demonstrasi pelajar secara besar-besaran di Kuala Lumpur. Ketika itu Yunus adalah salah seorang pemimpin penting dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Demonstrasi pelajar-pelajar itu bagi menyokong perjuangan rakyat miskin di Baling, Kedah. Beberapa orang pensyarah, pemimpin pelajar serta belia telah ditahan di bawah ISA lanjutan dari demonstrasi tersebut. Antara yang ditahan ialah Prof Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim. Kemudian Polis Diraja Malaysia telah menggempur kampus Universiti Malaya di bawah satu operasi yang dikenali sebagai Operasi Mayang. Beberapa orang pemimpin pelajar seperti Kamarazaman Yaacob (Presiden PMUM) dan Adi Satria Ahmad (Timbalan Setiausaha Agung PMUM) telah ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Penjara Kamunting untuk menyertai Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim. Ibrahim Ali Presiden Perkasa kini, turut sama ditahan waktu itu. Beliau adalah Presiden Kesatuan Siswa Institut Teknologi Mara (KSITM) ketika itu.

USMAN AWANG TOLONG SELAMATKAN YUNUS

Hishamudin Rais dan Yunus Ali terletak dalam senarai teratas nama-nama pemimpin pelajar yang jadi buruan polis. Kedua-duanya terlepas dari tangkapan polis apabila polis-polis hutan atau Field Force (kini dipanggil PGA) menyerbu kampus Universiti Malaya. Yunus dan Hishamudin dapat meloloskan diri masing-masing. Tahukah di manakah dua pemimpin pelajar ini berlindung dari tangkapan polis untuk beberapa bulan?

Di sinilah hebatnya Sastrawan Negara Usman Awang. Di rumah Usman Awang yang kami panggil dengan mesra sebagai Abang Tongkat tempat Yunus dan Hishamudin Rais berlindung. Usman Awang tidak sahaja bercakap dan berpuisi soal keadilan, hak asasi dan kemanusiaan. Tetapi beliau buktikan dengan perbuatan. Ketika keselamatan diri dua orang pemimpin pelajar yang pro-rakyat ini diancam oleh ISA, Usman tampil secara senyap-senyap memberi perlindungan kepada kedua-dua mereka. Beliau mempertaruhkan nasibnya sendiri demi membela dua orang pemimpin pelajar ini yang menjunjung perjuangan untuk keadilan rakyat.

DI PERSIMPANGAN JALAN
Pada ketika itu aktivis-aktivis pelajar kiri yang belum ditahan dibawah ISA seperti Yunus dan Hishamudian, mereka ada tiga pilihan. Pertama bergerak seperti biasa, meneruskan pengajian di universiti dan bersedia untuk ditahan di bawah ISA, soalnya sama ada cepat atau lambat. Kedua, masuk ke hutan mengangkat senjata dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). Ketiga, melarikan diri ke luar negeri sebagai pelarian politik.

Yunus mengambil pilihan yang ketiga ini. Selepas isu demonstrasi pelajar-pelajar pada Disember 1974 reda, keadaan di kampus beransur tenang. Yunus kemudian menyambung semula pengajiannya di Fakulti Pertanian Universiti Malaya.

KONVENSI HAK ASASI MANUSIA

Pada tahun 1975 Usman Awang dan beberapa orang tokoh lain dari kalangan intelektual telah menganjurkan satu persidangan yang dipanggil Konvensi Hak Asasi Manusia yang bertujuan untuk mendapatkan pembebasan tahanan-tahanan politik ketika itu, antaranya Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim di penjara Kamunting, Perak serta Syed Zahari, bekas ketua Pengarang Utusan Melayu yang telah ditahan selama lebih 12 tahun ketika itu di Penjara Changi, Singapura.Yunuslah orang muda yang banyak menolong Usman Awang dalam menjayakan Konvensi tersebut. Ketika itu kami tidak ada badan-badan NGO hak asasi seperti SUARAM atau HAKAM, seperti sekarang ini.

MELARIKAN DIRI KE HONG KONG
Pada suatu petang Yunus menemuiku di tempat kediaman aku menumpang dan memberitahuku bahawa dia hendak meminjam baju kot. “Hendak buat apa ?” tanyaku. Aku juga aktivis pelajar yang miskin melarat, macam Yunus. Jadi mana aku ada baju kot. “Aku hendak ke Hong Kong,” kata Yunus. “Buat apa ke sana?” Ada persidangan Persatuan Pelajar-Pelajar Asia (ASA) di Hong Kong, jawab Yunus.Aku berasa sedih tidak dapat meminjamkan baju kot kerana akupun tak ada benda itu. Itulah pertemuan terakhir aku dengan Yunus ketika itu.

Pelajar-pelajar lain pulang ke tanahair selepas persidangan di Hong Kong berakhir tetapi Yunus tidak. Mulai saat itu Yunus memulakan kembara panjangnya di beberapa benua sebagai pelarian politik. Ini berlaku sekitar tahun 1976 di mana pada ketika itu terdapat gelombang kedua tangkapan di bawah ISA. Tangkapan ISA pada tahun 1976 ini menyaksikan nama-nama besar seperti A Samad Ismail, Kassim Ahmad, Datuk Abdullah Ahmad dan Datuk Abdullah Majid dipenjarakan di Penjara Kamunting. Perdana Menteri Tun Abd Razak baru sahaja meninggal dunia dan perebutan kuasa berlaku di dalam Umno. Dalam suasana sedemikianlah Yunus yang tidak lagi rasa selamat akan kebebasan dirinya mengambil keputusan meninggalkan tanahair.

MEENYERTAI PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN
Aku kemudiannya dihubungi. Sebagai teman dan sahabat karib akulah tempat Yunus berhubung dan menjadi jambatan hubungannya dengan sanak saudaranya. Selepas di Hong Kong aku tidak pasti ke mana Yunus berkelana. Aku hanya diberitahu bahawa dia kemudian berada di Karachi, Paksitan menumpang di rumah Duta PLO (Plaestin) di Paksitan ketika itu, iaitu Abu Yaakub namanya. Ini tidak pelik, Abu Yaakub pernah bertahun-tahun jadi Duta PLO di Kuala Lumpur dan kami pemimpin-pemimpin pelajar khususnya dari Universiti Malaya amat rapat dengannya. Abu Yaakub sama seperti Usman Awang, orang yang baik hati. Dia sanggup membenarkan Yunus menumpang di rumahnya sehinggalah kediaman Duta PLO itu diserang oleh musuh-musuh PLO.

Aku tidak tahu apa yang berlaku terhadap Yunus selepas itu. Tetapi Yunus seorang yang cekap untuk terus hidup, selagi belum sampai ajal. Aleh-aleh aku dengar Yunus sudah berada di Beirut, Lubnan menyertai paskukan bersenjata dalam komando PLO. Yunus yang bersuara perlahan, sederhana tingginya telah mendapat latihan ketenteraan dari pejuang-pejuang PLO.

Aku mula kenal Yunus semasa kami di Fakulti Pertanian Universiti Malaya. Dia pandai ilmu bersilat. Ketika kami sama-sama menjalani latihan praktikal pertanian di sebuah ladang di pinggir hutan di Pucong, Selangor pada tahun 1972, aku sempat belajar silat dengan Yunus dan Yunus pula belajar politik dari buku-buku politik kiri yang aku bawa ke bangsal tempat kami menginap di pinggi hutan Puchong itu.

DARI LUBNAN KE UNITED KINGDOM
Dari Timur Tengah yang bergolak itu, Yunus itu kemudiannya berhijrah ke Eropah dan bermastautin di London. Ketika itu sekitar tahun 1981. Dulu, Yunus tidak tamat pengajiannya sebagai siswa pertanian di Universiti Malaya. Kini, di United Kingdom Yunus menyambung pengajian di salah sebuah universiti di London dalam bidang Sosiologi. Pada tahun 1982 Yunus menjemput aku datang ke London. Ketika itu keadaan Yunus agak selesa dan dia bergerak di dalam Fuemso, iaitu persatuan pelajar-pelajar Malaysia di tanah Inggeris itu.

Aku pun pergi ke London beberapa hari sebelum Hariraya AidilAdha tahun 1982. Aku berhariraya Korban di London. Sekitar dua minggu aku di sana dan Yunus dengan rendah hati bertindak menjadi tourist guide kepadaku. Seperti pelancong-pelancong lain juga, tanpa aku minta Yunus telah membawa aku melawat lokasi-lokasi biasa pelancongan seperti Trafalgar Square untuk melihat burung-burung merpati, Istana Buckingham, London Tower dan banyak lagi. Pada suatu hari Yunus mengajak aku pergi melawat ke pusara Karl Marx di suatu kawasan tanah perkuburaan di London yang namanya mungkin Hillgates. Aku kurang pasti nama itu. Yunus merakamkan dengan kameranya –gambar aku berdiri di sebelah pusara Karl Marx. Gambar itu hilang dalam sibuk-sibuk aku menyelamatkan diri semasa Operasi Lalang 1988.

PULANG KE TANAHAIR
Lebih kurang pada tahun 1986 Yunus pulang ke tanahair selepas pengajiannya selesai dan keadaan politik di Malaysia tidak begitu bergolak. Aku menyambut Yunus di Lapangan Terbang Subang. Untuk beberapa bulan, Yunus tinggal menumpang di Markas Pusat Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) di Kelana Jaya, Selangor. Ketika itu aku menjadi Setiausaha Agung PSRM (kemudian nama PSRM ditukar kepada nama asalnya Parti Rakyat Malaysia (PRM), pada tahun 1990).

Pada suatu pagi beberapa hari selepas kepulangannya dari London,aku menghanatar Yunus ke Universiti Malaya. Dia berjaya mendaftarkan diri di universiti itu untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di bidang sosiologi.

OPERASI LALANG:YUNUS DITAHAN

Tetapi dua tahun kemudian tiba-tiba keadaan politik negara bergolak. Ketegangan politik yang melibatkan isu-isu sensitive perkauman muncul, melibatkan UMNO dan MCA sendiri- dua komponen parti perkauman di dalam gabungan Barisan Nasional. Gajah sama gajah berperang, ada pelandok yang mati di tengah-tengah. Ketua Pemuda UMNO waktu itu yang kini Perdana Menteri dan Presiden Umno dengan slogan 1 Malaysia berperang isu perkauman dengan Lee Kim Sai, Ketua Pemuda MCA. Tetapi yang jadi mangsa keadaan dan ditahan dibawah ISA ialah berpuluh-puluh pemimpin politik pembangkang dan aktivis-aktivis NGO. Antara yang ramai ditahan itu termasuk Yunus Ali.

Yunus sempat menyelesaikan ijazah sarjananya walaupun ditahan dibawah ISA. Selepas bebas, Yunus menumpu kepada kerjanya sebagai pensyarah. Kemudian dia berkahwin dan membina keluarganya. Sesekali aku ternampak gambarnya di akhbar atau tv dalam isu-isu yang dia terlibat. Ertinya dia tidak mendiamkan diri. Yunus masih bergerak.

YUNUS SAKIT
Hanya pada bulan Julai 2010 yang lalu Hishamudin Rais memberitahuku Yunus sakit dan terlantar di Hospital Selayang, Selangor. Aku sempat menziarahinya. Aku tidak sangka itulah pertemuan kami yang terakhir. Kami bercakap soal kesihatan, soal anak-anak. Kami tidak cakap soal politik petang itu.Yunus begitu bertenaga untuk hidup dan bertekad melawan penyakitnya. Dia tidak mengeluh, tidak putus asa, tidak minta simpati. Semangat komando Palestin bersama PLO membina jatidiri Yunus yang tabah. Banyak kali dia bercakap bahawa dia redha dengan sakitnya. Perkataan redha yang dilafazkannya itu sarat dengan pengertian tauhid keimanan sebagai seorang Islam.

PULANG KE RAHMATULLAH

Kini Yunus telah kembali menemui Tuhannya, iaitu satu tempat yang sebaik-baik dituju Dia telah menjalani hidupnya dengan berani tanpa menyerah kalah kepada kezaliman dan kemungkaran. Bagaimanapun, dia akhirnya tewas juga apabila ajalnya sampai. Aku berdoa semalam agar Yunus dapat bertahan melawan sakitnya. Tetapi ajal dan maut di tangan Tuhan. Aku percaya Yunus telah bersedia untuk detik perpisahan itu.
Sebagai sahabatnya aku mendoakan Yunus dirahmati Allah dan ditempatkan di syurga. Kepada isteri, anak-anak dan keluarga Yunus aku pohon doa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka dan berharap mereka tabah menempuh saat yang sedih ini atas pemergian orang yang mereka sayangi. Al-Fatihah, Amin.

Yang benar,

HASSAN KARIM
Saya boleh dihubungi di
No. talian 012-7931148, e-mail:hakarim2001@yahoo.com
Beralamat Hassan Karim & Co.
Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat, 82000 Pontian, Johor
Tel:07-6881839 Fax:07-6882369

Inilah kehidupan. Ada permulaan dan ada titik akhirnya.
 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch