Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Isnin, 30 Ogos 2010

UMNO, SILA TENGOK GAMBAR BUKAN ISLAM MEMERIAHKAN MASJID-MASJID



Nak harap UmnoBN memakmurkan masjid entah sampai bila?



Grafik senyum kambing di bawah adalah kartun provokasi dari utusan melayau , surat kabar umno lahanat*

Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO.

Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam



2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.


3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.
4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.

5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.

6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama.

Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.

7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.

8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.
Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.
Apakah hukumnya yang sebenar?

Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)

Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.

Satu lagi adalah :-

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )

Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.

Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat

"Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),


بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.

Imam Nawawi menghuraikan :

Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-
ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرامErtinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Permasalahannya hanya satu kerana si pelaku bukan UMNO. Kalau UMNO dia menjadi halal semata. Ketika orang lain dilarang berceramah didalam masjid tetapi untuk UMNO halal.

Ketika orang lain haram mendedahkan aurat dalam masjid tetapi jika UMNO jadi halal. UMNO nampaknya hanya layak menjadi terompah untuk ke jamban masjid sahaja.

Inilah sebenarnya punca pencemaran terhadap Islam di Malaysia sebagai wakil penjajah selepas kemerdekaan. Munasabahlah mereka mengambil APCO Zionis sebagai penasihat hanya untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Malaysia. Penaja 1 Malaysia ini sebenarnya pengamal teroris di Malaysia.

- ustaz Saiful blogspot

Ahad, 29 Ogos 2010

AWAS LAICI BABI




Rasanya sirap laici tin jenama yang ini biasa dimakan oleh orang islam di malaysia mahupun di singapura, dan memang cukup popular, tak sangka ada lemak babi yang HARAM di hirup dan dimakan. Patutlah baca Quran tak hafal-hafal dan hati semakin jauh dari Allah SWT sebab banyak benda haram masuk jadi darah daging...



KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.

The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

lebih kurang terjemahannya.

"Narcissus" adalah tanda masyhur dan terkenal yang berkaitan dengan makanan tin berkualiti dari China dan perasa seperti cendawan , asparagus, laici, bongkah perasa daging babi, daging babi direbus dll

Antara senarai produk makanan Narcissus, yang sangat baik mendapat permintaan di banyak bahagian dunia, termasuk:

Daging tin
Seafood tin
Buah-buahan yang ditinkan
Sayuran yang ditinkan
Perencah

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kempis dah poket, projek tak ada, kalau ada pun buat apa bagi kontraktor UmnoBN

Foto : Selangor sedia RM5 bilion pulih rumah terbengkalai warisan UmnoBn, sebelum ni kontraktor kroni UmnoBn bolot projek, naikkan harga sesedap rasa, sekarang, sedarlah bahawa pakatan yang memerintah, jangan bawa budaya lama nak kaya dan bergaya tampa susah payah, kontrak diberi berdasarkan merit, harga paling rendah yang diutamakan. Jom berbondong-bondong masuk Pakatan, UmnoBn dah tak boleh tolong dah...

PKMM dakwa kontraktor Melayu hadapi masalah


Ramai kontraktor Melayu di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan kontrak kerja menyebabkan ada antara mereka terpaksa menutup operasi dan beralih kepada perniagaan lain.

Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Ahmad Fatahi Omar berkata antara punca kepada masalah itu adalah kerana ada kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang itu terlalu mengehadkan aktiviti pembangunan.

Katanya kerajaan negeri itu tidak mahu berbelanja untuk pembangunan walaupun mempunyai peruntukan untuk berbuat demikian menyebabkan kontraktor-kontraktor hanya mengharapkan projek kerajaan persekutuan.

"Jika dilihat tindakan mereka untuk hadkan pembangunan sebenarnya lama kelamaan akan memberi kesan kepada ekonomi. Ekonomi tidak akan naik.

Ada maklumat yang saya dapat kerajaan Persekutuan tidak kurangkan peruntukan tetapi kerajaan negeri yang kurangkan perbelanjaan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa PKMM Kedah di Alor Star malam semalam.

Beliau yang juga Yang Dipertua PKMM Kedah berkata selain itu banyak juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak memberi peluang kepada kontraktor Melayu walaupun banyak syarikat bumiputera berkemampuan untuk menjalankan kerja-kerja bagi GLC.

"Kalau beri peluang, kita boleh buat. Apa yang penting mereka kena beri peluang baru mereka boleh tengok sama ada kontraktor tu boleh buat kerja atau tidak. Ada pandangan di kalangan GLC bahawa kontraktor Melayu bermasalah," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Fatahi mengakui ramai juga kontraktor Melayu yang tidak bersedia untuk menjalankan projek-projek besar menyebabkan syarikat-syarikat besar hilang kepercayaan kepada mereka. "Ramai kontraktor Melayu selepas mereka menyiapkan kerja mahukan pembayaran segera sedangkan ia adalah proses yang memakan masa yang lama terutama apabila melibatkan syarikat-syarikat besar.

"Kontraktor Melayu perlu bersedia untuk menghadapi masalah-masalah seperti ini. Selain itu, ada juga yang gagal memahami Bahasa Inggeris dengan baik sedangkan segala dokumen adalah dalam Bahasa Inggeris," katanya.

Katanya dalam kes kontraktor kelas A, walaupun sebelum ini ada arahan kerajaan yang mahukan mereka memiliki ISO 9001 tetapi hanya 20 peratus kontraktor Melayu yang dapat berbuat demikian. "Apabila mereka ada ISO mereka boleh pergi ke mana-mana termasuk mendapatkan kerja di luar negeri.

Ketika ini di kalangan kontraktor Melayu, hanya kira-kira 10 peratus mendapat kontrak di luar negara," katanya. - Bernama

Kakitangan awam Kedah, juga dapat RM500



Johor juga yang belum umumkan duit raya kepada kakitangan

Kerajaan
negeri Kedah hari ini turut mengumumkan pemberian bayaran khas RM500 kepada kakitangan awam negeri itu sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bayaran RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54 dan membabitkan dana sebanyak RM3 juta.

Beliau yang dpetik HarakahDaily berkata semua kakitangan kerajaan negeri akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya.

"Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian wang khas sebanyak RM400 sempena Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awamnya.

Ini disusuli oleh kerajaan pusat yang mengumumkan pemberian RM500 manakala Selangor, Pahang, Terengganu dan Melaka juga tidak ketinggalan dalam pemberian wang itu menjelang Aidilfitri

Tak salah non-Muslim masuk masjid - Tok Guru



NIK AZIZ PERTAHAN ANGGOTA PARLIMEN TEO - minsider

Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.


KHAIRY DAP TIDAK SENSITIF , MP SERDANG NAIF
- minsider

Khairy Jamaluddin menyifatkan DAP tidak sensitif dalam usahanya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang, yang menurut Umno telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu.

“Ia menunjukkan DAP tidak sensitif kepada agama dan kaum lain manakala Teo pula terlalu naif,” kata Khairy (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

MANA ANTARA DUA INI YANG AGAKNYA LEBIH ARIFF TENTANG AGAMA?

MANA YANG HIDUPNYA KERANA PAKAI LESEN NIKAH?

SIAPA AGAKNYA YANG LEBIH TAHU TENTANG MAYA KARIN

DAN SIAPA PULA YANG ARIFF TENTANG ALAM MAYA

SO ...I REST MY CASE… MY LORD


WIRA PERKASA MAHU GANTI SUMBANGAN TEO NEI CHING - melayau

Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu menggantikan wang bernilai RM1,000 sumbangan Teo Nei Ching kepada kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral supaya wang itu dipulangkan semula kepada Ahli Parlimen Serdang.

Ketuanya, Arman Azha Abu Hanifah menjelaskan, wang RM1,000 yang dihulurkan oleh Perkasa sendiri itu sebenarnya lebih wajar diterima kerana ia mewakili orang Islam sendiri.


YANG INI KES ORANG GILA NAK JADI MELAYU

JANGAN LAYAN

Tukar guru 'rasis' tak selesaikan masalah

Kata-kata dan komen yang mencerca sesuatu kaum di sekolah bukan perkara baru dan perbuatan itu boleh dielakkan melalui pentadbiran secara adil, tegas dan telus, kata seorang ahli pendidikan terkenal hari ini.

P Ramanathan, yang juga bekas guru dan presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)-- kesatuan guru terbesar di negara ini -- berkata kenyataan berbaur perkauman merupakan perkara biasa bagi guru dan murid kerana ia sering diucapkan semua kumpulan etnik di negara ini.

“Lazimnya, ia merupakan suatu cara untuk melepaskan geram apabila wujud ketidakadilan dalam cara sesebuah sekolah itu ditadbir.

"Amalan dwistandard yang menyebelahi kumpulan tertentu juga menyebabkan timbulnya kenyataan dan komen sedemikian. Ada kumpulan guru dan murid dimarahi guru besar kerana menjalankan kegiatan tertentu, tatapi kumpulan lain yang melakukan kesalahan serupa pula, tidak dikenakan hukuman.

“Perkara seperti ini menimbulkan rasa kecewa dan menyebabkan keluarnya kenyataan seperti itu, cuma bezanya ada yang berbuat demikian secara terbuka, manakala sebahagian besar hanya berbisik dalam kumpulan etnik masing-masing," katanya kepada Bernama.

Ramanathan berkata sepanjang 35 tahun menyertai profesion perguruan dan melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kesatuan sekerja bersama NUTP, beliau dapati kebanyakan kes seperti itu ditangani berdasarkan peraturan sekolah.

“Kami tak pernah membawanya kepada media dan sering meyelesaikannya secara baik sesama kami, tanpa menimbulkan kekecohan," katanya.

Ramanathan berkata demikian bagi mengulas kes seorang pengetua sekolah di Kulaijaya, Johor, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap murid bukan Melayu pada majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan di SMK Tunku Abdul Rahman pada 12 Ogos.

Beliau berpendapat tindakan menukar guru yang melakukan kesalahan ke sekolah lain tidak akan menyelesaikan masalah kerana guru seperti itu mempunyai penyokong dalam kalangan kakitangan dan murid.

Ramanathan berkata berdasarkan pengalaman beliau, tindakan menukar guru berkenaan akan menimbulkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah sedia ada.

Oleh itu, beliau menggesa kementerian berkenaan supaya sentiasa memantau pentadbir sekolah untuk memastikan mereka menangani semua urusan berkaitan murid, ibu bapa dan guru secara profesional.

Beliau juga menyeru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya turut memainkan peranan penting berhubung perkara itu.

- Bernama

Sabtu, 28 Ogos 2010

Umno guna sultan dan mais bangkit isu perkauman

Macam tak ada alasan lain, asyik-asyik guna alasan menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor.

Gunalah hujah dari Quran yang mengharamkannya kalau ada atau hadis, atau pendapat ulama biar rakyat lebih percaya.


Ataupun yang eloknya biar istana sendiri keluarkan kenyataan rasmi dan diwar-warkan kepada media.

Satu lagi Datuk Azdib ni wakil rakyat mana
?

'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau


Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral berlaku seperti dilaporkan.

Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

"Mais memandang serius berhubung isu ini memandangkan ini merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata, Mais juga akan memberikan surat amaran kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulangi lagi.

"Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dan tidak menggunakan masjid/surau," katan Mohamad Adzib.

"Pihak Mais juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor."

Gunakan isu cina untuk tutup skandal RM52 bilion


Dzulfikar Mashoor

GEORGETOWN, 27 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Non Muslim boleh masuk masjid tapi Umno mengharamkan yang halal

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.


Umno tentang Majlis Fatwa

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya.

Fahaman ras dah tak laku,

Kata Dogos "Biarpun sya tidak posa, sya tetap p menyibuk d Bazar Ramadan hehehe. Since bazar tu dekat jak ma rumah sya, so setiap kali orang berpusu2 mau beli makanan untuk berbuka posa, sya pun tambahkan lagi "pusuan" dorang yes yes..Jamm terus tu bazaar hehehe.."


Rakyat bijak, tidak layan isu perkauman

Oleh Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Tidaksyak lagi rakyat pelbagai kaum yang cintakan kehidupan damai telah menghantar isyarat paling jelas bahawa mereka tidak melayan isu perkauman yang ditiupkan oleh golongan tertentu sekarang ini.

Melalui media yang mereka kuasai siang malam meniupkan api perkauman itu dengan menimbulkan pelbagai isu karut marut, tidak munasabah, tidak diterima akal dan mengelirukan.

Tanda-tanda majoriti rakyat menolak tiupan perkauman ini ialah, umpamanya, para pengunjung Bazar Ramadhan di sana sini, khususnya di kawasan bandar dan semi bandar terdiri dari pelbagai kaum. Walaupun ini hanya contoh kecil, tetapi mempunyai erti yang significan bahawa mereka tidak terjebak kepada emosi perkauman yang ditiupkan oleh golongan tertentu dan media yang mereka kuasai.

Rakyat pelbagai kaum membeli pelbagai juadah dan minuman yang dijual oleh peniaga Islam dengan wajah ceria dan seronok.

Apa erti semuanya ini kalau bukan suatu isyarat bahawa rakyat tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman yang sengaja dibakar untuk kepentingan politik mereka. Hampir-hampir tidak ada perbahasan terbuka, atau cakap-cakap mengenai isu perkauman baik di masjid dan surau atau tempat berbuka puasa di mana saja. Rakyat menjalankan kehidupan seperti biasa.

Ini juga juga menunjukkan bahawa ibadah, khususnya ibadah Ramadhan, jauh lebih diutamakan daripada bercakap mengenai hal-hal yang bersifat prejudis, perkauman dan hal-hal yang boleh mengundang dosa.

Ini membuktikan bahawa rakyat yang semakin terdidik dan takut kepada dosa terutama di bukan Ramadhan menolak hal-hal seperti ini yang semakin menggila dicetuskan oleh golongan tertentu.

Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan bandar-bandar lain yang mempunyai masyarakat majmuk, tiupan api perkauman ini tidak mendapat sambutan sama sekali dari masyarakat pelbagai kaum.

Sementara masyarakat luar bandar juga, kita yakin, semakin matang dan tidak mempedulikan seruan dan tindakan perkauman seperti ini.

Walaupun ada kejadian kecil tunjuk perasaan, menghantar memorandum kepada pihak berkuasa dan sebagainya oleh segolongan yang amat kecil jumlahnya, namun itu hanyalah kes terpencil, sementara majoriti rakyat tidak menghiraukannya.

“Biarkan mereka sampai serak suara berteriak, sebesar manapun berita palsu dan provokasi perkauman yang mereka siarkan di dalam media, saya percaya rakyat semakin matang dan tidak mempedulikannya,” kata seorang pengunjung Bazar Ramadhan di Komtar, Pulau Pinang.

Beliau melihat rakyat pelbagai kaum membeli juadah di Bazar Ramadhan dengan wajah ceria, menggemari masakan Melayu yang \mereka anggap masakan kegemaran mereka.

Beberapa orang yang ditemui di Bazar Ramadan di Pucung, Ipoh dan Petaling Jaya juga gembira melihatkan suasana di Bazar Ramadhan begitu harmonis.

Kata seorang pengunjung kaum Cina di Bazar Ramadhan di Subang Jaya, “Kuih-kuih dan masakan Melayu yang pedas-pedas sangat saya suka. Saya banyak kawan Melayu.”

Bagi seorang pengunjung keturunan India di Pucong, setiap bulan puasa beliau sering mengunjungi Bazar Raradhan kerana banyak pilihan makanan.

Saya percaya, Bazar Ramadhan di luar bandar, khususnya di kawasan Felda, juga wujud suasana harmonis yang serupa tanpa menghiraukan isu-isu perkauman yang ditiupkan oleh golongan tertentu.

Seperti kata Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli, kebanyakan rakyat tahu, bahawa ini semua tindakan . pihak Umno/BN supaya mereka dapat mengambil kesempatan iaitu selepas kerajaan BN semakin lemah. “

Kita yakin Umno/BN sekarang dalam keadaan tersepit dan cuba mengambil kesempatan untuk menarik kembali sokongan rakyat.
Menurut Dr. Hatta, tindakan paling selamat bagi rakyat sekarang ini adalah berlindung di bawah payung Pakatan Rakyat yang sentiasa menghormati hak semua kaum.

Ternyata, isu perkauman yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan ini tidak memberi kesan kepada perjalanan kehidupan rakyat keseluruhannya. Tentu saja semuanya ini menggagalkan niat golongan tertentu ini untuik mendapat keuntungan politik.

Sementara itu, dalam keadaan golongan tertentu berhempas pulas meniupkan api perkauman, pihak Pakatan Rakyat perlu mengambil langkan bijaksana dengan memperlihatkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat itu sendiri dalam semua peringkat.

Dalam masa yang sama, pihak Pakatan Rakyat perlu mendekati semua golongan rakyat, khususunya rakyat di pedalaman, yang diketahui golongan inilah menjadi sasaran utama isu perkauman.

Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan menyeluruh untuk menolak propaganda musuh politik mereka. Penerangan Pakatan Rakyat mesti berada di tengah-tengah masyarakat, terutama masyarakat luar bandar, untuk menjelaskan keadaan sebenar dan bagaimana negeri di bawah Pakatan Rakyat sentiasa mengutamakan rakyat.

Seluruh gerak kerja Pakatan Rakyat mesti digembeling untuk memberi kefahaman sejelas-jelasnya kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat adalah parti masa depan mereka yang mengutamakan keadilan, keaksamaan dan pro-rakyat.

Bulan Ramadhan ini adalah kesempatan besar bagi semua pendukung Pakatan Rakyat mempererat hubungan dengan rakyat, prihatin dengan nasib mereka.

Ada tanda-tanda jelas bahawa semakin kuat isu perkauman dibangkitkan oleh golongan tertentu, rakyat semakin kuat menyokong Pakatan Rakyat baik di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak dan negeri-negeri lain.

Selepas gagal dengan isu perkauman ini, isu apa pula yang menjadi buah kempen mereka. Bagaimanapun satu hakikat yang perlu disedari oleh semua pihak, bahawa rakyat semakin terdidik dan tidak mudah diperbodohkan

Jumaat, 27 Ogos 2010

Lagi syarikat GLC melayu jatuh


CEO Dato Bakke ni pernah pegang Tabung Haji, kes Aruah Pak Chat yang juga penyanyi lagu irama padang pasir masih belum kita lupa. berlaku zaman dia pegang TH. (Klik tajuk)

Kemudian pegang Felda pula, apa dah jadi, Felda bangkrap, peneroka ditipu perahan dan wang tanam semula yang ghaib,

Pelik, dia juga sekarang ni jadi CEO Sime Darby...macam tak ada orang lain, yang dah ada rekod buruk ni juga yang diamanahkan...alamat lingkup.

Tiada Bakke (baca baki) lagi tabungan syarikat yang dia pegang...PETANDA TERLUNGKUP


Keuntungan Sime Darby jatuh 43 peratus - Malaysiakini

Keuntungan sebelum cukai syarikat kaitan kerajaan (GLC), Sime Darby Berhad, jatuh 43 peratus kepada RM1.7 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2010.


Keuntungan tersebut dicatat ekoran 6 peratus peningkatan perolehan syarikat kepada RM33 bilion.



Ini sekaligus menolak laporan media yang membuat spekulasi bahawa kerugian Sime Darby mencecah lebih RM2.5 bilion.

Walaupun masih mencatatkan keuntungan, tetapi bahagian Tenaga dan Utiliti (E&U) melaporkan kerugian besar RM1.752 bilion bagi tahun kewangan 2010, selepas membuat peruntukan penuh sebanyak RM2.085 bilion.

Ini termasuk satu peruntukan tambahan sebanyak RM777.3 juta bagi suku keempat tahun ini, berdasarkan kepada anggaran bagi tiga projek minyak dan gas - Qatar Petroleum (QP), Maersk Oil Qatar (MOQ) dan Marine serta susun nilai aset-aset lain.

Menurut ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan yang baru, Datuk Mohd Bakke Salleh, tiada peruntukan baru dibuat bagi projek Empangan Hidroelektrik Bakun dalam suku tahun keempat.

Mengenai Bakun, beliau berkata, berdasarkan kepada anggaran terbaru projek berkenaan, pihaknya tidak menjangka peruntukan tambahan diperlukan kemudiannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan membuat peruntukan tambahan bagi projek-projek lain.

Bakke berkata pihaknya telah mengenepikan jumlah peruntukan tertentu dan akan memantau kemajuannya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang ada, pihaknya yakin yang mereka tidak perlu menyediakan lebih daripada apa yang telah diperuntukkan.

Sementara itu, Bernama melaporkan keuntungan sebelum cukai Sime Darby bagi suku keempat menjunam sebanyak 98 peratus kepada RM25.04 juta berbanding RM1.107 bilion pada suku yang sama 2009.

Menurut satu kenyataan syarikat berkenaan, kumpulan itu mencatatkan kerugian selepas cukai RM53.3 juta dalam suku keempat berbanding keuntungan RM1.009 bilion sebelumnya.

Pendapatan tahun penuh meningkat kepada RM32.95 bilion daripada RM31.013 bilion manakala pendapatan bagi suku keempat naik kepada RM9.21 bilion daripada RM7.53 bilion.

Bahagian tenaga dan utiliti di mana minyak dan gas dan kejuruteraan merupakan perniagaan utama, mencatatkan kerugian operasi RM1.752 bilion bagi tahun kewangan 2010 selepas membuat peruntukan tambahan RM777.3 juta bagi suku keempat.

Termasuk peruntukan RM1,308.4 juta sehingga suku ketiga, jumlah peruntukan bagi kerugian dan susut nilai dapat dijangka bagi tahun penuh berjumlah RM2,085.7 juta.

Peruntukan tambahan berjumlah RM777.3 juta berkait dengan tiga projek minyak dan gas iaitu Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar dan Marine dan termasuk peruntukan dan susut nilai aset-aset lain.

Skandal rumah agam RM21 juta: Hadiah untuk keluarga Taib?


Adakah syarikat pembalakan Samling menghadiahkan rumah agam berusia 100 tahun di Seattle bernilai sekurang-kurangnya US$6.8 juta (RM21 juta) kepada keluarga ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud?

Soalan itu diajukan di sebuah laman sesawang anti-Abdul Taib - Sarawak Report dalam siri terbarunya yang mendedahkan kepincangan di negeri itu.

Rumah agam itu dibeli oleh firma Pelaburan CSY yang berpangkalan di California pada 1991 melalui anak syarikatnya, WA Boylston Inc, dan pemilikan hartanah itu didakwa dipindahkan kepada keluarga Taib beberapa tahun kemudian dengan harga nominal US$1 (RM3.1).

Menurut Sarawak Report, CSY adalah huruf pertama nama presiden Pelaburan CSY, - Chee Siew Yaw - anak lelaki Yaw Teck Seng yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai rakyat Malaysia yang ke-13 terkaya di Malaysia bersama anak sulungnya, Yaw Chee Ming.

Teck Seng, 72, adalah pengasas konglomerate Samling Global, yang menjalankan operasi pembalakan di hutan di Sarawak sebelum berpindah ke luar negara seperti Guyana, Russia dan China.

Awal minggu ini, dana pencen Norway mengumumkan keputusan kerajaan untuk melupuskan 16 juta sahamnya di Samling berikutan operasi 'tidak beretika' yang dijalankan di syarikat itu di Sarawak dan Guyana. Ia termasuk dakwaan menjalankan kegiatan pembalakan haram dan memusnahkan alam sekitar.

Bagaimanapun semalam, Abdul Taib mempertahankan Samling, sambil menyifatkannya sebagai syarikat yang 'bertanggung-jawab'.

“Abdul Taib dalam kapasitinya sebagai ketua menteri, menteri kewangan, menteri perancangan negeri dan sumber - telah menguasai pengeluaran lesen pembalakan Sarawak untuk lebih 30 tahun, - ini menimbulkan persoalan berhubung tindakannya yang memihak syarikat tidak beretika,” kata Sarawak Report.

Rumah agam dua tingkat ini, pada pada asalanya dibina pada 1910. Ia terletak di kawasan kejiranan eksklusif di Boylston Avenue East yang mempunyai pandangan bandar Seattle.

Bangunan ini mempunyai enam bilik mandi, lima bilik tidur dan bilik bawah tanh, patio yang luas, garaj, gazebo, kolam renang dan gelanggang tennis.

Menurut Sarawak Report, rumah agam milik keluarga ini mempunyai kawasan yang boleh memuatkan enam padang bola.

Raya: Kakitangan Selangor RM500, guru Kafa RM250, Johor bila lagi?




SHAH ALAM, 26 Ogos: Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas hari raya sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menteri Besar, Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas hari raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred JUSA ke atas.

Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.

Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.

Nota: Kakitangan awam negeri Johor bila nak dapat duit raya?...dari bapa ana yang dulu kerja guru sekolah agama kerajaan Johor, pencen dan sekarang dah meninggal dunia pun, macam tak pernah dapat bonus raya.

Jangan bagi alasan tak cukup bajet pula, dah muak dengar.

Kenaikan harga barang keperluan dan bahan api yang memiskinkan rakyat, kalau mahu slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan direalisasikan, kerajaan Johor bagilah bonus raya menjelang syawal ini.

Penang dan Selangor dari Pakatan dah bagi, Kerajaan pusat pun dah bagi, JOHOR BILA LAGI?

Najib buka puasa

Keputusan carian Najib buka puasa di enjin Google memeranjatkan... klik tajuk, tak percaya sila cuba sendiri...sebelum dipadam...

PECAH DAN PERINTAH


KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
26 OGOS 2010


Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.

Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.

Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:
“Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama.”

Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

YB Anwar Ibrahim
Ketua Umum
PKR

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
DAP

YB Ust Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden
PAS

Kilang arak: Umno melutut pada siapa



Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bagai meludah ke langit, apabila mendakwa PAS takutkan DAP berhubung penutupan kilang arak di Selangor.

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, Noh yang juga Menteri Pertanian tidak sedar bahawa perkara dibangkitkan tersebut seperti meludah ke muka sendiri.

"Saya nak tanya lah, kalau kilang Carlsberg itu tak tutup sebab PAS takutkan DAP, maka Umno waktu buka kilang tu diorang melutut pada siapa?" soalnya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Beliau menyoal demikian ketika diminta mengulas kenyataan Noh dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Noh dalam wawancara tersebut secara khusus mengaitkan nama Khalid dalam isu penutupan kilang arak tersebut.

Khalid katanya ada berjanji mahu menutup kilang arak jika Pakatan Rakyat memerintah Selangor, namun belum dibuat.

Khalid bagaimanapun menjelaskan Pakatan Rakyat Selangor masih baru dan dalam fasa memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu dan tidak boleh bertindak melulu.

Jelasnya, lawatan ke kilang Carlsberg baru-baru ini kerana mahu bertanya sama ada pengusaha kilang tersebut mempunyai perancangan untuk berpindah tapak atau tidak.

"Berbanding Umno, mereka bangga letak kilang Carlsberg di pintu masuk Shah Alam.

"Seperti didedahkan bekas ahli Umno, Saifudin Nasution di parlimen, pemuda Umno ni 'berenang' dalam arak, sebab itu diorang tak peduli," katanya lagi.

Mengulas isu 'berbeza kitab' antara Selangor dan Kelantan yang dibangkitkan Noh, Khalid berkata bukan kitab yang berbeza tetapi suasana.

"Saya rasa Noh Omar tak mengaji Siasah Syar'iyyah, ini bukan masalah kitab berbeza, tetapi suasana dan realiti itu berbeza," katanya.

PAS Selangor, jelasnya sedang berusaha memberi kefahaman berhubung Syariat Islam termasuk kepada bukan Islam negeri itu.

"Bukan orang bukan Islam je menolak Syariat lslam sebab tidak faham, tetapi orang Islam sendiri yang menyokong Umno pun menolak.

"DAP tak halang kita memberi kefahaman Islam tetapi yang banyak halang kita dulu dan sekarang adalah Umno," katanya lagi.

Mengulas kesan kempen 'Selamatkan Selangor' yang dibuat Umno negeri itu, Khalid berkata beliau yakin rakyat Selangor adalah bijak, bermaklumat dan mampu menilai.

"Kita tak nampak akan menjejaskan kedudukan kita dan kita tidak akan halang kerja mereka," katanya

Khamis, 26 Ogos 2010

Misi Yayasan Amal, Sumbang Bantuan Untuk Mangsa Banjir di Pakistan

BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR DI PAKISTAN

Sedang di Wawancara oleh TV News One di Lahore, Pakistan

Bersama Al-Khidmat Foundation Pakistan (NGO Islam Terkenal)


Banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Pakistan telah membuatkan ummat maanusia di seluruh dunia berasa simpati dan ingin menyumbang sesuatu untuk mengurangkan bebanan mereka. Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah memperuntukan dana berjumlah RM 50 ribu bagi tujuan tersebut. Dr Hj Abd Rani bin Osman telah mengetuai delegasi Yayasan Amal Malaysia yang berlepas ke Lahore bagi menjalankan amanah tersebut. Turut bersama beliau ialah Dr Syed Ahmad, Saudara Mohamad Supkhi dan Saudara Hamka.

Dr Rani telah menyumbangkan sejumlah USD 15 ribu kepada Encik Niamatullah Khan, Presiden Al-Khidmat Foundation Pakistan bagi bantuan makanan, minuman, perubatan serta pembelian khemah penginapan, pam penyedut air dan alat penapisan air.

Rombongan Yayasan Amal telah di bawa melawat ke tempat-tempat trajedi terutama di Daerah Multan, Muzaferghar dan Dera Ghazi Khan di Punjab. Yayasan Amal telah menyumbang kepada majlis-majlis iftar dan sahur kepada mangsa-mangsa banjir di 8 kem-kem penempatan di sana.

Dr Rani dan Dr Syed Ahmad juga telah di temuramah oleh Mr Sayyad Mir dari News One, salah satu dari Rangkaian TV yang paling popular di bumi Pakistan.

Al-Khidmat Foundation Pakistan melalui Setiausaha Agungnya Mr Ahsan Ali Syed mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Yayasan Amal Malaysia terutama kepada YAB Tan Sri Khalid dan Encik Hussin bin Ismail selaku Presiden Yayasan Amal Malaysia serta seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang dana serta doa kepada penduduk Pakistan.

Sebelum ini pun Yayasan Amal telah membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Balakot, Pakistan dan mangsa-mangsa perang di Shamsatoo Camp di Peshawar, Pakistan.
Koleksi photo di bawah.




























 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch