Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Jumaat, 30 Julai 2010

Sejuk hati bila melihat pemimpin sebegini

Gambar Tok Guru berdoa selepas solat


Solat itu tiang agama...dilakukan di mana sahaja...mari kita memperkasakan solat kita ,tak kira pangkat dan darjat kerana kita adalah hamba Allah,

Lihat Tok Guru Nik Aziz walaupun ada pangkat dan darjat , tetapi dia ingat bahawa dia adalah hamba Allah ,kerana solat itu lebih baik dari segalanya ....ini pemimpin yang kita cari

Selama ni Perkeso kenyang makan hasil arak, pembayar TERTIPU

Arak haram di sisi Islam, bayar kepada perkeso juga haram

PERKESO jual saham dalam syarikat arak

KUALA LUMPUR: Dewan Negara dimaklumkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah menjual semua sahamnya dalam syarikat minuman keras, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg), baru-baru ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata saham itu dijual berikutan keputusan PERKESO melupuskan saham sedemikian pada April lalu.

Pada masa sekarang, PERKESO tidak mempunyai mana-mana saham di dalam syarikat itu walaupun pada satu ketika memang betul ia membeli saham syarikat ini, katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) peringkat kementeriannya di Dewan Negara, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Mumtaz Md Nawi yang meminta kementerian memberi penjelasan sama ada PERKESO masih lagi mempunyai pegangan saham dalam syarikat itu pada sesi perbahasan sebelum ini.

Subramaniam berkata, PERKESO tidak akan lagi membeli saham dalam syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang dianggap haram oleh agama seperti arak dan perjudian. BERNAMA

Felda ni kekeringan air


Foto hiba seorang ibu menimba air yang berwarna gelap ala gambut dari perigi akibat krisis air yang melanda pada tahun 2010 persis keadaannya seperti zaman sebelum merdeka.

Krisis air di Felda Mayam dan Purun ke udara dalam Slot Aduan Rakyat TV3



Wahai peneroka Mayam dan Purun dah tau tak ada air paip buatlah telaga ..beli pam air apa susahnya..bersyukurlah kamu dengan apa yang felda dan kerajaan negeri bagi....

kalau rasa tak puas hati dengan felda keluar jer dari felda pulang balik geran tu...duduklah kat mana pun...janji jangan duk Felda....buat apa masuk kat TV buat malu felda jer...

Wahai peneroka Mayam dan Purun kalau kau tak puas hati dalam bab air bererti ko tak puas hati dengan kerajaan Negeri...Ko orang keluar jer dari negeri pahang ni...duduk kat mana pun....

Tan aminudin mesti tersenyum...........................
Kah....kah....kah...kah.

Orang kampung panggil PAS bila ketua kampung tak ada

Foto : Gunung Tahan kebanggaan masyarakat di sini

PAS GELEDAH DUN TAHAN

Semua ketua-ketua kampung dan ketua-ketua cawangan UMNO DUN Tahan berangkat ke Mekah pada 24 Julai 2010, Penduduk-penduduk dibeberapa kampung di Ulu Tembeling telah berkerjasama dengan PAS masuk ke sana.

Rombongan PAS terdiri dari Presiden PAS, Tuan Haji Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man, Mat Sabu dan Dr. Hamzah telah berkenduri besar dengan orang kampung Ulu Tembeling.

Rombongan itu bermula 26 Julai 2010 dan mereka bermalam dirumah penduduk disana. Lima kampung dilawati mendapat sambutan hangat orang-orang kampung kerana tidak perlu dirisaukan apabila semua boss-boss berada diluar negara. Aktiviti PAS rancak dijalankan dan penduduk berpuas hati .

Ternyata masyarakat sudah berani memprotes pemimpin mereka secara terbuka sekarang. Maklumat tentang rombongan pemimpin-pemimpin akan berangkat keluar negara itu telah diketahui masyarakat disana hampir sebulan lepas, maka senyap-senyap mereka berpakat untuk mengisi kekosongan tersebut dengan menjemput Presiden dan pemimpin kanan PAS mudik keUlu Tembeling ternyata berjaya.

Entahlah, terlalu banyak yang tak kena sekarang.

Orang bodoh biasanya tertipu : Ling perdaya kabinet?


LING LEONG SIK HADAPI TUDUHAN MENIPU PKFZ


PUTRAJAYA, 29 Julai – Bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dituduh berhubung kesalahan berkaitan dengan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mahkamah Sesyen di sini petang ini.

Pendakwaan ke atas bekas presiden MCA ini dilihat sebagai perkembangan mengejutkan – lama dinantikan ekoran janji Jabatan Penguam Negara akan membawa “jerung besar” – selepas tiga orang didakwa berhubung isu ini akhir tahun lalu.

Ling dipercayai sebagai individu pertama yang memegang gelaran “Tun” didakwa di mahkamah.

Tuduhan yang dikenakan ke atas beliau berkaitan dengan penilaian tanah di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan atau secara alternatif di bawah Seksyen 417 kanun yang sama.

Ling meminta dibicarakan apabila tuduhan dibicarakan ke atas beliau.

Peguam Negara memohon beliau diikat jamin RM1 juta dan peguam pembela tidak membantah.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail manakala Ling pula diwakili oleh Datuk R R Sethu.

Di bawah Seksyen 417, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun manakala di bawah Seksyen 418, tidak lebih tujuh tahun.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 September. Isteri Ling, Toh Puan Ena Ling juga hadir di mahkamah hari ini.

Ling akan menjelaskan ikat jamin esok kerana sudah terlewat untuk beliau menyediakan wang jaminan hari ini.

Projek PKFZ dilihat sebagai satu skandal apabila kos pembangunannya melonjak daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata keputusan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk membangunkan PKFZ secara sekali gus dan bukannya mengikut fasa merupakan antara sebab kos pembangunannya melonjak daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Katanya keputusan untuk mengeluarkan bon bagi membiayai pembangunan projek berkenaan turut menyumbang kepada peningkatan dalam kos pembangunan tersebut.

PKFZ, sebuah hab pemindahan ke kapal yang dibina atas tapak seluas 405 hektar di Pelabuhan Klang turut menempatkan gudang, blok bangunan dan sebuah hotel empat bintang, diselubungi kontroversi ekoran pendedahan bahawa kos pembangunannya melonjak daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

LPK membeli 400 hektar tanah PKFZ di Pulau Indah daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dengan kos RM25 bagi setiap kaki persegi. KDSB kemudian dilantik sebagai pemaju projek berkenaan.

Isu itu mendapat perhatian umum memandangkan LPK memperoleh pinjaman mudah Kementerian Kewangan sebanyak RM4.632 bilion bagi membiayai projek itu.

Bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat memberitahu Dewan Rakyat Jun 2009 bahawa keseluruhan kos projek PKFZ, berkemungkinan meningkat kepada RM12.453 bilion menjelang 2051, sekiranya tiada sebarang tindakan campur tangan dan daya usaha untuk mempromosikan PKFZ.

Pada 10 Disember lalu, bekas Pengurus Besar LPK Datin Paduka O.C. Phang menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta dalam skandal PKFZ di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Phang sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad didakwa melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, di sini, antara 1 Oktober 2004 dan 5 September 2005.

Dia menghadapi dua lagi tuduhan, masing-masing membabitkan jumlah RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 serta antara 1 Jun 2005 dan 13 Januari 2006.

Phang, yang mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu, didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Selain beliau tiga yang lain turut didakwa membuat tuntutan palsu berjuta ringgit dalam projek pembangunan PKFZ.

Tiga tertuduh dalam kes itu ialah Law Jenn Dong, 51, bekas pengurus projek KDSB iaitu syarikat kontraktor pembinaan PKFZ, Steven Abok, 51, Ketua Pegawai Operasi KDSB, dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 48, dari BTA Architect yang merupakan perunding PKFZ.

Toyota terkena lagi


Lagi kereta TOYOTA kena Recall

Kereta ni takde jual kat Malaysia rasanya. Apakah ini bermulanya lagi sekali Japanese Bashing oleh US setelah kejatuhan teruk (bangkrap?) GM dan Chesler? Sebelum benda-benda ini timbul, TOYOTA menjadi pengeluar NO 1 kereta di dunia dan pertama kali syarikat Jepun mencecah jualan 3 Trillion.

Selain TOYOTA, Honda pun kena jugak. Nissan 100% ok ke? Jangan lupa CEO Nissan bukan lagi Jepun tetapi Carlos Ghosn. GM juga telah dicadangkan berkolobrasi dengan Nissan dan Renault yang Carlos merupakan CEOnya... fikir-fikirkan. Its all about economy. Musykil bagaimana ia boleh lepas padahal GOA merupakan check system paling sukar di dunia.

Toyota tarik balik 480,000 kenderan keluarannya

Toyota Motor mengatakan itu adalah mengingati sekitar 480.000 kenderaan dari 2 model di seluruh dunia kerana masalah yang boleh menyebabkan kehilangan kawalan kemudi atau pemanduan.

Pembuat kereta Jepun mengumumkan pada hari Khamis bahawa mengingati akan mempengaruhi sekitar 400.000 sedan Avalon dijual 2000-2004 di Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara lain. Ini juga akan ingat 80.000 Lexus LX 470 SUV dijual antara 2003 dan 2007.

Toyota mengatakan ada kelemahan dalam kunci kemudi Avalon's. Dalam kes terburuk, boleh retak dan mengakibatkan kehilangan kawalan kemudi.

The Avalons ditarik dibuat di Amerika Syarikat. Mereka dieksport ke Jepun dan dijual dengan nama, Pronard. Toyota mengingati lebih daripada 6.700 kenderaan ini di Jepun.

Untuk Lexus LX 470, mungkin batang stereng/kemudi boleh terkeluar dari landasannaya ketika melintasi sebuah bonjolan besar. Hal ini juga boleh mengakibatkan kehilangan kawalan.

Toyota juga mengingati lebih daripada 9.600 model Land Cruiser di Jepun.

Khamis, 29 Julai 2010

Hamas minta kedai yang menjual pakaian dalam jangan menjolok mata

Seorang wanita Palestin berjalan di sebelah manekin di luar  kedai-kedai di Gaza City Seorang wanita Palestin berjalan di sebelah bazar di luar kedai-kedai di Gaza City 28 Julai 2010. REUTERS / Ismail ...

Gaza (Reuters) - Para ketua Islam di Jaluran Gaza telah memerintahkan kedai-kedai pakaian untuk memaparkan kesederhanaan.

Seminggu selepas melarang perempuan dari hisap rokok paip berwap (shisa) di tempat umum, polis yang dikendalikan Hamas berkata kepada kedai yang khusus menjual pakaian dalam wanita untuk menghapuskan patung pameran berbaju tipis dan setiap poster pakaian dalam yang keterlaluan.

"Langkah-langkah ini telah berasal dari keluhan dan tekanan oleh orang-orang biasa. Mereka harus melakukannya dengan menjunjung tinggi tradisi kami," kata juru bicara polisi Ayman Al-Batniji Rabu.

Para pemimpin Hamas telah berkali-kali menafikan niat untuk memaksakan undang-undang Islam di Semenanjung Gaza, yang didiami 1.5 juta warga Palestin.

Namun, polis Hamas telah membatalkan konsert hip-hop di wilayah itu dan cubaan yang gagal - untuk memaksa perempuan yang bekerja sebagai peguam di mahkamah dan pelajar sekolah perempuan untuk memakai pakaian menutup aurat, sebuah langkah yang menarik reaksi awam.

Hamas secara umum dilihat oleh orang Palestin di semenanjung Gaza sebagai usaha untuk menenangkan kumpulan Islam yang lebih konservatif yang telah menuduh gerakan itu gagal untuk menegakkan undang-undang Syariah Islam.

(Menulis by nidal al-Mughrabi; Penyuntingan oleh Samia Nakhoul)

Tindakan terdesak bila Cikgu tak sokong BN

Tan Sri Ketua Setiausaha Negara
Guru Berpolitik; BN Menagih Sokongan Guru ,

KUALA LUMPUR, — Penganalisis-penganalisis politik melihat keputusan terbaru kerajaan membenarkan guru — antaranya guru besar dan pengetua — terlibat aktif dalam politik hanya semata-mata untuk mendapatkan semula sokongan golongan tersebut dan juga masyarakat menjelang pilihanraya umum ke-13.

Ini kerana menurut beberapa penganalisis, guru mempunyai pengaruh besar, jadi penglibatan mereka dalam politik boleh digunakan untuk mempengaruhi masyarakat terutamanya ketika pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik mungkin kerana ingin mendapatkan semula sokongan yang terhakis saban tahun.

“Saya lihat keputusan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana apabila guru aktif berpolitik mereka boleh memainkan peranan untuk mempengaruhi masyarakat,” katanya.

“Boleh dikatakan kerajaan (mahu) menggunakan pengaruh guru untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat.

“Ini kerana bagi saya guru mempunyai pengaruh yang besar memandangkan mereka adalah pemimpin dalam sekolah, jadi apabila terlibat dalam politik ia boleh mempengaruhi masyarakat,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dengan adanya pengaruh guru ini, jelas beliau, secara tidak langsung generasi muda akan mengikut mendokong sama perjuangan guru.

“Sebelum ini pun guru merupakan pejuang asal cuma pada tahun 1990 golongan ini diketepikan selepas golongan korporat terlibat dalan Umno,” ujar beliau.

Pun begitu katanya, apabila kerajaan membenarkan semula guru terlibat dalam politik saya melihat ia satu perkara yang bagus memandangkan selama ini guru memang mendokong perjuangan kerajaan.

“Apabila guru terlibat dalam politik sama ada menyokong kerajaan ataupun pembangkang kerajaan, masyarakat akan melihat perkara ini dan ia boleh mempengaruhi mereka nanti,” katanya.

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Gambar) hari ini.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” kata beliau hari ini.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman juga berkata, penglibatan guru dalam politik boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi masyarakat.

“Pengaruh guru ini besar, jadi bila dibenarkan semula terlibat dalam politik ia boleh mempengarui masyarakat tempatan.

Langkah benar guru siswazah aktif berpolitik agenda BN hadapi PRU-13?

“Apabila kita benarkan guru bercakap di kampung mereka boleh mempengaruhi masyarakat, jadi bagi saya guru mempunyai pengaruh yang amat besar.

“Walaupun saya tidak tahu apa agenda sebenarnya kerajaan membenarkan guru aktif berpolitik semula tapi ia merupakan satu langkah yang bagus,” katanya.

Selain itu, Nidzamuddin berkata kerajaan juga perlu membenarkan kakitangan kerajaan lain untuk sama-sama aktif dalam politik memandangkan mereka juga sebahagian daripada anggota perkhidmatan awam.

“Jadi timbul persoalan, mengapa mesti guru sahaja? Adakah guru lebih layak?

“Perlu ada satu penjelasan akan perkara ini oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata guru yang ingin terlibat secara aktif perlu mengimbangi soal politik dan juga kerja.

“Secara dekat kita lihat guru ini mempunyai kecenderungan yang berbeza, ada yang sokong kerajaan dan ada pembangkang.

“Jadi adakah guru boleh membezakan soal politik dan kerja? Kita tidak mahu melihat hanya kerana berbeza politik guru berselisih pendapat, bergaduh dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, keputusan itu dibuat mungkin disebabkan peredaran masa yang memerlukan penglibatan guru dalam politik.

“Penglibatan guru akan membolehkan peningkatan sosial, malah ia selari dengan peredaran suasana politik sekarang.

“Saya tidak melihat ia ada kaitan dengan pilihan raya umum kerana ia lebih kepada keperluan pemimpin dari kalangan guru.

“Ini barangkali guru boleh memainkan peranan sebagai pemimpin sebuah parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun beliau menyarankan agar guru yang terlibat dalam politik perlu tahu membezakan antara politik dan juga pekerjaan.

“Ini kerana apabila guru terlibat dalam politik ada positif dan negatif. Yang positifnya guru boleh memainkan peranan besar dalam parti politik.

“Sementara itu, yang negatifnya pula jika guru tidak dapat membezakan antara politik dan kerja ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

“Jadi bila terlibat dalam politik, setiap guru perlu mengimbangi antara soal politik dan kerja. Jangan sesekali mencampurkannya kerana nanti yang akan menerima kesan adalah sekolah dan juga masyarakat,” katanya.

Justeru Sivamurugam mencadangkan agar ada satu badan pemantauan untuk memantau pergerakan guru yang terlibat dalam politik.

“Pengaruh guru ini amat besar dan ia boleh mempengaruhi anak-anak, pelajar, rakan sebaya dan juga sekolah.

“Jadi kalau tidak ada pemantauan bimbang guru akan menjadikan sekolah sebagai tempat berpolitik dan kita tidak mahu kejadian guru bergaduh sesama sendiri hanya kerana mempunyai idealogi politik berbeza,” katanya.-MalaysianInsider

Betulkah Saiful berzina dengan Pendakwaraya?

Kredibiliti Saiful Tercampak Ke Tong Najis

Gugurkan Segera Kes Liwat!

DPP Farah didakwa ‘bercinta’ Saiful digugur dari pasukan pendakwa

Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.

Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

“Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

“Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.

Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.

Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.

“Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu.

Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.

Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. -TMI





Ternyata bahawa kredibiliti Saiful sebagai pengadu dan saksi utama kes liwat 2 hancur berderai dan Saiful adalah seorang manusia yang tidak berkahlak, tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti untuk berdiri sebagai seorang saksi di mahkamah.

Kali pertama dulu ialah pengakuan Saiful sendiri di mana seluar dalam LEVI'S warna biru gelap yang dipakai pada hari kejadian, telah diserahkan di rumah tunangnya yang diambil di mesin basuh. Menjelaskan kepada kita bahawa beliau bukan muslim yang baik apabila ada hubungan semacam itu dengan tunangnya.

Kini kali kedua - yang pasti lebih hebat - perlakuan yang lansung jauh dari akhlak Islamiah apabila beliau didakwa ada mengadakan hubungan sulit dengan anggota perempuan pasukan pendakwa.

Jika mahkamah meneruskan juga kes liwat tersebut, amat nyata bahawa sistem kehakiman kita sebenarnya bersubahat dengan pihak yang sengaja mahu menganiaya Anwar Ibrahim, tidak kira hebat mana sekalipun hakim berkenaan.

Ternyata juga bahawa Peguam Negara nampaknya seolah-olah seperti mahu meneruskan juga kes tersebut sekalipun tampak jelas kewibawaan Saiful kini tercampak ke tong najis selaku pengadu dan saksi utama, dan masyarakat tidak akan lagi mempercayai sistem kehakiman negara yang selama ini penuh dengan korupsi dan amat berat sebelah.

Ia akibat perbuatan dari Peguam Negara dan para hakim durjana yang menjadikan diri mereka lembu-lembu politikus UMNO BN.

Nak putar apa lagi? -GB

Akibat malas nak karang skrip baru, yang lama kitar semula

Azizan dan Saiful...sama saja.... ,

Cuba kita imbau tatapan video di bawah ketika wartawan asing cuba menemuramah Azizan yang mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim. Beliau tidak berani berdepan dengan media.

Rakyat juga tidak pernah lupa semasa kes liwat Anwar dijalankan,tiba-tiba kita terima maklumat dari Alor Gajah, Melaka memberitahu bahawa saksi utama kes tuduhan liwat ke atas Anwar, Azizan Abu Bakar, ditangkap khalwat bersama pasangannya pada 15 September 1999.

Azizan Abu Bakar telah ditangkap di rumahnya kerana bersekedudukan dengan seorang gadis berusia 22 tahun berasal dari Kangar oleh oleh Imam II Alor Gajah.

Kini Saiful yang juga saksi utama kes liwat ke 2 Anwar Ibrahim juga gempar dengan skandal bersama tunang dan pendakwarayanya. Baca di sini.

"..Mereka merancang..Allah juga merancang...tetapi Allah juga sebaik-baik perancang...."

Tetapi umno akan terus memfitnah Anwar termasuk raja sesumpah Senator Ezam yang dalam siri ceramah terbaru "Selamatkan Selangor" menuduh Anwar bukan sahaja peliwat politik tetapi adalah seorang PELIWAT.

Engkau nampak ke Ezam...engkau lihat ke Ezam...Engkau boleh jadi saksi di mahkamah ke Ezam...Kalau tak nampak diam-diam...

Anwar yang kini berusia 62 tahun, maknanya beliau seorang warga emas, jika dilihat liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuhi demi untuk menegakkan keadilan, ternyata beliau seorang yang cukup tabah dan sememangnya Anwar harus dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru. Moga...

Ini persaingan bisnes, siapa nak beli produk logo haram?


Jakim disaran perkenal logo haram

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran memperkenalkan logo haram di samping mesti berani untuk mengisytiharkan produk-produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) berkata, pihak berwajib itu wajar berbuat demikian setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal.

“Saya mengira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo haram untuk menjauhkan masyarakat umat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Ini, katanya kerana kini lambakan barangan atau produk haram bagi umat Islam kian bertambah malah semakin membimbangkan umat Islam dan lebih malang terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu.

Fenomena itu, tambahnya mencetus kekeliruan dan memerangkap umat Islam dalam persaingan dunia perniagaan yang tidak bertanggungjawab.

Janganlah menipu melayu dengan sentimen perkauman


Umno dicabar dedah Melayu dihalau kerajaan negeri

Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 29 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Umno mengemukakan nama individu Melayu yang pernah dihalau oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri daripada mendiami perkampungan sekitar Jelutong.

Jelasnya, apa yang berlaku sepertimana Kampung Pokok Asam di Jelutong atau Kampung Binjai di Bayan Lepas bukan masalah kerajaan negeri sebaliknya adalah arahan mahkamah kerana tanah yang mereka duduki telah dibeli atau dimiliki oleh pemaju.

Itupun katanya, kerajaan negeri masuk campur untuk mencari penyelesaian seperti mendesak pemaju di Pokok Asam agar menghentikan pelaksanaan projeknya selama tiga bulan untuk mengadakan perbincangan bagi manfaat penduduk.

"Mana ada individu yang Kerajaan Pakatan Rakyat halau. Kalau ada berikan saya satu nama, melainkan ia adalah arahan mahkamah kerana pemaju telah membeli tanah yang mereka diami dari pemilik asal. Macam tu kita tak boleh buat apa sebab tanah swasta," jelasnya ketika menyampaikan pidato di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti, malam tadi.

Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Di Kampung Binjai pula, katanya belum pun berlaku apa-apa lagi tetapi Umno sudah tunjuk 'hero' hendak membela orang Melayu walhal pelan perancangan belum dibuat lagi.

Begitupun, melalui media kepimpinan Umno Balik Pulau mengapi-apikan penduduk kononnya tanah yang mereka duduki sejak sekian lama akan diambil oleh kerajaan dan akan berlaku kejadian menghalau bangsa Melayu.

Katanya lagi, Umno sengaja membangkitkan isu tersebut untuk melahirkan penentangan di kalangan orang Melayu agar jangan tertipu dengan kerajaan berjiwa rakyat pimpinannya yang telah berjaya membawa perubahan ketara berbanding di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Umno bangkitkan isu perkauman untuk kepentingan senario politik sempit mereka selain untuk melagakan PAS, PKR dan DAP. Bila berpecah BN dan Umno akan bersorak tetapi masalahnya setakat ini semua perancangan yang dibuat makan diri," tegas beliau dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu.

Tambahnya, tindakan yang dilakukan Umno terhadap kerajaan negeri bermatlamat memberi gambaran jahat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat bertindak zalim terhadap orang Melayu jika diberi mandat memerintah negara.

DAP pula, katanya ditohmah parti anti Melayu apabila mengambil langkah menghalau orang Melayu dari perkampungan yang diduduki sejak puluhan tahun.

"Tujuan mereka hanya satu iaitu nak menakutkan orang Melayu di negeri lain jika biarkan Pakatan Rakyat memerintah, bencana akan terjadi. DAP akan melakukan sesuatu di luar dugaan dan negara akan jadi huru hara," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Justeru itu, beliau mengingatkan masyarakat Pulau Pinang sama ada Melayu, Cina mahupun India supaya jangan terpengaruh dengan dakyah Umno dan BN sebaliknya memahami dasar Kerajaan Pakatan Rakyat secara mendalam.

Katanya, Kerajaan Pakatan Rakyat akan membela rakyat selaras dengan dasar dan matlamat menjadikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera, aman, makmur dan ada integeriti.

Ini, ujarnya berbeza dengan BN yang asyik menyuruh rakyat mendahulukan sesuatu termasuk menghadiahkan rakyat dengan beberapa kenaikan harga barangan dan petroleum, baru-baru ini.

Pelaburan Thailand dan Indonesia mendahului, M'sia merudum



Nazir bela Najib tentang FDI?

Dr. Dzulkefly Ahmad

Saya ditanya oleh pihak media mengapalah pelaburan langsung asing (FDI) begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bejt 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.

Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah menegsahkana bahawa FDI Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Meskipun negara-negara ASEAN juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata tidaklah separah Malaysia.

Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak US$2.60 billion atau RM8.32 billion sekaligus meletakkan Malasyia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste. Vietnam juga mendahului kita sekarang ini.


Trend kemerosotoan FDI ini telah dikesani beberapa tahun dalam dekad mutakhir ini. Keadaan menjadi lebih buruk lagi tatkala diperhatikan bahawa bukan sahaja kemasukan FDI menjunam, pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN sebanyak RM25.77 bilion.

Apakah makna semua ini? Mengapa FDI faktor penting dalam ekonomi negara?

Jawapannya mudah. Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar (G-factor, termasuk mengepam ekonomi atau pump-priming) kerana telah terbeban dengan hutang awam (kerajaan) sehingga ke paras 52.6% dari KDNK (RM362 bilion), maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta. Ini tidak termasuk hutang GLCs atau pihak swasta.

Pihak pelaburan swasta ada dua komponen. Satu pelaburan tempatan dan kedua pihak luar. Kini apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar. Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.

Apabila ini berlaku ia membawa dua kesan besar. Satu, kesan pada pertumbuhan. Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak dapat akan dapat dipacu. Keadaan akan menjadu lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor eksport dalam KDNK.

Lebih parah lagi kalau sentimen pengguna juga turut terjejas. Terkini laporan MIER (Malaysian Institute of Economic Reserach) turut menunjukkan bahawa indeks sentimen pengguna merosot. Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.

Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan langsung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan per kapita yang tinggi seperti yang diharapkan PM. Situasi ini jelas adalah tidak selesa sama-sekali untuk Najib bahkan ini mencemaskan dan berpotensi menyebabkan kesemua ’target-makro’ dalam RMK-10 tersasar.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak ~RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan ekspot maka menghasilkan barangan ekspot yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan dayasaing negara.

Lain kiranya kalau kita mampu memacu pertumbuhan secara permintaan dan dana domestik seperti negara negara Scandinavia yang punya ekonomi kecil seperti Denmark, Norway atau Sweden yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dengan permintaan domestik.

Untuk memenuhi matlamat pertumbuhan negara, dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal. Dana itu datang dari luar(FDI) atau dari pelabur tempatan. Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD jelas merosot.

Itulah sebabnya pimipinan Najib dan BN mesti melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ataukah kita akan kekal dalam penafian seperti yang ditanggapi umum oleh kenyataan adik Najib, DS Nazir Razak, boss atau CEO CIMB itu, sebuah Investment Bank yang terulung di negara ini yang banyak mendapat habuan besar dari kegiatan kewangan korporat seperti M&A, IPO, terbitan Bon dan Sukuk dsbnya.

Sementara saya memahami apa yang beliau maksudkan dengan quality investment’dan timingnya, namun komentarnya itu tidak dapat menyangkal bahawa Malaysia, sebagai destinasi pelaburan, sudah tidak lagi berada dalam ‘radar pelabur’ asing dan juga tempatan. Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan ‘Portfolio’ dalam Bursa Malaysia.

Kedua-dua penting. Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh dan terkadangkali membawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan. Namun portfolio atau ‘hot-money’ juga penting dalam Pasaran Saham.

Ia berperanan mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga R&D&C dengan suntikan dana yang dilabur oleh poengurus dana ini. Malangnya aliran masuk dana ke paaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.

Tidak dapat dielakkan komentar Nazir semacam mahu membela abangnya. Ia agak semacam tak kena atau misplaced, dengan izin.

Melayu maju tanpa Umno- Bang Mat


Tahyul: Melayu mundur jika Umno kalah
Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 29 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) menyifatkan pendapat yang mengatakan jika Umno kalah, maka Melayu juga kalah atau mundur adalah tahyul dan merupakan satu tafsiran mengarut.

Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan tahyul itu bahawa sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya nanti, masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun.

Padahal, jelasnya jika Umno kalah, maka PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan kelangsungan perjuangan tetapi berlainan pendekatan untuk membela rakyat.

"Bila Umno kalah, PAS dan PKR pula yang akan teruskan perjuangan tapi kali ini bukan macam Umno yang berkepentingan dan kroni, kita akan urus tadbir negara dengan baik," tambahnya semasa berucap dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti malam tadi.

Katanya, pemimpin Umno sanggup menggertak supaya orang Melayu jangan mengundi PAS atau PKR yang digambarkan sebagai petualang bangsa kerana kononnya menggadai maruah kepada kaum lain.

"Sekarang ini biarlah Umno dan Barisan Nasional (BN) nak gelarkan apa pun, kita jangan peduli. Kita patut pandang ke depan dengan satu matlamat mendaki Putrajaya kerana jalan tersebut boleh menyelamatkan maruah negara yang sudah tercalar di mata dunia," tegasnya.

Rakyat, ujarnya wajar menilai kepimpinan PAS di Kelantan, Terengganu sebelum tewas pada pilihan raya ke-11 lalu dan terkini di Kedah, adakah gagal melaksanakan tanggungjawab mentadbir dengan baik.

Jawapannya, kata beliau pasti lebih cemerlang berbanding Umno dan BN kerana pentadbiran mereka penuh dengan penyelewengan, pembohongan fakta dan penipuan.

"Sebagai kepimpinan parti dalam Pakatan Rakyat, saya lihat sudah ada kemahiran dan pemimpin tidak melatah seperti sebelum pilihan raya 2004 yang mana DAP lari keluar yang akhirnya kita kalah sebagai pakatan pembangkang," katanya.

Namun, katanya kini Umno memainkan rentak yang sama iaitu isu Melayu untuk bersatu dengan PAS.

Menurutnya, mereka menggunakan mufti untuk kepentingan politik sempit padahal peranan mufti menasihati tingkah laku kepimpinan Umno yang terlalu banyak penyelewengan sehinggakan rakyat terpaksa menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Mufti pun jadi kalut sekarang ini nak satukan PAS dan Umno. Saya dengar 'geli' bila sebut tentang kerjasama PAS dan Umno. Nak kerjasama macam mana, depan ajak elok dengan senyuman sampai ke telingga tapi di belakang mereka panah kita dengan anak panah berbisa.

“Lupakanlah kerjasama tu kerana yang penting biar Umno karam manakala kita daki Putrajaya bersama parti dalam Pakatan Rakyat yang lain," tegas beliau.

Bagat Singh (pejuang kemerdekaan India) di Malaysia

Jaga-jaga yang berketurunan singh, mesti ada motif tersembunyi...

Polis Punjab dakwa Malaysia pangkalan militan Sikh

Polis Punjab mendakwa bahawa Khalistan Liberation Force (KLF), yang kejam, satu kumpulan puak pemisah Sikh, sudah menubuhkan pangkalan di luar Kuala Lumpur, dengan sekurang-kurangnya empat daripada anggota militannya masih bersembunyi di Malaysia.

Bukti penting itu muncul selepas polis di daerah Patiala, di Punjab, menangkap seorang yang disyaki militan, Pargat Singh berumur 22 tahun Isnin lalu di sebuah rumah tetamu, yang dituduh dalam satu siri pengeboman di negeri itu awal tahun ini.

Beliau disyaki meletakkan bom di luar sebuah loji pembotolan LPG di Nabha dan pangkalan tentera udara Halwara di Punjab.

Laporan perisikan mendedahkan dia lari ke Malaysia, dan mendapatkan perlindungan dari seorang lagi anggota militan KLF, Harminder Singh, yang sudah lama menetap di Seremban.

"Pargat tinggal di Seremban dengan Harminder Singh alias Dali selama setahun. Kami amat yakin bahawa KLF telah menubuhkan satu pangkalan di Malaysia kerana mereka pergi ke sana untuk mendapatkan sokongan.

"Par
gat telah pergi ke Thailand melalui jalan raya dan kemudian terbang ke Pakistan bagi mendapatkan latihan senjata. Sudah tentu mereka menggunakan Malaysia bagi menjalankan aktiviti mereka," kata Penguasa Kanan Polis Patiala, Ranbir Singh Khatra ketika dihubungi Bernama.

Penangkapan Pargat bersama dengan penemuan 15 kilogram RDX dari seorang lagi militan Sikh, dari Khalistan Zindabad Force pada 23 Julai, menyebabkan polis gelisah, dan memaksa agensi perisikan mengesyaki bahawa pengganas Sikh yang berpangkalan di luar Punjab sedang bersiap sedia menimbulkan kekacauan di New Delhi sebelum Sukan Komanwel, Oktober nanti.

Satu makluman polis perisikan Punjab baru-baru ini telah mengesahkan kebimbangan mereka: "Militan tertentu di seberang laut terdesak untuk mendorong empat pelampau Sikh ke India untuk menjalankan aktiviti jahat."

Per
gerakan KLF dimulakan oleh pelampau Sikh yang melancarkan pemberontakan bersenjata ke atas kerajaan India pada 1980-an dan 1990-an, menuntut negara Sikh yang berasingan - yang akan disebut "Khalistan".

Walaupun kumpulan itu dihancurkan oleh polis Punjab, saki baki anggota KLF kini beroperasi dari luar India, dengan disokong oleh elemen luar, bagi menimbulkan huru hara di bumi India.

"Kami mengesyaki bahawa sekurang-kurangnya empat lagi militan masih lagi bersembunyi di Malaysia. Kami akan mendapatkan bantuan kerajaan India, Interpol dan kedutaan bagi menangkap mereka," katanya.

Semasa di puncak kekuasaannya, pergerakan pemisah yang ganas itu merampas pesawat Indian Airlines dari Srinagar-Delhi ke Lahore, Pakistan, dengan 255 penumpang pada 1984.

- Bernama

Mata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih



Dr M: Kenapa bayar RM1 juta untuk pembohong?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kehairannya terhadap akhbar negara ini yang didakwa menggelapkan isu penting, antaranya berhubung isu antarabangsa.

Katanya, ia termasuklah tindakan kerajaan Britain mengheret bekas perdana menterinya Tony Blair ke inkuiri kerana didakwa terlibat dalam sejarah perang di Iraq suatu masa dahulu.

"Ia bukan lagi perang antara tentera dengan tentera, tetapi bagaimana tentera membunuh orang awam...

"Tetapi tidak ada sepatah perkataan pun tentang perkara ini dalam media tempatan kita.

"Tidak ada laporan langsung tentang pembohongan Blair," kata Dr Mahathir (kiri).

Sebaliknya, dakwa Dr Mahathir, Blair malah dibayar sebanyak sebanyak RM1 juta untuk memberikan ucapan di negara ini semata-mata untuk "menceritakan pembohongannya".

GEROMBOLAN TAK ADA HARAPAN !

PADAN MUKA - TAK MALU



NIK AZIZ PUJI KETEGASAN ANWAR , MAHU KUKUH PAKATAN HADAPI PRU 13 - minsider

Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai seorang yang memiliki ketegasan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya – sokongan yang membayangkan beliau sekali lagi menolak idea kerjasama dengan Umno.

“Tahniah, itulah kenyataan yang dapat saya ucapkan kepada (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Anwar Ibrahim setelah saya membaca kandungan temu ramahnya dalam Sinar Harian,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mursyidul Am PAS itu memberitahu, ketegasan yang sama pernah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pihak pembesar Quraisy.

Ketua Pembangkang Dun Selangor digelar PLH

MB bidas Khir, - 'pesara lombong haram'

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.

Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas menteri besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis.

“Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya.

Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu.

Rabu, 28 Julai 2010

Empangan Iowa AS pecah, Tasik hilang menjadi selut dan bangkai ikan


Waters meletup melalui patah Tasik bendungan Delhi di Timur Laut  Iowa Reuters - Limpahan air melalui Empangan Tasik Delhi yang rosak di timur laut Iowa Amerika Syarikat ...

Des Moines, Iowa - berekar-ekar kawasan dipenuhi lumpur dengan bangkai ikan mati melanda kediaman ratusan penduduk Iowa timur Isnin, selepas sebuah empangan dan resort peranginan di pekan mereka pecah termasuk hotel tasik yang menghadap sebuah sungai kecil.

Paras air Empangan Tasik Delhi di Delaware County yang meningkat mendadak di Sungai Maquoketa pada hari Sabtu lalu memusnahkan seluas sembilan batu-panjang tasik dan hotel yang berdekatan yang bernilai tinggi.

"Air sudah kering, bangkai ikan yang mati dibawah lantai menyebabkan pemandangan yang nampak tak cantik" kata Irv Janey dari Marion, yang memiliki kondominium di Tasik Delhi. "Ini adalah suatu tempat rekreasi yang indah dan untuk melihatnya dibersihkan, itu hanya akan membuat jiwa anda sakit."

Hujan lebat minggu lalu dipaksa sungai ke tahap belum pernah terjadi sebelum ini, menyebabkan bahagian tanah dari empangan runtuh dan menghamburkan air deras ke hilir.

Bahagian konkrit empangan masih tetap kuat, tetapi tanah bersebelahan empangan yang membengkak dan rosak terbarai menyebabkan sekitar separuh dari 1,000 rumah dan pondok-pondok di atasnya musnah. Tasik segera dikosongkan.

"Kami mempunyai lebih dari $ 100 juta nilai rumah di tasik ini , dan tidak satupun dari harta mereka terselamat ketika air melimpah di depan rumah dan premis mereka," ujar Jim Willey, pengarah Persatuan Rekreasi Tasik Delhi. "Anda punya rumah dengan tasik atau rumah rata dengan lumpur"



AP


Selasa, 27 Julai 2010

Boros berbelanja dengan membolos duit Rakyat


SENJATA BARU UNTUK KESELAMATAN RAKYAT DARI SERANGAN NUKLEAR




BERLANJA PERTAHANAN RM180 BILION RINGGIT -mkini

Sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara membabitkan jumlah yang besar sebanyak RM180 bilion.

Purata perbelanjaan pertahanan setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004, yang seharusnya menyediakan Malaysia dengan kemampuan pertahanan yang sewajarnya, kata seorang penganalisis pertahanan.

Namun, angkatan tentera Malaysia dalam keadaan menyedihkan yang hanya dapat menangani operasi tentera selain perang (OMSP).

Hal ini tidak menghairankan kerana tuduhan rasuah dan salah pengurusan yang berkaitan dengan perolehan pertahanan terus ditimbulkan.

Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada 2008, menyebabkan ia diatasi oleh yang lain dalam bajet 2009.

Perbelanjaan Kementerian Pertahanan telah meningkat lebih daripada lima kali ganda - dari RM2.09 bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010.

Jumlah perbelanjaan sepanjang tempoh tersebut ialah RM178.989 bilion - sama dengan kos membina enam Putrajaya atau 60,000 sekolah rendah.

Peruntukan untuk pertahanan berkisar dari 1.6-3.2 peratus daripada KDNK negara. Menurut Lam Choong Wah, editor portal pertahanan - KL Security Review - ini adalah sederhana dibandingkan dengan purata antarabangsa 2 peratus.

nota dari TT
maka jelas disini bagiamana jual beli
alat senjata menjadi lubuk membuat duit
tahun demi tahun senjata baru di beli senjata
lama ditukar – semua jual beli senjata ada komisen
yang kita tahu hanya komisen untuk razak baginda
ini pun kerana altantuya di bunuh. senjata ini tidak
pernah dipakai. rasuah dan kick back berleluasa
dalam jual beli senjata – amalan ini merebak luas
jadi kalau musuh hendak menyerang tidak perlu jet
atau tank – hanya perlu bawa china doll dan mongol doll saja.

perhatikan jumlah duit yang hangus beli senjata:
180 bilion ringgit


berapa puluh buah hospital boleh dibuat?
berapa puluh sekolah boleh dibuat?
berapa kali warga muslim boleh naik haji percuma?
berapa banyak boleh diguna untuk subsidi gula?
berapa banyak boleh diguna untuk subsidi beras . minyak, tepong?
berapa banyak choli sais XXXXXXLLL telah dapat dibeli
dengan 180 bilion ringgit? kah kah kah

Upacara pasang lilin anti-ISA 1 Ogos

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan upacara memasang lilin secara serentak di seluruh negara untuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang genap 50 tahun usianya pada 1 Ogos ini.

NONESebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat, upacara memasang lilin itu akan diadakan di semua ibu negeri pada tarikh tersebut.

"Tidak akan ada sebarang tindakan agresif di pihak GMI tahun ini kerana kami sedang cuba meningkatkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat.

"Perhimpunan mendesak pemansuhan ISA yang diadakan pada 1 Ogos tahun lalu telah menghasilkan impak yang besar," kata pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Bercakap dalam satu sidang media di ibunegara hari ini, beliau berkata, pihaknya mahu impak kali ini lebih besar lagi dan berpanjang selama lebih dari satu tahun.

Menurutnya, kira-kira 100,000 risalah mengandungi maklummat mengenai akta tersebut, akan diedarkan di seluruh negara pada pada hari yang sama.

Syed Ibrahim berkata, pihaknya juga akan menemui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mendapat kebenaran untuk memasang papan tanda dan mengenai ISA.

Isnin, 26 Julai 2010

7 termasuk 4 pelancong China cedera rempuh bot komando


KOTA BHARU: Empat pelancong China cedera parah apabila bot gentian kaca yang mereka naiki melanggar sebuah bot Pasukan Gerakan Am (PGA) Komando 69 yang sedang dalam latihan di Teluk Kay Kay, Pulau Perhentian Besar, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, enam pelancong dan empat rakyat tempatan termasuk seorang pemandu bot dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Besar ke Pulau Perhentian Kecil untuk latihan menyelam sebelum bertembung bot komando polis berkenaan.

Akibat pertembungan itu, kebanyakan penumpang dalam dua bot terbabit tercampak ke laut dan mengalami kecederaan akibat terkena hentakan pada badan bot yang berlanggar,
Antara yang cedera ialah Zhang Yu, 29, Lee Tan, 25, Chen Jia Wei, 28, dan Xu Jie, 29.

Selain empat warga China itu yang dikejarkan untuk rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, tiga lagi penumpang bot serta seorang anggota polis yang cedera dikejarkan ke Hospital Besut dan menerima rawatan pesakit luar.

Chen berkata, beliau bersama tiga rakannya menyertai pakej pelancongan sejurus mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Kami menaiki bot yang membawa 12 penumpang termasuk seorang kanak-kanak, dari jeti Kuala Besut. Bot berkenaan menghantar sebahagian penumpang ke beberapa destinasi sebelum menuju ke Pulau Perhentian bersama enam penumpang.

Sebelum kejadian, saya baru selesai merakamkan gambar dan ketika memasukkan kamera dalam beg, saya dikejutkan dengan jeritan yang saya tidak faham, katanya yang berasal dari wilayah Sichuan, China, ketika ditemui dalam rawatan di HUSM, petang semalam.

Chen berkata, dalam sekelip mata sebuah bot muncul di hadapan mereka menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut kerana masing-masing tidak sempat berpaut pada sebarang objek dalam bot itu.

Saya hanya nampak seorang rakan, Lee Tan, sempat ditarik seseorang dan berjaya diselamatkan daripada terjatuh ke dalam laut, manakala Zhang Yu, tercampak ke laut sebelum diselamatkan pemandu bot, katanya yang cedera di kepala dan patah tangan akibat terhentak.

Beliau berkata, mereka dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke HUSM mulai jam 7 malam kelmarin, untuk rawatan susulan kerana di kalangan mereka ada yang patah rahang, tangan, tulang selangka dan cedera di muka.

Keselamatan pelajar mesti diutamakan, jangan hilangkan kepercayaan masyarakat


Dikhabarkan kebakaran itu disebabkan oleh nyalaan ubat nyamuk, apapun ajal maut sudah ditakdirkan, takziah kepada keluarga mangsa, moga kembali rohnya bersama para syuhada dan mursalin. Al Fatihah.

Jalan Felcra
Batu 14
Hulu Langat
25 Jul 2010
2 pg

Saya mendapat panggilan mengenai kejadian ini kira-kira jam 2-30 pagi. Bagaimanapun, akibat keletihan sehari suntuk dengan pelbagai tugasan semalam, menyebabkan telefon bimbit yang berbunyi banyak kali, tidak kedengaran...

Akhirnya, jam 6 pagi tadi, baru saya baca sms sms mengenai kes ini, menyebabkan saya ke lokasi.

Seorang kanak-kanak maut dalam kebakaran ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ubat nyamuk dipercayai punca menyebabkan kebakaran sebuah rumah banglo yang menjadi tempat penginapan 20 pelajar sebuah Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran awal pagi tadi.

Abdul Rahman Rosmadi, 7 tahun, gagal menyelamatkan diri setelah terperangkap di dalam bilik tidurnya.

Pusat Pengajian Hayatul Uloom ini menempatkan 20 pelajar berusia 7 hingga 18 tahun - sebuah pusat tahfiz Al Quran dan pengajian agama Islam.

Banglo ini dijadikan sebagai asrama dan bilik kuliah.

Kebakaran dipercayai bermula kira-kira jam 1-30 pagi, dan penghuni cuba memadamkannya, namun gagal.

Akhirnya, api merebak membakar keseluruhan bangunan ini, kecuali bahagian pentadbiran.

2 jentera bomba dari Pandan Indah dan Kajang menerima panggilan 2-07 pagi tiba bersama 14 anggota- namun kebakaran telah membakar hampir semuanya.

Pemeriksaan lanjut kemudian menemui mayat Abdul Rahman di dalam sebuah bilik.

Menurut Mudir pusat pengajian ini, Dr Shahrir Hussin, pihaknya menyerahkan kepada polis dan bomba melakukan siasatan lanjut.

Bagaimanapun menurutnya, bangunannya mempunyai kelulusan dari pihak bomba.

Umpama bangunan hantu


Foto dalam promosi, di luar nampak cantik, ini yang dikatakan indah khabar dari rupa

Johor: Air najis melimpah
Oleh Mohamed Fahd Rahmat

Penghuni dakwa 20 blok Pangsapuri Jasa Mutiara Rini tak diselenggara

JOHOR BAHRU: Tidak ubah seperti rumah tinggal pada siang hari dan umpama rumah hantu pada waktu malamnya. Itu pandangan orang luar apabila melihat lebih 20 blok Pangsapuri Jasa Mutiara Rini di sini yang kelihatan tidak terurus apabila semak-samun dan pokok yang merimbun tidak dibersihkan.

Bukan itu saja, pada sebelah malam, pangsapuri ini bergelap kerana lampu jalan tidak berfungsi.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP), Ibrahim Ali, berkata penduduk khuatir mengenai tahap keselamatan mereka terutama kanak-kanak kerana kawasan semak berhampiran kediaman dipercayai menjadi tempat tinggal haiwan berbisa.

Tinggi lalang dengan pokok hampir sama kerana sejak lima bulan lalu, tiada lagi pekerja kontrak datang untuk memotong rumput menyebabkan kami semua bimbang keadaan itu berlarutan sehingga menjejaskan keselamatan penduduk.

Keadaan persekitaran yang semakin dipenuhi semak dikhuatiri menjadi sarang haiwan berbisa, selain taman permainan kanak-kanak juga menghadapi masalah sama menyebabkan penduduk bimbang untuk membenarkan anak bermain di situ, katanya ketika ditemui di sini.

Ibrahim berkata, dahan pokok yang merimbun menyebabkan kediaman penduduk di situ, sering diserang ulat bulu dan menjadi tempat burung bersarang, sekali gus mengundang masalah najis haiwan berkenaan.

Beliau berkata, keadaan gelap pada waktu malam memberi ruang penjenayah melakukan kegiatan mereka kerana hampir setiap bulan berlaku kes pecah kereta dan kehilangan motosikal.
Banyak motosikal dan kereta hilang kerana kawasan perumahan ini tidak dipagar sepenuhnya, malah ada jalan tikus yang digunakan pihak tertentu, katanya.

Sementara itu, Ketua Blok V, Tee Kang Leng, berkata pihaknya terpaksa mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana pihak pengurusan tidak mengendahkan permintaan penduduk supaya membersihkan semua blok di situ.

Kami membayar caj penyelenggaraan setiap bulan tetapi keadaan bangunan di sini seperti tidak terurus sehingga ramai penduduk berhasrat menjual rumah kerana tidak selesa tinggal di pangsapuri ini, katanya yang mendakwa ramai penduduk kini bersepakat untuk tidak membayar bayaran penyelenggaraan RM25 sebulan.

Karim Yunus, 29, berkata, penduduk blok V pangsapuri itu juga menghadapi masalah tangki pembetung di aras bawah bangunan pecah lalu membuakkan najis keluar.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa menghidu bau najis setiap hari dan air najis bertakung dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Setiap hari penduduk berdepan masalah bau najis yang menyebabkan keselesaan kami terganggu dan dikhuatiri jika masalah yang berlarutan sejak lima bulan ini tidak diselesaikan, tempat berkenaan akan menjadi habitat nyamuk aedes, katanya.

Bagaimanapun, Pengurus Akaun Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Jasa, Mohd Yahya Haron berkata, keadaan pangsapuri itu tidak mampu diurus dengan baik kerana penduduk tidak membayar caj penyelenggaraan bulanan RM25 yang dikenakan.

Pada awalnya caj dikenakan RM30 tetapi jumlah dikurangkan selepas ramai penduduk enggan melunaskan bayaran itu sehingga pihak kami terpaksa berhutang dengan kontraktor, katanya.

Katanya, untuk memastikan penduduk selesa, pengurusan sanggup berhutang bagi membersihkan kawasan kediaman sehingga mencecah RM64,000 membabitkan kerja pembersihan, bil elektrik dan sebagainya.

Kami menanggung kos RM1,200 sebulan bagi menyelenggara 12 tangki pembetung sedia ada, sedangkan jumlah bayaran yang diterima tidak setimpal.

Jumlah bayaran bil elektrik untuk lampu tangga dan kawasan parkir berjumlah RM700, manakala pemotongan rumput bagi satu blok sehingga RM400 sebulan sedangkan kutipan caj penyelenggaraan amat mengecewakan, katanya.

Beliau berkata, pihaknya berusaha mencari alternatif terbaik menyelesaikan masalah itu dan sedia bekerjasama melakukan gotong-royong membersihkan kawasan berkenaan.

Senator Ezam dah kurang laris?

OPPS... MAAF SILAP GAMBAR !




INI DIA GAMBAR SEBENARNYA


SELAMATKAN SELANGOR HENTAM ANWAR, MALAYSIAKINI – mkini

Jelajah pertama 'Selamatkan Selangor' bermula dengan siri menghentam Anwar Ibrahim dan portal berita Malaysiakini, terutama oleh bekas 'ayam tambatan' ketua pembangkang itu, Ezam Mohd Noor.

Di pentas Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) di Shah Alam malam tadi, kira-kira 250 penyokong BN turut dihidangkan dengan tayangan video 'Tak Nak AI' (Anwar Ibrahim).

Sila baca ulasan TT. klik tajuk
 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch