Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Ahad, 30 Ogos 2009

Asal-Usul Poco-poco Terbongkar - Puteri Umno Pelopor Budaya Meniru



Foto Puteri Umno Bahagian Pandan menarikan tarian poco-poco yang entah berasal dari mana, main tiru sahaja budaya orang luar.


By: PakarHowTo

Di syarikat tempat saya bekerja sekarang, pada setiap hari Selasa dan Jumaat selepas waktu kerja, mereka ada adakan latihan senaman. Senaman itu sebenarnya bukanlah senaman biasa, tetapi lebih kepada tarian poco-poco.

Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.

Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.

Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.

Tapi lepas saya baca artikel ni, saya rasa lepas-lepas ni, saya tak akan lagi menari poco-poco ni. Korang bagaimana?

Tahniah, Saman Dr Hatta Menang - Polis Menahan Dalam Ceramah



Foto Dr Hatta Ramli Semasa PRK Permatang Pasir. Senyum kerana menang saman.

KUANTAN – Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan bahawa tindakan polis membuat tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah menyalahi undang-undang.

Serentak dengan itu mahkamah juga mengarahkan pihak polis membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerana itu.

Keputusan telah dibacakan pagi tadi di Mahkamah Tinggi di sini oleh Yang Arif Hakim Dato’ Mariana Yahaya.

Keputusan ini dibuat Mahkamah Tinggi Kuantan selepas menerima saman yang dibuat oleh Dr Hatta Ramli yang ketika itu ialah AJK Pas Pusat, bersama Mazlan Mohd Yasin (Timbalan YDP Pas Rompin) dan Nazri Ahmad (Ketua Pemuda Pas Rompin) terhadap Ketua Polis Daerah Rompin.

Ketiga-tiga mereka telah ditangkap oleh polis dalam satu majlis ceramah yang diadakan di Markas PAS di Bandar Muadzam Shah pada 10 Jun 2004 dan ditahan di lokap polis Rompin selama 12 jam.

Hakim Yang Arif, Datuk Mariana Yahya memutuskan bahawa ceramah yang diadakan oleh PAS Kawasan Rompin di sebuah rumah yang dijadikan Markaz PAS Bandar Muadzam Shah adalah sah walaupun tidak memperolehi permit polis.

Beliau memutuskan bahawa premis sedemikian bukan kawasan awam yang memerlukan permit polis untuk mengadakan ceramah. Oleh yang demikian beliau mendapati polis telah melakukan pencerobohan premis persendirian tersebut dan penangkapan terhadap Dr Hatta dan dua yang lain adalah salah.

Hakim juga memutuskan bahawa yang dikatakan premis persendirian adalah bangunan dan kawasan sekitarnya. Oleh yang demikian pihak polis tidak boleh mengganggu aktiviti yang dilakukan di premis tersebut melainkan ianya menimbulkan masalah kepada keselamatan negara.

Mahkamah juga memutuskan Dr. Hatta dan dua yang lain dibayar gantirugi yang jumlahnya akan dinilai dan ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Dengan keputusan Mahkamah ini PAS berpendapat sebarang bentuk ceramah di mana premis parti atau premis persendirian yang lain adalah sah dan tidak memerlukan permit polis
oleh Zukri Aksah

Larangan Menghina Dan Mencerca Agama Lain Dalam Al Quran




"Dan janganlah kamu mencerca sembahan-sembahan yang mereka sembah selain dari Allah, kerana kelak mereka akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan tiada pengetahuan. Demikianlah kami menjadikan setiap umat menggangap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." (QS, Al-An'am : 108)

ISU KEPALA LEMBU : SILA BACA PENERANGAN INI DARI WAKIL RAKYAT SHAH ALAM




Foto YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) dan Kepala Lembu yang di bawa oleh penunjuk perasaan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

PERSOALAN KUIL SEKSYEN 19 DAN TINDAKAN PEWARIS - Baca sampai habis, jangan malas membaca

Oleh Khalid Samad

Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.

Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.

Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!

Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

Saya menyatakan ‘wakil rakyat’ di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.

Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.

Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.

Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.

Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.

Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!

WalLahu ‘Alam.

Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno Jatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor



Foto dua orang penunjuk perasaan yang membawa kepala lembu berdarah-darah di depan pintu pagar Pejabat SUK Kerajaan Selangor bertujuan mencetuskan ketegangan agama di Malaysia.

SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.
"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.
Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.
"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis �tunggu dan lihat� cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.
"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.
Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.

"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.
"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.
Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An�aam.

Firman Allah bermaksud, �Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.�

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.
Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.
Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda �ekstrem� terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan �Kami Bantah�.
Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, �Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa�.
Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.
Insiden Kepala Lembu Berdarah itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini. _

Khamis, 27 Ogos 2009

Kes Minum Arak : Hukuman Rotan Mengikut Syarak










Foto Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan Foto Kartika disambut pulang oleh ayahandanya kerana penangguhan hukuman rotan atas kesalahannya meminum arak dikhalayak ramai.


Komentar Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Kenyataan Media :
Dato Sri Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

BAGIMANA TOWKAY CINA JADI KAYA




Foto DVD Seks Chua Soi Lek yang menjadi hangat dan Foto Dato Sri Ong Presiden MCA yang memecat Soi Lek.

APA MAKNA SOI LEK KENA TENDANG

Ada pergaduhan dalam parti towkay Cina.

Mereka berebut harta rompakan. Ada bayak geng geng lanun dalam parti towkay Cina ini. Ada lanun Cina dari Sabah. Ada lanun Cina dari semenanjung. Ada Cina lanun dari Serawak

Ong Tee Kiat – towkay Cina semenanjung tak puas hati – rompakan projek pelabuhan Klang telah diberikan pada Tiong – towkay Cina Serawak. Ong ambil tindakan untuk bocorkan bagaimana rompakan ini berlaku.

Satu Malaysia di beritahu : Tanah orang kampung di paksa jual. Kemudian dibeli dengan harga murah. Kemudian jual sekali lagi dengan harga berlipat ganda pada kerajaan. Inilah kerja towkay Cina selama ini. Mereka dikatakan rajin bekerja. Bijak berniaga. Poorah. Dulu beli getah orang Melayu murah – jual mahal – melayu juga kena tipu. Sekarang tipu lagi. Inilah caranya bagaimana Cina menjadi kaya raya – menipu.

Ini bukan bermakna Ong ini Cina baik. Ini kes dua penyamun berebut harta rompakan.

Tiba tiba masuk Mat Mongol. Bukan minta amoi Cina. Mat Mongol tak suka pada Ong kerana Ong pecah lubang.

Mat Mongol sokong Soi Lek bukan kerana nak kongsi Amoi. Mat Mongol minta Soi Lek jatuhkan Ong. Kalau Ong jatuh rakyat satu Malaysia tak tahu tentang cara merompak projek pelabuhan Klang.

Tapi satu malaysia sudah tahu : Projek rompakan pelabuhan Klang ini milik towkay Cina yang bernama Tiong dari Sarawak. Bila Ong buka cerita Tiong panas hati. Tiong bocor cerita dia telah bagi 10 juta ringgit pada Ong. Ertinya – duit rompakan kita sudah share. Sudah sama-sama makan. Jangan buat bising bising.

Tiong berani buat macam ini kerana dapat restu dari Mat Mongol. Mat mongol kata pada Tiong – tibai Tiong ..tinai lagi Tioing.. kasi tibai sama Ong. Bila Tiong tibai Ong dengan cerita duit 10 juta rakyat satu malaysia lihat Ong Cina jahat.

Ong mula jadi gelabah. Ong makin marah. Ong buka lagi cerita projek rompakan perlabuhan Klang. Mat Mongol pula jadi gelabah. Rashia makin bocor. Gerombolan pun ada sama dalam rompakan ini. Semua tembelang pecah. Satu Malaysia sudah tahu towkay Cina dengan gerombolan tipu rakyat.

Mat Mongol naik marah pada Ong kerana buat huru hara -pecah lubang. Ong pun marah pada Mat Mongol kerana sokong Soi Lek.

Ong mahu tunjuk ekshen pada Mat Mongol. Ong buang Soi Lek. Mat Mongol terperanjat lalu meraba-raba telor.

Cerita akan diteruskan. Wayang belum habis. Panggung belum ditutup.

oleh : Tukar Tiub

Fakta Sebenar Melodi Negaraku aka Terang Bulan









Foto senikata lagu Kebangsaan Malaysia `Negaraku' dan pencipta asal `Memula Moon' aka `Terang Bulan' aka `Negaraku' komposer Pierre Jean De Beranger 1780-1857 dari Perancis.

LIMA PULUH TAHUN TAHUN TERANG BULAN TERBARAI

KAH KAH KAH ! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.

Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.

Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan ini. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).

Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.

Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.

Kah kah kah. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malays National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malays National Organisations yang semakin mengecut.

Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.

Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.

Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi MahaFiraun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman adanya joget lambak selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.

Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.

Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.

Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.

Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.

KAH KAH KAH. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.

BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.

BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)

BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.

BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.

BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri.

Kah kah kah. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.

Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.

United Malays National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malays National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.

Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.

Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean de Beranger. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.

Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan kelentong, lebong, torak , penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah satu tindakan yang revolusioner.

oleh:Tukar Tiub

Cerita Bazar Ramadan : Putu Tomyam




Foto Putu Mayam dan Tomyam yang mengecurkan air liur kepada yang berpuasa.

Satu lagi karya 'banjarian' yang memecahkan perut dan menambah lapar puasa !!

Oleh : FdausAmad

Ramadhan 2002 - Universiti Tronoh

Lepas habis kelas Chemical Thermodynamic (gua ingat tajuk saja..jenis belajar semua meniru) kira kira dalam pukul lima setengah, Malek kawan kelas gua ajak pegi layan Pasar Ramadhan Batu Gajah.Gua memang style payah menolak pelawaan kawan kawan. Kalau janji berdating sekalipun,bila kawan dah ajak,hah..mintak maap la wahai sang makwe, lain kali lah kita dating.

Persoalan gua pada Malek,"kejadah lu nak pegi sampai Batu Gajah?, Taman Maju pun ada pasar Ramadhan?,pergi Batu Gajah saja dah amek masa dua puluh minit untung bersih, baru untung bersih..belum campur kos lampu isyarat,kos lembu melintas dekat simpang Tronoh,kos minyak mentah,kos folo lori balak pada kelajuan 50km/j..kalau lump sum semua mau sampai empat puluh minit perjalanan sehala.Idea yang tak bebaloi langsung.

"Gua nak cari putu mayam untuk Shabir..dia telepon gua tadi pesan carikan putu mayam kalau jumpa kat pasar ramadhan,dia teringin..dekat Taman Maju konfem tak ada.Dia demam dah dua hari." - Malek jawab panjang panjang menceritakan hal Shabir kawan serumah beliau.

Gua panjat duduk seat sebelah tanpa melanjutkan soal jawab.Malek memang baik.Apa yang dia boleh tolong dia mesti tolong.Hari tu gua ajak dia ponteng kelas teman pegi Ipoh cari bundle dockers pun dia ikut.Tak banyak ragam.Kalau gua ada sepuluh orang kawan macam Malek rasanya bebaloi la hidup kat dunia ni.

Perjalanan pegi Batu Gajah bersama Kancil eksotik Malek berlangsung sebagaimana yang gua pundit kan.Traffic Light yang tak pernah hijau bila nampak kereta Malek,lembu lembu yang melenggang bontot ditengah jalan, Lori lori balak yang selalu bikin hati membara bila nak potong tak lepas,ditambah dengan pemanduan berhemah encik Malek maka genaplah empat puluh minit sebelum tiba di tapak Pasar Ramadhan Batu Gajah.

Kami turun ke Pasar Ramadhan dengan niat murni mencari putu mayam untuk brader Shabir yang sedang demam.Pasar Ramadhan Batu Gajah boleh tahan juga dia punya panjang.Setelah dua tiga kali ber-sa'ie, barulah kami terjumpa mamak jual putu mayam atas moto di celah celah makcik Bihun Sup."Bagi tiga ringgit...kasi lebih gula sama kelapa" - Malek menunaikan tanggungjawab beliau dengan penuh kepuasan.Gua awal awal masuk event pasar ramadhan dah cekup nasik dagang sama air tebu. Malas pikir makanan bukan bukan.Malek pun sama menu dengan gua.Memang niat nak belikan putu mayam untuk Shabir,bukannya nak merewang saja saja.

Hampir setengah jam di pasar ramadhan Batu Gajah,gua dan Malek pun bergegas untuk pulang.Lembu lembu pun dah tak sabar menunggu kereta Malek lalu.Nak buat show tunjuk juboq.Kalau lambat nanti marah pula.Radio hitz FM dalam kereta gua kilas pegi ke Radio Perak.Pukul enam setengah, dengarla mengaji pulak.Orang putih orang putih juga Malek.

Sepanjang perjalanan pulang ke universiti Tronoh,halangan yang serupa gua dan malek tempuhi sebagaimana kami datang.Lembu lembu,lori balak dan traffic light yang ada skill boleh cam nombor plat kereta Malek.Asal nampak kereta Malek terus traffic light jadi merah.Perangai dengki yang bikin gua sakit hati rasa nak penerajang.Cuma masa balik kami dapat bonus track sebab jalan nak keluar parking sesak macam gampang.Ahh,ujian dibulan puasa.

Masa sampai di kolej, Azan maghrib sedang berkumandang.Alang alang, gua ikut bebuka dirumah malek saja lah senang cerita.Kalau gua jalan kaki balik ke rumah gua pun boleh, cuma makruh la sebab melambat lambatkan bebuka puasa.Takkan gua nak berbuka puasa minum air tebu sambil berjalan kaki naik turun tangga?,sebelah tangan minum air tebu, sebelah tangan lagi jinjing plastik nasi dagang.Hah gelagat gelojoh lagi tak matang.Bukan begitu sikap yang ibu gua terapkan.

Sampai dirumah Malek, budak budak rumah beliau seperti Noorman, Hanip, Kobeng dah ready bersila atas surat khabar.Shabir pun ada duduk berselimut depan polistrin berisi nasi putih.

"Mana lauk gua?" - Shabir bertanya dengan semangat demam nak berbuka puasa.

KLIMAKS stori ini bermula di sini..,

Sesi berbuka puasa hari tu gua saspek telah menjadi legenda bilamana Shabir berbuka puasa dengan nasi putih berlaukkan PUTU MAYAM.

"TOMYAM lu tu, esok sumpah gua pegi cari, biar sampai ke Ipoh pun tak apa!!" - janji Malek pada Shabir. Gua tak sampai hati nak kupas situasi konfuse antara Malek dan Shabir pada hari tersebut. Putu Mayam dah jadi Putu Tomyam. Kahkahkah!!!

p/s: Kalau Shabir telepon pesan nasi dagang itu hari,mau si Malek ajak gua pegi carik nasi kangkang. Pundek sungguh!

Rabu, 26 Ogos 2009

Makanan Murah, Kopiah Mahal Di Permatang Pasir




Foto Kopiah bermutu tinggi berjenama Salam yang menjadi persaingan kepada Kopiah Barakah. Kopiah atau Kufiah yang berfesyen kini menjadi tarikan terutama kepada pencinta agama kerana kualitinya. Kopiah berekabentuk ini menjadi eksesori masakini yang dipakai oleh pemimpin PAS dan Ulama yang menjadi ikutan ramai.


Permatang Pasir : Makanan di Permatang Pasir masih murah, beruntung sekiranya dapat duduk di sini kerana harga makanan jauh lebih murah berbanding di Johor. Perkara ini disebutkan oleh Ustaz Atan yang juga TPJ PAS Negeri Johor yang terkejut kerana beliau bersarapan berat bersama 4 orang petugas dari Simpang Renggam Johor bayarannya tak sampai RM 10. Bayangkan, kopi Radix berharga serendah RM 1.20 manakala nasi lemak 50 sen dan teh O cuma 80 sen.

Dah lama saya berhajat membeli kopiah barakah yang halus jahitannya tetapi memandangkan harganya yang agak mahal sekitar RM 50, saya tangguhkan dulu hasrat tersebut. Pada hari Ahad 23 Ogos 2009, di sebuah gerai bersebelahan Markaz Besar PRK Permatang Pasir, Hj Sheh sahabat saya, menunjukkan saya kopiah Salam yang sama mutunya dengan Kopiah Barakah dengan harga RM 30 sahaja. Apalagi beliau membeli 2 biji kopiah dan saya sapu sebiji. Dapat berjumpa dengan pembuat kopiah dan hari tu memang dia buat tawaran khas. Alhamdulillah, mungkinkah harga kopiah akan turun lagi di masa depan. tunggu dan lihat.

PAS Menang Bergaya, BN Kena Pukulan Maut





Foto Dr Hatta Ramli menggunakan topi bola lisut berlogo `PAS Untuk Semua' nampak `Cool'. Foto Gelagat Wanita Umno menyeringai semasa hari Pengundian PRK Permatang Pasir.

Khamis, 20 Ogos 2009

Arak Dan Pemimpin Umno Tak Boleh Dipisahkan



Foto Arak Kirin yang dimiliki sebahagian sahamnya oleh anak Tun Dr Mahathir. Banyak lagi pelaburan yang halal kenapa pilih juga yang HARAM!

MANILA, Philippines--Kirin Brewery of Japan has completed its divestment of a 19.9- percent stake in San Miguel Corp. by selling it to a group led by businessman Roberto Ongpin for about P40 billion.

Some 314 million SMC B shares -- open to foreign investors -- were crossed at the Philippine Stock Exchange at a price of P63 per share on Friday, stock market sources said.

Kirin earlier made a deal to sell its stake in SMC to Q-Tech Alliance Holdings Inc.

Among the local incorporators of Q-Tech are Ongpin and Petron Corp. president Eric Recto.

Also among the investors are Mirzan Mahathir, chairman of Crescent Capital Bhd. and eldest son of former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad.

Sebab Musabab Orang Melayu Kena Selsema Babi



Foto kod Lemak Babi

Oleh : Dr. M. Anjad Khan

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam Mengetahuinya

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

Kesilapan dan Salah Faham Dalam Ibadah Puasa Ramadhan



Oleh : Muhamad Al Hafiz

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya.. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Renung-renungkan & Selamat beramal

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.

Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

Kenali Calon PAS PRK Permatang Pasir

PAS Mesti Menang : Jangan Jadikan PAS Tercorot Dalam Pakatan



Oleh KAMARUZAMAN HELMI

Medan pertempuran di Permatang Pasir sudah dirasmikan. Hanya dua calon bertanding, seteru tradisi zaman berzaman, PAS dan Umno.

Walaupun kawasan ini terletak dalam kubu Anwar Ibrahim, namun wibawa Parti Islam sedang diuji. Tekanan di Manek Urai akan diperpanjangkan ke sini. Umno sedang ghairah memastikan ia bukan lagi "menang dalam kalah" tetapi akan meraih kemenangan mutlak.

Secara peribadi saya risau dengan situasi di Permatang Pasir, segalanya boleh berlaku, pengundi mungkin mahu melakukan kejutan. Dan penggerak kempen harus berfikir untuk berdepan keputusan mengejutkan itu.

Benar, PAS hanya ada satu kerusi di Pulau Pinang, dan ia tidak boleh kalah di sini, malah untuk merosot majoritinya pun harus dielakkan. Justeru, aktivis PAS harus bersiapsiaga menghadapi pertarungan paling sengit yang menentukan maruah dan masa depannya. Cukuplah dengan kejutan di Manek Urai.

Kita tidak mahu petugas kempen merasa selesa dan syok sendiri sehingga membawa natijah yang merugikan buat PAS. Bersama parti-parti komponen seperti PKR dan DAP, maka PAS harus nampak berkembang maju.

Jangan sesekali meletakkan PAS berada di tempat paling bawah atau tercorot dalam ranking Pakatan Rakyat. Bukankah PAS harus mengambil tempat Umno yang kini menjadi parti tulang belakang dalam BN?

Nik Nur Madihah Pelajar SPM 20A Dapat Rumah RM 130,000.00



Oleh Salmah Mat Husain

Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000.
Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.

Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.

Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.

Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.

Nik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.

Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.
Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.

Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini.

Rabu, 19 Ogos 2009

Ramadhan Lagi Beberapa Hari



Ramadhan beberapa hari lagi, persiapan untuk Ramadhan belum sempurna, sepatutnya nak ziarah atuk di Kampung Tengah Renggam, bagi sikit duit dan barang keperluan seperti beras, gula, tepung dan minyak masak sebagaimana tahun-tahun yang sudah sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit kegembiraan tatkala bertemu Ramadhan.

Dalam masa yang sama nak buat persiapan menjadi petugas di PRK Permatang Pasir, Pulau Pinang. Bajet memang tak ada, kering poket di hujung bulan tu biasa tetapi nak menghadapi peperangan dalam Pilihanraya dalam masa yang sama nak menyambut Ramadhan memang perlukan pengobanan. Tabung Haji la terpaksa korek.

Pada 17 Ogos 2009 Isnin malam sempat bertemu beberapa brader yang sudi menyumbang untuk keperluan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Brader setuju untuk menginfaq 60 bundel set makanan seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan susu untuk fakir miskin dan orang susah di sekitar Sembrong. Alhamdulillah. Moga sumbangan tuan diberi pahala yang besar di Sisi Allah SWT.

Sumbangan Sempena Ramadhan 1430




Ruj Kami : PAS/K.12/26/2.04(01/09)
Ruj Tuan :

18 Ogos 2009

Kepada,

Semua Ahli PAS, Penyokong dan Simpati

Assalamualaikum WBT

Tuan,

SUMBANGAN KEPADA TABUNG AKTIVITI DAN DANA PILIHANRAYA DUN KAHANG

Perkara di atas adalah dirujuk,

Sempena kedatangan Ramadhan Al- Mubarak, marilah sama-sama kita menghulurkan sumbangan untuk melaksanakan aktiviti yang berikut :

Sumbangan kebajikan kepada fakir miskin dan orang susah di kawasan kita
• Sumbangan kepada petugas yang bertugas di PRK Permatang Pasir
• Sumbangan program Ihya Ramadhan termasuk juadah berbuka dan moreh
• Sumbangan dana pilihanraya Ke 13


Semoga Allah SWT memberi ganjaran dan pahala yang besar di atas sumbangan ikhlas tuan ini. Insyalah kami akan cuba salurkan kepada pihak yang memerlukan agar dapat memeberi sedikit kegembiraan menyambut Ramadan dan Syawal.

Akhirnya, kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KARIM

Saudaramu,

HAMDAN BIN BASIRAN
Setiausaha
PAS Kawasan Sembrong
019-7252857
http://passembrong.blogspot.com

Sebelum Mesyuarat Perhubungan, Usrah Dulu - Dato' Pesuruhjaya PAS Johor



Batu Pahat 16 Ogos 2009 : Pesuruhjaya PAS Negeri Johor mengingatkan semua ahli Jemaah khususnya pemimpin PAS Negeri dan Kawasan supaya menepati dan menjaga masa. Sekiranya majlis bermula pukul 9.30 pagi mesti hadir tepat pada masanya. Mungkin akibat kita tidak menghormati masa maka kita belum diberi kemenangan untuk memerintah Johor.

Mesyuarat bermula tepat pukul 9.30 pagi dimulakan dengan pembentangan bahan usrah oleh Dato PJ sendiri berkaitan Golongan Al-Hawariyyun dari kalangan sahabat Nabi Isa AS yang menjadi penolong dan pendokong Agama Allah.

Beliau menegur kalangan pimpinan yang sibuk sehingga tidak mengadakan atau tidak hadir program usrah. Akan datang, setiap kali mesyuarat bulanan BPPNJ akan diadakan usrah sekali bagi menjaga fikrah dan meyuburkan tarbiyah. Kegagalan mengadakan usrah mengakibatkan ahli tidak mendapat kefahaman yang jelas sehingga berlaku perpecahan dan persaingan dengan Jemaah Hisbut Tahrir di beberapa kawasan seperti Ledang, Mersing dan Pengerang.

Lensa Foto Di PRK Permatang Pasir




Penjelasan Isu Kuil Hindu Di Selangor Oleh YB Khalid Samad




Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam - Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

Utusan Melayu Buat Fitnah Lagi Terhadap Mursyidul Am PAS




Utusan Malaysia lapor -

• Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

• Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

• "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

TG Nik Abdul Aziz jawab balik dalam HarakahDaily -

• Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

• "Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

• Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

TG Nik Abdul Aziz cakap lagi -

• Beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

• "Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Kadang-kadang Tok Mufti Perak pun tolong komen bagi pihak UMNO... macam biasa, komen Tok Mufti berdasarkan laporan akhbar penipu...

Tok Mufti yang sepatutnya jadi orang cerdik, berfikir sebelum bercakap, langsung ikut dibodohkan oleh media perdana sebab Tok Mufti bercakap berkiblatkan apa yang dia baca dan apa yang dilaporkan oleh media perdana...

TG Nik Abdul Aziz ada pesanan untuk Tok Mufti -

• "Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

• "Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar,"

MalaysiaWaves

Muhyiddin Yassin Pengkhianat Jual Tanah Kepada Kerajaan Temasik



Galak sangat-sangat Muhyiddin Yaasin menuduh Anwar Ibrahim pengkhianat. Namun, Malaysiawaves pernah membuat laporan bahawa UMNO Johor (di kala itu dibawah pimpinan Muhyiddin) pernah menjual tanah kepada Singapura. Ibrahim Ali pernah mendedahkan kepada kita betapa tanah di Johor telah dijual kepada Singapura.

Teringat saya sewaktu selepas PRU 1990. Di waktu itu berlaku PRK bagi kerusi Kenali. Maka, datanglah Muhyiddin berkempen dengan haibahnya. Beliau dengan hebat berkata bahawa UMNO mahu memperjuangkan Islam dan mempertabatkan Islam. Lantas bangun seorang tua berkata bagaimana UMNO Johor hendak berjuang Islam, sedangkan di Johor cuti hari Jumaat pun mereka tak boleh nak pertahankan.

• UMNO Johor Gadai Tanah Pada Singapura

Di Perak, UMNO main isu Nizar jual tanah pada Cina. Rata kampung diorang ulang fitnah ni. Rupanya bangsa UMNO ni bangsa hipokrit. Bak kata orang tua2, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Berita ini diambil dari blog Penarik Beca@Bakaq. TQ pada Pak Bakaq atas "research" yang beliau telah buat. Syabas.

UMNO gadai tanah Johor kepada Singapura

KUALA NERUS, 15 Mei 2006 (Hrkh) - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya, jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

Isnin, 17 Ogos 2009

Kuliah Ustaz Shahril Di T6



Bandar T6 13 Ogos 2009 : Kuliah Bulanan Ustaz Sahril dari Parit Raja telah diadakan di rumah Saudara Kornain sempenda kenduri menyambut Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Saya mohon maaf kepada tuan rumah kerana tak dapat hadir akibat demam. Agak teruk juga sehingga tak dapat bangun. Mohon dijauhkan dari H1N1. Alhamdulillah sekarang dah kebah.

Bagi anak rantau sempena Ramadhan yang akan tiba ni, jenguk-jenguklak orang tua di kampung, cukuptak berasnya, gulanya dan lauk pauk untuk dimakan oleh mereka yang membesarkan kita di bulan Ramadhan iaitu ibu bapa tersayang. Jangan asyik fikirkan diri sendiri sahaja.

Khamis, 13 Ogos 2009

Al-Fatihah : Ustaz Asri Rabbani Kembali Ke Rahmatullah



Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung, lapor laman web Berita Harian.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan. Malaysiakini

Saya adalah peminat setia beliau rasa terkejut dengan berita ini lagipun umur kami tak jauh beza. Saya membesar dengan nasyid Nada Murni, The Zikr dan apabila Jemaah Al Arqam diharamkan tertubuhlah Kumpulan Raihan dari The Zikr, Hijjaz dari Munif dan Nada Murni, Rabbani dari Asri dan Nada Murni. Setakat ini kemerduan vokal beliau sebagai penasyid tidak ada tolok bandingnya malah mengatasi artis pop arus perdana. Takziah untuk keluarga beliau. Al Fatihah.

BACA UNTUK PENCERAHAN : APA ITU IMPERIALISMA



Imperialisma ialah pencapaian akhir dalam sistem ekonomi kapitalis. Imperialisma adalah tahap dimana modal yang dilabur telah sampai ke kemuncak. Era kita pada kita ini adalah era imperialisma. Ciri akhir imperialisma ialah wujudnya empire.

Dalam sejarah tamadun manusia banyak Empire telah di didirikan. Empire Iskandar Zulkarnain dari Mercedonia hingga ke India. Kaput. Empire Rom – hampir seluruh tanah dipersisiran Laut Tengah, tanah besar Eropah hingga ke Britain akhirnya kaput juga. Empire Napolean – menjajah Eropah – akhirnya kaput. Empire Ottoman, Empire Mongol – semuanya masuk kain kapan. Portugis, Sepanyol dan Belanda juga pernah memiliki empire. Empire Jepun juga kaput. Semuanya runtuh

Hari ini warga dunia anak semua bangsa sedang berhadapan Empire Global Amerika Syarikat.

Empire muncul hasil dari perkembangan sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya kaum pemodal hanya melabur di tanah asal negara masing-masing. Mereka menggunakan bahan tempatan. Menggunakan tenaga buruh tempatan. Berjual beli untuk warga tempatan. Dasar sistem kapitalis - beli murah, upah murah dan jual mahal – menjadikan kaum pemodal dapat mengumpul keuntungan bertimbun tambah.

Hukum ekonomi kapitalis

Dalam hukum ekonomi kapitalis - keuntungan yang dikumpul ini wajib berkembang dan dikembangkan – jika tidak sistem kapitalisma akan mati. Justeru kaum pemodal memerlukan bahan-bahan mentah baru. Memerlukan tenaga buruh yang lebih banyak. Kaum pemodal memerlukan kawasan pemasaran yang lebih luas untuk mendapat bahan mentah dan warga untuk menjadi tukang beli.

Maka kapitalisma membuka era zaman penjajahan/kolonialisma – zaman mencari tanah jajahan.

Dalam era kolonialisma – mencari tanah jajahan – kita melihat empire British, empire Sepanyol, empire Belanda dan Portugal berebut-rebut mencari tanah jajahan. Afrika, Amerika Latin dan Asia ditibai, dipecah dan ditaklok.

Tanah jajahan diperlukan untuk mengaut hasil bumi – bahan galian, kayu kayan dan hasil pertanian. Kita bertemu dengan British East India Company dan Dutch East India Company yang menjarah kepulauan Melayu untuk mengkayakan Britain dan Belanda.

Cara menjalankan dasar penjajahan cukup senang. Gaduhan antara satu bangsa dengan yang lain. Sokong satu dan tibai yang lain. Gaduhkan Acheh dengan Melaka. Gaduhkan Melaka dengan Pasai. Di Perak - sokong Sultan Abdullah dan jatuhkan Sultan Ismail. Beri mereka senjata biar mereka bergaduh. Naikkan Sultan Abdullah tetapi buangkan Sultan ini ke lautan Hindi apabila baginda berani melawan.

Bawa masuk China dan India ke Tanah Melayu. Sokong satu bangsa dan tibai yang lain. Kemudian pecahkan negara itu. Satu untuk British dan satu untuk Belanda. Satu jadi Indonesia dan satu Malaysia. Pecahkan lagi Malaysia – munculkan Singapura.

Di India - British memecahkan Bharat dengan Pakistan tetapi sengaja meninggalkan Khasmir untuk memastikan India dan Pakistan akan terus bermusuh. Kemudian pecahkan lagi Pakistan – munculkan Bangladesh. Vietnam dan Korea jadikan dua – satu Utara dan satu Selatan. Tibai yang Utara dan beri senjata pada yang Selatan.

Pecah-pecahkan negara Arab

Di negara Arab gunakan taktik yang sama. Pecah-pecahkan negara Arab- disetiap batang pokok kurma wujudkan seorang Emir, Al-Malik atau Sultan. Kemudian rampas bumi Palestin dan wujudkan Israel. Jadikan Israel pengkalan tentera yang terkuat – dengan tujuan untuk memastikan negara Arab yang telah dipecah-pecah akan terus bergaduh. Tidak cukup dengan ini gaduhkan Sunni dengan Shia.

Untuk memastikan tanah jajahan dapat dikawal wujudkan barua-barua yang setia. Nobatkan mereka dengan gelaran Sir atau kahwinkan mereka dengan perempuan lacur Mat Saleh. Jadikan pemimpin berkulit hitam ini King Kong. Temberangkan jantan-jantan hitam ini dengan mitos - jika mereka ada ‘mem’ berkulit puteh maka mereka ada kelas. Jantan dari Asia dan Afrika akan terjelir lidah apabila melihat perempuan Mat Saleh terkangkang. Kalau tidak - jual candu – jadikan Sultan Husin seorang pemadat dan ambil Singapura.

Cukup enteng taktik dan perancangan kuasa imperial ini untuk difahami. Hanya yang buta sejarah dan susuk yang malas membaca dan malas berfikir sahaja yang tidak tahu fakta ini. Atau mereka yang telah dibebal dan dibonsaikan fikrah dengan Kancil dan Kenari yang tidak memgetahui hal ini.

Hari ini taktik dan mondus operandi yang sama sedang dijalankan oleh Empire Global Amerika Syarikat. Cuma dengan perkembangan tamadun manusia ada sadikit perubahan – bukan perubahan zat tetapi perubahan kulit.

Hakikat, niat dan cita-cita imperialisma – dari zaman Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Barack Obama adalah sama – untuk menjarah harta kekayaan dunia. Kalau di zaman empire Rom – dari Baitulmukadis hingga ke Lodonian diwujudkan pengkalan tentera. Kalau di zaman empire British dari Terusan Suez hingga ke New Zealand pos-pos soldadu telah didirikan.

Hari ini wujud 737 pengkalan tentera empire Amerika diserata pelusuk dunia. Amerika sedang menempatkan soldadunya di 153 buah negara dalam dunia ini. Dunia ini memiliki 192 buah negara. Ertinya hampir 70% negara dalam dunia ini ada pos soldadu Amerika. Pengkalan tentera ini dijagai oleh 2 juta 500 ribu bala tentera dari pelbagai bentuk ketumbukan – darat, laut, udara dan cekrawala. Semuanya untuk memastikan kaum pemodal kapitalis akan dapat membuat keuntungan. Untuk memastikan sistem ekonomi kapitalis selamat dari didobrak rakyat dunia.

Dengan perubahan politik – diera pasca perang dunia ke dua – maka pengkalan tentera wajib didirikan melalui perjanjian. Justeru Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan Britain membuat penjanjian terbuka – Five Power Defence Arrangement. Britain pula terikat dengan perjajian-perjanjian lain seperti dengan Amerika dan dengan North Amerika Treaty Organisation( Nato). Semua perjanjian pertahanan ini ikat mengikat. Dalam masa yang sama warga tidak tahu apa lagi pejanjian-perjanjian ‘gelap’ yang telah ditanda tangani antara barua-barua tempatan dengan kuasa imperial.

Seperti di zaman Rom – bala tentera ini siap siaga untuk menumpaskan apa sahaja bentuk pemberontakan – sama ada warga Yahudi di Baitumukkadis di zaman Isa dari Nazareth atau warga Arab di Jordan dan Syria. Senjata dan perang adalah taktik dan strategi yang digunakan oleh kuasa imperialisma untuk memastikan mereka akan terus dapat membolot harta kekayaan dalam dunia ini.

Damai tidak mungkin wujud

Perang adalah salah satu dari watak kapitalisma. Selagi kapitalisma wujud selagi itu perang akan wujud. Jangan berangan-angan mengangat-angat jari dan melaungkan ‘peace now’. Damai tidak mungkin wujud dalam dunia yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Perang adalah sebahagian dari syarat yang menghidupkan kapitalisma. Kapitalisma memerlukan perang seperti manusia memerlukan oksigen. Perang dan kapitalisma macam taik dengan lalat.

Dengan harta kekayaan yang terkumpul – imperialisma yang mewakili kaum pemodal antrabangsa - pada ketika ini sedang merancang untuk mewujudkan apa yang dipanggil New World Order – Tata Dunia Baru. Tata Dunia Baru ini akan dikepalai oleh Amerika Syarikat.

Rancangan-rancangan telah dan sedang diatur untuk mewujudkan Satu Kerajaan Dunia – The American Global Empire. Telah diwujudkan lembaga-lembaga yang akan memaksa semua negara tunduk dibawah peraturan lembaga-lembaga ini. Bank Dunia, IMF, World Trade Organisation bertugas untuk mengendalikan ekonomi. Pertubuhan PPB untuk dijadikan rujukan perundangan dunia. Mahkamah Dunia sebagai badan kehakiman. Bala tentera Anglo-Amerika akan menjadi penguatkuasa – seperti yang telah berlaku di Kosovo dan sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

Dibawah empire Amerika semua negara-negara akan tunduk menyembah dan membayar ufti. Sesiapa yang engkar akan diserang. Semenjak selesai Perang Dunia ke Dua tentera Amerika telah menyerang - Iraq, Iran, Afghanistan, Lebanon, Philipina, Liberia, Yugoslavia, Somalia, Korea, Panama, Cuba, Grenada dan Libya. Ini serangan terbuka dan belum diambil kira serangan proksi yang dilakukan dengan menggunakan barua tempatan seperti di Nicaragua.

Negara kita juga tidak akan terlepas dari cengkaman Empire Global Amerika. Amerika telah memberi tekanan untuk membuka pasaran – liberalisasi – dalaman negara kita. Free Trade Agreement adalah perjanjian berat sebelah untuk menekan negara-negara dunia ketiga. Tujuan FTA ini ialah untuk membolehkan syarikat gergasi dunia membeli/memiliki air, api, talipon, hospital, bank, beras, tanah, minyak dan apa sahaja harta kita untuk menjadi harta mereka. FTA mengajukan pengswataan. Mahathir Muhamad hanya mengikut telunjuk dan menjalankan dasar penswastaan dalam negara kita.

Empire Global Amerika amat suka kepada pemimpin dunia ketiga yang memiliki banyak masalaah dan banyak skandal. Lagi banyak rasuah, lagi banyak skandal, lagi zalim terhadap rakyat - lagi kuat sokongan Amerika. Malah jika pemimpin itu terlibat dalam kes bunuh membunuh – si pemimpin ini amat-amat disayangi oleh Amerika. Pemimpin dunia ketiga seperti ini amat senang disuruh arah dan akan mengikut telunjuk kaum pemodal Anglo-Amerika.

Untuk sebuah empire bernafas ianya memerlukan sebab dan musabab. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Pada awalnya empire telah menjajakan hujah bahawa mereka datang untuk mentamadunkan orang berkulit hitam. Mereka datang untuk melawan kejahilan yang dianggap musuh. Maka kaum pemodal datang ke Amerika Latin, Afrika dan Melaka dengan kitab Injil dan Padri. Tujuan sebenar untuk merembat harta kekayaan.

Bila kitab Injil tidak laku lagi maka kaum pemodal membuat helah baru. Kali ini mereka datang untuk membawa kebebasan dan demokrasi. Kali ini musuh yang hendak dilawan ialah anak negeri tanah jajahan yang bangun melawan mereka. Anak tanah jajahan yang nasionalis, yang sosialis dan yang komunis – yang berani mengangkat senjata melawan kuasa kaum pemodal dicap sebagai musuh kepada demokrasi.

Hari ini Empire Global Amerika - telah menggunakan 9/11 ini sebagai satu hujah untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika bahawa musuh dunia hari ini ialah keganasan. Ledakan bangunan World Trade Center itu dilakukan oleh ‘orang dalam’ bertujuan untuk mengolah persetujuan agar musuh yang halimunan ini diyakini kewujudannya.

Semua ini bohong. Tujuan empire dari zaman Iskandar Zulkarnain masih tidak berubah – untuk menjarah harta kekayaan dunia ini.

Warga seluruh dunia – anak semua bangsa - hari ini kita semua sedang berhadapan dengan kuasa empire yang licik, ganas dan memiliki kekuatan bala tentera yang maha hebat. Tetapi sejarah juga telah menunjukkan kuasa empire ini hanyalah harimau kertas. Bala tentera empire yang melintasi lima benua telah mula menjadi gergasi berkaki kaca.

Amerika telah pernah dikalahkan di Vietnam pada tahun 1975. Amerika sedang terasak tenat di Iraq dan Afghanistan. Pertempuran terus berlaku dimerata pelusuk dalam dunia. Walau bagaimana besar sekali pun kekuatan bala tentera Amerika – tidak mungkin dapat mengawal jika seluruh rakyat dunia bangun melawan.

Di Amerika Latin warga telah mula bangun dan menghumbankan barua dan tali barut tempatan yang bersekongkol dengan kauam kapitalis antarabangsa. Banyak negara di Amerika Latin telah berjaya mendirikan kerajaan yang bertuankan rakyat

Kita di Malaysia wajib sama serirama dengan warga dunia untuk menghumbankan parti-parti politik yang selama ini menjadi barua kaum pemodal Anglo-Amerika. Parti-parti politik ternakan kuasa imperial ini sedang menggunakan taktik pecah dan perintah. Elit politik yang di pilihara dari zaman British dahulu sedang mengadu dumba – China lawan Melayu – Bumiputera dengan yang bukan Bumiputera.

Elit politik ini secara sedar – untuk terus berkuasa – sedang cuba menimbulkan perselisehan antara Melayu dengan Cina – atas nama Islam. Ini samalah seperti taktik yang digunakan oleh Amerika di Iraq – gaduhkan Sunni dengan Shia. Pasti ada warga kita yang akan terperangkap. Pasti ada yang akan terpengaruh.

Seperti taktik empire – menimbulkan pergaduhan adalah cara untuk mengolah persetujuan orang ramai. Apabila warga bergaduh sesama sendiri maka tidak akan dapat terwujud satu barisan yang kompak bersetiakawan untuk menjatuhkan elit politik yang diternak oleh kuasa imperila Anglo-Amerika.

Jika kita semua tahu taktik dan strateji Empire Global Amerika pasti kita tidak akan membenarkan diri kita terus dijajah. Warga yang cerdik, yang berilmu dan memiliki keupayaan fikrah akan menjadi susuk yang bebas yang dapat memahami apa kapitalisma dan apa imperialisma. Justeru, tugas susuk yang bebas merdeka ialah bangun membawa pencerahan. Hanya dengan pencerahan baru projek membodoh warga dapat digagalkan.

Susuk yang bebas merdeka akan juga mengagalkan projek Tata Dunia Baru dan meruntuhkan Empire Global Amerika. (Tukar Tiub)
 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch