Harakahdaily: Dr Hatta (Foto Dikeroyok Polis Tanpa Uniform) menggesa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat taksiran kerugian dan keuntungan yang diperolehi oleh peniaga yang dibimbangi dimanipulasi dan diada-adakan oleh pihak-pihak tertentu.
"Angkanya juga dicurigai. Jika sebuah pasaraya kerugian RM300,000 selama 2 jam, berapakah untung yang diperolehi jika ianya beroperasi selama 12 jam, tentunya RM 1.8 juta...jadi LHDN sila siasat jumlah ini. Jika benar tuntut kepada pihak polis dan KDN," katanya yang turut dikasari pihak polis pada hari tersebut.
Beliau, juga tidak terkejut apabila Pemuda Umno cuba menjadi 'hero' untuk mewakili para peniaga membuat tuntutan kepada pihak penganjur yang menunggu masa untuk menjejaskan imej GMI, NGO dan Pakatan Rakyat yang menentang akta zalim ISA itu.
"Kita sentiasa bersedia, jika ada tuntutan undang-undang, kita akan berhujah dan bertemu di mahkamah," katanya mengakhiri perbualan.
Semalam tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.
Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).
Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga.
Tanpa Nama berkata... Orang lain makan nangka, orang lain kena getah. Nampak gayanya ahli-ahli Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR) wajar diboikot supaya mereka faham siapa yang calit getah pada mereka. Raya nak dekat ni... boleh gulung tikar kalau penyokong anti ISA boikot. Biar penyokong ISA saja yang beli dengan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan