Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Rabu, 31 Mac 2010

Patut syarikat ni rugi

Arak berleluasa Di Langit Biru

blog cikli

Flight
Malaysia Airlines Boeing 737 MH 36xx dari Kota Kinabalu yang ku naiki berhenti sejenak di Negara Brunei Darussalam. Di Brunei, puluhan penumpang yang aku yakin warga India yang nak balik kampung menaiki pesawat. Dua orang daripada mereka duduk di kerusi kosong di sebelahku.

Mataku mengerling passport yang dipegang oleh lelaki yang baru melabuhkan punggung di kerusi sebelah.

Ghulam .....Something namanya.

Oooo....Islam rupanya, getus hatiku.

Pesawat berlepas laju. Masa untuk makan. Hah! Time to enjoy and experience the true MH. Yea...MH, the pride of Malaysia Airlines. According to them, MH is not just an airline code, it’s Malaysian Hospitality.

Menunya memang menarik, masakan Malaysia.

“What for drink sir?” Tanya pramugari yang lawa dan tinggi lampai.

“Kopi”, jawabku.

“Beer”, jawab Ghulam di sebelahku.

“Wain”, jawab lelaki senegara Ghulam di sebelahnya.

Ghulam dihidangkan dengan setin Heineken beer dan kawan Ghulam dihidangkan dengan secawan red wain. Aku ditepi tingkap terpaksa menyedut bau tebal vapourised alcohol.

Aku memandang awan yang berada di bawah sambil berfikir, macam mana orang yang nyawanya di hujung tanduk masih bernafsu melakukan maksiat. Kalau apa-apa berlaku, kami semua akan menjunam ke bawah daripada paras ketinggian 30,000 kaki dari aras laut.

Kawan Ghulam meminta wain tambah. Hari itu rata-rata warga India yang menaiki pesawat di Brunei berpesta beer dan wain. Aku agak kerana polisi kerajaan Brunei tidak membenarkan penjualan arak berleluasa di negara itu. Memang mereka kegersangan alkohol. Dan mereka melampiasi kegersangan mereka di dalam pesawat sebuah negara Islam yang lain. Free of charge!

Ghulam di sebelahku tentunya muslim berdasarkan namanya. Pramugara dan pramugari yang menghidangkan arak pun muslim. Pilot pun muslim. Presiden Malaysia Airlines pun muslim. (CEO Idris Jala tu Kristian, jangan tersilap pula) Aku yang berada di tepi tingkap ini pun muslim. Jika hak mereka untuk mentekedarah arak, apa hak aku untuk tidak menghidu dan berada dan makan di sebelah penagih arak?

Semasa memasuki terminal, seorang perempuan cina yang aku yakin bukan muslim berkata pada seseorang.

“Orang sebelah saya tadi tambah wain sampai 4 kali, ini MAS tiada control ke? Bahaya ma...nanti mabuk.....susah ma...”

Aku setuju dalam hati yang masih panas.

Sepatutnya Idris Jala dahulu mengambil arak free ini sebagai salah satu perkara utama dalam langkah penjimatan dan mengurangkan kerugian dalam Malaysia Airlines.

Apa tu segregasi atau asimilasi datuk?

Jangan tipu melayu, china dan india la dengan istilah yang orang tak faham, cuba tanya Jkkk Umno dekat felda Ulu Pengeli, mesti geli dan tak faham punya...

1Malaysia berpaksikan perlembagaan, Malaysian Malaysia tidak: Ghani Othman

Bharian

JOHOR BAHRU
: Gagasan 1Malaysia tidak sama dengan Malaysian Malaysia yang pernah diperjuangkan DAP kerana ia berpaksikan kepada Perlembagaan, sedangkan Malaysian Malaysia tidak, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

"Perkara pokok dalam Gagasan 1Malaysia ini ialah menekankan perpaduan rakyat dalam konteks kepelbagaian di samping memastikan keadilan sosial," katanya pada Majlis Penjelasan 1Malaysia Perspektif Perdana Menteri anjuran kerajaan Johor dan Jabatan Penerangan di sini hari ini.

"Gagasan 1Malaysia bukan segregasi atau asimilasi kaum kerana kita menerima, menghormati dan meraikan kepelbagaian dalam masyarakat kita," katanya. - Bernama

Mee segera makanan termasyhur di asrama

Sidang kemuncak mi segera di KL

Utusan

KUALA LUMPUR
29 Mac - Persatuan Mi Segera Dunia (WINA) buat pertama kalinya menganjurkan Sidang Kemuncak WINA di Kuala Lumpur pada bulan hadapan. Nestle Malaysia akan menjadi penganjur sidang tersebut yang bertemakan 'Makanan Dunia: Berusaha Menjayakannya', sidang kemu

Hub atau hab, makcik Felda Kahang Barat tak faham

Raja Muda Perlis cadang Malaysia dijadikan hub pendidikan dunia Islam

Sinar

KANGAR
- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencadangkan agar Malaysia dijadikan sebuah hub pendidikan kepada dunia Islam.

Bertitah pada majlis makan malam sempena Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) dan pelancaran Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Perlis di sini malam tadi, baginda berharap kajian kemungkinan ke arah itu
dilakukan termasuk oleh DMDI.

Peringatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri

Esok tarikh akhir majikan serah penyata kepada LHDN

KUALA LUMPUR
- Esok merupakan tarikh akhir bagi majikan menyerahkan penyata atau Borang E tahun 2009 kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).

LHDN mengingatkan majikan yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Cukai Pendapatan dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, LHDN menggesa semua majikan supaya mengemukakan borang E2009 dalam tempoh yang ditetapkan atau menggunakan perkhidmatan e-Filing yang lebih mudah, tepat dan selamat, kata LHDN dalam kenyataan di sini, hari ini.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menelefon pusat khidmat pelanggan di talian 1-300-88-3010. - Bernama

Pelawak Din Beramboi koma di hospital

Din Beramboi Koma

mStar

PETALING JAYA
:Din dikatakan telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang berbahaya semasa penggambaran beberapa hari lalu.

Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Mior Ahmad Fuad atau Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan berada dalam keadaan koma.

Tanda Malaysia dilanda kemelut ekonomi

Malaysia hilang 350,000 pekerja mahir

Malaysiakini

Situasi
modal insan di Malaysia tidak bertambah baik kerana negara kehilangan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan di masa depan.

Banyak tenaga kerja mahir Malaysia meninggalkan negara untuk mencari peluang lebih baik di negara lain dan menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia pada 2008 - kira-kira 350,000 dewasa Malaysia bekerja di luar negara, lebih separuh daripadanya lulusan institusi pengajian tinggi.

Bukti perjanjian Malaysia dengan Syarikat Yahudi


Anwar kemuka dokumen kaitkan Apco-Israel-1M'sia

Salhan K Ahmad - Malaysiakini

Ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

"Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya

Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa.

Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan.

Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.

penafian untuk mengelirukan

"Penafian yang dibuat oleh Apco itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran perdana menteri sekarang.

"Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel

"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco?

"Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

individu yang sama

"Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya.

Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu

"Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco

"Jadi kontrak-kontrak yang melantik Apco tidak semestinya di antara Apco dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu Apco tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari Apco.

"Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.

"Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya.

dua perjanjian untuk menyokong dakwaan

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata, wakil Rembau ingin mengalih tumpuan terhadap penglibatannya dan Omar Mustapha dalam Ethos Consulting.

perisikan

"Isunya sekarang adalah wakil Rembau ingin lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha dan Ethos (Consulting) dan tugas yang diberikan kepada Apco yang menjejaskan sekuriti negara kerana peranan perisikan," katanya lagi.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai penjelasan Khairy selepas beliau berucap di Dewan Rakyat mengenai kontrak Apco.

Anwar menjelaskan, peranan Apco telah wujud lebih lama sebelum itu melalui syarikat yang dikenali sebagai Mind Teams Sdn Bhd.

"Mind Teams ini adalah syarikat yang ditubuh sebelum Apco. Jadi Apco cuba lari daripada kenyataan seolah-oleh dia hanya berfungsi apabila Apco ditubuhkan.

"Saya ada maklumat bahawa sebelum Apco ditubuhkan, orang sama, pejabat sama, seorangnya CEO Apco Worldwide, seorang lagi Apco Kuala Lumpur. Jadi maknanya mereka terlibat lebih awal di Kuala Lumpur," katanya.

Selasa, 30 Mac 2010

Ahli Politik mana buat maksiat ni, kalau Pakatan dah tentu keluar berita muka depan

Ahli politik khalwat gadis bawah umur

BHarian

TANAH MERAH:
Seorang pemimpin politik bahagian Tanah Merah berusia 54 tahun ditangkap khalwat bersama gadis bawah umur di sebuah hotel di jajahan ini, kelmarin.

Lelaki itu ditahan bersama gadis berusia 16 tahun ketika serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEIK) Tanah Merah bersama lapan penguat kuasa diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga jam 1.30 pagi.

Letupan Dalam Kereta Api di Moscow: 3 Pelajar M'sia Hampir Maut

mStar

MOSCOW: Kereta Api Metro di Moscow, Russia musnah dalam satu letupan hari ini. Letupan itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini.

Tiga orang pelajar perubatan Malaysia di sini terselamat dari maut apabila kereta api yang mereka naiki meletup.

Perancah besi bangunan UMT runtuh, 1 maut

Terengganu asyik runtuh saja, siapa kontraktornya, dulu masa stadium runtuhpun tak ada kontraktor yang ditangkap! balik-balik salahkan pekerja binaan...orang bawahan dan golongan marhaen juga yang jadi kambing hitam, bosan!

Khairul Azlam

KUALA TERENGGANU
, 29 Mac: Perancah besi bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang masih dalam pembinaan runtuh pada jam 5.15 petang tadi menyebabkan seorang pekerja maut dan empat cedera.

Ketika kejadian, lapan pekerja asing yang dipercayai warga Bangladesh sedang melakukan kerja di tingkat empat bangunan itu di mana penghubung besi dan perancah runtuh mengakibatkan seorang pekerja tertimbus dalam konkrit manakala seorang lagi tersepit di celah penahan besi.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira sejam 20 minit untuk mengeluarkan pekerja yang tersepit itu dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Mengulas kejadian itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, ia berlaku kerana kecuain pekerja.

Arak itu haram dan ibu segala maksiat...

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia

Nazri Abdullah - Harakahdaily

KUALA LUMPUR
, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Tun M cetus isu perkauman

Gerakan berbalah dengan Perkasa isu perkauman, Tun M mengapi-apikan pulak. Ibrahim Ali membakar semangat anti cina dalam ucapannya...

ni lah masalahnya politik, bila sokongan kepada Umno merosot maka isu perkauman ditimbulkan konon supaya melayu bersatu.

Tapi Perkasa bukan parti politik, takat NGO jer, elok daftar Perkasa jadi parti politik, bolehlah Ibrahim Ali tanding PRU13 di Pasir Mas.


Gerakan: Ucapan Mahathir 'jijik'

Malaysiakini

Ketua
Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dalam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'.

Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan "NGO pelampau kanan Melayu" untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.

“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng.

memeras ugut

Pemimpin Gerakan itu merujuk kepada AGM Perkasa Sabtu lalu yang antara lain menyaksikan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada masyarkat Cina agar tidak memeras ugut kerajaan.

Mahathir adalah antara segelintir pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat itu. Yang lain termasuk anaknya, Datuk Mukhriz yang juga timbalan menteri perdanganan antarabangsa dan industri serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Patutlah ekuiti melayu tak naik ke 30% sebab kena songlap

Melayu hilang saham, gagal capai ekuiti 30 peratus

Salhan K Ahmad & Hazlan Zakaria

Saham
sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Mengulas lanjut, Lim berkata pendedahan itu tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru.

"Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.

bocor

"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.

"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.

"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."

Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang didakwa melakukan perbuatan seperti itu.

"Saya harap bila kita bincang mengenai ekonomi janganlah salahkan mana-mana pihak, salahkan mereka yang telah terima saham tetapi tidak tahu ke mana saham itu pergi," katanya lagi.

Menteri sedut duit (Harapkan pagar...pagar makan padi)


'Hilang RM546b:' Menteri diminta letak jawatan

Malaysiakini

Ahli
parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menuntut menteri yang bertanggungjawab ke atas syarikat permodalan negara Khazanah Nasional Bhd supaya meletak jawatan atas kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 bilion.

Pada ucapannya di Dewan Rakyat hari ini, Wee berkata kerugian itu berlaku selepas Khazanah mempengaruhi Pos Malaysia Bhd dalam isu penjualan sahamnya dalam sebuah lagi syarikat "X" dengan harga RM14 juta.

"Saya difahamkan bahawa maksud 'penguasaan luar' di sini adalah penguasaan dariapda Khazanah (Nasional) Bhd, yang diketuai oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan syer X adalah Transmile Bhd.

"Saya merayu kepada perdana menteri untuk menjalankan satu siasatan dengan segera apa yang telah didedahkan.

"Jikalau tuduhan tersebut adalah benar, saya percaya benar, menteri yang bertanggungjawab untuk Khazanah pada masa itu, jika masih memegang jawatan menteri mesti meletak jawatannya dengan segera untuk memikul tanggungjawabnya.

"Tindakan keras mesti diambil terhadap menteri tersebut dan pegawai Khazanah yang terlibat," katanya.

Wee berkata, beliau difahamkan perkara itu melalui satu rencana yang disiarkan dalam satu keluaran majalah Malaysian Business.

Katanya rencana bertajuk 'Is whistle-blowing really serious' itu ditulis oleh bekas ahli parlimen Tan Sri Adam Kadir yang juga merupakan bekas pengerusi Pos Malaysia.

Tulisan itu juga menyebut, keputusan untuk menjual pegangan berkenaan dibuat oleh badan pengarah Khazanah.

"Saya percaya, ini adalah satu contoh yang jelas - harapkan pagar, pagar makan padi," katanya

Isnin, 29 Mac 2010

Bila pemimpin UmnoBn nak isytihar harta


Bagus, cepat cuba tengok jumlah kontrek, tander, permit, lesen dll berapa banyak melayu (Baca Umno) sapu, berapa banyak cina dan india kapitalis ambil, buat perbandingan, ada beranikah pemimpin UmnoBN ni isytihar harta masing-masing?

Kemas kini data kekayaan - Muhyiddin

HMetro

GENTING HIGHLANDS:
Kerajaan akan mengemas kini data dan peratusan kekayaan yang dimiliki setiap kaum di negara ini bagi menilai prestasi pencapaian rakyat dalam bidang ekonomi dan sosial, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Data memang ada, mungkin kita perlu kemaskinikan kalau ada pihak mengatakan orang Melayu (baca Umno) membolot kekayaan. Mengikut rekod yang kita dapati hari ini sebahagian besar kekayaan dalam negara kita berdasarkan kepada usaha yang dibuat kaum tertentu dikuasai bukan Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas mengenai cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya satu bancian komprehensif dibuat bagi mendapatkan kebenaran berhubung pelbagai tuduhan, kononnya orang Melayu membolot segala-segalanya, selepas menutup Konvensyen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan 2010 di Institut Aminuddin Baki di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, kerajaan akan menjalankan kajian mengenai kekayaan yang dimiliki setiap rakyat di negara ini jika difikirkan sesuai.

Mazlan ajak anak muda felda usahakan sendiri kebun


Anak adakan kempen 'Jom Kembali Ke Ladang'

Hashim Abdullah - Harakahdaily

KUALA KRAU
, 28 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, pihaknya akan mengadakan kempen ‘Jom Kembali Ke ladang’, bagi merangsang anak muda mengusahakan sendiri kebun mereka bagi meningkatkan pendapatan.

Berucap pada program penerangan khas sempena Mesyuarat Cabang PKR Kuala Krau, di Felda Jenderak Utara, petang semalam, Mazlan berkata peningkatan pendapatan lebih besar menunggu masyarakat peneroka apabila kebun diusahakan sendiri tanpa bergantung kepada kapitalis yang dicipta pemerintah Umno.

Kempen yang akan dilancarkan oleh Mazlan ini adalah kesinambungan kempen-kempen yang dibuat oleh Anak pimpinan Mazlan untuk membela nasib peneroka Felda.

Sebelum ini, beliau telah ditahan polis dan didakwa ekoran aktivitinya menyedarkan masyarakat Felda tentang hak mereka sebagai peneroka.

“Sudah ada peneroka yang berani mengusahakan ladang mereka sendiri, terbukti mereka berjaya memperolehi pendapatan jauh lebih besar dari apa yang diusahakan dengan Felda. Sebab itu kita akan adakan kempen Jom Kembali Ke Ladang, kita nak rangsang anak muda ke kebun bagi mengusahakan sendiri.

“Kita tak mahu melihat masyarakat peneroka dibebani hutang, kita kena berani, kita nak halau kapitalis yang dicipta pemerintah Umno yang namanya Teknoplant,” katanya.

Mengulas tekanan yang dialaminya dan kesukaran menjelaskan isu yang berlaku melalui ceramah dan sebagainya, Mazlan hairan mengapa pemimpin Umno dan Felda terlalu takut dengan penjelasan yang ingin disampaikannya kepada masyarakat Felda.

“Saya hairan mengapa pemimpin Umno dan Felda terlalu takut kalau mereka tak buat salah. Kalau saya tak betul mereka boleh saman saya, memang saya dah kena saman pun, jadi apa mereka nak takut kalau mereka tak salah,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Turut menyampaikan penerangan Wan Rohimi Wan Daud dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau, Suhaimi Said

Tok Guru Ikon PAS kekal Mursyidul Am


Nik Aziz Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR,
29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Tragedi perobohan rumah di Denai pinggiran


Foto lagak YB Osman Sapian menghina penduduk yang mempertahankan rumah mereka dari diroboh

Perobohan Setinggan Denai Pinggiran

Hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi tidak semestinya hujan batu di negeri sendiri lebih baik berbanding hujan emas di negeri orang. Hujan emas di Pulau Pinang, penduduk Kg. Buah Pala mendapat pampasan oleh kerajaan PR, penduduk Kg. Beremban mendapat pampasan dari kerajaan PR, Selangor.

Penduduk Denai Pinggiran,Johor dipinggirkan atas nama pembangunan atau kerajaan negeri sudah hendak bankrap sehinggakan sukar mencari pendapatan untuk menampung perbelanjaan defisit belanjawan Johor? Jalan paling mudah ialah dengan menjual tanah Melayu? Apakah Umno masih ingin menafikannya? Bandingkan di zaman Muhyiddin Yassin dengan tanah melayu dijual kepada tauke-tauke golf, taman Nirvana dan kondo-kondo?

Tanda-tanda kehancuran Umno di bumi Johor dan akan disemadikan bersama-sama tangisan penduduk setinggan yang mula mengenal intan dan permata. Lebih meluat lagi bilamana YB Umno ketika itu hanya lalu dan memerhatikan sahaja penduduk Denai Pinggiran dengan sinis.

Pemimpin UmnoBN buru jawatan dalam persatuan


Haiyya kepala sudah pening - Kok Ci

Mana menteri belia dan sukan dah lama tak muncul-muncul? Dato Shabery Cheek dan Timbalannya Dato Razali Ibrahim jangan tidur. kalau tak mampu kendalikan baik jawatan Timb Menteri bagi KJ yang tak ada jawatan tu.

Kemelut persatuan makin parah - BMinggu

Meor Hisham Zulkifli

Kemelut
yang melanda persatuan sukan di negara ini diperlihat semakin parah apabila senarai persatuan yang berdepan masalah semakin panjang, diburukkan lagi dengan hakikat semakin ramai pemimpin lebih ghairah memburu jawatan berbanding menabur bakti.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi mendedahkan lebih 10 perastuan berdepan masalah termasuk persatuan golf, dan persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) yang mempunyai 2 badan induk, karate, lawan pedang, sukan tarian, kriket, lawan pedang, bola baling, Persatuan Badminton KL dll.

PRU13 sebelum 24 Julai 2011?


Kalau Sabah, Sarawak boleh adakan pilihanraya negeri berasingan kenapa negeri-negeri Pakatan tak boleh?

Tak salah Pilihanraya serentak - Abdul Taib Mahmud

BMinggu

Kuching
: Ketua Menteri Sarawak berkata Pilihanraya Dun Sarawak boleh diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum ke 13 di seluruh negara, namun ia terserah sepenuhnya kepada PM

Bagaimanapun tempoh DUN Sarawak sekarang berakhir pada 24 Julai 2011 dan ini bermakna pilihanraya negeri perlu diadakan sebelum tempoh itu.

MIC VS Umno gaduh rebut kerusi Parlimen Hulu Selangor

MIC diminta bersikap terbuka

Calon daripada Umno mampu rampas semula Parlimen Hulu Selangor - BMinggu

Haspaizi Mohd Zain

Kuala Lumpur
: MIC perlu bersikap terbuka, sedia bekorban serta sanggup menerima sesiapa sahaja calon BN yang akan dipertaruhkan pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor nanti, termasuk dari Umno.

Palanivel yakin boleh tawan Hulu Selangor

BMinggu

Bukit Beruntung
: Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel menaruh keyakinan penuh BN mampu merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dari PKR pada pilihanraya kecil akan datang

Keputusan PRU12 2008

P94 HULU SELANGOR
Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%
1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)
Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466

N5 HULU BERNAM
Jumlah Pengundi: 17,549
Peratusan Kaum: M:67.7% C: 17.2% I: 14.8% L: 0.3%
1. Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (BN) (7,985)
2. Sukor Ali (Pas) (4,436)
Majoriti: 3,549
Jumlah undi: 12,739
Peratus mengundi: 72.59%
Undi rosak: 318

N6 KUALA KUBU BAHARU
Jumlah Pengundi: 18,212
Peratusan Kaum: M: 32.3% C: 45.5% I: 21.5% L: 0.7%
1. Wong Koon Mun (BN) (6,555)
2. K. A. Ramu (DAP) (6,107)
Majoriti: 448
Jumlah undi: 13,211
Peratus mengundi: 72.54%
Undi rosak: 549

N7 BATANG KALI
Jumlah Pengundi: 27,832
Peratusan Kaum: M: 59.4% C: 20.3% I: 19.9% L: 0.3%
1. Mohd. Isa Abu Kasim (BN) (11,724)
2. Mohd. Nashruddin Abd. Aziz (PKR) (9,545)
Majoriti: 2,179
Jumlah undi: 21,673
Peratus mengundi: 77.87%
Undi rosak: 404

Urus Sumber air secara holistik


Gunalah bahasa yang mudah difahami orang kampung, ni holistik, biodiversiti apa benda ni orang felda Ulu Dengar tak faham? Air jual kat Singapura sapa suruh?

TPM mahu pelbagai pihak pulihara biodiversiti, hutan, alam sekitar

Junita Mat Rasid - BMinggu

Muar :
Pengurusan sumber air negara perlu dilaksanakan secara bersepadu dan holistik bagi menjamin bekalan air mencukupi, berterusan dan mematuhi tahap piawaian kualiti air yang ditetapkan serta selamat diminum.

Awas pelaburan tipu


50,000 kena tipu - BMinggu

Rohaniza Idris

Kuala Lumpur
: Kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana menyertai pelaburan penternakan cacing, lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Keputusan Pemilihan MCA


Chua menang presiden, Tiong Lai timbalan

Datuk
Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala 25 pemenang jawatankuasa pusat ialah:

1. Tan Ken Ten
2. Koh Nai Kwong
3. Loh Seng Kok
4. Tan Cheng Liang
5. Gan Tian Loo
6. Chong Itt Chew
7. Hou Kok Chung
8. Lee Chee Leong
9. Wee Jeck Seng
10. Chuah Poh Khiang
11. Hoh Khai Mun
12. Heng Seai Kie
13. Kong Sing Chu
14. Teh Kim Poo
15. Wong Koon Mun
16. Tee Siew Kiong
17. Tan Ah Eng
18. Ti Lian Ker
19. Tan Chai Ho
20. Por Choo Chor
21. Lee Wei Kiat
22. Ong Ka Chuan
23. Liew Yuen Keong
24. Yoo Wei How
25. Toh Chin Yaw

Perkasa nak bela Melayu dengan tarian



Foto beberapa orang wanita menari di Mesyuarat Agung Perkasa. Hati-hatilah dengan NGO Perkasa ni, kata pertubuhan bukan politik tapi diterajui oleh orang politik yang pro politik Umno, Dato Ibrahim Ali jangan jadikan Perkasa sebagai Perkakas Umno...

Perkasa: 'Hati-hati dgn Malaysiakini, sokong Utusan'

Jimadie Shah Othman

Presiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia meminta orang Melayu menyokong akhbar Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai “satu-satunya akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara”.

“Walaupun menjadi sasaran dan dibakar oleh pembangkang, akhbar arus perdana lain lebih kepada komersial - dibedal kiri dan kanan, kita ucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia yang tetap berani (memperjuangkan isu-isu Melayu-Islam),” kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ucapan bersemangat anggota parlimen Pasir Mas itu disambut tepukan gemuruh daripada kira-kira 4,000 perwakilan yang hadir dalam mesyuarat agung pertama pertubuhan itu di PWTC di ibu negara hari ini.

Ibrahim bagaimanapun menyatakan kecurigaannya kepada media baru - laman web, portal berita dan laporan blog - seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang didakwanya mahu melaga-lagakan orang Melayu.

“Laman-laman web sebegini, seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider sikit-sikit, bekerja keras untuk melaga-lagakan orang Melayu, mahu memecahbelahkan orang Melayu,” katanya ketika menepis kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tentang PERKASA.

Sabtu, 27 Mac 2010

Jangan tipu lagi

Kesian, ijazahnya ditarik balik ke?

Anak Sengat

Dalam
sistem pendidikan Malaysia, orang yang lepas SPM akan ambil Diploma kemudian baru ambil ijazah. Belum ada yang ambil ijazah dulu baru ambil diploma. Jika seseorang memberitahu dia ada ijazah 10 tahun lalu, tiba tiba tahun lalu memberitahu beliau ada diploma... hanya ada beberapa kemungkinan,

01. Ijazah beliau ditarik balik...lalu yang tinggal hanya diploma...
02. Dia terlupa nak bagi tau dia ada Ijazah... hanya teringat diploma aje... sebab diploma itu sangat berharga dan mempunyai nilai kenangan yang tinggi.
03. Ijazah dia hilang... takut tak dapat nak tunjuk bila diminta...lebih baik dia tak bagitau...
04. Mungkin juge ijazah itu dah ditarik balik atas sebab tertentu....
05. dia seorang yang tawadhuk dan tak mahu menonjolkan kehebatan diri dia....
06 DIA MEMANG SEORANG PENIPU...

Hari ini pelapor dah dipanggil beri keterangan. Dia mendakwa Musa menipu dalam mahkamah..bukan menipu di kedai kopi. Kalau dalam mahkamah pun menipu... kat surat khabar tentu lagi hebat.... agaknya le

Jumaat, 26 Mac 2010

Pakatan tak puas hati tak boleh, Umno buat demontrasi boleh pulak

Umno juga pertikai keputusan mahkamah - Nizar

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR,
26 Mac: Umno tidak perlu menyalahkan rakyat sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, Umno sendiri pun seolah-olah mengajak rakyat mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu kalimah 'Allah'.

"Saya sendiri berasa pelik, apabila Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa suatu akhbar (mingguan The Herald) boleh menggunakan kalimah Allah, tak lama selepas itu seolah-olah wujud suatu usaha untuk tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," ujar beliau semasa membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, malam tadi.

"Ia menggambarkan seolah-olah Umno juga membantah keputusan mahkamah seperti di Mahkamah Persekutuan."

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak pada era Pakatan Rakyat merumuskan bahawa Umno juga seolah-olah mengajak rakyat supaya tidak sebulat-bulatnya bersetuju dengan keputusan yang di buat di mahkamah.

Tambah beliau lagi, Umno juga sama ada sedar atau tidak sebenarnya sedang mendidik rakyat supaya menentang keputusan mahkamah yang dianggap tidak memberi kepentingan politik kepada mereka.

Disebabkan keputusan mahkamah yang acapkali dipertikai kerana oleh rakyat, Pakatan Rakyat dan Umno sendiri, beliau berkata, negara juga akhirnya turut mendapat impak berantai yang negatif.

Maka, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sindrom pelabur meninggalkan negara berlaku dalam skala yang membimbangkan.

Ujarnya lagi, mereka tidak mahu melabur di Malaysia, khususnya di Perak mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

Dari maklum balas oleh beberapa pelabur asing yang ditemui di United Kingdom, beliau berkata, dunia luar belakangan ini berasa sangsi dengan institusi kehakiman negara.


Hatta, menurut beliau, sekiranya berlaku pertelingkahan dalam dunia korporat, pelabur-pelabur asing terbabit tidak rela membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.

Sebaliknya, menurut beliau, mereka yang terbabit lebih rela membicarakan kes masing-masing di luar negara, termasuk di Singapura.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya memulihara semula tahap integriti dan kebebasan mahkamah tempatan kerana dengan berbuat demikian sekaligus menggalakkan pelabur asing kembali berlabur di Malaysia.

Ijazah tak ada tak perlu malu dato

Orang ngaji pondok pun tak ada ijazah, tapi ilmu mereka diberkati malah sejuk hati kita melihat mereka komit dengan pakaian serban jubah berbanding imej lepasan universiti yang lain. Niat kita belajar untuk mendapat ilmukah atau untuk mendapat ijazah?.

Siakap senohong gelama ikan duri...bercakap bohong boleh jadi KP.

Musa Hassan Bohong Ada Ijazah Undang-Undang?

Di ambang
persaraan beliau daripada pasukan polis yang diceburinya lebih 30 tahun, satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung dakwaan mengenai latar belakang pendidikannya semasa perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Damansara Utama pada pukul 2.30 petang tadi oleh Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Lee Hoy Sian serta penyokong parti KEADILAN.

Menurut Sivarasa, Musa menyatakan beliau mempunyai ijazah undang-undang tetapi memberitahu Mahkamah Sesyen pada 2009 beliau mempunyai diploma undang-undang dan kajian pengurusan.

Beliau mendedahkan maklumat itu semasa perbicaraan rasuah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff.

"Semasa kes perbicaraan Anwar pada tahun 1998 di mana Musa Hassan sebagai Pegawai Siasatan, beliau menyatakan di depan Hakim Augustine Paul dengan mengatakan beliau mempunyai ijazah apabila disoal oleh peguam Christopher Fernando.

"Tetapi semasa di Mahkamah Sesyen Sabah, Musa dalam prosiding kehakiman memberitahu beliau mempunyai diploma undang-undang dan kajian pengurusan,

"Ini bermakna Musa telah memberikan kenyataan palsu bahawa beliau mempunyai ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam perbicaraan Anwar, tetapi pada hakikatnya beliau cuma mempunyai diploma undang-undang.

"Musa boleh disiasat di bawah seksyen 191 kanun keseksaan kerana memberi kenyataan palsu di dalam prosiding kehakiman", kata Sivarasa kepada Suara Keadilan. -SK

Rabu, 24 Mac 2010

Pemimpin Perkasa nafi terlibat saham judi

Nafi jangan tak nafi, saman jangan tak saman, tapi siapa yang percaya pemimpin Perkasa ni, Tok Guru pun dikelentongnya masa nak pru lalu guna lambang PAS, pastu lompat jadi AP Bebas, ini adalah tindakan paling tak berakhlak dan kerana perbuatan menipu ni dicontohi malah jadi tren pula wakil rakyat lain keluar Pakatan...PERKASA jadi PEKASAM

Saham judi: Ibrahim Ali akan saman

Malaysiakini

Ahli
parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa terperanjat dan menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa dia mempunyai saham dalam syarikat judi, Ascot Sports sebagai jahat, biadap dan tidak berakhlak.

Dalam SMS yang dihantar hari ini, Ibrahim juga membidas Malaysiakini kerana menyiarkan laporan itu semalam.

“Saya terperanjat dengan sifat jahat, biadap dan tidak berakhlak langsung tuduhan Saifudin Nasution yang membuat dakwaan saya ada saham saham judi dalam syarikat Ascot Spots kepunyaan Vincent Tan.

“Kenyataannya terbit dalam Malaysiakini yang ditulis oleh Salhan K Ahmad. Penulis dajal ini wujud atau pun tidak atau guna nama samaran,” tulisnya.

Menurut Ibrahim kenyataan berkenaan bertujuan memburukkan namanya kerana kelantangan beliau memperjuangkan agenda Melayu.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi dan sedia junjung al-Quran bila-bila masa untuk membuktikan saya tidak ada kaitan, tidak ada saham, langsung atau tidak langsung (menguna proxi) dalam yarikat judi Vincent Tan,” tulisnya lagi.

Beliau juga mencabar supaya semakan dibuat dengan Suruhanjaya Sekuriti bagi membuktikan bahawa dakwaan MP Machang itu tidak benar.

Ibrahim juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan akan mengarahkan peguamnya untuk bertindak.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) pernah diwawancara secara eksklusif oleh Malaysiakini dan ditemubual oleh wartawan Salhan sendiri.

Mana B. Harian, Utusan, TV3 dan RTM ?

Apabila kes ni terjadi di Johor Darul Umno maka susah nak masuk muka depan media mereka tapi kalau negeri Pakatan kes roboh kedai kosong menghalang jalan dan dah tak ada penghuni pun bising berminggu-minggu

Penduduk setinggan Kempas halang rumah diroboh

Abdul Rahim Sabri - Malaysiakini

Kira-kira
200 aktivis dan penduduk setinggan Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor Bahru berdemonstrasi pagi tadi, untuk mempertahankan rumah di situ daripada dirobohkan oleh Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru.

Mereka berkumpul di situ kira-kira jam 10 pagi untuk mempertahankan kira-kira 35 buah rumah di situ, kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.

Mereka membuat 'rantai manusia' untuk menghalang pekerja pejabat tanah berkenaan serta jentera lain daripada masuk ke situ.

Sehingga jam 10.45 pagi tadi, kira-kira 10 buah rumah kosong kerana
penghuninya telah berpindah ke projek perumahan rakyat (PPR) di Kempas, kira-kira satu kilometer dari situ.

Menurutnya, selain Kampung Denai Pinggiran, operasi perobohan itu juga dilancarkan di dua buah lagi kampung setinggan - Kampung Seri Rahmat 1 dan Seri Rahmat 2.

Bagaimanapun, katanya, rumah-rumah di kedua-dua kampung tersebut telahpun dikosongkan oleh penghuninya yang sudah berpindah ke PPR di Kempas - kecuali satu dua buah rumah yang masih berpenghuni.

Sebuah daripadanya ialah rumah milik pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk setinggan Kempas, Ramli Ibrahim di Kampung Seri Rahmat 2.

Suhaizan memberitahu rumah Ramli telah dirobohkan pada jam 11 pagi tadi ketika Ramli dan lima anggota keluarganya masih berada di dalam rumah mereka.

Sebelum dirobohkan, katanya, anggota polis telah menarik keluar Ramli dan anggotanya dari rumah itu.

Sehingga jam 11.50 pagi tadi, katanya, ada sebuah jentolak sedang bersiap untuk masuk ke Kampung Denai Pinggiran untuk melakukan kerja-kerja perobohan.

Bagaimanapun, penduduk dan aktivis di situ sedang menghalang laluan jentolak tersebut.

Selasa, 23 Mac 2010

Pemimpin Umno taik arak dan judi


Saifuddin : Pemimpin UMNO Kaki Arak

Cubaan
Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah MP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja

Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu

Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung. Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung,“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa? Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata, “Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kerajaan 1Malaysia belum nafi bayar Apco


Minta fatwa hukum bayar RM60 juta pada syarikat Yahudi

Angkasanuri

Jawatankuasa
Pilihan Dewan Rakyat akan menentukan tindakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kenyataan di Dewan Rakyat minggu lepas bahawa 1Malaysia sama dengan 1Israel yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada tahun 1999.

Dakwaan ini kerana kerajaan 1Malaysia dikatakan membayar kira-kira RM 60 juta untuk menjual jenama 1Malaysia kepada APCO Worlwide konsultan milik Yahudi yang sama digunakan oleh Ehud Barak.

Sehingga hari pemimpin Umno-BN hanya melenting dan marah-marah apabila 1Malaysia disamakan dengan 1Israel.

Tetapi sehingga hari ini belum ada satupun kenyataan penafian bahawa kerajaan 1Malaysia ada membayar kepada APCO Worldwide.

Dr. Yusof Al Qardhawi pernah mengeluarkan fatwa adalah haram melawat negara haram yahudi itu kerana akan membantu ekonomi mereka.

Justeru itu saya teringin mendengar fatwa terutama dari Menteri di JPM Datuk Jamil Khir dan Mufti Perak Tan Sri Harussani apa hukumnya membayar Rm 60 juta kepada syarikat milik yahudi. Maklumlah saya ni belajar agama tak tinggi.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sembrong dirasmikan Timb PJ

Taman Sri Lambak : 20 Mac 2010: Alhamdulillah, PAS Kawasan Sembrong telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya di Markaz T6 yang dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Al Fadzil Ustaz Atan Bin Haji Gombang.

Semua perwakilan cawangan-cawangan datang dan syukur dengan kehadiran wakil dari Felda Kahang Barat yang turut serta didalam mesyuarat tersebut. Ana dimaklumkan agak lama juga ahli kita di Felda Kahang Barat tidak mengadakan program bersama PAS kawasan seperti usrah manakala pihak kawasan pulak tak adakan ziarah.

Sangkaan ana cawangan Kahang Barat masih berstatus penaja tetapi rupa-rupanya telah sah didaftarkan pada zaman sebelum berlaku perpecahan sempadan di Parlimen Tenggara. Mujur ada penjelasan dari Imam Mohd Amin yang juga Timbalan YDP (Otai PAS ni) menjelaskan mengenai kekeliruan tersebut.

Terima kasih kepada En Ridhuan dari Felda Ulu Belitong yang bertindak sebagai Pengerusi Tetap sementara yang berjaya mengendalikan mesyuarat dengan lancar ala-ala tuan speaker Sivakumar.

Jamuan ringkas mee goreng udang Suhaiman, ayam goreng Imam Amin, buah tembikai dan air kopi kaw-kaw cukup menyelerakan hadirin lebih-lebih lagi cuaca yang agak sejuk malam itu menyebabkan perut terasa lapar...berkat solat istisqa (mohon hujan) pagi tadi.

Along dah bagi pinjam kenalah bayar dengan tekun

Skim Pinjaman Tekun adalah alat UmnoBN, ala-ala along gitu, bukan sungguh nak tolong, pinjaman berteraskan riba dan antara syarat nak memohon mesti ahli Umno pulak.

Yang meminjam pun tak sedar diri, bergaya sakan dengan duit pinjaman, bisnes lingkup, hutang keliling pinggang

Peminjam TEKUN akan didakwa

JOHOR BAHRU
20 Mac – Mulai tahun ini peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di daerah ini yang enggan membayar pinjaman mereka akan diheret ke mahkamah.

Pegawai TEKUN Johor Bahru, Moammar Gaddafi Ahmad berkata, disebabkan sikap segelintir peminjam yang liat dan enggan membayar pinjaman mereka, permohonan peminjam lain terpaksa ditangguh.

“Mulai tahun ini, mana-mana peminjam yang melanggar syarat pinjaman akan dikenakan tindakan mahkamah.

“Selain mengambil tindakan ke atas peminjam, TEKUN juga hanya memberi pinjaman kepada mereka yang telah ada perniagaan sahaja,” katanya kepada Mingguan Malaysia pada majlis penyampaian cek pinjaman TEKUN Parlimen Johor Bahru di sini hari ini.

Berapa bayaran Apco?

Apa peranan Apco, berapa kerajaan bayar, siapa Apco - Anwar

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR
, 22 Mac: “Saya mahu menyoal Perdana Menteri kerana jawapan lisan yang diberikannya tidak cukup untuk rakyat. Saya minta kerajaan menjelaskan apakah peranan sebenar Apco, berapa yang kerajaan bayar, siapa Apco, apa peranan dia Apco,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu Apco Worldwide, syarikat perunding yang dikatakan pro Israel terus menjadi perhatian di Parlimen apabila syarikat tersebut dipercayai umum dilantik untuk menjayakan gagasan ‘Satu Malaysia’.

Sehubungan itu, Anwar meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan dengan lebih terperinci kepada rakyat berhubung status sebenar Apco Worldwide di sisi kerajaan Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika bercakap di lobi Parlimen petang tadi berkata, jawapan lisan oleh Najib di Dewan Rakyat sebelum ini adalah tidak memadai.

“Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus,” jelas Najib sebagaimana dipetik dari teks jawapan lisan yang dikeluarkan Parlimen.

“Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh.”

1Israel

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan kesediaan memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaannya sebelum ini, ‘1Malaysia ciplak 1Israel’, sebagaimana yang diminta Dewan Rakyat menggunakan Aturan Mesyuarat 36(1A).

Bercakap dalam suatu sidang media yang lain di Parlimen, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, Anwar sebenarnya tidak perlu memberikan penjelasan lanjut tentang ‘Satu Malaysia’ dan Apco, walaupun Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan kelmarin menganggap kenyataan Anwar itu mengelirukan Dewan Rakyat.

Bagi beliau, asas yang digunakan oleh Abdul Rahman adalah tidak tepat.

Katanya, usul itu kena tepat, dia kata kenyataan Anwar mengelirukan, kerana kerajaan sudah pun menafikan Apco dilantik oleh kerajaan untuk merealisasikan Gagasan Satu Malaysia,” jelasnya.

Disebabkan itu, beliau menganggap beban menjelaskan semula sepatutnya dibuat oleh Abdul Rahman sendiri, kerana jawapan Abdul Rahman di Dewan Rakyat semalam seolah-olah berunsur pembohongan.

Beliau berkata demikan berasaskan teks jawapan lisan yang dijawab oleh Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Kenapa Permatang Pauh mengelirukan, kerana kerajaan telah pun menafikan (menerima khidmat rundingan dari Apco),” jawapan lisan Nazri sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah Tuan Amran Abdul Ghani pada 18 Mac lalu.

“Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus.”

Berkata Mohamed Nazri, syarikat Apco Worldwide Sendirian Berhad dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara meyeluruh demi meningkatkan lagi kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi.

Selain Malaysia, Apco Worldwide juga menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada negara-negara lain.

Perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh Apco kepada negara-negara lain adalah urusan dalam syarikat tersebut.

Bagaimana pun, Anwar mempunyai tujuh hari untuk membuat penjelasan lanjut berhubung status Apco dan pengaruh zionis-Israel dalam Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib kerana isu tersebut kian panas sejak Anwar mendakwa ‘Satu Malaysia ciplak Satu Israel’, semalam.

Siakap senohong.......bercakap bohong lama-lama jadi menteri

Royalti: Nazri Aziz berbohong di Dewan Rakyat

Dzulfikar Mashoor & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR
, 22 Mac: Gara-gara menggunakan Akta Ordinan Darurat 1969, iaitu akta yang telah pun dimansuhkan bagi menafikan hak kerajaan negeri Kelantan daripada menerima royalti minyak, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibuktikan berbohong di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen lepas.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Mohamad Nazri pada sesi penggulungan Disember lalu berulang-ulang kali membuat penafian demikian atas alasan minyak tersebut berada di luar kawasan perairan Kelantan, iaitu tiga batu nautika seperti dirujuk pada Akta Ordinan Darurat 1969.

“Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 1969 dengan ini dimansuhkan, maknanya ketika berhujah di dalam Dewan (Rakyat), yang berhormat Menteri (Nazri) telah memakai akta yang sebenarnya dimansuhkan.”

menipu

“Undang-undang yang dimansuhkan, dia tahu tidak boleh dihujahkan di dalam Dewan (Rakyat), perbuatan menipu Dewan Rakyat telah berlaku pada saat itu,” tegas Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR.

Sehubungan itu, Saifuddin mendesak Mohamed Nazri dikenakan tindakan keras berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(12), iaitu berkaitan hukuman-hukuman yang wajar ke atas Ahli Parlimen atau Menteri kerana berbohong di Dewan Rakyat.

Sebelum pada itu, Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee dilihat cuba untuk tidak memberi laluan kepada Saifuddin bagi membuktikan Mohamed Nazri berbohong di Dewan Rakyat.

Saifuddin kemudiannya mendesak Ronald supaya konsistan dalam mengendalikan sesi penghujahan di Dewan Rakyat.

Menurut Saifuddin, Ronald diminta konsistan melaksanakan Peraturan Mesyuarat, 37(1) dan 36(12), dengan membenarkan beliau mempertikai Mohamed Nazri.

1Israel

Ini kerana, beliau berkata, Ronald pernah membenarkan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan membuat penghujahan balas, selepas mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong di Dewan Rakyat dengan mengatakan bahawa 1Malaysia adalah ciplak pada 1Israel.

Disember tahun lalu, Nazri Aziz berkata, kedudukan pelantar minyak 170 kilometer, di Zon Ekonomi Eksklusif Melaysia-Thailand melayakkan kerajaan Kelantan menerima wang ehsan semata-mata daripada Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, ketika bercakap dalam sidang media di lobi parlimen tengah hari ini, Saifuddin berkata, Nazri secara jelas menyelewengkan fakta apabila menggunakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 1969) yang telah dimansuhkan sewaktu berhujah dalam isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen PR itu.

"Tadi kita (Ahli Parlimen PR) telah membangkitkan peraturan mesyuarat perkara di bawah 37 (1) dan 36 (12) berkenaan perbuatan yang kita percaya dilakukan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas yang mengelirukan dewan.

"Ketika MP Padang Rengas menggulung perbahasan di peringkat dasar Jabatan Perdana Menteri, apabila kami membahaskan isu berkaitan royalti kelantan, apabila kami meneliti semula jawapan yang diberikan menteri iaitu isu tiga batu nautika berdasarkan Ordinan Darurat (kuasa-kuasa perlu 1969) yang dikatakan menghadkan sempadan sesebuah negeri setakat tiga batu nautika. Oleh kerana telaga minyak Kelantan yang berada melebihi tiga batu maka menteri berhujah berdasarkan ordinan ini, Kelantan tidak ada hak membuat tuntutan.

"Tetapi kami menemui undang-undang Malaysia iaitu Akta 216, Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 1979), di bawah seksyen 13(1) jelas yang menyebut ordinan (kuasa-kuasa perlu darurat 1969) telah dimansuhkan," katanya.

jauh lebih besar

Sementara itu, Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) dalam sidang media yang sama berkata, isu yang dibawa oleh Saifuddin itu jauh lebih besar daripada perkara yang dibangkitkan Abdul Rahman berkaitan Anwar.

"Isu yang dibawa wakil Machang iaitu ahli dewan menyelewengkan fakta jauh lebih besar isunya kerana beliau seorang Menteri Kabinet yang mempunyai tanggungjawab untuk memberikan maklumat yang betul berbeza dengan ahli parlimen biasa.

"Isu yang dibangkitkan Kota Belud berkaitan Datuk Seri Anwar itu kita boleh bahaskan," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub pula berkata, Nazri seperti yang didedahkan Saifuddin Nasution pernah menggunakan fakta mengelirukan semasa membuat hujah penggulungan berhubung isu royalti negeri Kelantan.

"Kita tunggu dalam masa seminggu, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan dewan, maka kami juga akan merujuk Nazri ke jawatankuasa sama," katanya yang juga Naib Presiden PAS ketika ditemui di parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan yang akan mengheret Anwar ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen jika gagal memberi penjelasan dalam tempoh seminggu berhubung dakwaan mengaitkan kerajaan dengan sebuah firma penasihat Israel.

Kepercayaan kepada Allah - Rukun Negara

PAS mahu Rukun Negara dipinda

Salhan K Ahmad-Msiakini

Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah, berserban) berkata pemimpin Islam gagal menangani isu penggunaan kalimah Allah sehingga menyebabkan berlakunya serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Beliau yang juga wakil PAS berkata dari segi hukum, Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah berkenaan.

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas.

"Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif.

"(Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik," katanya ketika membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, peluang itu juga seharusnya digunakan untuk berdakwah dan memberi penerangan mengenai Islam kepada golongan bukan Islam.

"Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan.

"Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi.

Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.

Raja Mesir

Menurutnya, pendirian seperti itu boleh dilihat dalam surat yang dikirim oleh Nabi Muhammad kepada Raja Mesir yang menganut Kristian.

"Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan," katanya lagi.

Jelasnya, dalam warkah berkenaan, Nabi Muhammad memberitahu Raja Mesir bahawa umat manusia tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada di kalangan pemimpin mahupun di kalangan paderi.

Katanya, Nabi Muhammad juga tidak menghalang penganut Kristian itu menggunakan kalimah Allah.

sembelihan ahli kitab

"Di sinilah mengapa Islam membenarkan penganutnya makan sembelihan daripada penganut agama lain (ahli kitab).

"Sembelihan mereka halal kerana mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah.

"Ini menunjukkan keizinan itu berlaku," kata Abdul Hadi lagi.
Ketika ditemui media selepas itu, Abdul Hadi berkata beliau turut mencadangkan supaya perkara 'kepercayaan kepada tuhan' dalam Rukunegara diubah dengan 'kepercayaan kepada Allah.'

Jelasnya perkara tersebut boleh dilakukan memandangkan masyarakat bukan Islam sudah boleh menerima Islam sebagai sebahagian daripada agama mereka.

"Kerajaan perlu terima positif dalam tangani isu ini, bukan negatif. Penganut agama Kristian dan agama lain sudah sedar Allah diberi nama unggul, perkataan lain yang mereka guna sebelum ini, God, Lord dan lain-lain tidak tepat," katanya.

"Ini menunjukkan mereka sudah terima Allah sebagaimana mereka terima Islam sebagai agama. (Jadi perlu) ubah Rukun Negara kepada lebih pro-aktif dalam masa sama tuju ke arah perpaduan rakyat," katanya lagi dan menambah kekeliruan yang berlaku adalah akibat kejahilan orang Islam sendiri dalam membuat penafsiran.

Jangan membahayakan pesakit klinik 1Malaysia

Kalau betul nak tolong rakyat sesuai dengan tema Rakyat didahulukan, kenapa klinik tu tak ada doktor bertauliah?

Klinik 1Malaysia: 'Pesakit diberi ubat silap'

Susan Loone _Malaysiakini

Klinik
1Malaysia dikatakan memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti rendah, sehingga ada pesakit yang diberi salah nasihat dan juga bekalan perubatan yang silap.

Dr T Jayabalan, yang mewakili pekerja dan Majlis Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mendakwa, kajian klinik-klinik 1Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapati ada pegawai pembantu perubatan memberikan ubat yang silap kepada pesakit.

Kajian berkenaan didakwa dilakukan di Kampar, Perak.

“Mereka memberi preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian.

"Ada juga yang didapati gagal mengenalpasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik itu,” kata Jayabalan yang juga adalah penasihat kesihatan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

“Walaupun, penyediaan klinik-klinik itu adalah tindakan yang mulia untuk membolehkan golongan kurang upaya mendapatkan bantuan kesihatan, namun kita mahu pesakit diberikan akses perubatan yang berkualiti,” katanya.

Doktor berpengalaman itu yang kini berkhidmat di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang membuat pendedahan berkenaan ketika ceramahnya di Kompleks Caring Society di Pulau Pinang yang berjudul “Apa silap dengan sistem kesihatan kita” pada Sabtu lalu.

Majlis itu anjuran Forum Sembang-sembang, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan isu sosial dan awam. Ia dipengerusikan oleh bekas ahli dewan undangan negeri Machang Bubok yang mewakli Gerakan, Toh Kin Woon.

Jayabalan juga melahirkan rasa terkejutnya kerana 44 klinik berkenaan yang ditubuhkan sejak Januari lalu bagi membantu golongan berpendapatan rendah di bandar gagal ditubuhkan secara telus.

Dakwanya, kebanyakan doktor kurang mengetahui mengenai projek klinik 1Malaysia itu.

Jumaat, 19 Mac 2010

Fatwa Fitnah : Yang merancang munafik, yang menyebar fasik

Ikutlah fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi bukan fatwa Jamil Khir

Qazaf: Apa pendirian kerajaan fatwa munafik, fasik

Hazayani Zakaria -Harakahdaily

KUALA LUMPUR
, 19 Mac: Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf menggesa kerajaan menyatakan pendirian mengenai fatwa Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi terhadap kes qazaf melibatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

siapa yang merancang adalah munafik

Yusmadi dalam satu sidang media di lobi Parlimen petang semalam berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bertanggungjawab menjawab isu itu kerana mengikut fatwa yang dikeluarkan Yusuf, sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung, maka hukumnya adalah munafik manakala sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Beliau membuat gesaan itu ekoran soalannya bagi pertanyaan jawab lisan di Parlimen hari ini ditolak oleh pihak dewan atas alasan ianya bersifat subjudis.

"Hari ini soalan saya bagi soal jawab lisan ditolak atas alasan ianya subjudis. Saya kecewa kerana Kerajaan Malaysia kononnya mahu memartabatkan Sistem Kehakiman Syariah dan undang-undang syariah di Malaysia tapi tidak menyatakan pendirian mereka dalam isu ini," katanya.

Pada 11 Mac lalu, Ketua Angkatan Muda Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin secara rasmi menyerahkan sesalinan rakaman fatwa Yusuf ke pejabat Perdana Menteri dan kepada Jamil Khir.

Namun sehingga ke hari ini, kedua-duanya masih belum memberikan sebarang respons berhubung rakaman itu.

"Seperti yang diamanahkan Dr Yusuf, Ketua AMK menyerahkan rakaman itu ke Pejabat Perdana Menteri namun selepas seminggu, masih belum apa-apa respons dari Datuk Seri Najib dan Datuk Jamil Khir," katanya.

Beliau berkata, Najib dan Jamil mesti menyatakan pandangan mereka kerana isu itu dapat memberikan implikasi besar kepada masyarakat Islam di negara ini.

Ujarnya, yang mengeluarkan fatwa itu bukan calang-calang orang, sebaliknya daripada tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

"Ini pandangan daripada tokoh ulama dunia. Ini satu fitnah yang boleh mendatangkan implikasi besar kepada masyarakat Islam. Jadi kerajaan tidak boleh mengatakan pandangan Dr Yusuf ini sebagai mencampuri urusan mahkamah," katanya.

Wakil rakyat sepatutnya bangkitkan kehendak rakyat bukan kehendak pribadi

Ucapan Zahrain bukan hasrat pengundi Bayan Baru

Dzulfikar Mashoor - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 18 Mac:
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa menganggap segala pengucapan berbaur dendam oleh Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Dewan Rakyat tengah hari tadi bukanlah mewakili hasrat sebenar pengundi-pengundi Parlimen Bayan Baru.

Ini kerana kemenangan Datuk Zahrain Mohamed Hashim di Parlimen Bayan Baru pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dianggap hasil sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukannya atas faktor peribadinya.

pengundi bayan baru

“Saya kira pengundi di Bayan Baru memilih Datuk Zahrain bukan disebabkan (status) kebebasannya itu, mereka memilih Zahrain atas nama Pakatan Rakyat,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru.

Dalam nada yang menyindir, Dr Mujahid turut meminta Zahrain menyertai kem Ahli Parlimen BN kerana Ahli Parlimen Bebas itu mendakwa perjuangan Pakatan Rakyat adalah ‘jijik’ dan ‘najis’.

Sebelum pada itu, Zahrain berkata, Pakatan Rakyat adalah suatu konspirasi demi menipu rakyat.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang turut menganggap Pakatan Rakyat sebagai ‘cimpazi dalam sarkas’.

Disebabkan itu, beliau mengambil sikap menentang Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan yang lain, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Tangga Batu, Datuk Bung Mokhtar Radin dan Datuk Idris Haron dilihat mempertahankan Zahrain ketika beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengambil bahagian mempertikai ucapan Zahrain.

Kerajaan BN tolak cadangan SPR

Nazri kata dalam pilihanraya tak boleh paksa orang, siapa yang paksa? ramai yang tak datang mengundi, ada orang paksa!

Isunya pendaftaran automatik bukan paksa mengundi.

Asyik-asyik nak tipu rakyat.


K'jaan tolak pendaftaran undi automatik

S Pathmawathy

Dewan
Rakyat hari ini diberitahu kerajaan telah menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (kiri), keputusan itu dicapai kerana rakayt tidak seharusnya dipaksa untuk keluar mengundi.

Katanya, kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka

"Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan 'freedom of association, freedom of expression and freedom to make decision'. Kita anggap jika mereka tak mahu daftar, itu salah satu pilihan mereka untuk tidak mahu ambil bahagian," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Fong Po Kuan (bawah).

Ahli parlimen DAP dari Batu Gajah itu dalam soalannya bertanya tentang pendirian kerajaan berhubung cadangan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 16 Mac untuk mendaftarkan pemilih secara automatik bagi menjimatkan masa, kos dan mengurangkan birokrasi.

Isu 1Malaysia tiru dari One Israel

BN cadang heret Anwar ke jawatankuasa khas

S Pathmawathy

Jemaah
menteri akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diheret ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen.

Tindakan berkenaan berhubung dengan dakwaan ketua umum PKR itu yang 1Malaysia adalah diciplak daripada 'One Israel'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata: “Saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan kabinet berhubung dakwaan itu kerana kami berpendapat ia adalah keterlaluan.

"Jawatankuasa khas itu kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan perlu diambil ke atas ketua pembangkang kerana meluahkan kenyataan palsu di dalam Dewan, khusus berhubung perkara yang tidak benar mengenai perdana menteri,” katanya.

Ditanya mengenai hukuman yang bakal dikenakan ke atas Anwar jika beliau didapati bersalah, Nazri berkata beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi.

"Bagi seorang pemimpin Islam untuk dikaitkan dengan Zionis adalah perkara yang serius. Seperti yang diketahui, kita menyokong Palestin dan kita menentang Zionis dan juga pentadbiran Israel, jadi untuk mengaitkan dengan Zionis Israel adalah serius," katanya.

Apa-apa yang diluahkan oleh ahli parlimen ketika sidang Dewan Rakyat dilindungi oleh imuniti dan tiada tindakan yang boleh dikenakan, termasuk didakwa di mahkamah kecuali dihadapkan ke jawatankuasa khas itu.

"Di Dewan Rakyat, mereka ada imuniti, tetapi masih ada peraturan dan ada perkara yang tidak boleh dilakukan. Sebab itu ada jawatankuasa khas, ia badan yang paling sesuai untuk menentukan perkara seumpama itu," terang Nazri.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa yang ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Slogan Apco Wordwide

Semasa ucapan lebih tiga jamnya ketika hujah penggulungan terima kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, semalam, Anwar mendakwa Apco Worldwide, sebuah agensi perunding dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan "One Israel'.

Menurut beliau, Apco pada 1999 menasihatkan perdana menteri Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan 'One Israel'.

Bagaimanapun, Apco dalam satu kenyataan hari ini menafikan pembabitan pihaknya dengan konsep "One Israel' itu.

Mat Saleh England pun kata kes Anwar merapu

Parlimen U.K. Desak Kerajaan Malaysia Gugur Kes Fitnah Terhadap DSAI

Dewan
Rakyat United Kingdom (House of Commons) mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menghentikan usaha menekan dan mendakwa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Usul yang dikenali sebagai "Early Day Motion" tersebut di bawa oleh Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen Islington North daripada Parti Buruh Isnin lalu.

Dalam usul beliau Corbyn berkata Dewan Rakyat United Kingdom mengiktiraf sumbangan besar Anwar terhadap usaha mempromosi demokrasi di Malaysia dan keamanan serta persefahaman antara dunia Islam dan Barat.

"Oleh itu kami amat risau berhubung caj dan pertuduhan yang disabitkan kepada Anwar Ibrahim dan ingin nyatakan bahawa perbicaraan beliau melanggari piawaian antarabangsa berkaitan konsep keadilan dan mendaulatkan undang-undang.

"Kami menyedari perbicaraan yang dihadapi beliau sekarang adalah hampir sama dengan perbicaraan pada 1998 di mana tindakan badan kehakiman di kutuk dan dikritik oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa," kata Corbyn.

Beliau juga berkata usul yang di bawanya adalah susulan kepada usaha berterusan komuniti global berhubung kes fitnah terhadap Anwar seperti mana yang telah dilakukan oleh pertubuhan antarabangsa Amnesty International, Human Rights Watch serta tokoh-tokoh terkemuka Komanwel termasuk bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin, Michael Danby dan 59 Ahli Parlimen Australia. -SK

Nilai duit dan harga diri

Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu sesi motivasi. Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. .

"Siapa nak duit ni?", tanya Prof Ibrahim. Semua peserta mengangkat tangan. “Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu."

Prof. Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya :
" Ada sesiapa yang nak duit ni lagi". Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

OK, apa kata kalau saya buat macam ni?". Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?", tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.

"Haa..apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?", tanya Prof. Ibrahim.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof Ibrahim.

"Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut. RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak," kata Prof. Ibrahim.

Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

hidup

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tapi walau apa pun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita..." jelas prof Ibrahim.

Khamis, 18 Mac 2010

Terkejut atas pemecatan jawatan

Simpang Renggam : 17 Mac 2010 lebih kurang pukul 5.05 petang, ana di dipanggil bertemu Ketua Pemuda Sdr Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil bersama Sdr Mohd Faizul Bin Mohd Salleh, Pengarah PASTI Johor memaklumkan mengenai keputusan Dewan Harian DPP Negeri Johor pada 12 Mac 2010 memberhentikan ana dari menjadi pengurus PASTI Johor.

Jawatan ini dikatakan lantikan politik jadi, semua keputusan ada di tangan ketua pemuda untuk memberhentikan sesiapa dibawahnya yang dia rasa tak sesuai dengan pendiriannya.

Pemecatan bukan berdasarkan tindakan tatatertib, malahan surat amaran pun tidak ada, rasanya tak perlu ana beri penjelasan kerana keputusan dah dibuat.

Kepada Allah ana serahkan, rezki di tangan Allah, tak sangka pula umur semangkin meningkat ke 39 tahun pada 11 Mac yang lalu, begini berat pula beban yang ditanggung dan cabaran yang diterima.

Ujian dan halangan dalam jamaah yang kita sayangi ini rupanya lebih hebat dari yang di luar. Perjuangan kita sepatutnya disibukkan dengan usaha dakwah untuk menegakkan Syariat Allah di Malaysia tetapi sekatan dihalakan pula kepada anggota jamaah kita sendiri.

Orang asli dinafikan hak menjadi bumiputera

Bila pula Orang Asli itu “Bumiputra”

http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Lebih
2,000 Orang Asli (kepada saya ungkapan Orang Asal adalah lebih tepat) telah berarak ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum mereka.

Memorandun ini mengandungi hal-hal penganiayaan di tangan kerajaan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun, tentang tanah nenek-moyang mereka yang dirampas dan diambil untuk pembangunan tauke-tauke besar BN dan hanya memberi pampasan 6 ekar sekeluarga kepada mereka.

Perarakan ini berupa perarakan menentang kezaliman Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli terhadap kaum yang terpinggir dan tertindas. Saya sungguh bangga dengan kebangkitan dan keberanian mereka.

bangkit

Walaupun polis menggunakan kuasa mereka untuk menahan perarakan itu ke pejabat Najib Razak, sekurang-kurangnya Orang Asal tanahair kita sudah berani bangkit. Mereka sudah mula “naik minyak” kerana masalah mereka selama ini dipandang ringan oleh kerajaan BN.

Terkenang saya zaman sekolah di Kelantan dulu di mana saya duduk dalam satu kelas dengan Ajong dan Ahim, dua anak Orang Asal yang hebat sekali dalam sukan olahraga.

Saya tak tahu di mana mereka sekarang tapi saya harap mereka telah mendapat pekerjaan yang baik dan hidup selesa. Orang Asal yang berjaya inilah yang mungkin dapat terus membela nasib Orang Asal yang terbiar dan terpinggir dari arus pembangunan negara. Alangkah malangnya kalau kawan-kawan saya ini juga terbiar

Tetapi masa depan mereka di bawah BN tidaklah cerah. Kegiatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli tidak pun mengambil kira atau menerima maklum balas dari golongan ini. Selalu kedengaran permasalahan Orang Asal tidak diberi perhatian yang wajar.

Malah kenyataan Menteri Undang-Undang Nazri Aziz di Parlimen semalam (17 Mac 2010) menunjukkan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib mereka. Bila ditanya oleh Billy Abit Joo (BN-Hulu Rajang) sama ada pengiktirafan status Bumiputera perlu diperjelaskan dan kriteria Bumiputera diseragamkan, Nazri terus menjawab “tidak perlu”. Kata menteri itu, status Bumiputera telah pun diseleraskan dan digolongkan dalam 3 kategori seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaaan Persekutuan. Tiga kategori itu ialah Melayu, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.

terkejut

Saya terkejut. Bila pula Orang Asli ini dimasukkan dalam golongan “Bumiputera”? Saya terus merujuk kepada Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Tak ada pula Orang Asli diberi keistemewaan sebagai Bumiputera.

Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin. Orang Asli bukan dikategorikan sebagai Bumiputera, hanya “Malays and the Natives of Sabah and Sarawak” dianggap sebagai Bumiputera.

Inilah nasib Orang Asal di negara ini. Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya. Hanya “pendatang” yang terpilih oleh UMNO sahaja mendapat keistemewaan.

Saya harap rakyat Malaysia dapat “bangkit” bersama Orang Asal dan sama-sama kita bergerak dengan Pakatan Rakyat untuk membela nasib Orang Asal dan juga anak anak Sabah dan Sarawak yang selama ini telah diketepikan dan tidak diberikan layanan yang sewajarnya.

Dalam Model Ekonomi Baru yang konon mendapat pujian itu kita harap nasib mereka yang terpingtgir mendapat perhatian, bukan tertumpu hanya kapada mereka yang suka menjual nama bumiputra mereka.

Rabu, 17 Mac 2010

Antara Lotus dan Petronas F1 mana raih pulangan



Malaysia menuju ke arah pasukan yang terkeluar F1?

Heikki
Kovalainen, pemandu Lotus F1 menjuarai perlumbaan formula 1 Bahrain yang berlangsung kelmarin. Tak percaya? Cuba baca petikan akhbar di bawah.

“Lotus won the battle of the new teams by virtue of lasting the race, which the cars of virgin and Hispania did not.”

lebih kurang maksudnya

"Lotus memenangi perlumbaan dikalangan pasukan pelumba baru, di mana kereta dari pasukan Virgin dan Hispania tidak berjaya."

Betul tak? Terbaca tulisan di atas, teringat tajuk akhbar tabloid Bahasa Melayu bertarikh 15hb Oktober 2001. Di muka belakang terpampang tajuk “Alex Yoong tawan Litar Suzuka”. Mujurlah jantung masih kuat, kalau tidak mungkin tersadai di ICU.

Begitulah hebatnya wartawan media perdana mencanang berita.

Perlumbaan di Litar Suzuka pada 14hb Oktober 2001 dimenangi oleh Michael Schumacher. Memandangkan ianya kali pertama pelumba F1 Malaysia berjaya menamatkan perlumbaan, maka berpestalah wartawan sehingga lupa hakikat bahawa Alex Yoong sudah ketinggalan 3 pusingan ketika Michael sampai di garis penamat.

kemenangan

Sebenarnya, wartawan Malaysia gembira bukan kerana Alex Yoong menang tapi sebab tidak terbabas seperti yang berlaku di Italy atau mengalami kerosakan seperti di USA. Maka itu, berjaya menamatkan perlumbaan pun sudah dikira sebagai satu kemenangan. Samalah juga dengan apa yang terjadi kelmarin.

‘Fast rewind’ ke tahun 2002. Dalam perlumbaan pembuka tirai di Australia, Alex`Yoong menduduki tempat ke tujuh. Kalau ada peminat F1 yang masih menyimpan rakaman perlumbaan hari itu, tentu dia dapat mengsahkan apa yang ternukil dibawah.

“He can tell his grandchildren that he was once in the top ten” ayat beracun itu keluar dari mulut Martin Brundle, pengulas ITV bersama James Allen. Mereka yang mengerti tentu dapat merasa betapa pedasnya sindiran, lebih pedas dari tergigit cili padi. Martin Brundle, bekas pelumba F1, pernah dua kali memenangi hadiah pengulas sukan permotoran.

Perlumbaan di Australia tahun itu menyaksikan Mark Webber, teman sepasukan Alex Yoong mendapat tempat ke lima. Walaupun perlumbaan itu merupakan yang pertama disertainya, namun dia membuktikan kepada Alex Yoong bahawa bakat adalah aset penting untuk berjaya dalam sukan F1. Alex Yoong mendapat tempat ke tujuh dari lapan buah kereta yang menamatkan perlumbaan.

Tahun 2002, ketika perlumbaan diadakan di Sepang, seorang wartawan tempatan menemubual lagenda F1, Michael Schumacher, “What do you think about Alex Yoong?”.

Tak kan Michael nak jawab “He is hopeless”. Harapan untuk mendengar jawapan, “He will be the next world champion” berkecai apabila Michael menjawab dengan penuh diplomasi, “He is still new”. Andai kata wartawan tersebut dapat membaca fikiran atau suara hati orang yang ditanya, “Why are you asking me such a stupid question?”, mungkin dia terpaksa menelan pil tidur malam itu.

Penglibatan Alex Yoong, ‘lagenda’ F1 negara sudah jadi sejarah. Dia kini jadi anggota terhormat kelompok “F1 rejects”. Mulai tahun ini, Lotus F1 menjadi perhatian. Atau bahan gurauan? Cuba teliti kenyataan yang termuat dalam laman sesawang Ferrari tahun lalu:

bilangan pasukan

“We will now have Manor, Lotus, USF1 and Campos Meta. Can we claim that it’s a case of like for like, just because the numbers sitting around the table are the same? Hardly and we must also wait and see just how many of them will really be there on the grid for the first race of next season in Bahrain and how many will still be there at the end of 2010?”.

terjemahannya

"Kita sekarang akan mempunyai Pasukan Manor, Lotus, Meta USF1 dan Campos. Bolehkah kita mendakwa bahawa itu adalah perlumbaan seperti yang lalu, hanya kerana bilangan pasukan yang duduk bertanding adalah jumlahnya sama? Hampir tidak dan kita juga harus menunggu dan melihat seberapa banyak dari mereka akan benar-benar berada di sana pada perlumbaan di trek pertama musim depan di Bahrain dan berapa banyak akan kekal dan tetap ada pada penghujung tahun 2010? ".

terbukti

Sebahagian keraguan Ferrari sudah terbukti menjadi kenyataan. Manor, USF1 dan Campos Meta tidak kelihatan di Bahrain. Bidan terjun ‘Virgin dan Hispania’ mengambil alih. Dari tiga buah pasukan baru, yang mana akan menjadi mangsa keadaan? Dapatkah ketiga-tiga pasukan bertahan dan hadir di litar Abu Dhabi untuk menyertai perlumbaan terakhir pada 14 Oktober nanti?

‘Hispania’ mungkin berkubur sebelum musim berakhir dan mungkin juga ‘Virgin’. Bagaimana dengan Lotus F1? Carilah jawapannya dari maksud yang tersirat dalam kenyataan di bawah?

disokong oleh kerajaan

“The creation of the Malaysia-backed team had been announced by Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak who’d said that it would be a government-backed venture.” “It would be a government-backed venture” kalau diterjemah berbunyi “Ia disokong oleh kerajaan”. Sokong macam mana?

Hassan Marican

Lembu susu bergelar Petronas enggan dicucuk hidung. Dari membazir duit menaja pasukan corot ‘back marker’, ia memilih untuk menyusukan pasukan yang boleh diharap memberi pulangan. Kebijaksanaan ’sapi’ bernama Hassan Merican, yang sudah dikorbankan, terbukti malam kelmarin apabila kamera TV banyak memfokuskan kepada kereta yang mempamer perkataan ‘Petronas Malaysia’ dibanding dengan kereta yang membawa slogan tin kosong ‘1 Malaysia’.

Tanpa Petronas sebagai penaja utama, lama manakah Lotus F1 boleh bertahan? Kalau berlarutan seperti apa yang dilihat hujung minggu di Bahrain, apakah masih ada penaja yang sanggup melabur tanpa pulangan?

Lotus F1 tidak akan gulung tikar dalam masa terdekat. Walaupun sesak nafas, ia masih boleh meminta talian hayat dari Robin Hood – penyamun akhir zaman. Cukai kad kredit, cukai GST ditambah dengan lebihan hasil pemotongan peruntukan kesihatan dan pertahanan sudah lebih dari mencukupi untuk menyusukan anak angkat bergelar Lotus bin BN dengan bersyarat.

Lotus F1 wajib mempamer hasil kreativiti penghulu sumpah wal jamaah - slogan keramat “1 Malaysia”.

sumber : (http://utuhpaloi.xbrain.biz)

baca komen pembaca:

kata lepat...

Memang manor dan campos takder kat bahrain sebab manor tukar jadi virgin, campos jadi Hispania Racing. Masih awal untuk menentukan hala tuju lotus f1. Macam bayi baru lahir takkan hari pertama dah boleh berjalan?

Lotus team yg ditubuhkan 6 bulan lepas dan dalam masa tersebut they had proven that they can compete in F1. Dikatakan akan ada car modification menjelang Spain GP. Kita bagi masa sikit untuk Lotus F1.. kalau selepas 1 tahun takat nak bangga dapat habiskan race baru kita start bantai..

Masa Alex Yoong memula masuk pun semua bangga tapi bila duk ulang driving yg sama semua menyampah.. diharapkan lotus akan berusa mendapatkan point selepas ini.. soal govt backed team.. dari dulu media luar duk cakap lotus is backed by m'sia govt.. ini govt kena perjelaskan... sidang parlimen kan skrang.
 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch