Isnin, 31 Mei 2010
PAS Bina Kompleks di Putrajaya sebagai persediaan memerintah
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan rasa syukur kepada Allah kerana kekal memelihara PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak.
“Mahu tak mahu, Allah dah siapkan kita bersama DAP dan PKR untuk kita (PAS) sebut tentang Islam untuk ganti Umno.
“Alhamdulillah, sekarang ini PAS dah bersama Pakatan (Rakyat) dan tolak (usaha) perpaduan (PAS) dengan Umno,” jelas beliau tengah hari tadi ketika merasmikan Masjlis Pecah Tanah Kompleks PAS di Paya Indah Wetland, di sini. (Gambar)
Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS seharusnya terus mendekati masyarakat bukan Islam dari kalangan kaum Cina dan India untuk menghadapi Umno, selain memperkukuh hubungannya dengan masyarakat Islam berbangsa Melayu.
“Yang lawan kita ini bukannya orang Cina, orang India bukan Islam, yang lawan kita ini dalam pilihan raya nanti orang Melayu (Umno).
“Sebab ini, dalam pilihan raya nanti yang lawan PAS bukannya orang Cina, tetapi orang Islam sendiri (Umno),” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, beliau memuji kepemimpinan PAS kerana meletakkan PAS sebagai parti yang disegani oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di tanah air.
“Setahun dua ini, orang Cina mulai rapat dengan PAS, orang India mulai rapat dengan PAS atas pemimpin kita yang tolak politik perkauman,” ujar beliau.
Mengambil contoh reaksi rakyat terhadap PAS dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini, beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa masyarakat bukan Islam kian mengenali keindahan Islam.
“Di Sibu baru-baru ini, orang Cina yang sokong DAP mula rapat dengan PAS, mula-mula rapat dengan PAS, selepas ini rapat dengan Islam,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau berkata, tidak mustahil Islam di tanah air akan dominan dengan keislaman bangsa Cina dan India kerana sejarah membuktikan bahawa kedua-dua bangsa itu lebih awal menerima Islam berbanding bangsa Melayu serta sudahpun mempunyai tamadun Islamnya yang tersendiri.- Kedahlanie
Ikuti soal balas Kapral terhadap Saiful
TERKINI!!! LAPORAN DARI MAHKAMAH KL
10 pagi: Karpal berkata Najib dan lain-lain patut didakwa kerana tidak membuat laporan polis mengikut Section 13 Kanun Keseksaan. DPP Mohd Yusof Zainal Abiden bantah, Berlaku pertengkaran. Mahkamah 'Stand Down' lagi.9.58 pagi: Karpal tanya mengenai kenyataan Saiful sebelum ini bahawa dia bertemu Najib, SAC Rodwan Mohd Yusof (Sekarang Ketua Polis Melaka), Ezam (sekarang Senator) Mumtaz Jaafar(bekas olahragawati negara), yang merupakan kawan baik Rosmah Mansor mengadu diliwat. Karpal bertanya sama ada mereka2 ini buat laporan polis
Karpal tanya mengenai penceraian emak dan bapa Saiful ketika beliau dalam darjah 1. Juga mengenai adik perempuan Saiful, Saidati yang lari mengikut seorang lelaki dan kahwin di Thailand.
9.40 pagi: Anwar berkata dari dalam kandang: "Saksi2 dalam ketakutan". Ini kerana mahkamah tidak benarkan peguam Karpal Singh untuk dapatkan senarai saksi2 pihak kerajaan, setelah dipohon sekali lagi sebentar tadi.
9.35: Hakim skrip, Mohd Zabidin Mohd Diah masuk ke mahkamah
Ya Allah selamatkan misi bantuan ke GAZA
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa Gaza (Freedom Flotilla) dalam keadaan bersedia tatkala menghampiri perairan Gaza setelah dimaklumkan bahawa ada beberapa buah kapal yang dikenalpasti dari armada Angkatan Laut Israel mendekati ke arah Mavi Marmara. Laman web Haluan Palestin yang memetik sumber melaporkan, konvoi Freedom Flotilla pada jam 7.30 pagi ini waktu Malaysia diekori oleh kapal Israel antaranya sebuah kapal selam, tiga kapal perang dan sebuah helikopter. Namun Mavi Marmara tetap bergerak dengan berhati-hati. Presiden IHH, menyeru agar semua negara yang prihatin untuk mendesak dan memberi tekanan kepada Israel agar membuka jalan bagi konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza. Terdapat lebih dari 50 buah negara menyertai konvoi terbesar itu. Menurut sumber, di Turki telah diadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Israel mendesak Israel membatalkan hasrat mereka menyekat perjalanan konvoi. Beberapa saat menjelang Maghrib, staff IHH mengumumkan kepada seluruh peserta konvoi Freedom Flotilla untuk memastikan diri mereka dalam keadaan siap sedia sebelum pukul 7 pagi ini waktu Antalya, Turki atau sekitar pukul 11 WIB. Semua peserta diarahkan untuk menyimpan passport dan dokumen berharga masing-masing seperti dompet dalam plastik dan membawanya di badan untuk berjaga-jaga kemungkinan terpaksa berenang. Konvoi Freedom Flotilla mengharungi laut sepanjang malam menuju Gaza. Dijangkakan bahawa keenam kapal konvoi armada kemanusiaan ini, termasuk Mavi Marmara yang terbesar, akan berhenti sekitar 40 batu dari Pantai Gaza untuk menanti hari siang kembali sebelum berusaha menembus sekatan kapal-kapal Angkatan Laut Israel. Namun, sebagaimana dilaporkan sebelum ini, Israel telah memperluas zon ketenteraan mereka dari 20 batu kepada 68 batu di perairan laut. Tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh konvoi Freedom Flotilla adalah melanggar perundangan antarabangsa kerana yang dihadapi Israel saat ini bukanlah situasi perang melainkan sekelompok aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan yang dikenakan. Dalam beberapa kesempatan sebelumnya, Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH), Fahmi Bulent Yildirim menegaskan bahawa tidak ada satu pun persenjataan yang dibawa dalam kafilah Freedom Flotilla. “Bahkan sebatang paku pun tidak,” katanya. Semalam, para peserta menghabiskan waktu mereka dengan berzikir dan memohon pertolongan Allah. Gaza dan seluruh muka bumi ini milik Allah Subhanahu wa Ta’ala – hanya izin Allah saja yang kita minta untuk berjaya memasuki ke Gaza. |
Minum air stokin menyebabkan kematian?
Mesti siasat, Siapa penganjurnya INTAN, TUDM atau UMNO, Kursus ala komando macam nak jadikan peserta Agen 007 je, Kem mesti ditutup sehingga siasatan selesai. Jangan buat main. Ini kes BUNUH? Pegawai PTD meninggal ikuti kurus ala komando | ||
|
Beliau yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya, difahamkan mengikuti kursus Modul Jati Diri di sebuah kawasan hutan yang dikendalikan oleh Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU).
Bernama yang memetik abang iparnya Zakir Hussain, 41, memberitahu adik iparnya menyertai kursus itu sejak Ahad lalu dan dia dimasukkan ke Hospital Banting pada jam 5 pagi Jumaat pada mulanya kerana sukar bernafas sebelum dipindahkan ke HTAR pada hari yang sama.
"Pada mula Norhashimah disyaki mengidapi denggi tetapi doktor menafikan...dia menunjukkan simptom H1N1 atau jangkitan paru-paru," katanya.
Norhashimah telah menjalani kursus selama tiga bulan daripada tujuh bulan yang perlu dilalui oleh pegawai PTD dan juga telah menjalani latihan sebagai anggota bomba dan polis dalam tempoh tiga bulan itu.
Menurut Zakir beliau difahamkan antara latihan yang ditempuhi oleh Norhashimah dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur. Beliau berkata latihan seperti itu nampak tidak relevan kerana adik iparnya bukan anggota tentera yang hendak dihantar berperang, memadai beliau diberikan latihan asas ketenteraan.
Apa yang dikesalkan kata Zakir ialah pihak INTAN atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak memberitahu suami Norhashimah, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31 bahawa isterinya sakit seawal yang mungkin.
Beliau mendakwa Ahmad Zulkhairi hanya diberitahu bahawa isterinya berada keadaan kritikal semasa dihantar ke Hospital Banting pada pagi Jumaat lalu. Norhashimah, yang berasal dari Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka mempunyai seorang anak perempuan Nur Hylda Daenia berusia dua tahun.
Gejala sosial semangkin membarah
Buang Bayi Dalam Kotak Susu di Kulai
Penyelesaian masalah BOCOR
Tayar tanpa angin
Tayar bocor adalah masalah paling leceh bagi pemandu kereta dan penunggang motorsikal. Apatah lagi keadaan ini berlaku di saat kecemasan. Contohnya bini anda hendak bersalin, anda perlu membawanya ke hospital. Dalam perjalanan tayar pula bocor. Kan pening kepala di buatnya.
Dari permasalahan ini maka terhasilnya tayar yang tidak akan bocor bahkan tidak memerlukan angin. Tayar ini dicipta oleh askar Amerika Syarikat. Idea ini timbul apabila jip askar Amerika kerap kali bocor apabila di bawa memasuki hutan akibat terlanggar batu dan tunggul kayu.
Tayar yang diberi nama Airless Tire ini mampu menahan beban sehingga 1746 kg dan berukuran 37 inci (berdiameter 94 sentimeter). Tayar anti bocor ini akan digunakan di seluruh kenderaan perang milik Amerika seperti Hummer dan lain-lain.
Untuk menampung beban, rim tayar telah direka bersifat elastik. Askar Amerika menjamin bahawa tayar ini akan berfungsi sama seperti tayar biasa yang memberi keselesaan dalam pemanduan.
Sayangnya pihak Askar AS tidak menyatakan bahan apa yang digunakan untuk membuat tayar ini dan adakah tayar ini akan dikembangkan untuk tujuan komersil. Kalau bahan yang digunakan diketahui umum, maka revolusi tayar pasti akan berlaku secara menyeluruh.
Ahad, 30 Mei 2010
Dia ingat Kelantan tak ada makanan? Pemikiran zaman PURBA
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 30 Mei: Salah maklumat adalah antara punca kekalahan calon BN di Sibu, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa. "Bayangkan, sebulan sebelum dinamakan sebagai calon BN di Sibu, Robert Lau telah datang ke Kota Bharu dengan membawa banyak Maggi mi kerana bimbang tidak ada makanan di sini," kata Husam dalam majlis ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi. Bagi beliau, apa yang dilakukan oleh calon BN ini adalah kedangkalan beliau tentang maklumat. Husam berkata, Robert Lau datang ke Kota Bharu untuk memimpin pasukan Squash Sarawak bagi menyertai kejohanan squash di Kota Bharu. "Sesampai beliau di lapangan terbang Kota Bharu, beliau telah dijemput oleh rakannya seorang Cina dari Sibu yang membuat projek hartanah di sini. "Beliau telah dibawa makan ke merata tempat di sini dan beliau tentu sangat terkejut dengan apa yang beliau lalui di sini. Sebulan selepas itu, bayangkan beliau menjadi calon BN dalam keadaan beliau tertinggal banyak maklumat dan terkejut dengan maklumat sebenar," cerita Husam. Di samping itu, Husam juga menceritakan, seorang makcik berbangsa Iban di Sibu juga menunjukkan keganjilan yang berlaku dalam pilihan raya itu. "Makcik ini beritahu anaknya, dia mahu undi parti Nik Aziz dalam pilihan raya kecil Sibu. Anaknya beritahu, parti Nik Aziz tak bertanding di Sibu, hanya parti rakan Nik Aziz sahaja bertanding. Kalau gitu, aku nak undi parti rakan Nik Aziz," cerita Husam. Bagi beliau cerita sebegini satu yang menarik dan bakal mencorak politik masa depan. Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tidak ada pihak yang menjangka DAP boleh menang dalam pilihan raya Sibu kerana ia adalah kubu BN sejak sekian lama. "Tetapi kalau Tuhan hendak BN tumbang, akan tumbanglah dia, DAP pun menang dan BN tidak boleh tahan lagi," kata Guan Eng. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dan pemimpin PAS dan PKR yang membantu menjayakan calon DAP di Sibu. |
2Juta upah melompat?
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduhnya berbohong apabila berkata para wakil rakyat parti itu yang melompat parti mendapat habuan RM2 juta. Beliau juga mahu menunggu wakil rakyat yang melompat parti itu menafikan dakwaan beliau itu. "Ketika itu, saya akan dedahkan (bukti) yang saya ada," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dalam ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam di Padang Perdana malam tadi. Turut serta bersama beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa. "Buat masa ini saya nak kata...ia ada..di mana, saya lupa mana tempat saya letak maklumat itu," kata Anwar disambut terukan gemuruh para hadirin. Dalam ucapan semasa merasmikan Kongres PKR keenam di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam, Datuk Seri Wan Azizah juga membuat dakwaan yang sama, mereka yang meninggalkan parti itu dibayar RM2 juta. Dalam pada itu, Anwar memohon maaf kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan apa yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR itu. "Saya minta maaf...yang akan datang saya jamin tidak akan berulang lagi...malaun betul mereka ini," kata Anwar. Beliau memberitahu, PKR akan mengadakan kursus untuk bakal-bakal calon mereka dan memastikan mereka berikrar untuk memberikan sokongan kepada parti dengan utuh dan taat kepada perjuangan. |
Melayu tegar tolak Model Ekonomi Baru (MEB) Najib
Kongres ekonomi bumiputera tolak MEB | |||
|
"MEB gagal meletakkan agenda bumiputera kerana ia adalah asas perlembagaan dan rumusan Model Ekonomi Baru ini adalah satu penghinaan kerana menolak semangat DEB," kata pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali yang juga presiden PERKASA.
Sehubungan itu, kongres tersebut meluluskan 31 resolusi antara lain menggesa kerajaan menjadikan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai sumber induk kepada pengggubalan MEB.
Resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan menyampaikan ucapan penutup kongres tersebut di di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, jam 9 malam ini.
Kongres itu juga meluluskan dua usul tergempar mendesak lembaga pengarah termasuk pengerusi Sime Darby dan pegawai kanan syarikat kaitan kerajaan itu, meletak jawatan serentak ekoran kerugian besar yang dialaminya.
Satu resolusi tergempar turut diyang diluluskan adalah mendesak kerajaan menarik balik keputusan meluluskan lesen ramalan bola kerana ianya memberi kesan buruk kepada masalah sosial.
Kesemua resolusi tersebut diluluskan sebulat suara kira-kira 300 peserta yang hadir dalam kongres sehari itu di Dewan Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir MAS ditanya mengenai gesaan kongres itu supaya pengagihan kekayaan negara 67 peratus kepada Bumiputera, manakala 33 peratus untuk bukan bumiputera.
Dalam jawapannya, Ibrahim berkata ia "hanya melibatkan pembahagian domestik sahaja".
Dalam sidang media yang sama, Ibrahim turut menegaskan kongres turut bersetuju agar kerajaan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan
Kongres itu juga meluluskan dua usul tergempar mendesak lembaga pengarah termasuk pengerusi Sime Darby dan pegawai kanan syarikat kaitan kerajaan itu, meletak jawatan serentak ekoran kerugian besar yang dialaminya.
Kesemua resolusi tersebut diluluskan sebulat suara kira-kira 300 peserta yang hadir dalam kongres sehari itu di Dewan Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Dalam resolusi dalam bidang ekonomi, kongres turut mendesak kerajaan memastikan keadilan sosial di negeri ini terlaksana dengan mengagihkan kekayaan negera mengikut komposisi penduduk berdasarkan kaum di negera ini iaitu 67 peratus kekayaan negara wajib diagihkan kepada bumiputera, manakal bakinya 33 peratus untuk bukan bumiputera.
Selain itu, resolusi itu juga turut menggesa kerajaan mendapatkan akujanji daripada pihak swasta untuk menghapuskan diskriminasi terhadap bumiputera, menyusun semula gunatenaga dan kekayaan dan 'mewujudkan permainan yang rata'.
Manakala Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu dipertingkatkan dengan meletakkannya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan pengerusinya dinaik taraf menjadi menteri yang mempunyai NKRA membangunkan usahawan bumiputera.
Dalam bidang pendidikan pula, kongres itu bersetuju supaya Institut Kajian Stretegik Tun Razak ditubuhkan bagi mengumpul segala data berhubung dengan pembangunan ekonomi orang Melayu dan membekalkan data-data tersebut kepada NGO Melayu.
Selain itu, kongres juga mendesak agar kerajaan mengembalikan sistem kuota sebagai dasar kemasukan ke semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mana memperuntukan 67 peratus untuk bumiputera dan 33 peratus kepada bukan bumiputera.
Dalam resolusi itu juga, kongres turut mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan Petronas tidak meminggirkan bumiputera di dalam pengurusan Petronas dan juga di dalam pemberian kontrak perkhidmatan dan pengeluaran minyak dan gas.
"Kongres bimbang perubahan model pengurusan baru Petronas yang tidak mesra bumiputera ini akan secara tidak langsung merubah seluruh lanskap sosio-ekonomi negara dan memberi kesan kepada bumiputera," resolusi itu dipetik.
Resolusi tersebut dipetik menyebut, difahamkan semenjak Datuk Shamsul Abbas mengambil alih dari Tan Sri Hassan Merican, beliau telah memperkenalkan Model Baru Pengurusan antara lain komposisi ahli lembaga Pengarah (BOD) mengandungi dua wakil kerajaan dan kesemua naib presiden eksekutif dan warga asing boleh dilantik menjadi BOD.
Ibrahim Ali berkata, kongres juga bersetuju mendesak Shamsul meletakkan jawatan kerana didakwanya terdapat "perlantikan jawatan terpenting menggangu gugat kepentingan bumiputera"
Sasau bila PAS dan DAP bekerjasama
BN jadi bengong bila PAS tahaluf dengan DAP | |||
|
Namun, demi menjaga keselamatan, baginda tetap menyetujui perjanjian bertulis tersebut, kata Nik Abdul Aziz lagi.
"Kita berkongsi dulu dengan BN, (kita) dapat tubuh kerajaan. Dengan (Semangat) 46 dulu pun dapat buat kerajaan dan sekarang dalam Pakatan pun dapat buat kerajaan.
"Oleh itu gangguan yang dibuat oleh Melayu Umno terhadap PAS tentang unity government memang ada asas.
"Tapi BN jadi bengong bila kita tahaluf dengan DAP... Sedangkan DAP pun Cina, MCA pun Cina," katanya lagi.
Dalam ucapan ringkas selama kira-kira lima minit itu, beliau turut mengambil peluang mengkritik BN kerana sering menggunakan undang-undang ISA dalam memenangi persaingan politik.
"Tapi jangan marah, jangan guna ISA. Guna ISA ini tanda orang mati akal," katanya lagi
Jumaat, 28 Mei 2010
Dulu kata ekonomi kita mantap, hakikatnya Malaysia terhempap dengan HUTANG
Angkasanuri |
Minyak akan naik! Itulah 'hadiah' istimewa sebagai menepati slogan rakyat didahulukan. Paling lewat dijangkakan penghujung tahun ini. |
Kapitalis takutkan dengan Kejatuhan ekonomi, lalu RAKYAT disuruh korban
Mutaligat |
Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan. |
Tun M sebenarnya tak rileks sebab takut terbongkar penyelewengan 22 tahun memerintah, kalau pakatan menang seret di mahkamah dan dipenjarakan!
Petua awet muda Dr M | |||
|
Beliau berkata, "tidak berhenti daripada membuat kerja" dan sentiasa senyum merupakan rahsia yang diamalkan perdana menteri keempat itu.
"Buatlah apa-apa kerja. Fikirlah apa-apa yang boleh anda fikir. Tulis apa-apa yang boleh anda tulis tetapi jangan berhenti dari membuat kerja.
"Ia akan membantu anda untuk kelihatan muda," katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Persidangan Penuaan Sihat Malaysia Kelima di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir bersama beliau isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Selain itu Dr Mahathir turut memberitahu supaya melakukan perkara yang digemari supaya sentiasa kelihatan muda dan sihat.
Tidak bersukan
"Sebagai contoh, saya menggemari politik, saya sentiasa fikir yang saya boleh melakukan sesuatu yang lebih bagus dari orang lain. Sebab itu saya mengkritik orang dan ini membuatkan otak saya sentiasa bekerja," katanya secara berseloroh.
Beliau juga turut berkongsi mengenai amalan pemakanan yang dinasihati emaknya sewaktu beliau masih kecil.
Ironinya, beliau mengakui tidak melibatkan diri dalam sukan.
Baginya, aktiviti itu boleh menyebabkan anggota badan tercedera.
Perkara itu, tambahnya, tidak elok untuk masa akan datang.
"Saya sekarang sudah agak tua, tetapi saya tidak memerlukan tongkat untuk berjalan dan saya bebas berjalan ke mana sahaja.
"Tapi kalau anda seorang yang gemarkan sukan, abaikan nasihat saya," katanya berjenaka.
1M'sia Barang Naik slogan baru BN, Kapitalis Koperat macam Idris Yala ni mana tahu masalah orang miskin melarat
Subsidi berterusan: M'sia bankrap 9 tahun lagi | |||
|
Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara.
Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan.
"Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," kata Indris merujuk kepada ahli Kesatuan Eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.
Rasionalisasi subsidi untuk pertumbuhan nyata
Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam dua puluh tahun.
Menurut Idris, Malaysia juga perlu mengikuti perkembangan terkini arah aliran pengurangan subsidi global.
"Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia," katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
Makmal itu yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 2 petang hari ini, dilangsungkan bagi mendapat cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.
Ia, katanya, hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.
"Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus," katanya.
Kaya juga dapat subsidi
Menurut Idris, budaya subsidi mempunyai kesan negatif, dengan subsidi kerap dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan dan penyalahgunaan dan pada masa yang sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.Beliau berkata, kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara asas "menyeluruh".
Kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa yang sama meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.
Usaha akan dibuat bagi mengurangkan pembaziran dan penyalahgunaan.
Menurut sumber yang dipetik Reuters, jemaah menteri pada Rabu lalu membincangkan cadangan pengurangan subsidi berkenaan tetapi tiada keputusan dibuat.
Ahli 3juta, berapa peratus yang bayar yuran?
380,000 nama dikeluar dari senarai keahlian Umno | |||
|
Selepas dibersihkan, senarai keahlian Umno kini disahkan berjumlah 3,159,484 orang.
Budaya berboros, mana pemuda cina ni dapat duit ?adakah dari Soros?
Siapa Taek Jho Low? AMK mahu dia disiasat | |||
|
Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.
Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. Apa kaitannya dengan Big Ma?," soalnya.
Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.
Dalam ucapannya itu, Shamsul Iskandar juga mahu siasatan dijalankan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penyelewengan wang, seperti yang didedahkan penulis Barry Wain.
"Kerana maklumat yang kita terima, rakan baik (Khairy) yang beri cadangan supaya guna Apco," katanya lagi.Dalam sidang medianya selepas itu, Shamsul Iskandar mendakwa Taek Jho Low juga merupakan seorang penasihat bagi pihak berkuasa pelaburan bagi negeri Terengganu yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad.
Tambahnya, beliau pasti Jho Low mempunyai harta bernilai berbilion ringgit jika mampu berbelanja sebanyak 50 hingga 60 ribu setiap malam dan tinggal di apartmen mewah.
"Saya minta (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) SPRM supaya siasat," katanya yang mempertikaikan bagaimana seorang pemuda seperti Jho Low mampu berbelanja seperti itu.
Khamis, 27 Mei 2010
Bahaya sandal Crocs
Kasut Crocs punca kemalangan di escalator?
“Ucu, kalau nak kasut crocs murah-murah datanglah Pasar Borong Pandan, kakak ada kerja kat sana” kata anak buah aku
Bagus sangat ke kasut crocs ni? Aku tak pernah beli lagi kasut yang dikatakan ringan serta mempunyai cengkaman yang cukup bagus ni. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada 2007 ni, Crocs berada di tangga ketiga untuk ujian geseran. Kira mencengkam lah tu !
Berita semalam ada satu kes kemalangan di escalator.
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun parah di kaki kirinya akibat tersepit di eskalator hampir satu jam di sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa bersama ibunya sedang menuruni eskalator terbabit untuk ke lobi dan tiba-tiba kanak-kanak itu menjerit kesakitan dan menangis apabila kaki kirinya tersangkut di tangga bergerak itu.
Difahamkan, pihak pengurusan pusat beli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu setelah mendengar jeritan ibu mangsa. Mereka bagaimanapun terpaksa mendapatkan pertolongan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu setelah percubaan mereka gagal.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak pengurusan pusat beli-belah itu kira-kira pukul 11.56 pagi. Sebuah jentera dengan lima anggota telah bergegas ke lokasi, dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu dalam tempoh setengah jam.
Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pakar Damansara untuk rawatan lanjut. – Sumber Bernama
Yang menariknya susulan dari kes kemalangan ini bapa kepada kanak-kanak terbabit mahu menyaman syarikat pengeluar kasut. Berdasarkan maklumat yang diberi dari berita dibawah ini seolah-olah ia berpunca dari kasut jenis getah berjenama terkenal. Mungkinkah Crocs?
Bapa budak tersepit eskalator mungkin saman syarikat kasut
PETALING JAYA 1 Feb. – Sekiranya berlaku kemalangan di pusat beli-belah atau pasar raya, kita sering terbaca keluarga mangsa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik premis yang terlibat berikutan kecuaian.
Namun, dalam kejadian seorang kanak-kanak berusia dua tahun tersepit kaki kiri pada eskalator di Bandar Utama, semalam, keluarganya mungkin mengambil tindakan saman terhadap syarikat pengeluar kasut getah yang dipakai kanak-kanak itu.
Menurut bapa kanak-kanak tersebut, Syed Najib Albar, 44, kasut sandal getah dari jenama terkenal yang dipakai anak bongsunya itu turut dikaitkan dengan punca kemalangan tersebut.
Pengarah eksekutif di sebuah syarikat swasta itu berkata, pakar perubatan yang merawat anak turut mengakui pernah menerima kes hampir sama – kemalangan yang berpunca daripada kasut getah tersebut.
“Selepas anak saya sembuh, saya akan berbincang dengan peguam sama ada perlu untuk mengambil tindakan terhadap kedua-dua pihak iaitu pemilik pasar raya dan syarikat kasut.
“Buat masa ini, biarlah saya tumpukan kepada anak saya,” katanya ketika ditemui Hospital Pakar Damansara di sini hari ini.
Semalam, kanak-kanak malang itu, Abdullah yang baru pulang dari kelas Bahasa Jepun di tingkat satu pasar raya tersebut, tersepit kaki kiri pada eskalator ketika hendak turun ke lobi bersama ibunya, Faezah Datuk Mohd. Amir, 37.
Mangsa yang cuba dibantu oleh orang ramai dan pihak pengurusan pasar raya itu terpaksa menunggu selama sejam sebelum kakinya ditarik sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat.
Berikutan insiden itu, kanak-kanak terbabit patah tiga tulang kaki kiri selain kulitnya terkoyak sehingga memerlukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan kakinya itu.
Syed Najib memberitahu, meskipun trauma dengan kejadian itu, namun anaknya kelihatan stabil selepas diberi ubat penahan sakit.
Katanya, Abdullah dijangka menjalani rawatan di hospital tersebut untuk beberapa hari lagi memandangkan keadaan kakinya yang masih cedera. Sumber Utusan
Berbalik kepada kisah kasut Crocs ni memang pernah terjadi kejadian yang hampir serupa sebelum ini. Walaubagaimanapun menurut sumber yang dipercayai bukan kasut jenis Crocs sahaja malah sebarang kasut yang jenis lembut ataupun mudah lentur memang berbahaya dipakai ketika menggunakan escalator. Aku tengok kasut jenis getah macam tu memang dah banyak dijual sekarang. Tapi tak tahulah samada cengkamannya sehebat Crocs ataupun tidak.
Jika punca kemalangan tu memang dari kasut jenama terkenal kira oklah kalau nak ambil tindakan undang-undang. Tapi kalau setakat Crocs tiruan macam dekat Pasar Borong Pandan tu.. nak ambil tindakan pada siapa?
Sepatu Crocs hina Allah
Kalimah Allah Di Crocs
cikejuMenjadi kegilaan remaja dan pemuda sekarang memakai sandal berjenama Crocs.
Harganya pun agak mahal tak taula dari material dan jenis kulit yang bermutu agaknya menjadikan harganya memang mahal.
Kita dikejutkan dengan penemuan logo lambang buaya yang diterbalikkan menyerupai kalimah Allah samada kebetulan atau sengaja tak pula dipastikan.
Sebagai muslim, haram dan jangan pakailah sandal ni, selain mahal banyak lagi selipar jenama tempatan yang sama mutu dan kualitinya boleh didapati dikedai kasut dan pasar malam. Suci dan selamat ditanggung halal.
Jakim harap pantau dan pastikan jangan Hina Islam. Pemuda Islam akan bangkit kalau tidak ada respon dari pengeluar Crocs.- Hamdan
Peneroka RUGI kerana percayakanTeknoplant
Gaya peneroka
Apabila kita sebut Technoplant tidak ada lain ladang….ladang….ladang…..
Peneroka telah mengamanahkan ladang pada Felda untuk di urus dengan baik dan sempurna seperti yang telah diberitahu sebelum peneroka menyerahkan ladang pada felda..
Antaranya …
- Hanya Felda yang terbaik menguruskan ladang sawit
- Hanya benih sawit Felda yang terbaik untuk ditaman diladang peneroka sehingga sesiapa peneroka taman sendiri yang ingin menyerahkan kembali pada Felda disyaratkan benih yang ditaman itu mesti benih dari Felda barulah mendapat pampasan tanam semula .
Tinjauan dalam blok 8 ,18 dan 1 didapati banyak anak pokok yang tidak berkualiti masih ada,perparitan dan semak yang melampau
- Meracun yang tidak mengikut jadual.
- Perparitan yang tidak sempurna
- Jalan pertanian tidak diselengarakan dengan baik.
- Sulaman tidak dibuat dengan sempurna.
Tiga perkara diatas menyebabkan
- Tuai BTB yang tidak menyeluruh
- Pembajaan yang tidak sampai ke sasaran
Perjanjian rahsia macam perjanjian air, akhirnya rakyat JOHOR RUGI
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar tidak berlagak seperti 'manusia yang serba tahu' sebaliknya harus merujuk kepada semua pihak sebelum membuat sesuatu keputusan melibatkan kepentingan negara. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Najib seharusnya berunding dengan semua pihak termasuk dengan Pakatan Rakyat sebelum menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura. "Datuk Najib sebagai Perdana Menteri tidak boleh berlagak seperti dia malaikat, dan tidak boleh berlagak dia seorang manusia yang serba tahu. Kerajaan sepatutnya merujuk kepada banyak pihak sebelum membuat keputusan penting ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, sebelum perjanjian dibuat dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Kerajaan seharusnya mewujudkan satu jawatankuasa khas parlimen yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik bagi membincangkan perkara ini. "Sepatutnya kerajaan membuat perjanjian dengan Singapura, ia perlu dirunding dengan banyak pihak di Malaysia. Sepatutnya kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas di parlimen yang meliputi pelbagai latar belakang politik untuk kita memberikan input yang baik kepada kerajaan," katanya lagi. Tegasnya juga, PAS bersikap terbuka dengan sebarang tindakan yang bertujuan menyelesaikan perkara-perkara tertunggak di antara Malaysia dengan negara luar, namun ianya harus berpegang kepada prinsip menjaga kedaulatan negara. Penyerahan tanah KTMB kepada syarikat usahasama itu ujarnya bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri sebelum ini. "Kita perlu melihat secara menyeluruh penyelesaian yang dibuat oleh Perdana Menteri kita dengan Singapura. PAS berpendiran terbuka iaitu memang sesuatu penyelesaian itu perlu dibuat oleh kerajan dalam kes tertunggak tapi apa yang penting penyelesaian itu harus berpegang kepada prinsip mempertahankan kedaulatan negara kita. "PAS sangat kecewa apabila kerajaan membuat satu penyelesaian kepada masalah yang berbangkit selama 20 tahun ini dengan tidak merujuk banyak pihak," tegasnya. Justeru katanya, Najib harus membentangkan satu kertas putih di parlimen mengandungi penjelasan terperinci berhubung perjanjian yang telah dibuat dengan Singapura bagi membuktikan kejujuran mereka terhadap rakyat Malaysia. "Perdana Menteri harus membentangkan kertas putih pada sidang parlimen nanti untuk memperlihatkan beliau jujur dalam hal penyelesaian berhubung Tanjung Pagar dengan Singapura. Jadi perlu dibentangkan secara terperinci apa penyelesian hasil perjanjian itu dan sebagainya. "Kalau kerajaan tidak mahu membentangkan kertas putih bermakna kerajaan sebenarnya telah menjual kepentingan negara kita kepada singapura," tegasnya. Beliau juga berkata, keputusan Najib itu sangat membimbangkan kerana sewaktu beliau menjadi anggota kabinet pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau bersetuju menyerahkan dua blok minyak kepada Brunei yang mendatangkan kerugian kepada Malaysia. "Kita sangat ragu dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan seperti usaha Najib sendiri selaku anggota kabinet pada zaman Pak Lah bersetuju menyerahkan dua blok minyak kepada Brunei yang tidak pun menampakkan ada situasi menang-menang, malah merugikan Malaysia," katanya. Kelmarin, Najib dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong bersetuju untuk membangunkan tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, dan memindahkan stesen keretapi itu ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011. Tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. Sebanyak 60 peratus kepentingan dalam Syarikat M-S Pte Ltd akan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sementara bakinya oleh Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura. |
Bukan masalah rugi tetapi kenapa buat perjanjian RAHSIA
Tanah KTMB: Ghani nafi Malaysia rugi | ||
|
Malaysia juga mendapat ganti kepada 271 hektar tanah KTMB yang berselerakan di republik berkenaan dengan dua bidang tanah di kawasan Marina South dan Ophir-Rochor yang sama nilainya dengan keseluruhan tanah KTMB itu.
"Rakyat perlu faham, KTMB tetap perlu keluar dari Tanjung Pagar, seperti yang dipersetujui pemimpin kedua negara dalam intipati perjanjian pada 1990, berdasarkan Perjanjian 1918.
"Bagaimanapun, melalui perjanjian yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, kita keluar dari Tanjung Pagar dan memperoleh tanah baru yang dikelilingi pembangunan bertaraf antarabangsa," katanya pada persidangan akhbar di kediaman rasminya di Johor Baharu.
Ini men
Malaysia dan Singapura juga akan meningkatkan kerjasama di dalam pelaburan dan pembangunan di mana kedua bidang tanah itu akan dibangunkan syarikat dari kedua-dua negara MS PTE LTD iaitu usaha sama antara Khazanah Nasional dan Temasek Holdings.
Johor sendiri akan mendapat keuntungan daripada perjanjian tersebut apabila kedua-dua buah negara bersetuju untuk menyediakan Sistem Pengangkutan Deras (RTS) secara usaha sama yang akan menghubungkan sebuah stesen baru di Tanjung Puteri, Johor dengan stesen terakhir Transit Aliran Ringan (MRT) Singapura di Stesen Republik.
"Apabila RTS mula beroperasi pada 2018, KTMB akan keluar dari Singapura dan kita (kerajaan Johor) sudah mengenal pasti lokasi stesen baru KTMB di negeri ini iaitu di kawasan seluas 80 hektar di Kempas, lapan kilometer dari pusat bandar raya," kata Abdul Ghani.
Persetujuan juga dicapai dalam rundingan semasa pemukiman para pemimpin di Shangri-La Hotel itu Isnin lalu bagi kerjasama di antara Khazanah Nasional dan Temasek Holding dalam pembangunan Bandar Kesihatan di sebidang tanah seluas 200 hektar di Iskandar Malaysia.
Ini adalah sesuatu yang mampu membantu menarik pelaburan luar yang besar ke Iskandar Malaysia.
Ditanya sama ada rundingan perjanjian itu turut menyentuh pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor, Abdul Ghani berkata ia tidak disentuh langsung antara kedua-dua negara.
Mengenai pemulangan semua aset Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura di Loji Skudai serta Empangan Gunung Pulai, Abdul Ghani berkata ia bukan balasan kepada rundingan tersebut tetapi mengikut perjanjian air 60 tahun lalu dan ia berlaku secara kebetulan serentak dengan rundingan berkenaan.
Aset yang masih beroperasi dengan baik itu nanti akan diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara kerana ia adalah milik rakyat, katanya.
- Bernama
Bro Anwar seru raih sokongan Melayu
'PKR kurang mesra Melayu' | |||
|
Bagaimanapun, tambahnya, gabungan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - tidak perlu mengambil langkah drastik bagi mendapatkan kembali sokongan Melayu, sebaliknya hanya memerlukan sedikit "penyelarasan".
"Itu jelas 'memori jangka pendek', sebab pada tahun 1999 orang Umno boleh berubah kerana maklumat itu sampai. Sekarang kita tengok kelemahan kita sebab maklumat tak sampai," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Anwar berkata pihaknya tidak perlu lagi menghabiskan masa dengan mendakwa bahawa pilihan raya di Malaysia dicemari rasuah dan tekanan daripada Umno sebab "itu sudah diketahui".
Menyentuh soal 'kemerosotan' undi Melayu di Hulu Selangor pada 25 April lalu apabila PKR tewas kepada BN, Anwar berkata keputusan itu tidak terlalu membimbangkan.
"Kalau itu keputusan pilihan raya kecil, dalam pilihanraya umum kita menang," katanya yakin.
Pekerjaan, ekonomi, 'maruah sebagai umat'
Beliau menambah, kecuali di dua kawasan Felda - Sungai Buaya dan Sungai Tengi - undi Melayu secara keseluruhannya meningkat.
Corak yang sama menurutnya turut dikenalpasti dalam pilihan raya kecil Sibu pada 16 Mei apabila undi Melayu/Melanau meningkat daripada 13 peratus kepada 35 peratus dalam tempoh berkempen dua minggu sahaja.
"Kita tertumpu pada bandar pinggir dan bandar isu yang disenangi oleh orang bandar. Kita harus tahu juga ada isu desa yang harus diketengahkan," katanya.
Tambahnya, isu tersebut antaranya soal peluang pekerjaan, ekonomi dan "maruah sebagai umat" yang perlu ditangani.
Sementara itu, menyentuh hasrat Pakatan menembusi Sabah dan Sarawak, Anwar berkata kemenangan di Sibu membuka langkah yang besar kepada gabungan pembankang di kedua buah negeri itu.
"Sekarang menjadi tugas timbalan perdana menteri turun padang, perdana menteri turun tiga, empat hari. Ini mesej bahawa mereka (BN) hilang sokongan dan (terpaksa) guna pelbagai helah dan ancaman untuk mendapatkan kerusi.
Peluang: Saya tidak tahu
"Kita sudah melangkah dengan besar di Sibu. Jadi, kita kena kerja kuat," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
Anwar berkata, sepanjang lebih seminggu berkempen di negeri Kenyalang baru-baru ini, beliau melihat pemimpin Pakatan di peringkat negeri daripada parti yang berbeza bekerjasama dengan baik mengetengahkan isu-isu tempatan.
"Saya bukan maksudkan (pemimpin kanan Pakatan) Ustaz (Datuk Seri) Hadi (Awang), Lim Kit Siang dan (Datuk Seri) Wan Azizah (Ismail), saya cakap tentang (pemimpin) peringkat negeri," katanya.
Enggan memberitahu sasaran kerusi yang diletakkan di negeri itu, Anwar juga kelihatan tidak mahu bercakap banyak tentang peluangnya kali ini.
"Saya tak tahu. Tetapi kita lihat orang Iban, Melayu/Melanau dan Cina kita ada anjakan besar. Lagi pun sepanjang perjalanan politik saya, saya tak beritahu berapa kerusi yang akan diperoleh.
"Dekat dengan pilihan raya nanti saya beritahulah, walaupun kamu semua tak percaya apa yang saya katakan pada 2008," katanya sambil ketawa.