Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Selasa, 28 Disember 2010

Satu hari di pasca merdeka



Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah.

Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang.

Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri...

"Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang.

"Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi.

"La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "

Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga.

" T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia.

Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu.

"Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang.

Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak.

"Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia.

"Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh.

Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll.

Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu.

"Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya.

"Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. "

"Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah.

"Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona.

"Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia.

Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab.

"Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti.

"Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq.

"Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia.

"Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti.

"Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang.

"Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah.

Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja.

"Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang.

"Dah" jawab Cik Kiah.

"Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi.

"Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang.

"Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang.

La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa

Nik Aziz meninggal berita palsu (klik)


Blog penipu besar

Astagfirullah, ana terkejut dan berderau darah bila dapat telefon dari Abg Zainal dari Bandar Renggam nak mintak kepastian betulkah Nik Aziz meninggal...

Tak dapat pulak maklumat, kalau ada benda tergempar seperti kematian pimpinan PAS mesti keluar berita...tetapi senyap.

Ini mesti blogger UmnoBN buat kerje, mesti belum dapat elaun bulan disember, al-maklum banyak nak keluar belanja anak sekolah, sebabtu kena buat kerje gempak, biar nampak buat kerje hingga sanggup menipu berita tahun 2009...(Klik tajuk)

Al Fatihah : Nik Aziz Meninggal Dunia


Berita Ringkas


Al Fatihah...

Dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali

Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat telah kembali menemui Allah yang maha pencipta.

Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan kuburnya dipermudahkan serta rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya.

Sumber Berita : Utusan Online, sila klik di sini

10 perkara dalam buku jingga


Buku Jingga mengariskan beberapa perkara antaranya:

1. Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan memperkenal imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Kelapa buat pening kepala

SANTAN PULAK NAIK HARGA


Kelapa dikatakan berkurangan di Terengganu yang banyak mempunyai pokok kelapa, menyebabkan harga santan segar kini meningkat pada harga RM9 sekilo berbanding RM6 sekilo bulan lalu.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu, Hasan Jusoh berkata antara punca kekurangan kelapa ialah pekebun lebih banyak menjual kelapa muda kerana harganya lebih tinggi.

Beliau berkata harga runcit kelapa muda sekarang ialah RM2.50 sebiji sementara di peringkat ladang antara RM1.00 hingga RM1.50 sebiji.

Harga kelapa tua ialah 70 sen sebiji.

Beliau berkata kekurangan kelapa turut berlaku di negeri lain.

"Sehubungan kekurangan ini, kami sedang cuba mendapatkan bekalan kelapa dari pengimport untuk mengatasi masalah yang dihadapi," katanya.

Isnin, 27 Disember 2010

Pendaftaran PASTI Seri impian


Klik borang, cetak, isikan dan bawa untuk pendaftaran

Kluang : Hari ini bermula pendaftaran murid ke PASTI Seri Impian, 352, Jalan 1/8,Taman Seri Impian, Kluang (Taman berdekatan Hospital Baru Kluang dan SMK Jalan Kota Tinggi) Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4, 5 dan 6 tahun bolehlah mendaftar sekarang kerana tempat terhad.

Pendaftaran murid PASTI akan dibuka sepanjang hari mulai hari ini sehingga bermula sesi persekolahan pada 3 Jan 2010. Bawa salinan sijil kelahiran. Sesi pagi untuk murid 5 dan 6 tahun manakala sesi petang untuk 4 tahun. Kemusykilan sila hubungi 013-7185278 Pengurus atau 012-6674530. Jom mendaftar sekarang...

Ahad, 26 Disember 2010

Sinaran lazer (bukti penyokong Malaysia main kotor)?

Karena Laser, Wasit Hentikan Final Piala AFF 2010


Suporter Malaysia ketahuan menyorotkan laser ke pemain Indonesia dalam laga final Piala AFF 2010


REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR--Wasit Toma Masaaki menghentikan pertandingan final Piala AFF di menit 54 karena gangguan sinar laser oleh pendukung Tim Nasional Malaysia ke pemain Indonesia.

Kejadian bermula ketika Malaysia ingin mengadakan tendangan bebas di dekat gawang Indonesia. Belum sempat ditendang, penjaga gawang Markus Horison kembali protes karena matanya terus disinari laser.

Markus memprotes pada wasit. Begitu juga Pelatih Tim Nasional Indonesia, Alfred Riedl. Wasit Masaaki yang melihat laser akhirnya mengambil keputusan untuk menghentikan pertandingan sejenak.

Pertandingan masih dihentikan, sementara pendukung Malaysia malah melempar petasan ke lapangan. Sementara suporter Indoensia memberikan jempol ke bawah ke suporter Malaysia.

Labis tidak kurang tokoh anak tempatan

Calon Pas Tenang: saya bukan orangnya





Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Mazlan Aliman berkata, parti itu akan memilih anak tempatan sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang akan diadakan akhir bulan depan.

Oleh itu, Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor meminta pihak supaya menghentikan spekulasi bahawa beliau akan dipilih untuk memikul cabaran itu.

“Ingin saya tegaskan bahawa keutamaan kita adalah anak tempatan dan kita tidak kekurangan anak tempatan di Labis.
“Seperti biasa kita akan terima senarai nama dari peringkat cawangan untuk diangkat kepada negeri kemudian dibawa ke pusat untuk dimuktamadkan,” katanya.

Tambah Mazlan, mengenai soal calon adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk membuat keputusan muktamad.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) berkata walaupun DUN Tenang mempunyai kawasan Felda tidak semestinya beliau akan terpilih kerana masih ramai calon anak tempatan yang berwibawa di kawasan itu.

“Saya asal Batu Pahat, saya bukan anak tempatan, kita punyai ramai anak tempatan yang berwibawa di sana (Labis).

“Tidak semestinya apabila ada Felda, saya akan terpilih. Kita ada anak tempatan yang lebih berwibawa.

“Jadi mengenai soal calon kita serah kepada pusat sahaja untuk buat keputusan. Yang lain-lain saya tidak mahu komen,” katanya.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa Mazlan akan terpilih menjadi calon PAS mewakili Pakatan Rakyat yang akan menentang calon Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Fitnah menjelang PRK



Kalau anda nak berkenalan.. inilah rupa makhluk pemfitnah yang mengelarkan dirinya 'PAPA GOMOL' ...


Sorang lagi pelakun lagak saidi... Kereta ini dipinjam dari bengkel untuk diambil gambar dan kemudiannya mereka mengatakan ada orang yang cuba membunuh dengan merempuh keretanya. Tapi tak ada buat laporan polis pun... Kah..kah..kah..kah...

Fitnah terbesar (yang dah terkantoi) oleh blogger umno abad ini. Anda semua mungkin telah mendengar fitnah berkenaan ADUN Selising yang dipelopori olah blogger UMNO iaitu Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin. Hari ini segala fitnahnya telah terbongkar. Nak tahu cerita sebenarnya sila klik di SINI. Kah..kah..kah..kah..

Mungkih diorang tak dengar nasihat dari Mufti kesayangan diorang agaknya... kah..kah..kah.... ermmmm... berapa upah yang diorang dapat ekkkk... untuk buat fitnah nih...

Orang kalau kena tetak mesti cedera beb.. ini kesan luka pun tarak...., kereta eksiden teruk... cermin depan dan tingkap pecah... sikit sebanyak mesri ada luka bla..bla..bla..., ini apa pun tarak... kalau bagi pompuan bogel depan dia mesti boleh terkam punya dengan penuh bersemangat... tak ingat dah sakit cedera kena tetak dan eksiden kereta.... kah..kah..kah...

Mana mau letak muka wooiiiiii.... jangan lu orang (pemfitnah) kena langar dengan kereta pulak.... mampus katak jer.... kah..kah..kah....

Cadangkan PAS dan Adun Selising anjurkan Solat Hajat beramai-ramai di Stadium Kota Bahru, mengelakkan fitnah nih... dan doakan supaya pecah perut... macam dolu-dolu tu... muakakakakahhhhh... agak2 pucat tak muka pemfitnah nih... hahahha..

Pemberian bonus Felda tidak adil


Selamat datang ke Felda Tenang


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Tindakan Felda yang enggan membayar bonus insentif kepada peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka disifatkan sebagai tidak adil.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan membezakan peneroka yang mengurus kebun sendiri dengan mereka yang mengikuti program tanam semula Felda itu tidak wajar.

Ini kerana peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka juga menghantar hasil mereka ke kilang Felda.

"Saya ingin mempersoal proses pengagihan insentif hasil ini. Memang insentif hasil ini diberi tiap-tiap tahun berdasarkan jumlah tan hasil yang dikeluarkan dan dihantar ke kilang Felda.

"Tetapi yang menjadi persoalan utama ialah insentif itu berdasarkan sama ada mereka mengikut Felda atau pun tidak.

hasil ke kilang felda

"Sedangkan mereka yang tak ikut Felda pun menghantar hasil ke kilang Felda. Jadi kalau peneroka yang tidak bersama Felda dianaktirikan dalam pemberian insentif itu tidak betul sebab mereka bukan menjual di kilang swasta tapi mereka jual di kilang Felda," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka didapati memperoleh hasil yang lebih tinggi daripada mereka yang mengikuti program tanam semula Felda.

"Mereka yang tanam sendiri mendapat perolehan hasil lebih besar daripada yang ikut Felda. Sepatutnya tak timbul diskriminasi samaada ikut Felda atau tidak," katanya.

Perdana Menteri semalam mengumumkan seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan.

insentif jumlah tan

"Saya lebih gemar menggunakan kaedah pemberian insentif berdasarkan jumlah tan.Kalau jumlah tan mereka tinggi, dapat tinggi dan kalau rendah dapat rendah.

"Saya tak setuju kalau mereka yang tak capai piawaian tak dapat langsung. Peneroka kena dapat hak mereka walaupun sedikit," katanya lagi.

Sementara itu, beliau mempersoal pemberian bonus insentif itu yang tidak jauh berbeza dengan tahun-tahun lepas sedangkan harga komoditi sawit dan getah semakin meningkat.

Menurutnya, pemberian itu haruslah diberi berdasarkan harga komoditi semasa.

umpan

Selain itu katanya, pemberian bonus insentif ini katanya tidak lebih dari umpan kepada peneroka Felda pada pilihan raya kecil Dun Tenang akhir Januari ini.

"Pemberian bonus ini bukan berita baru tapi diberiakan setiap tahun iaitu sebelum hari raya dan akhir tahun.

"Jadi kalau ini nak dijadikan umpan pilihan raya di Tenang, ini tidak relevan kerana pemberian ini dibuat setiap tahun," katanya.

Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada peneroka tanah rancangannya di seluruh negara berjumlah RM100,916,600.

Ianya sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda

Tahniah pasukan Malaysia


Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Indonesia 3-0


KUALA LUMPUR: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, selepas wisel dibunyikan tanda tamat permainan malam ini.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.

Kempen 8 hari, NGO 1Msia kami tak takut -PAS

NONESPR juga menetapkan 22 Januari ini sebagai hari penamaan calon, dengan lapan hari berkempen.

Dzulkefly berpendapat SPR membuat keputusan tersebut berasaskan rangka masa dua faktor penting.

Pertama, katanya, Umno mahu memudahkan pengundi Cina supaya mereka tidak perlu pulang dua kali - untuk pilihan raya kecil DUN Tenang dan untuk menyambut Tahun Baru Cina.

"Kedua, mereka perlukan waktu tambahan untuk membuat persediaan menghadapi pilihan raya kecil tersebut," katanya.

Ia mendakwa bahawa BN dapat merasakan bahawa pilihan raya kecil itu sengit dan tidak mahu majoriti mereka berkurangan.

Dalam pilihan umum 2004, ADUN Tenang dari BN, Sulaiman Taha menang dengan majoriti 5,517 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum 2008, majoriti tersebut jatuh secara drastik kepada 2,492 undi.

Dzulkefly berkata, jika PAS tidak boleh memenangi pilihan raya kecil ini, ianya merupakan satu tamparan kepada parti itu.

Sebaliknya, kata beliau, sekiranya undi majoriti dapat dikurangkan, maka ia juga merupakan satu tamparan kepada BN.

'Kami tak takut NGO 1Malaysia'

Ditanya sama ada NGO 1Malaysia yang muncul sewaktu kempen pemilihan kecil Galas, akan muncul semula di Tenang untuk merayu undi kaum Cina, Dzulkefly berkata, mereka akan menghadapinya dengan pelan pembaharuan 100 hari Pakatan Rakyat.

Dia juga mengecam slogan 1Malaysia yang menurutnya hanya satu slogan kosong.

"Kami tak takut dengan '1 Malaysia'," katanya.

Nahas feri di mersing,3 maut


Tiga maut, dua lagi masih hilang apabila feri yang membawa 29 penumpang karam ketika dalam perjalanan dari Pulau Sibu ke Terminal Feri Tanjung Leman di Mersing Johor.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff kejadian itu berlaku pada 1.30 tengahari tadi.

- Bernama

Logo dipertikai

Pendafaraan petugas PRK Tenang


Labis : Kami bergotong royong membersihkan balai Islam Muhammadi (gambar) di kampung Air Panas untuk dijadikan bilik gerakan. Bermula 2.30 petang, semak samun setinggi dada dah dipotong, ruang balai yang banyak tikus sudah disapu dan dimop, bilik air banyak najis kelawar dah dicuci. Beginilah nasib markaz kita bila lama dah tak diguna...sedih...

Dah bersih baru ramai yang datang termasuk pimpinan. Taklimat PRK dan serahan tugasan UPU. Petang tu juga ana dan YDP PAS Sembrong menjenguk rumah yang menjadi bilik gerakan kami di Tenang bersama sahabat dari kawasan Segamat. Alhamdulillah tepi jalan besar dan sebelahnya ada restoran. Lapar, pekena nasi goreng kampung, al-maklum di balai islam tadi tak ada warung dan makan minum pula tak disediakan. Lapar! Ini tak menjadi pasal kepada pejuang untuk mengeluh...takbir.

Maka menangislah syaitan

MERIAH: Gambar sekitar 'Majlis Kahwin Perdana 2010' anjuran kerajaan Negeri Kelantan

















(Wang tunai sebanyak RM500 daripada pihak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan pemberian wang dinar (RM700) dan wang tunai RM500 untuk setiap pasangan.)




(YAB Tuan Guru sedang menikahkan pasangan pertama)
























Ribuan saksikan Kahwin Perdana 100 pasangan

PENGKALAN CHEPA, 25.Dis – Buat julung kalinya melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan berjaya diadakan hari ini dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang.

Bermula dengan solat hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesihatan Wan Ubaidah Omar ketika menyampaikan ucapan aluan berkata program sebegini adalah membuktikan keperihatinan kerajaan kepada rakyat terutamanya kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Melalui Perkahwinan secara beramai-ramai ini juga boleh menjimatkan belanja keluarga dan sebagai tanda keprihatinan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 ribu bagi menjayakan program di samping penyediaan Mas Kahwin 1 Dinnar,Wang Tunai RM 500 dan senaskah Al-Quran.

Beliau juga berkata ia bagi menggalakkan perkahwinan di kalangan anak muda dan sekali gus dapat membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni di negeri ini.

“Dengan terbinanya ikatan perkahwinan ini, diharapkan anak muda akan lebih terurus dan bermatlamat selari dengan tanggungjawab masing-masing”ujar beliau.

Sementara itu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan Khutbah Nikah secara serentak berkata ikatan perkahwinan ini adalah merupakan satu amanah dan ia tidak boleh dikhianati oleh pasangan yang berkahwin.

“Saya amat gembira bila melihat anak-anak muda sanggup berkahwin dan ini dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama kita dna diharapkan kedua-dua pihak dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri yang penuh bertakwa kepada Allah”kata beliau.

Nik Abdul Aziz juga berkata di zaman yang penuh dengan gejala sosial ini, kerajaan amat berharap agar ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak yang sudan matang untuk mendirikan rumahtangga dan mereka ini akan lebih bertanggungjawab apabila mempunyai suami maupun isteri.

Majlis diserikan lagi dengan jamuan pengantin yang turut disertai oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri dan pimpinan kerajaan negeri. -gegarkelantan

Sabtu, 25 Disember 2010

Yakin Tawan

pasPAS Johor yakin boleh tawan DUN Tenang


JOHOR BAHRU: PAS Johor yakin dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil (PRK) nanti, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata keyakinan ini berdasarkan trend semakin ramai pengundi memilih parti itu sejak pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Jumlah undi yang diperoleh calon PAS Mohd Saim Siran meningkat dari 2,138 undi pada PRU-11 kepada 3,875 undi pada PRU-12 yang lalu, jadi kita yakin mampu menawan Tenang pada PRK kali ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Komposisi pengundi di N.05 Tenang ialah 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India.

Keadaan itu hampir serupa dengan komposisi pengundi di dua kerusi yang dimenangi PAS pada PRU-12 yang lalu iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai Abong, tambah beliau.

"Mengambil senario pengundi Cina masih bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat, maka fokus gerak kerja PAS adalah untuk meningkatkan undi daripada pengundi Melayu dan India," kata Dzulkefly.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha, 59 akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur Jumaat lepas.

tambah adun

Dzulkefly berkata bagaimanapun kemenangan PAS nanti tidak akan menjejaskan kekuasaan BN di Johor, namun ia akan menambah suara pembangkang di DUN kepada tujuh yang ada, dua PAS dan empat DAP.

Ini katanya, akan mewujudkan konsep keseimbangan yang berkesan agar setiap keputusan yang dibuat kerajaan negeri, akan sentiasa memberikan kesan yang baik dan menguntungkan rakyat.

Beliau berkata isu yang akan dibangkitkan PAS pada PRK itu antaranya rasuah, kelemahan urus tadbir negeri dan peningkatan jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajan pusat.

Mengenai calon, Dzulkefly berkata lima individu telah disenarai pendek untuk kelulusan PAS Pusat.

Calon itu mestilah mempunyai faktor-faktor boleh menang seperti diterima penduduk dan pengundi, memahami suasana dan masalah rakyat dan berpendidikan di samping komited untuk berkhidmat kepada penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

- Bernama

Calon anak Johor jadi pilihan?

DUN Tenang: PAS halusi empat nama, Umno pula tujuh

KUALA LUMPUR, 24 Dis – PAS dan Umno Labis telah mempunyai senarai calon untuk dipertimbangkan – yang bakal memikul cabaran pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor yang akan diadakan akhir bulan depan.

PAS telah menyenarai pendek empat nama untuk mewakilan Pakatan Rakyat manakala Umno seramai tujuh nama untuk mewakili Barisan Nasional (BN) yang akan diserahkan kepada kepimpinan tertinggi parti masing-masing untuk membuat keputusan.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008.

DUN Tenang, salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis yang berjirankan kerusi Parlimen Pagoh yang bersempadankan kawasan Parlimen Pagoh di sebelah barat, Parlimen Sekijang di utara dan negeri Pahang di sebelah timur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Menurut Yang Dipertua PAS kawasan Labis, Mohd Salleh Abdullah, pihaknya akan mengemukakan empat nama kepada PAS Johor sebelum dibawa ke PAS pusat untuk memilih siapa yang layak untuk mewakili Pakatan Rakyat.

“Soal calon saya tidak boleh nak cakap kerana saya tiada kuasa, tapi apa yang boleh saya katakan empat nama telah disenarai pendek untuk diserahkan kepada PAS negeri sebelum dibawa ke PAS pusat untuk buat keputusan.

“Calon-calon yang kita kemukakan ini adalah berwibawa, semuanya adalah anak jadi Johor,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ketika ditanya sama ada ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Mazlan Aliman turut disenaraipendekkan, Mohd Salleh bagaimanapun enggan menjawab soalan itu.

“Itu saya tidak boleh jawab, biarlah ia menjadi rahsia, mungkin ada dan mungkin tidak,” katanya.

Mohd Salleh juga berkata persiapan rapi telah dibuat dan beliau yakin Pakatan Rakyat akan merampas DUN Tenang sekiranya Umno-BN menggunakan cara yang adil sepanjang kempen pilihan raya kecil berjalan.

“Mengenai persiapan memang kita telah laksanakan dengan baik, jentera kita juga sudah diperkemaskan. Kita sedang kerajaan Johor kini di bawah Umno-BN tapi bagaimanapun peluang untuk menang itu memang ada.

“Kita boleh menang sekiranya tidak berlaku provokasi dan penipuan, kalau berlaku juga memang kita akan kalah.

“Di sini (Tenang) kita telah agihkan kerja yang mana PAS memberikan fokus kepada orang Melayu manakala PKR dan DAP fokus kepada orang Cina dan orang India. Kita akan bergerak bersama-sama,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan menggunakan pelbagai kaedah dan strategi yang boleh mendapatkan sokongan pengundi di DUN Tenang.

“Mengenai isu Felda pula kita akan bekerjasama dengan Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) untuk mendekati warga peneroka.

“Bagi kempen pilihan raya pula kita akan beri fokus kepada isu-isu semasa termasuk kenaikan harga barang.

“Untuk mencapai kemenangan kita akan gunakan kaedah yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Umno Labis Abd Razak Abd Rashid berkata, calon yang akan mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu adalah anak tempatan Labis.

“Calon kita memang anak tempatan, kita dah senarai pendek tujuh nama untuk diserahkan kepada Badan Perhubungan Umno Johor sebelum dibawa ke Umno pusat untuk buat keputusan.

“Kita, Umno-BN sedia untuk menghadapi serangan daripada pembangkang dan mempertahankan kerusi ini,” katanya.

Beliau yakin Umno-BN yang kini dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan mempertahankan kerusi DUN Tenang daripada dirampas Pakatan Rakyat.

“Persediaan awal memang kita sudah buat dan kita yakin mempertahankan kerusi DUN Tenang ini.

“Cuma apa yang kita bimbangkan adalah jumlah majoriti itu kerana sebelum ini pada pilihan raya umum 2004 kita menang dengan 5,517 majoriti, pada pilihan raya umum 2008 pula kita menang dengan hanya majoriti 2,492 undi. Ini yang kita bimbang.

“Bagi saya menang tetap menang cuma yang membimbangkan adalah jumlah majoriti itu kerana sebelum ini kita kalah tiga peti undi, yang lain menang lagipun kita ada peti undi di Felda,” katanya.

Mengumumkan tarikh pilihan raya kecil ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07%).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

22 Januari Penamaan Calon, 30hb hari mengundi

ec announces no by election will be held in perak 030209 spr  chairman 02Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan.

Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan, (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Menurut Abdul Aziz (kanan), seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

Abdul Aziz berkata, sebanyak 376 petugas telah dilantik sepanjang lapan hari tempoh berkempen. Manakala seorang pengurus pilihan raya dan tiga penolongnya daripada Majlis Daerah Labis turut dilantik.

'Dengar nasihat, patuh arahan'

SPR menubuhkan tiga pasukan penguatkuas kempen pilihan raya untuk mengurus perjalanan pilihan raya dan mengawal kempen.

Pilihan raya itu juga akan menggunakan tiga dewan dan sembilan buah sekolah sebagai tempat pengundian yang melibatkan 32 saluran mengundi.

azlanKatanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Sementara itu, Abdul Aziz turut mengambil kesempatan mengingatkan majikan supaya memberi kebenaran kepada pekerja mereka bagi keluar mengundi.

"Mungkin ada daripada pihak swasta yang bekerja pada hari pilihan raya. Oleh itu, majikan mesti memberikan kebenaran kepada pekerja mereka untuk keluar mengundi. Jika tidak mereka boleh dihukum melalui akta pilihan raya.

"Saya juga akan menulis surat kepada ketua setiausaha sumber manusia supaya jangan menghalang pengundi keluar mengundi," katanya lagi.

Surat tak boleh pakai

Dr Aziz Bari : Nazri Selindung Kebenaran




Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz cuba lari dari menjawab persoalan asas kenapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa memberikan beliau peluang untuk membela diri bersabit isu Apco.

Pensyarah Undang-Undang Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Nazri tiba-tiba muncul dengan dua surat penjelasan daripada Apco bersabit isu itu tidak boleh dijadikan alasan menafikan Ketua Pembangkang itu hak membela diri.

Aziz berkata maklumat daripada syarkat pro-Zionis itu menafikan ia terbabit dalam slogan One Israel bukan benda baru.

sama

"Surat yang dihantar oleh Apco dan didedahkan oleh Nazri sama sahaja, (kerana) sebelum ini kita diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Apco dan 1Malaysia merupakan idea beliau dan bukannya daripada luar.

"Yang kita hendak dengar sekarang ialah bukti secara terbuka dan telus dari Ketua Pembangkang bahawa dia ada bukti Apco ada hubungan dengan rejim Yahudi, dan ini yang (beliau) tidak diberikan kesempatan dan peluang... dan terus digantung (enam bulan).

"Perkara ini yang perlu diberi perhatian oleh pihak BN dan bukan soal surat Apco, atau soal itu dan ini. Pada saya, ini tidak sedikit menjejaskan atau menjawab soal Ketua Pembangkang di Parlimen," kata Aziz Bari.

Aziz berkata Nazri dan Ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim yang menganggotai jawatankuasa itu memberikan pelbagai alasan menghalalkan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan tanpa dipanggil untuk membela diri.

surat nafi tak berguna

Namun akibat dicemuh oleh rakyat, Nazri kini tampil secara tiba-tiba mengumumkan bahawa Apco telah memberikan surat yang kononnya membuktikan Anwar berbohong kepada Parlimen.
"Surat itu tidak berguna kerana ianya datang daripada pihak yang dituduh , jadi kerajaan boleh kata apa sahaja untuk melepas diri dan menunjukkan mereka betul," kata Aziz.

Nazri semalam mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.

Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan, Tiga ahli parlimen lain iaitu Karpal Singh, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali turut digantung enam bulan bersabit isu sama.

Anwar sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengemukkan dokumen dan keterangan bersabit hubung kait Apco dan slogan IMalaysia.

Beliau turut mengaitkan syarikat pro Zionis itu kepada rejim Tel Aviv yang menggubal slogan One Israel dalam tahun 90an.

Bagaimanapun Jawatankuasa Hak dan Parlimen terus menghukum Anwar tanpa memanggilnya untuk member keterangan. Barisan Nasional kemudian menggunakan kelebihan majoriti di Parlimen untuk memperakukan hukuman itu.

Kisah : Cuma itu yang saya lakukan


Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama
sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima..
Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan
anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material, mereka
memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah
disiapkan.

ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya
sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan
thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan
Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya
Allah".

Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu,
lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi
berwarna
hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia
terdiam.
Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh
anaknya....

Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah
ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak
mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia
mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang
lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki
Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak
yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya.
Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap
rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala
kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang
sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan
menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali
membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak
kepadanya. Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali
dibutakan didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan
symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat
Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun
berikutnya. Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di
Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.

Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu
berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis
fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan
Ka'bah.. Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu
normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga
mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya,
sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk
dalam dirinya.. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim
ulama, yang dapat membantu permasalahannya.

Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal
kerana kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa
kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia
pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu
mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu
menelefonnya.Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah
kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi
tersebut.

perbuatan masa lalu

Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon
ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah
suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali,
mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa
lalu,

sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap
terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda
harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah
senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian
dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi
ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah
menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat
di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya.
"Oh, bagus...... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong
ulama itu.

"Tapi saya mencari wang
sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara
saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia
tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

"Disana......." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana
tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang
menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya
perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan
mereka.."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah.
"Astagfirullah......."betapa tega wanita itu
menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan
anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting.
Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.

Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam
masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh
dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?"
tanya ulama terperanjat.

"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa
banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada
tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan?
"tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga
melakukan tugas memandikan orang mati."

"Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya
memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir."
"Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud
menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas
sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan
tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan
benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."

mulutnya

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya
memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan
lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti
terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya
dalam-dalam.

Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu
seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu
dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar
pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak
marah.

"Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah.....!!! Saya tidak dapat
bantu anda.
Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui
perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang
manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega,
begitu keji. Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan
sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun
kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."

Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian
ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia
mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah
telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah
akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang
kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi
keluarga Hasan di Mesir.

Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan
khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah
meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu
terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan
?". tanya ulama itu.

Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari
kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan
adalah peristiwa penguburan Sarah.

Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin
Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali
mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali.
Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu
berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah
yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.

Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang
menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh
terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan
perbuatan si mayat.

Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan
mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan
sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali.
Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan
saja
tergeletak di hamparan tanah kering kerontang..

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak
tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur.
Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di
tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang
laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang
Mesir.

Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya
yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata
padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.

Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu
akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan
kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke
belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk,
kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi
pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi
dengan jenazah ibunya.

api

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan,
melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti
seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari
arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan
langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian
yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh
wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana
terbakar.

Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan
Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan
meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah
dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan,
apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu
meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun
dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan
hilang.

Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama
itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa,
semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan
ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun
perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh
Allah SWT.

Semoga kisah nyata dari Mesir ini bisa menjadi pelajaran bagi kita
semua.

Khamis, 23 Disember 2010

Peperiksaan Darjah Khas Johor


Hari ini hari terakhir peperiksaan Darjah Khas Sekolah Igama Kerajaan Johor. Buat yang terbaik semoga lulus cemerlang. Malam tadi majlis kuliah bulanan dan majlis doa semoga anak Sdr Kornain yang sedang mengambil peperiksaan di SMA Bandar Tenggara dapat keputusan yang baik.

Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Pengajian peringkat Darjah Khas Agama di Johor disediakan kepada lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Ia adalah saluran untuk memberikan pendidikan agama lanjutan yang secukupnya kepada golongan remaja Islam menjelang pencapaian usia baligh. Bahasa pengantar yang diguankan ialah Bahasa Melayu agar mudah difahami. Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia adalah pelengkap kepada program pendidikan agama di peringkat menengah yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor.

Selasa, 21 Disember 2010

Kemalangan bas ini akibat perbuatan orang gila?


Tangkap saja pemilik syarikan Towing
Kemalangan bas ini akibat

perbuatan orang gila?

OLEH: JR

Tengahari tadi saya masukkan posting dalam blog saya JR Shoppe (http://mycuteshoppe.blogspot.com) mengenai kenyataan Ketua Pengarah IKIM bahawa 10% atau 3 juta rakyat Malaysia ada masalah mental. Ketika menulis, saya belum mendengar kemalangan dahsyat di km 15, Jalan Simpang Kulai-Cameroon Highland lewat tengahari tadi yang menyebabkan 28 penumpang yang kebanyakannya rakyat Thailand terbunuh.

Dan baru sebentar tadi dalam siaran berita Buletin Utama TV3, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menyatakan Kementeriannya sedang menyiasat punca kemalangan itu berlaku, termasuk kemungkinan ada unsur pengkhianatan. Unsur pengkhianatan yang dimaksudkan Menteri tersebut ialah kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggung jawab mencurah petrol ke atas jalanraya bagi mewujudkan kemalangan.

suka kemalangan

Mengapa ada manusia yang suka melihat kemalangan berlaku, suka melihat ada yang meninggal dunia dan cedera? Mereka yang melakukan perbuatan tak bermoral itu kononnya daripada pihak syarikat penunda dan bengkel kereta yang mendapat 'durian runtuh' apabila kemalangan berlaku. Semakin banyak kemalangan berlaku, mereka makin seronok kerana banyak wang mengalir masuk ke dalam akaun mereka. Bila kemalangan jalan kurang berlaku, mereka susah hati kerana tidak banyak wang yang masuk..Justru mereka terpaksa 'mewujudkan kemalangan' dengan mencurahkan minyak (dan juga paku) ke atas jalan. Mereka tidak peduli ada yang mati atau cedera, yang penting wang masuk poket!!

Jika apa yang dikatakan Pak Menteri berkenaan benar, ada orang yang demi duit sanggup mencurah petrol atas jalan, maka orang itu memang benar-benar gila! Hanya orang gila yang sanggup buat apa saja demi wang termasuk membunuh dan mencederakan orang yang tak bersalah. Justru, kenyataan Ketua Pengarah IKIM semalam bahawa 3 juta daripada rakyat Malaysia mempunyai masalah mental memang benar dan pencurah petrol itu adalah salah seorang daripada 3 juta rakyat Malaysia yang tak siuman itu.

Jika benar ada 3 juta orang sakit jiwa di Malaysia, maka lebih banyak hospital sakit jiwa perlu diwujudkan di negara ini. Hospital Bahagia, Hospital Permai dan wad-wad psikitrik di banyak hospital di negara ini masih tidak mencukupi untuk menampung 3 juta rakyat Malaysia yang tak siuman itu. Jika tidak, terpaksalah kita menyaksikan lebih banyak kematian dan kecederaan orang-orang tak berdosa di negara ini di masa-masa hadapan akibat perbuatan orang-orang gila yang berada berhampiran kita!!

60,240 mangsa banjir nak TILAM

Gara-gara tilam Umno jadi sasaran maki hamun

oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Pilihanraya umum 1999 Umno kalah di banyak kerusi majoriti Melayu gara-gara tilam yang diusung keluar masuk mahkamah. Pasca banjir di Kedah muncul pula cerita tilam versi baru yang tak kurang penangannya dalam menghakis sokongan rakyat terhadap Umno.

Sekembalinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari mengagihkan bantuan untuk mangsa banjir di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar muncullah rungutan rakyat di sana sini kononnya agihan tilam untuk mangsa banjir hanya kepada ahli-ahli Umno sahaja. Orang bukan Umno termasuk yang di atas pagar hanya berputih masa sekalipun mereka adalah mangsa banjir yang terjejas teruk.

Najib datang ke Kedah sebulan selepas banjir melanda untuk mengumumkan peruntukan pusat kepada mangsa banjir. RM60 juta diperuntukkan untuk mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Daripada jumlah itu sebanyak RM30.6 juta akan diagihkan kepada 32 ribu mangsa di dua negeri berkenaan. Setiap keluarga akan memperoleh RM500.

Najib berkata, sebanyak RM60 juta lagi akan disalurkan untuk bantuan pertanian kepada penduduk. “RM10 juta dari peruntukan itu akan diguna untuk memulihkan infrastruktur pertanian yang rosak akibat banjir, manakala RM50 juta disalurkan bagi membiayai kos penanaman semula termasuk membajak, benih padi dan racun,” katanya.

Najib turun mengumumkan akan menaikkan pemberian wang penanaman padi daripada RM573 sebelum ini kepada RM876 mulai bulan ini.

Perdana Menteri itu turun ke Stadium Sultan Abdul Halim adalah versi Kerajaan Pusat. Tetapi stadium dipenuhi bendera dacing. Ketua Kelab Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abd Rahim bertenggek di program kerajaan untuk menyampaikan bantuan berupa tilam dan dapur gas kepada mangsa banjir.

Tujuan Azeez, BN dan sekelian pemimpinnya amat mudah difahami iaitu supaya segala kerja kebajikan mereka yang ‘tulus ikhlas’ itu tercanang melalui semua media massa. Malang bagi BN kerana mangsa banjir di Kedah bukan seratus dua yang dipanggil berhimpun di stadium itu sahaja. Mangsa banjir yang berpindah sahaja seramai 60,240 orang. Yang tidak berpindah jumlahnya lebih besar. Ramai yang tertanya-tanya, “Mana tilam untuk kami?”

Setelah siasatan dibuat rupanya tilam propaganda itu hanya dihulur kepada ahli-ahli Umno sahaja. Itupun bukan semua ahli, tetapi ahli Umno yang menjadi pilihan JKKKP sahaja. Pengerusi JKKKP Suka Menanti, Zulkifli Saud memburukkan lagi keadaan BN apabila membuat komen terbuka bahawa sumbangan tilam itu adalah inisatif Kelab Putera 1Malaysia. Logiklah, katanya, mangsa banjir ahli Umno yang diutamakan. Apabila cerita ini dilaporkan oleh sebuah akhbar harian bebas, maka mengamuk sakanlah mangsa-mangsa banjir di Kedah. BN dan Umno jadi bahan maki hamun mangsa banjir yang tidak dapat tilam.

Selama ini media-media propaganda BN mencipta fitnah kononnya agihan bantuan sama ada yang datang dari Kerajaan Negeri atau PAS hanya untuk ‘penyokong mereka’ sahaja. Kini fitnah jahat dicipta itu memakan diri sendiri keraja ternyata BNlah yang melakukan kerja berat sebelah itu.

Sebaik sahaja pusat penempatan banjir di Stadium Sultan Abdul Halim ditutup dahulu, mangsa-mangsa banjir yang bukan ahli Umno melihat dengan mata kepala sendiri rakusnya Umno merampas ghanimah banjir. Cerita yang sama dapat dikutip di semua pusat penempatan, sehingga ramai yang geleng kepala melihat gelagat Umno. Segala bantuan yang belum teragih dan bahan mentah makanan yang berbaki habis disapu macam cerita ‘Ali Baba Bujang Lapok’. Perangai ahli dan pemimpin bawahan Umno itu adalah pancaran fikrah madiyyah yang ditanam kukuh dalam jiwa ahli-ahli Umno sejak sekian lama.

Di Jerlun, Pengarah MTD Kota Siputeh Haji Ismail Wan Teh sehingga ke peringkat membuat laporan polis terhadap anggota Umno yang melarikan bantuan yang diperuntukkan kepada mangsa banjir.

Bagi PAS yang memerintah Kedah, banjir besar ini adalah pengalaman pertama bagi ramai pihak yang menjadi rangkaian kerajaan sama ada Majlis Ketua Kampung (MKK), Ahli Majlis Kerajaan Tempatan mahupun Exco Kerajaan Negeri. Banjir pernah melanda beberapa tempat selepas Mac 2008, tapi tidak sebesar kali ini. Apabila sebaik penempatan banjir dibuka tiba-tiba JKKKP dan rangkaian Umno begitu ‘berselera’ untuk menguruskan pusat penempatan, ia mencetuskan dakwaan kononnya rangkaian mereka lebih cekap. Selepas banjir selesai barulah jentera PAS sedar bahawa tindak tanduk mereka rupanya bersebab.

Terdapat pusat penempatan di mana mereka mendaftarkan ahli-ahli mereka sebagai mangsa banjir sekalipun rumah langsung tidak terjejas banjir.

Perdana Menteri sudah umum pemberian RM500 untuk setiap mangsa banjir tidak kira yang berpindah atau tidak. Beliau turut mengumumkan bahawa bantuan tidak mengira pegangan politik. Maka isu yang akan muncul selepas ini ialah sama ada ahli-ahli PAS yang menjadi mangsa banjir turut menerima habuan.

BN semacam cuba memerangkap parti lawan mereka dengan mensyaratkan borang bantuan mestilah disahkan oleh JKKKP semata-mata. Pemimpin PAS arahkan ahli-ahli jangan segan untuk ambil tandatangan JKKKP kalau itu syarat mereka, kerana duit yang mahu diberi oleh Pusat itu berhak diterima oleh semua rakyat. Ia adalah duit cukai terkumpul yang dikutip dari rakyat juga, bukan duit dari tabung BN. Maka terdengarlah khabar angin kononnya JKKKP diarahkan menandatangani borang dengan dakwat pen yang berlainan warna; antara penyokong BN dan bukan penyokong BN.

Maka sekarang adalah masa rakyat Kedah yang menjadi mangsa banjir menunggu kedatangan wang RM500 setiap keluarga. Jika pemberiannya berblok macam penerima tilam juga, maka ‘mudahlah sikit’ kerja kempen Pakatan selepas ini.

Isnin, 20 Disember 2010

Jemputan kahwin di Ulu Dengar


Jemputan rumah sahabat PAS di Felda ni tak banyak beza dengan majlis anjuran orang Umno, ada sanding, tukang soleknya lelaki cantik, ada kompang, ada DJ, lagu campur aduk, speaker bingit, nak berbual-bual sesama tetamu pun susah...tak dengar...terpaksa cakap jerit-jerit.

Penanggah pakai tudung melekat, pasang pin bruc di belakang tengkok rata-rata nampak tiang gol atau tak pakai kain dalam. astagfirullah...

Yang memelikkkan ana, masuk pulak budaya cina...bakar mercun samasa pengantin diarak ke rumah...rasanya masyarakat cina pun tak buat amalan ini. Tak tau mazhab mana yang ditiru.
Tapi orang felda ni seronok manjang, macam tak ada masalah, mujur tak ada orang tua rongak nyanyi karaoke.

Majlis kita patut ada beza dengan majlis mereka, jangan nanti orang kata `ah sama saja'...bukan tak boleh nak meriah, tapi kena tegas sikit, sebagai tuan rumah kita ada hak untuk adakan majlis ikut acuan kita, jangan mengalah dengan orang rewang, ketua blok atau anak-anak sendiri kadang-kadang yang sangking nak hapening sehingga melanggar syariat.

Tarbiyah, Tarbiyah, Tarbiyah hilang entah ke mana? kalau pasal isu felda seperti penyelewengan tabung tanam semula, penipuan gred perahan sawit, dan lain isu yang selalu dibangkitkan oleh Mazlan Aliman mereka boleh bangun melawan tetapi kadangkala ianya tak bersekali dengan iman dan takwa maka akhirnya, bila dapat bonus pilihanraya dan harga sawit naik maka lunturlah perjuangan...

Azam ana sempena tahun hijrah ni, perkemaskan program tarbiyah3x di semua peringkat...fokus memberi kefahaman aqidah dan akhlak ahli jemaah...moga Allah SWT mudahkan urusan ini.

Kisah Rumahtangga Menteri Minyak dan Barangan



Dato Ismail Sabri dan Datin ada masaalah kesihatan lalu sama-sama pergi jumpa doktor.

Lepas doktor cek mereka berdua, dia dapati keadaan fizikal mereka tidak ada apa-apa.Doktor cadangkan, Ismail Sabri dan Datin mula tabiat baru menulis dalam kertas notepad mana-mana benda yang perlu di ingatkan.

Mereka setuju betul dengan cadangan doktor.

Waktu malam sedang mereka tengok TV di rumah dan anak-anak hilang masa musim cuti, Ismail rasa lapar. Dia mintak Datin buatkan makanan ringan di dapor.

"Awak nak apa?" tanya Datin.

"Buatkan saya cheese burger dengan air koko panas. Awak tak mahu tulis ke, yang?" Ismail Sabri mengingatkan.

Datin kata, "Takda masalah, cheese burger dengan koko panas. Tak payah tulis-tulis, saya boleh ingat."

Ismail Sabri menambah, "Ya, letak sedikit serbuk lada hitam pada burger dan air koko guna susu segar. Ikut cakap doktor. Tulislah yang."

Datin meyakinkan Ismail Sabri, "Saya boleh ingat, awak nak cheese burger dengan lada hitam dan air koko panas guna susu segar."

Ismail Sabri angguk sambil menyambung mata ke arah program TV.

Dalam 20 minit, Datin masuk membawa sandwich tuna dan telor, dan air kopi."

Ismail Sabri melihat pinggan dan tidak puas hati. Sambil merenong pada Datin, dia bertanya, "Mana cucoq kodok tadi?"

Dua-dua ada penyakit pelupa. Padanlah naik minyak Ron 95 dan Ron 97.

Dulu Pak Lah dan Shahrir pencen disebabkan naikkan harga minyak. Pendeklah masa depan....

karya pak husin lempoyang.

Tabik PAS


Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam Pakatan Pembangkang

DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti. Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.

"PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri.
"DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad

Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, Karpal membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri AnwarIbrahim kerana tidak mengendahkan teguran dan amaran pemimpin komponen Pakatan Rakyat khususnya berkaitan pemilihan calon pilihan raya sehingga ada di kalangan pemimpin bertindak keluar parti.

Katanya, kegagalan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menentukan calon yang berintegriti telah merugikan pakatan pembangkang itu hingga menggadaikan penguasaan mereka di Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

"Dalam pilihan raya akan datang letaklah calon-calon yang boleh dipercayai serta beritegriti.
"Jangan ulangi kesilapan lalu lagi kerana ia akan merugikan kita," katanya.

Selain itu Ahli Parlimen Gelugor itu turut menegur Anwar mengenai tindakannya menerima penyertaan bekas Pengerusi PKR WilayahPersekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dalam parti itu.
Menurutnya, beliau pernah memberi amaran kepada Anwar agar tidak menerima Zaid kerana sudah mengenali latar belakangnya sejak sekian lama.

"Sebelum Zaid sertai PKR, saya telah... bukan tegur, tapi beri amaran kepada Anwar, tapi beliau terima juga.

"Dia (Zaid) tak boleh dipercayai, tapi Anwar tak dengar. Walaupun beliau pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat, tapi kadangkala lakukan kesilapan, silap buat keputusan," katanya.
 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch