Jemputan rumah sahabat PAS di Felda ni tak banyak beza dengan majlis anjuran orang Umno, ada sanding, tukang soleknya lelaki cantik, ada kompang, ada DJ, lagu campur aduk, speaker bingit, nak berbual-bual sesama tetamu pun susah...tak dengar...terpaksa cakap jerit-jerit.
Penanggah pakai tudung melekat, pasang pin bruc di belakang tengkok rata-rata nampak tiang gol atau tak pakai kain dalam. astagfirullah...
Yang memelikkkan ana, masuk pulak budaya cina...bakar mercun samasa pengantin diarak ke rumah...rasanya masyarakat cina pun tak buat amalan ini. Tak tau mazhab mana yang ditiru.
Tapi orang felda ni seronok manjang, macam tak ada masalah, mujur tak ada orang tua rongak nyanyi karaoke.
Majlis kita patut ada beza dengan majlis mereka, jangan nanti orang kata
`ah sama saja'...bukan tak boleh nak meriah, tapi kena tegas sikit, sebagai tuan rumah kita ada hak untuk adakan majlis ikut acuan kita, jangan mengalah dengan orang rewang, ketua blok atau anak-anak sendiri kadang-kadang yang sangking nak hapening sehingga melanggar syariat.
Tarbiyah, Tarbiyah, Tarbiyah hilang entah ke mana? kalau pasal isu felda seperti penyelewengan tabung tanam semula, penipuan gred perahan sawit, dan lain isu yang selalu dibangkitkan oleh Mazlan Aliman mereka boleh bangun melawan tetapi kadangkala ianya tak bersekali dengan
iman dan takwa maka akhirnya, bila dapat bonus pilihanraya dan harga sawit naik maka lunturlah perjuangan...
Azam ana sempena tahun hijrah ni, perkemaskan program tarbiyah3x di semua peringkat...fokus memberi kefahaman aqidah dan akhlak ahli jemaah...moga Allah SWT mudahkan urusan ini.
salam ,
BalasPadambagus entri ini, luahkan segala kekurangan / ketelanjuran sahabat kita itu, untuk kita panduan dan pedoman kita semua.
jzk kepada tuan atas respon
BalasPadam