Takziah Untuk Pemimpin UMNO Sembrong KLUANG, 25 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Johor, Abidin Abdul Rahman, 56, yang telah kembali ke rahmatullah tengahari tadi.
Difahamkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Utama, Kluang.
Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah
Timbalan Ketua Umno Sembrong meninggal duniaKLUANG: Timbalan Ketua Umno Bahagian Sembrong, Abidin Abdul Rahman, 56, meninggal dunia di Hospital Pakar Utama, Kluang, tengah hari tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan, di sini, petang ini.
Menteri Dalam Negeri, yang juga Ketua Umno Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dijangka hadir pada majlis pengebumian itu.
http://www.bharian.com.my/Thursday/Mutakhir/20090625143450/Article/index_html
Taman Sri Lambak atau Bandar (T6) Tiada Tanah Perkuburan Islam!!!1. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. PAS Sembrong tetap akan menyedekahkan al fatihah kepada allahyarham, takziah kepada balu dan kaum keluarga yang tersayang, walaupun kami berlainan fikrah yang selalu di label sebagai anti masyarakat oleh gerombolan amno dari sayap wanitanya kerana muslimat kami tak ikut kumpulan yasin...(wajib ke baca yasin?)
2. Masalah penduduk di Taman Sri Lambak atau T6 di Perlimen Sembrong ialah tiada kawasan tanah perkuburan Islam yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam pembangunan kemasyarakatan.
3. Cuba tuan bayangkan, apabila berlaku kematian, maka jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan yang agak jauh dan memakan masa lebih kurang 30 minit perjalanan. Masyarakat di kluang pun pelik macamana T6 yang ada penempatan dan majoriti penduduk melayu islam tidak ada tanah kubur!.
4. Tuan Imam Mohd Amin menyatakan peruntukan tanah untuk perkuburan telah diluluskan oleh pihak Kejora di pengerusikan oleh YAB Dato MB Abd Ghani Othman, iaitu di kawasan Jalan Cekal dan Jalan Azam tetapi sehingga hari ini masih belum boleh diguna pakai.
5. Kami mendesak perkara ini diselesaikan segera kerana perancangan bandar dan taman perumahan yang hanya memikirkan keuntungan jualan hartanah tanpa memikirkan kepentingan dan keperluan mendesak masyarakat Islam seperti mengezetkan tanah perkuburan akan menyusahkan orang melayu dan orang Islam sendiri.
6. Gerombolan amno yang memengang tampuk kekuasaan dan berlagak sebagai elit pemerintah sepatutnya memperjuangkan perkara ini dari dulu lagi tetapi sudah 52 tahun merdeka, 12 kali pilihanraya, apa yang diperjuangkan mereka???. Warga Sembrong apa tunggu lagi.
Bangkit membuat perubahan!!!Ahli Lembaga Pengarah KejoraPENGERUSI Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman Menteri Besar Johor
TIMBALAN PENGERUSI Y.Bhg. Dato' Abd. Jabar bin Che Nai Ketua Setiausaha KKLW
WAKIL PERSEKUTUAN
Y.Bhg Encik Nik Azman bin Nik Abdul Majid Pengarah Seksyen Ekonomi Makro UPE. Jabatan Perdana Menteri
Y.Bhg. Hajah Wan Siti Eshah binti Wan Ahmad Pengarah Projek Unit ePerolehan Kem.Kew.Malaysia
Y.Bhg. Puan Zainah binti Ahmad Setiausaha Bahagian Wilayah dan Kawasan KKLW
WAKIL KERAJAAN NEGERI
Y.B. Dato' Abd. Latif bin Yusof Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Y.B. Datuk Haji Ahmad Zahri bin Jamil Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor
Y.B. Dato' Haji Baderi bin Haji Dasuki ADUN PANTI
WAKIL PROFESIONAL
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah ADUN Tanjung Surat
Y.B. Encik Razali bin Ibrahim Ahli Parlimen Muar
Y.Bhg. Dr. Haji Abdul Rashid bin Mokhti ADUN Sedili
Tiada ulasan:
Catat Ulasan