Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Rabu, 15 Julai 2009

MANIK URAI: UMNO MENAMBAH JUMLAH UNDI, PAS MASIH PERTAHAN KERUSI – SYED KICKDAFELLA



UMNO BN menang 1287 (undi BN menokok 889 dan curi undi PAS 398) undi dari majoriti PAS 2008 dan PAS pertahankan DUN Manek Urai dengan 65 undi. Begitulah senario malam ini. Para penyokong PAS tiba di pusat penjumlahan undi seawal 5.30 petang dan masing-masing penuh yakin untuk menang dengan majoriti 2,000 undi. Bagaimanapun, apabila hari semakin senja, semangat penyokong PAS semakin malap dihujani oleh kekeliruan yang mula tersebar.

Walaupun tiada siapa mahu percaya PAS boleh tewas di Manek Urai, tetapi hakikat bahawa UMNO mendapat lebih undi di 5 daripada 9 daerah mengundi merupakan satu mimpi ngeri menjadi nyata.

Akhirnya setelah lebih dua jam di dalam kekeliruan, lebih 5,000 orang penyokong PAS yang berkumpul di hadapan Pusat Penjumlahan Undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai akhirnya menerima keputusan kemenangan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dengan rasa kecundang.

Manek Urai dimenangi oleh PAS, dan laungan selawat keatas Rasullullah semakin kuat kedengaran cuma nadanya bukan nada kejayaan.

Beberapa hari yang akan datang, banyak perbualan dikedai-kedai kopi akan berkisar kepada bagaimana PAS boleh kehilangan sebegitu banyak undi? Jawapan yang sudah pasti ialah janji demi janji dan wang ringgit Kerajaan Persekutuan yang ditaburkan kepada mereka yang sudi menerimanya. Persoalannya, bukankah janji dan wang ringgit adalah modus operandi tetap UMNO BN dalam setiap pilihanraya, kecil atau umum.

Persoalannya juga bukankah PAS telah berdepan dengan masalah ini sekelian lamanya.
Saya secara peribadi menerima keputusan ini dengan gembira kerana saya merasakan sebelum ini PAS boleh tewas di Manek Urai tetapi disebalik apa yang diperkatakan, dilakukan dan diusahakan oleh sesetengah pemimpin UMNO, saya masih rasakan UMNO tidak bersatu untuk menang di Manek Urai.

65 harus menjadi angka yang amat berharga bagi PAS Kelantan di dalam berhadapan dengan minggu, bulan dan tahun yang akan datang sebelum berlaku lagi pilihanraya kecil di Kelantan atau pilihanraya umum ke 13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch