Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Sabtu, 22 Mei 2010

Dipecat kerana kritik bos

Mugilan dakwa dipecat kerana kritik Samy Vellu

KUALA LUMPUR 21 Mei - Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan mendedahkan penyingkiran beliau daripada parti itu disebabkan oleh desakannya supaya Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan dengan segera.

Katanya, berdasarkan surat pemecatan yang diterima malam tadi, ia tiada kena mengena dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau melakukan sabotaj pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

"Surat berkenaan menyebut saya dipecat berkuat kuasa serta merta tetapi boleh merayu kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 14 hari.

"Untuk membuat penjelasan mengenai pemecatan ini, saya akan mengadakan satu sidang akhbar di Petaling Jaya esok, pada sidang akhbar itu saya akan umumkan pelan tindakan drastik terhadap kepimpinan Samy Vellu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, Mugilan membuat desakan supaya Samy Vellu meletakkan jawatannya dengan segera atau selewat-lewatnya pada Disember ini.

Kenyataan itu merupakan rentetan pengumuman Samy Vellu bahawa beliau akan berundur kira-kira lapan atau sembilan bulan sebelum penggal perkhidmatannya sebagai Presiden MIC tamat pada Mei 2012.

Sementara itu, Mugilan menegaskan, desakan beliau tiada kaitan dengan kekecewaan tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Tegasnya, desakan itu berpunca daripada tindakan Samy Vellu melantik anaknya sendiri, S. Vell Paari sebagai anggota CWC.

Katanya, keputusan berkenaan dibuat tanpa berunding dengan pemimpin lain dan ia memberi gambaran Samy Vellu cuba mewariskan jawatan Presiden MIC kepada anaknya.

"Saya tidak boleh terima kaedah pintu belakang sebegini, kalau Vell Pari berwibawa dia kena bertanding untuk bolehkan perwakilan buat pilihan, bukannya dengan 'mengkeluargakan' MIC," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mugilan berkata, jika beliau mempunyai hasrat untuk menjadi calon, beliau hanya perlu membuat 'bodoh' dan 'memejamkan mata' melihat perbuatan yang merosakkan parti dalam tempoh setahun ke dua tahun akan datang.

Katanya, ia kerana beliau yakin akan dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang selaras dengan jawatannya sebagai pemimpin kanan dalam sayap Pemuda MIC.

"Namun saya mengorbankan diri saya untuk menegur sebab keadaan makin getir.

"Sebab itulah saya bersuara demi bangsa, parti dan negara kerana jika Samy Vellu masih menerajui MIC, pakatan pembangkang mempunyai peluang yang cerah untuk berkuasa," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut membidas Ketua Pemuda MIC, T. Mohan kerana membuat tuduhan ada pihak lain di luar parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menjadi dalang kepada tindakannya mengkritik Samy Vellu.

Katanya, ia adalah satu tuduhan liar daripada seorang ketua pemuda yang sepatutnya menjuarai isu-isu sebegini.

"Siapa pihak luar itu, Israel, Zionis, Obama? Ini semua tuduhan bodoh, sepatutnya dia yang ke depan menentang salah guna kuasa.

"Tetapi dia tidak berani kerana mengharapkan jawatan Senator, sebab itulah dia 'kowtow' (tunduk) dengan Samy," dakwanya. -Utusan

2 ulasan:

  1. begitulah keadaannya jika org.dah terlalu lama berkuasa...tak nmpak kebaikan org.lain...dikritik untuk kebaikan pun ditolak...bukan dalam MIC...dalam jemaah sendiri pun ada...tepuk dada tanya keimanan...tiada manusia yang MAKSUM di dunia ini..kecuali para NABI dan RASUL

    BalasPadam

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch