Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Rabu, 5 Mei 2010

Kapcai 70cc elak rempit?


CAP mahu motosikal 70cc dikembalikan

SM Mohamed Idris

Kategori
mangsa kemalangan jalan raya yang paling terjejas teruk di Malaysia ialah mereka yang berada dalam kumpulan berusia 16 hingga 25 tahun yang menunggang motosikal dan memandu kereta.

Mereka memerlukan paling banyak perhatian dan kefahaman yang lebih baik berhubung kesedaran keselamatan. Rancangan sedang dijalankan untuk mendidik mereka yang berada dalam kumpulan kategori ini.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan pihak berkuasa terhadap usaha mereka ini tetapi menggesa pihak berkuasa untuk tidak berkompromi atau terlalu berlembut terhadap kumpulan ini.

CAP juga sebelum ini telah mencadangkan agar had usia 17 tahun dinaikkan kepada yang lebih tinggi sebelum seseorang itu layak untuk menunggang motosikal dengan kapasiti enjin maksimum 70cc sahaja.

Apabila penunggang mencapai usia 21 tahun barulah mereka layak untuk menduduki ujian bagi melayakkan mereka menunggang motosikal dengan kapasiti enjin yang lebih tinggi.

Motosikal dengan kapasiti enjin 70cc perlu diperkenalkan semula. Memandangkan remaja cenderung untuk memecut, had ini akan membataskan mereka. Perkara ini diamalkan di beberapa negara barat.

Langkah oleh pihak berkuasa pengangkutan jalan untuk mengurangkan bayaran bagi pelajar untuk mendapatkan lesen menunggang motosikal tidak akan membantu untuk mencegah kemalangan jalan raya.

Ini dilakukan dengan harapan remaja tidak akan menggunakan kenderaan ibu bapa mereka secara tidak sah.

Sebagai ganti lesen memandu seharusnya menjadi sukar untuk diperolehi. Pemandu yang sedang belajar perlu menjalani tempoh latihan yang lebih panjang sebelum mereka menduduki ujian memandu dan ujian memandu juga mestilah dibuat dengan lebih sukar.

CAP sekali lagi menggesa pihak berkuasa supaya bertindak tegas dengan penunggang dan pemandu muda, dengan meningkatkan had usia kelayakan untuk menunggang dan memandu, menghadkan mereka kepada kapasiti enjin yang lebih rendah dan menjadikan kesukaran untuk mendapatkan lesen.
Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

1 ulasan:

  1. UNDUR KE BELAKANG!
    Itulah idea yang tak masuk akal langsung!
    Habis tu Merz dan BMW tak nak tukar ke Iswara ke?
    Carilah jalan lain beb. Siapa kata kapcai 70 tak boleh rempit?

    Muara (Allgreen tutup)

    BalasPadam

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch