Pendaftaran pengundi semakin sukar? | |||
|
Kumpulan ini sering-kali menjadi buruan ahli-ahli politik dan juga pertubuhan bukan kerajaaan kerana mereka merupakan kira-kira 28 peratus daripada golongan yang layak mengundi.
Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH) juga pernah menganjurkan perhimpunan besar-besaran menuntut supaya senarai daftar pendundi dibersihkan dan sistem undi pos ditamatkan.
Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (bawah, kanan) yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara masalah berpunca daripada peraturan ketat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terdapat dua cara bagi rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas boleh mendaftar.
Pertama, yang dianggap pendekatan pasif iaitu dengan mengunjungi mana-mana pejabat pos atau menghantar permohonan secar terus kepada pejabat negeri SPR.
Kedua, pendaftaran boleh dibuat di kaunter pendaftaran yang didirikan di pusat membeli-belah, pesta yang dianjurkan oleh parti-parti politik dan NGO seperti Extraordinary People Impacting Community (Epic) and Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).
Terdapat 3,500 penolong pendaftar yang diiktiraf oleh SPR, 2000 daripada mereka adalah daripada cadangan parti-parti politik manakala 1,000 lagi adalah kakitangan awam.
Semua mereka ditauliahkan oleh SPR.
Namun menurut Pua, penolong pendaftar yang dilantik sebelum pilihan raya 2008 telah ditamatkan perkhidmatan mereka manakala kumpulan baru yang dikemukakan selepas pilihan raya umum hanya diluluskan pada pertengahan Jun 2009.
Tahun lalu, DAP dan Umno menghantar senarai penolong pendaftar mereka bagi menggantikan mereka yang tidak lagi aktif tetapi SPR masih belum mengesahkannya.
Menurut Pua, SPR telah berjanji menyelesaikan masalah itu menjelang Februari lalu dengan menambahkan bilangan penolong pendaftar kepada dua orang bagi setiap kerusi dewan undangan negeri tetapi sehingga kini ia belum dilaksankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan