Ni tak sampai 20 orang, kalau perhati dalam gambar hanya ada 7-8 orang saja. Satu lagi gabungan magaran ni pertubuhan berdaftar ke?.
Zaid didakwa persenda titah Sultan S'gor
Salhan K Ahmad
Seramai 20 ahli NGO yang menganggotai Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR hari ini bagi membantah kenyataan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berhubung titah Sultan Selangor.
Mereka turut menyerahkan memorandum bantahan yang mendakwa Zaid seolah-olah memperleceh dan mempersendakan titah Sultan Selangor supaya rakyat tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik.
Memorandum itu juga mendakwa kenyataan Zaid itu, seolah-olah menghasut rakyat supaya tidak menghormati titah sultan yang merupakan tunggak pemerintah serta ketua agama.
Mereka turut mendesak Zaid supaya meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, atas kenyataannya yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini, yang bersumberkan tulisan pemimpin PKR itu dalam blognya.
Perhimpunan selama 15 minit itu diketuai penasihat undang-undang pertubuhan berkenaan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang turut membaca kandungan memorandum itu sebelum menyerahkannya kepada seorang wakil PKR.
Sementara itu, Mohd Khairul Azam mendakwa, Zaid tidak memahami perlembagaan kerana menyifatkan pendirian sultan itu sebagai pandangan peribadi.
Tegasnya, Jadual 8, Perkara 71 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa seseorang raja berhak bertindak mengikut budi bicara sendiri tanpa perlu merujuk kepada majlis agama atau majlis kerajaan negeri.
"Itu adalah dalam (bidang) tugas baginda sebagai ketua agama Islam.
"Kenyataan (Zaid) silap. Baginda ada kuasa dan tak perlu rujuk perlembagaan. Ini adalah fakta," katanya lagi.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
-
RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT
DI BALIKHALAS
2 tahun yang lalu
pi belajar agama lagi, jangan dok nak berdemo je, jangan jadi melayu paling bangang dalam sejara melayu
BalasPadambetul tu samurai68...jangan tipu melayu...
BalasPadam