Alahai Tan Aminuddin.LKTP1436Hari ini dan semalam felda telah mengadakan " Program mesra bersama felda " dan felda Kota Gelanggi 01 telah menjadi tuan rumah untuk gelanggi 01 dan 03.
Aku mengambil kesempatan di masa yang berharga ini untuk menyelesaikan masaalah hutang aku yang pernah aku tulis beberapa bulan yang lepas .
Hutang tersebut tertera berjumlah RM 60,578.03, tetapi setelah aku komplen dengan mengatakan bahawa aku tidak mengambil sara hidup, pembetulan pun dilakukan dan hutang sebenar hanyalah sekitar RM 36,000.00 lebih sahaja.
Aku juga mengambil kesempatan bertanyakan tentang jalan pertanian di dalam ladang felda yang bernilai RM 800,000.00 tetapi hanya mampu bertahan hanya 3 bulan sahaja.
pegawai tak jawabPegawai terbabit tidak dapat menjawabnya dan mencadangkan supaya aku bertanya secara pribadi kemudian nanti serta beliau memberikan kad nama beliau kepada aku.
Pada petangnya tibalah giliran Tan Aminuddin (exco felda) menyampaikan ucapannya, beliau lebih banyak berucap mengingatkan peneroka bahawa felda banyak berjasa kepada peneroka dan jangan sesekali melawan felda.
kes kemahang 3Beliau juga ada menyentuh berkaitan kes peneroka dengan felda di kemahang 3 Kelantan, yang lucunya beliau berkata, bahawa kemenangan kumpulan peneroka terbabit adalah kerana
konspirasi diantara peguam felda dengan peguam peneroka dan bukan kerana hujjah yang di kemukakan........kah..kah..kah...memang terok betul lah Tan Aminuddin ni.
Kalaulah cakapnya ini di rakam dan sampaikan kepada kumpulan peguam yang mewakili felda, aku agak pasti Tan Aminuddin ni kena saman..........ais...ais...ais,memang teroklah Tan Aminuddin ni.....orang macam ni pun boleh dipilih sebagai exco felda.........kah...kah...kah.
jalan hanya bertahan 3 bulanKalau di beri peluang aku mahu menimbulkan isu jalan pertanian yang aku kemukakan diatas, adakah patut duit peneroka sebanyak RM 800,000.00 di buat jalan pertanian hanya boleh bertahan selama 3 bulan sahaja ?
Tendernya pula di beri kepada
Felda Engineering Services Sdn Bhd, sepatutnya berilah kepada koperasi peneroka felda k.gel 01, inilah masaalahnya, kalau Mazlan Aliman kata felda dulu tolong, sekarang along, Marah !!!!! ini yang payahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan