Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Rabu, 10 Mac 2010

Pidato YB Mahfuz Omar memukau hadirin

Kampung Paya, Kluang : Pada 8 Mac 2010 saya sempat mendengar ceramah umum YB Dato Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS Pusat. Kehadiran amat memuaskan kerana saya jumpa sahabat yang datang dari jauh iaitu dari Felda Ulu Dengar, Felda Ulu Belitong dan Layang-layang. Semuanya dahagakan maklumat sebenar suasana politik tanahair dari mulut pemimpin Pakatan sendiri.

Kehadiran YB Mahfuz sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat pelbagai bangsa. Memang tak dapat dinafikan beliau ahli pidato dan pertuturan yang diucapkan begitu lancar dan fasih (Non stop) tak berenti macam bertih jagung. Memukau hadirin Melayu, Cina dan India yang datang.

otai ceramah

Biasanya kita kenal siapa yang rajin hadir ceramah tetapi kali ini rata-rata muka baru dan peminat baru. Nak tahu tandanya adalah bisanya kalau otai, dia akan minum(nge teh) dulu, bila dah nak mula pidato penceramah utama maka otai ni akan cari tikar dan duduk selesa mendengar ceramah.

Yang baru berjinak-jinak dengan ceramah biasanya akan berdiri tanpa rasa letih dari mula ceramah sampai habis ceramah dan kadangkala mulut ternganga kerana kagum dengan hujah bernas dari penceramah Pakatan Rakyat ni.

gelombang

Apakah ini gelombang baru kebangkitan rakyat? walaupun ramai Ahli Parlimen yang lompat menjadi bebas dan berbagai provokasi yang berbau perkauman khususnya di Pulau Pinang yang didedahkan oleh media pro UmnoBN, tetapi terbukti rakyat terus bangkit mahukan perubahan.

Wan Azizah tak gagal kerana dari satu kerusi parlimen menang di Permatang Pauh dan kini melonjak 27 kerusi. Kerajaan Negeri Pakatan tidak gagal kerana dapat masuk pelaburan yang tinggi dari luar dan dalam negeri tanpa suntikan dari kerajaan pusat berbanding negeri diperintah UmnoBn.

Yang pasti gagal adalah UmnoBN yang memerintah Malaysia selama 53 tahun dan terpalit dengan skandal kapal selam yang tak boleh menyelam dan kehilangan enjit jet dan semua ini tidak boleh diterima oleh rakyat dan memalukan Malaysia di mata dunia. Betul tak saudara SB? (SB pun ramai juga malam tu).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch