Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Selasa, 2 Mac 2010

PPIM kata pengimport ikan yang bantah pengkhianat!


Musykil, tong mesti warna biru dan ada cip yang hanya boleh diperolehi dari satu syarikat monopoli

20,000 Kotak Ikan Berinsulasi Diletak Di Pintu Masuk Negara Mulai Hari Ini - LKIM

KUALA LUMPUR,
1 MAC (Bernama) -- Pelaksanaan arahan menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) secara berperingkat bermula Isnin dan sebanyak 22 ribu unit KIBFG telah ditempatkan di beberapa lokasi pintu masuk negara ini untuk kegunaan pengimport ikan.

"Kesemua kotak-kotak ikan berinsulasi ini telah ditempatkan di Muar, Batu Pahat, Johor Bharu, Port Klang, Rantau Panjang, Kuala Kubur, Kuala Perlis dan Pengkalan Hulu.

"Terpulang kepada mereka untuk membelinya terus atau menyewa daripada pembekal kotak ikan ini," kata jurucakap Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa ini kebanyakan ikan segar diimport dari Thailand dan Indonesia.

Pada 23 Feb lepas LKIM mengeluarkan notis mengenai arahan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang menguatkuasakan penggunaan KIBFG secara berperingkat-peringkat mulai hari ini sehingga 1 Nov tahun ini.

bantahan

Bagaimanapun arahan itu mendapat bantahan pengimport dan pemborong ikan yang rata-rata berpendapat penggunaan KIBFG akan meningkatkan kos sekali gus menaikkan harga ikan di pasaran.

Menteri berkenaan Datuk Seri Noh Omar dijadual berjumpa wakil pengimpot ikan dari Thailand di pejabatnya di Putrajaya esok berhubung perkara itu.

peniaga tidak menaikkan harga

Tinjauan Bernama di Pasar Datuk Keramat dan Pasar Chow Kit di sini mendapati para peniaga tidak menaikkan harga ikan import kerana bekalan masih mencukupi selain pembekal tidak menaikkan harga borong.

Seorang peniaga yang tidak mahu dikenali berkata, walaupun terdapat khabar angin mengatakan pembekal akan menaikkan harga berikutan penggunaan kotak ikan berinsulasi ini, ianya masih terkawal.

"Cuma kami khuatir kemungkinan besar kotak-kotak ini akan dicuri kerana kami tidak mampu memantau sepanjang masa," katanya kepada Bernama.

di Johor harga biasa

Di JOHOR BAHARU, harga ikan juga dijual pada harga biasa walaupun pengimport ikan di negeri ini telah menghentikan pengimportan ikan dari Thailand dan Indonesia sejak semalam sebagai membantah penggunaan KIBFG.

Tinjauan yang dibuat di pasar basah Kip Mart di Tampoi, di sini hari ini mendapati ikan-ikan dijual pada harga biasa walaupun bekalan terakhir ikan sebanyak 30 tan telah diterima di jeti-jeti di Muar, Batu Pahat and Pasir Gudang semalam.

Seorang peniaga ikan, Arif Saifun berkata bekalan ikan memang berkurangan namun hak pengguna juga harus dijaga.

"Harga ikan sama sekali tidak ada kenaikan, cuma ikan berkurangan dan kami peniaga tidak boleh menaikkan harga ikan kerana ada pelanggan yang perlu kami jaga, jika tiada pelanggan kami lagi teruk," katanya.

Seorang lagi peniaga ikan Tan Chong Leong, berkata harga pada masa sekarang boleh dianggap murah jika diambil kira faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan bekalan ikan yang berkurangan.

bertegas tak mahu guna tong baru

Di BUKIT KAYU HITAM, gabungan pengimport dan pemborong ikan terbesar di Semenanjung yang terdiri daripada 35 syarikat bernaung di bawah Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia bertegas tidak akan menggunakan KIBFG.

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Yusoff Ismail berkata alasan yang diberikan LKIM bahawa penggunaan KIBFG adalah lebih selamat dan daripada segi kesihatan dan keselamatan terjamin juga meragukan.

"Lebih 20 tahun kami menggunakan kotak plastik untuk membawa masuk ikan dari Thailand dan Indonesia. Daripada tiga aspek tersebut tiada sebarang masalah berlaku.

"Malah proses pemindahan tong berisi ikan dari lori ke lori dan scan di Kompleks LKIM juga amat mudah dibuat," katanya kepada pemberita semasa meninjau kemasukan lori ikan dari Thailand di Kompleks LKIM Bukit Kayu Hitam, hari ini.

"Kami tidak mahu langsung KIBFG digunakan walaupun kerajaan memberi subsidi harga tong. Subsidi RM24 juta KIBFG yang diumumkan MOA itu pergi ke mana? Jika ia mengalir kepada rakyat tidak mengapa. Kenapa pula syarikat KM Marketing Sdn Bhd saja diberi hak monopoli pengedaran tong itu," katanya.

Katanya anggota gabungannya dari Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Johor tidak lagi membawa masuk ikan mulai hari ini sehingga kerajaan memberi kepastian tentang penggunaan KIBFG secara rasmi dan bukan melalui notis.

Tindakan itu bererti negara kekurangan kira-kira 1,000 tan metrik ikan dalam pasaran yang pasti memberi kesan kepada pengguna sekiranya harga ikan meningkat kerana kekurangan bekalan.

PPIM melebel pengkhianat

Mengenai kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang melabelkan keputusan pihaknya menghentikan pengimportan ikan berikutan isu KIBFG sebagai pengkhianatan terhadap negara, Yusoff berkata jika benar PPIM berjuang untuk kepentingan pengguna mereka seharusnya menyokong tindakan jawatankuasa itu.

"Apabila kami terpaksa menukar tong, kos itu itu pasti akan dipindahkan kepada pengguna. Apakah PPIM akan tanggung kos ini?" kata Yusoff.

RM 5 juta

Sementara itu seorang pengusaha pengangkutan yang mengimport ikan dari Thailand, Ab Wahab Salleh, 53, berkata beliau terpaksa mengeluarkan hampir RM5 juta untuk menggantikan 40,000 tong ikan plastik yang digunakannya sekarang.

"Lebih 20 tahun saya menggunakan tong plastik, tidak ada satu masalah apapun. Kualiti ikan, aspek kesihatan dan keselamatan juga tidak tergugat tanpa menggunakan KIBFG," katanya.

Kelantan bantah

Di KOTA BAHARU, pemborong dan peniaga ikan juga membantah penggunaan kotak baru itu atas alasan sama yang ia membebankan kewangan dan menyulitkan mereka.

Pengerusi Persatuan Pemborong/Peniaga Ikan Kelantan, Mohd Tarmizi Mamat, berkata berikutan bantahan itu semua pemborong dan peniaga ikan menghentikan pengimportan ikan dari Thailand dan menyebabkan peniaga runcit menaikkan harga ikan basah di semua pasar besar di negeri ini, terutama di Pasar Siti Khadijah.

"Kami bukan memboikot atau mogok terhadap keputusan kerajaan menguatkuasakan peraturan itu mulai hari ini, cuma kami membantah peraturan itu kerana ia membeban dan menyulitkan mereka," katanya ketika ditemui di Pasar Siti Khadijah di sini , hari ini.

Terdahulu, kira-kira 100 peniaga pasar pusat itu mengadakan perhimpunan secara aman sambil merentang sepanduk meluahkan perasaan mereka membantah peraturan itu.

Terengganu sokong pulak

Di KUALA TERENGGANU, Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) menyokong penggunaan KIBFG.

"Dengan penggunaan KIBFG ini, ikan yang diimport sentiasa segar dan bersih," kata Pengerusinya Tuan Kecik Husin ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Tuan Kecik berkata para peniaga atau pengimport ikan sepatutnya faham dengan dasar kerajaan dan mematuhi arahan kerajaan tersebut.

Beliau berkata Penentu juga tidak bersetuju para pemborong atau pengimport ikan untuk menghentikan operasi membawa masuk ikan ke negara ini sebagai protes berikutan arahan penguatkuasaan penggunaan kotak berkenaan.

Protes itu katanya tidak menjejaskan bekalan ikan di Terengganu termasuk bekalan untuk industri keropok lekor.

Beliau berkata harga ikan di negeri itu juga masih dalam keadaan stabil dan tiada kenaikan harga dilaporkan berlaku setakat ini.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch