Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Khamis, 4 Mac 2010

Anjakan paksi bumi menyebabkan hari lebih singkat


Terbukti benar, di akhir zaman, masa berlalu terlalu pantas dan gempa bumi mungkin salah satu faktorya berlaku demikian. Taubat...

Gempa di Chile jadikan hari lebih pendek

Di'Post' oleh : Muhammad Ttuyup

WASHINGTON
- Gempa bumi kuat yang berlaku di Chile pada Sabtu lalu telah menganjakkan paksi bumi sehingga menyebabkan hari menjadi lebih singkat, kata seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA).

Saintis itu, Richard Gross dalam satu kenyataan memberitahu, gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter itu menyebabkan paksi bumi berganjak sebanyak lapan sentimeter.

Menurutnya, pada kebiasaannya, satu hari di bumi mengandungi 24 jam kerana ia adalah jumlah masa yang diperlukan planet ini untuk membuat satu putaran lengkap pada paksinya. Justeru, anjakan pada paksi menyebabkan putaran bumi terjejas.

memendekkan hari

Jelas Gross, anjakan paksi bumi itu memendekkan hari sebanyak 1.26 mikro saat. Bagaimanapun, perubahan tersebut tidak dirasai kerana satu mikro saat cuma melibatkan masa satu persejuta saat.

Tambahnya, gempa bumi di Chile menyebabkan paksi bumi berganjak lebih besar berbanding gempa bumi bermagnitud 9.1 yang melanda Indonesia dan mencetuskan ombak besar tsunami di Asia pada 2004.

Ia berikutan garis patahan yang menyebabkan gempa di Chile menembusi bumi pada sudut yang lebih curam berbanding garis patahan dalam gempa bumi di Sumatera pada 2004.

Sudut lebih curam itu menyebabkan jisim bumi lebih mudah bergerak ke atas sekali gus menganjakkan paksi bumi.

Kata NASA, gempa bumi di Indonesia pada 2004 menyebabkan bumi berganjak sekitar tujuh sentimeter dan hari pula menjadi lebih pendek sekitar 6.8 mikro saat. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch