Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Jumaat, 5 Februari 2010

Apa nak jawab kalau anak kecil tanya apa itu dubur, mani dan liwat



Pandangan seorang aktivis NGO

moniermatdin

Moga Allah SWT mempercepatkan kes Anwar..anak-anak dok mai tanya apa itu air mani, liwat dubur dan sebagainya..!!

Keluar makan waktu kerja tengahari tadi, rakan-rakan bersembang pasal kes Anwar. Balik kerja search internet, penuh dengan cerita Anwar; ada yg pro dan ada yg con.

Dalam sebuah yahoogroups tu yg biasanya sunyi sepi, hari ini penuh dengan email berdebat kes Anwar.

Bukak pulak BBC News, jadi berita utama jugak, tapi tak mcm media pro-BN or web pro-Pakatan, ulasan BBC tu nampak sedikit professional.

kes yang janggal

Walaupun kes itu digambarkan seperti kes-kes mahkamah biasa yg Anwar merupakan yg tertuduhnya, tapi turut dimuatkan di situ beberapa perkara janggal yg berlaku sebelum perbicaraan yg menyebabkan timbulnya doubt (ragu-ragu) mengenai perjalanan kes ini.

Dulu saya agak berminat dgn kes Liwat Anwar ini, tapi sekarang entah pasal apa dah tak berapa minat dan dah berapa kisah dah.

Cumanya tadi, rasa agak kesian sikit kat DS Anwar ini - bukan pasal apa, tengahari tadi siapa entah mai meja saya, dia letak satu surat jemputan untuk hadiri majlis bersama Tun Mahathir kat sebuah politeknik berdekatan, siap tulis dlm tu lagi diminta mai solat jemaah maghrib bersama-sama lepas tu baru mula majlis dgn Tun Mahathir.

zaman reformasi

Saya ambik surat tu pass kat memba sebelah, saya kata hang pi lah, aku masih mcm dulu lagi, masih mcm sewaktu zaman reformasi, masih tak boleh nak terima Dr Mahathir; cuma masih tak boleh nak terima saja tapi rasa meluat yg membuak-buak terhadap beliau mcm zaman reformasi tu dah makin reda dah.

Mungkin sebab dia pun makin tua dan saya pun koi dok tua jugak, bila tua ni kematangan pun mai sebaris usia.

Bila saya baca surat tu, saya terus teringat kat DS Anwar, di kala musuh ketat dia dulu sedang diusung ke sana ke sini bertemu dgn rakyat jelata, Anwar pula di kala sudah dimamah usia terpaksa kembali mengulang cerita lama, kes liwat seperti di zaman reformasi dulu. Rasa kesian sungguh kat dia.

Berbalik kpd kes liwat beliau, w/pun saya ini sudah tak berapa minat nak ikutinya macam kes liwat yg pertamanya, tapi dok ikut juga dari jauh. Sebenarnya malas nak ikut sebab mcm dah tau jln ceritanya.

atas pagar

Org-org muda, org-org atas pagar dan depa-depa yg baru mengikuti kisah liwat Anwar ini boleh fikir apa yg mereka nak fikir, tapi bagi org-org yg sudah lama berkecimpung dgn politik Malaysia ini tak kira di peringkat atas atau pun di peringkat kampung, yg paham benar dengan sepak terajang politik negara kita ini, depa akan paham dan tau apa yg berlaku.

Benda-benda ini kalau kita tulis secara terus terang, org tak akan paham terutamanya generasi baru dan depa yg masih baru dalam kancah politik Malaysia ini.

Kadang-kadang ada juga memba-memba dok tanya pendapat saya, saya cuma habag mcm ni sajalah:

"Saya ni zaman muda dulu lepas SPM pernah giat Belia 4B, lepas tu sambung ngaji di Amerika tubuh kelab UMNO, balik Malaysia jadi Ketua Caw PAS, kemudian naik pentas ceramah PKR, la ni aktif dengan NGO ; saya rasa sebab saya dah pernah merasa duduk dlm tiga-tiga parti terbesar org Melayu ini, saya rasa saya ada hak untuk sembang bab ini"

ketuanan melayu

"Ringkas cerita: pasal apa saya masuk UMNO dulu tu? sebab waktu tu saya yakin UMNO inilah satu-satunya wadah yg ada untuk mempastikan keterusan ketuanan Melayu Islam di Malaysia ini.

Hei, Malaysia ini bumi kita, kalau kita tak jaga siapa lagi nak jaga, kita tuan bumi ini, ini tanah tumpah kita, ini hak kita, kita sanggup buat apa saja untuk pertahankan hak kita - macam kata Kopratasa, HAK KITA HAK KITA, BIAR BERKAHAK ASALKAN HAK KITA. Kita sanggup lakukan apa saja, ya apa saja demi mempertahankan hak kita".

Itu adalah pegangan saya sewaktu bersama UMNO dulu

Kemudian saya masuk PAS kerana saya hasil mengikuti kuliah-kuliah agama, saya mendapat diri saya ini dilahirkan Islam dulu kemudian baru diberi nama Melayu. Jadi, saya perlu utamakan Islam, saya tertarik dgn PAS sebab PAS kata dia nak jadikan Malaysia negara Islam, nak jadikan Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai sumber undang-undang.

ragu

Hari ini, walaupun masih menjadi pengundi PAS, tapi hati saya sudah mula ragu, mampukah PAS lakukan semua itu sebelum maut menjemput saya nanti.

Tapi tat pa, saya bisikkan ke dlm diri saya, saya akan terus mengundi PAS sekurang2 nya bila mati nanti kalau ditanya kelak saya boleh tudingkan jari kpd pucuk pimpinan PAS yg ada minta depa tolong jawabkan.

Kemudian, saya tertarik dgn karisma Anwar yg berjaya menyatukan perlbagai bangsa melalui PKRnya - yg selama ini dimomokkan bahawa hanya BN saya yg mampu menyatukan bangsa-bangsa di Malaysia ini.

2 parti

Kerana berpendidikan dari Amerika yg punya sistem dua parti barangkali, saya tertarik dgn konsep dua parti Pakatan vs BN ini. Malangnya dalam proses merakyatkan konsep 2 parti ini, berlaku suatu yg parah apabila Melayu berpecah tiga dan dari segi politik sudah tidak dominan lagi.

Suka atau pun tidak, ramai org-org Melayu terutamanya yg atas pagar dan of course mereka-mereka yg UMNO piang amat kecewa dgn fenomena ini. Apa yg berlaku di selangor dan perak benar-benar menggangu mereka.

Hari ini saya bersama NGO; saya dapat melihat semua perkembangan ini jelas daripada bird eye view (dari atas).

Tapi kerana seperti juga perlawanan BOXING, bila Anwar sudah serahkan dirinya untuk dijadikan buah dadu dlm percaturan politik khususnya politik Melayu Islam di Malaysia ini, maka hari ini Anwar terpaksalah menanggungnya.

Cumanya mcm saya tulis tadi, di kala musuh lamanya sedang disambut di sana sini bertemu rakyat jelata yg tak sempat dilawat sewaktu jadi PM dulu, Anwar pula sedang sibuk bersilak pencak melawan tuduhan liwat terhadapnya.

Kesian kat Anwar.

Dan kesian juga kat kita yg terpaksa tutup TV ataupun sembunyi akhbar apabila anak-anak kita masih berada di alam barzah di zaman Liwat Anwar yg pertama dulu, tiba-tiba dok mai tanya apa itu air mani, apa itu liwat masuk dubur dan sebagainya.

Moga Allah SWT mempercepatkan kes Anwar ini dan menyelamatkan kita semua.

Nota : NGO tak boleh masuk pilihanraya bagaimana nak menegakkan Islam dan hak serta keadilan yang dicita-citakan. Lawan tetap lawan. Hakikatnya, rakyat melayu cina dan india semakin simpati dengan DS Anwar. Rakyat bangkit membuat perubahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch