Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Rabu, 3 Februari 2010

Pemaju diberi amaran dan disenarai hitam saja, sepatutnya tangkap dan bicarakan


45 kontraktor diberi amaran - Utusan

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
saiful.sahak@utusan.com.my


BANGI 2 Feb. – Kementerian Pelajaran hari ini mengingatkan kontraktor yang melaksanakan 45 projek ‘sakit’ di bawah kementerian itu supaya dapat menyiapkannya mengikut jadual sebelum mereka disenaraihitamkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, lima kontraktor disenaraihitamkan, manakala 23 lagi dalam proses dikenakan tindakan sama.

Katanya, 45 projek terbengkalai itu terdiri daripada pembinaan 21 sekolah menengah dan enam sekolah rendah serta 18 projek pembangunan prasarana sekolah.

senaraihitamkan

“Kita telah menyenaraihitamkan lima kontraktor daripada menerima sebarang projek kementerian pada masa depan.

“Tindakan ini bertepatan dengan usaha dan janji kerajaan melalui gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak projek Sekolah Menengah Bandar Seri Putra yang terbengkalai, di sini.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan kegagalan kontraktor menyiapkan sekolah berkenaan yang sepatutnya siap pada Disember 2008.

Projek pembinaan sekolah yang mengandungi 36 kelas untuk menampung 1,100 pelajar itu dimulakan pada 5 April 2007 dan sepatutnya disiapkan dalam tempoh 20 bulan.

pemaju muflis

Difahamkan, pemaju asal telah diisytiharkan muflis dan terdapat beberapa syarikat dikatakan berminat untuk meneruskan projek itu.

Akibat ketiadaan sekolah menengah di kawasan tersebut, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah lain yang terletak jauh dari rumah mereka.

Antaranya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Dua, Bandar Baru Bangi; SMK Jalan Reko, Kajang; SMK Salak Tinggi dan SMK Engku Hussain, Semenyih.

tindakan tegas

Mohd. Puad berkata, kementeriannya telah mengambil tindakan tegas ke atas kontraktor terbabit kerana gagal menyiapkan projek sekolah berkenaan.

“Kementerian melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memberi peluang pelanjutan masa (EOT) sebanyak dua kali kepada kontraktor berkenaan.

“Namun projek masih tertangguh dan kita tidak lagi mahu berkompromi dengan kontraktor sebegini kerana ia menyusahkan banyak pihak selain menjejaskan pelajaran anak-anak,(baca juga guru-guru dan ibu bapa)” katanya.

Menurut beliau, disebabkan kegagalan kontraktor tersebut, kementerian telah menamatkan kontraknya dan akan menawarkan tender kepada kontraktor baru (baca kroni baru Umno BN) pada Mac ini dan projek akan dijalankan secepat mungkin.

“Kita menjangka projek ini dapat disiapkan menjelang akhir tahun ini,” katanya. Sekolah baru itu dijangka dapat digunakan untuk sesi persekolahan 2011.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Puad berkata, setakat ini, 324 projek di bawah kementerian berkenaan telah disiapkan mengikut jadual.

“Sementara itu, 35 projek lain melebihi tempoh yang dijadualkan siap tetapi masih dipertimbangkan untuk pemberian EOT iaitu tempoh lanjutan,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch