Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Selasa, 9 Februari 2010

Kes ditangguhkan lagi


Liwat II: Kes ditangguhkan lagi-Malaysiakini

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini terpaksa ditangguhkan sehingga esok. Kali ini untuk memberi peluang kepada pembelaan memfailkan balasan terhadap afidavit jawapan pendakwaan semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu elepas membenarkan permohonan peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Anwar untuk diberikan masa untuk berbuat demikian.

minta hakim menarik diri

Ini merupakan kali kedua perbicaraan bagi pemeriksaan balas pihak pembelaan ditangguhkan. Kali pertama ialah semalam iaitu selepas pembelaan membuat permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat penasihat Parti Keadilan Rakyat yang sepatutnya didengar pagi ini.

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes liwat itu bermula Rabu lalu, selepas 18 bulan Anwar dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada 7 Ogos 2008 dan menarik perhatian ramai termasuk wakil media dan pemerhati dari luar negara.

Saksi pertama pendakwaan iaitu Mohd Saiful, 25, yang juga pengadu dalam kes itu, telah selesai memberi keterangan pada peringkat pemeriksaan utama.

Dalam permohonannya hari ini, Karpal Singh berhujah bahawa pihaknya perlu menjawab afidavit pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kerana ia menyentuh isu ketepatan kandungan afidavit Anwar yang difailkan bagi menyokong permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Khuatir dengan laporan akhbar

Beliau turut meminta mahkamah membekalkan nota prosiding yang berkaitan selewat-lewatnya petang ini kepada kedua-dua pihak.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata beliau agak "khuatir" dengan laporan akhbar berhubung kandungan afidavit jawapan yang difailkan pendakwaan semalam.

Beliau berhujah berdasarkan Akta Profesyen Guaman 1976, kandungan sesuatu afidavit tidak boleh disiarkan sehingga ia dikemukakan dan dibaca di dalam mahkamah terbuka.

Mohd Yusof berhujah apa akan berlaku sekiranya sesuatu afidavit yang telah disiarkan isi kandungan, mengandungi kenyataan yang bersifat "melampau" dan mahkamah kemudian membuat keputusan membatalkannya.

Sehubungan itu, Mohd Yusof meminta mahkamah menasihati media dalam membuat laporan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, Karpal Singh berkata terdapat satu keputusan berhubung penyiaran isi kandungan afidavit yang dibuat bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin yang menyatakan bahawa sebaik sahaja difailkan, afidavit menjadi satu dokumen awam yang isi kandungannya boleh dilaporkan oleh media.

Mohamad Zabidin kemudian mengingatkan pihak media supaya membuat laporan tepat berhubung prosiding kes itu dan tindakan akan diambil sekiranya ada pihak membuat laporan tidak tepat.

"Saya tidak mahu dilihat sebagai menceroboh ke dalam hal kebebasan akhbar. Tetapi media mestilah ingat bahawa kebebasan akhbar bukan bermakna boleh membuat laporan tidak tepat.

laporan media tidak tepat

"Maka, jika media melaporkan sesuatu secara tidak tepat, anda perlu menerima akibatnya. Jika pihak-pihak berkaitan mengambil tindakan dan mahkamah memutuskan untuk mengenakan hukuman, pada masa itu jangan persalahkan mahkamah dan menyatakan saya cuba untuk menyekat kebebasan akhbar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch